13 Jan 2015

Isu Mejar Zaidi: Lambang Pencabulan Demokrasi Di Malaysia


Isu Mejar Zaidi Ahmad yang dijatuhi hukuman buang kerja atas dua tuduhan berhubung isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan dibawa ke Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, pihaknya masih belum berbincang lagi isu ini dan akan mengetengahkan di dalam mesyuarat PAS Pusat akan datang.

Mohamad tidak menolak apa yang berlaku terhadap Mejar Zaidi kerana PAS mahupun Pakatan Rakyat jarang menang di mahkamah khususnya berkaitan kes-kes yang membabitkan pilihan raya.

"Kita akan terus menuntut kebebasan yang adil dalam pilihan raya. Bagi kita ini adalah cara Malaysia yang tidak memberi ketelusan tidak kira tentera ataupun polis,"
katanya ketika ditemui Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Nasaei Ismail dalam kenyataannya mengajak rakyat untuk menobatkan Mejar Zaidi sebagai ikon pejuang demokrasi dan ikon pejuang keamanan.

"Marilah bersama kita membantu beliau ketika beliau susah kerana beliau telah berjuang untuk hak kita dan generasi seterusnya," kata beliau.

Isu Mejar Zaidi, katanya, adalah lambang kepada pencabulan demokrasi malah Mejar Zaidi dan penyokongnya akan kekal memperjuangkan hak demokrasi kerana mereka orang terdidik.


Tegas Nasaei, jika demokrasi yang ada pada hari ini kekal dicabul, dirosakkan, maka pemerintahlah yang membuka pintu rakyat Malaysia untuk bertindak di luar batas demokrasi sehingga menjadi militan.

"Kita menolak perjuangan luar batas demokrasi, kita mahukan keamanan. Tetapi kerajaan mesti bertanggungjawab. Pokoknya isu dakwat yang dikatakan kekal sebenarnya bohong. Ianya tidak kekal. Boleh dipadamkan dan berpotensi mengundi kali kedua,"katanya.

Sebelum ini, Mejar Zaidi yang membuat pendedahan dakwat kekal dalam pengundian tahun 2013 dahulu 'tidak kekal' dijatuhkan hukuman bersalah kerana mengeluar kenyataan media tanpa kebenaran Majlis ATM.

Mejar Zaidi dihukum buang kerja daripada perkhidmatan Yang di-Pertuan Agong oleh Mahkamah Tentera, keputusan itu dibuat oleh lima panel diketuai Yang Dipertua Mahkamah Tentera Kolonel Saadon Hasnan selepas mendapati tertuduh bersalah terhadap pertuduhan itu.

Zaidi didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan. -HD

Negara hilang seorang pegawai tentera yang baik, kata Bersih

Kumpulan pendesak pilihan raya Bersih 2.0 menyifatkan negara hilang seorang tentera yang baik selepas pemecatan Mejar Zaidi Ahmad yang diputuskan Mahkamah Tentera hari ini.

Selepas berbulan-bulan turun naik ke mahkamah, Zaidi yang berkhidmat bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selama 26 tahun kini dilucutkan daripada jawatannya hanya kerana laporan polis terhadap dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu.

Beliau didapati bersalah kerana melanggar dua perintah tetap iaitu tidak bercakap dengan media sebelum mendapat kebenaran menteri pertahanan dan kerana berkongsi maklumat sulit tentang perintah tetap dengan media tanpa kebenaran Majlis Angkatan Tentera mengikut Seksyen 50 Akta Angkatan Tentera 1972.

"Mejar Zaidi memainkan peranannya sebagai rakyat dengan membangkitkan skandal terbesar yang meragukan semasa PRU13.

"Untuk itu, beliau terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, dan negara hilang seorang tentera sejati hari ini,"
kata Bersih dalam satu kenyataan hari ini.

Bersih juga melahirkan kekecewaan terhadap keengganan mahkamah yang tidak mahu menunggu terlebih dulu semakan kehakiman tetapi sebaliknya terus menjatuhkan hukuman.

"Bersih 2.0 kecewa kerana mahkamah tidak menunggu semakan yang dibuat untuk mencabar pihak berkuasa terbabit daripada membuat keputusan, sebaliknya bantahan daripada pembelaan terhadap keadilan dan integriti prosiding dibelakangkan," katanya.

"Kami akan tunggu semakan kehakiman untuk permohonan kebenaran yang akan didengar pada 5 Februari di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai salah satu langkah menegakkan keadilan kepada Mejar Zaidi,” katanya.

Zaidi didakwa mengikut Seksyen 502(2) dan Seksyen 51 Akta Angkatan Tentera 1972 di Mahkamah Tentera Kuala Lumpur.

Kontroversi dakwat kekal yang digunakan buat pertama kali pada PRU13, dikritik selepas ramai pengundi mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil pilihan raya itu.

Suruhanjaya Pilihan Raya akhirnya mengaku pada November lalu dakwat kekal digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal masih akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.

Zaidi, yang berpangkalan di kem Butterworth di Seberang Prai, Pulau Pinang, adalah seorang daripada 235,826 kakitangan pasukan keselamatan dan pasangan di seluruh negara yang mengundi lebih awal pada 30 April 2013.
-TMI


23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dakwat tak kekal kali pertama guna dan ini pertama kali dalam ATM terjadi perkara ini Sebelum sebelum ini tak ada Kan lebih baik Tentera tak mengundi jadi Tentera tidak memihak kepada sesiapa Untuk Malaysia jer lah Sebab kat Indonesia Bekas Panglima Udara mengatakan rasuah salah satu sebab nahas air asia Kalau kat Malaysia jangan harap lah

Ambil contoh banjir Baru ni lah Najib nak buat SOP Bila kita menghadapinya kali pertama huru hara Macam tu lah kes zaidi Ada akta SPR kata bagi pengundi dari ATM sila buat aduan terlebih dahulu kepada pihak berkuasa tentera Yang kita tahu buat lapuran polis dan lepas tu kemukakan aduan kepada pemerhati panel siasatan dan SPR Baru buat lapuran Polis wartawan dah tunggu depan balai

Habis tu se orang tentera merompak bank kenapa tak di hadapkan ke mahkamah tentera Ini bukan persoalan jenayah tapi antara kesalahan awam dan kesalahan sebagai tentera Pegawai di buang sebab cuai sehingga senjata api di stor simpanan di curi dan curi minyak petrol di hukum Itu jelas sebab tertulis HAK ANGKATAN TENTERA MALAYSIA

Betul lah aku keliru Sebab itu lebih baik tunggu semakan kehakiman Tapi kalau dah macam ni macam tahu keputusan semakan kehakiman

Tanpa Nama berkata...

Bayangkan mejar adalan insturktur pilot yang berpengalaman pun senang dibuang.malang betui....fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

Dalam situasi begini, memang diakui kebatilan telah "MENANG" dan Kebenaran telah "KALAH"...Semoga TUHAN me"MENANG"kan kembali kebenaran di bumi Malaysia ini... Suatu hari nanti kebenaran akan "MENANG" juga...

Anti Fitnah berkata...

Mana pergi PERKASA, PEKIDA, ... Ini orang Melayu dah dizalimi semata-mata keadilan.
Haramjadah. Haramjadah. Haramjadah.

Melayu pariakah PERKASA ni ...
Kenapa sejak akhir-akhir ini Melayu nampak PARIA ..... Adakah kerana nenek moyang dulu beragama Hindu dan terbawa-bawa hingga sekarang ni ...
Haramjadah. Haramjadah. Haramjadah.

Tanpa Nama berkata...

Minta maaf mencelah sikit, Kalau seseorang pekerja tak puas hati dengan majikan ,berhenti saja ,kalau kerja tak jujur ,gaji nya mcmmana halal ke haram , bila seseorang dah menandatangani satu kontrak pekerjaan dia harus ikut peraturan syarikat tersebut ,kalau dia rasa dia betul saman sajalah majikan dia ,

Amuraria berkata...

KEBEJATAN,KELENTONGAN & PENYELEWENGAN BERTERUSAN ...ABU JANGAN LUPA !

Tanpa Nama berkata...

Bangang begando

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.16 bodoh punya komen.dia takda prob dgn majikan dia.dia cuma laporkan benda yg terjadi semasa proses pilihanraya.moga Allah perkenankan DOA org yang dizalimi.
K.silut

Tanpa Nama berkata...

Ini bukan masalah Zaidi dengan ATM Ini masalah Zaidi dengan SPR Kalau anon 12 16 PM kata tak puas hati dengan majikan Siapa majikan SPR Kalau Kerajaan tak payah lah ada SPR Sampai kiamat lah Kerajaan yang sama memerintah walaupun 1DMB rugi berpuluh puluh kali selagi BN majikan selagi itu lah Malaysia semakin teruk Belum dengan keputusan pentadbiran yang lemah dengan U Turn

Lihat apa berlaku dengan MAS Lantak lah sebab MAS majikan Bukan tak ada yang tak setuju tapi makan gaji Guru Guru pun dah macam tu sebab makan gaji Jujur tu ertinya ikut buta buta

Anon 12 16 PM Majikan kita ia lah Allah Ingat tu

Anon 12 16 PM Mana maruah seluruh Tentera bila SPR kata dakwat kekal Sedangkan ramai meraguinya Pengurusi SPR siap celup uji dan uji sebelum praya Kata dakwat boleh di guna tanpa di ragui Tapi terbukti SPR menipu Mertabat Tentera cukup tinggi Sekalipun dah bertahun pencen demi pertahankan negara mereka sanggup serah badan nyawa bukan tonggeng tunjuk buntut Bukan zaidi sorang yang guna dakwat tersebut Seluruh tentera guna bermakna seluruh tentera kena tipu So apa mahkamah tentera dan panglima tentera kata dalam hal ini Biarkan ! Tentera kita yang rajin solat ke yang malas solat ke yang langsung tak solat dalam medan perang mereka tetap laungkan Allahuakbar ! Tapi mana laungan bila tentera kena tipu

Kalau Tentera kena tipu boleh di kotak katikan apa lah lagi rakyat yang memakai pakaian berbagai budaya dan jenis Yang matlamat masing masing berbagai cara Tentera satu uniform satu matlamat dan strategik Satu Pasukan

Pemain Bolasepak ATM di bayar gaji oleh ATM jika membantah keputusan pengurus atau kakitangan Tentera di bahagian admin yang buat aduan ada kah mereka di kenakan tindakan yang sama ?

Apa kata Polis yang bekerja mempertaruhkan nyawa untuk menghapus penjenayah dan raja judi yang kecik yang besar tapi bila kena tangkap dapat surat dari menteri Masuk akal ke luar negara jadi raja judi balik Malaysia tak buat kerja judi Hebat betul Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Woit bongok! Dia bercakap atas kapasiti rakyat malaysia yg di lindungi perlembagaan tak kira dia tentera ke, polis ke, org awam ke.. Bila kita lihat ada kemungkaran berkaitan dgn negara.. Sbg rakyat malaysia, kita kena tegur! Kalau setakat berlawanan dgn prosedur syarikat, mengapa perlu sack dia sedangkan dia membuat perkara yg betul. Demi masa depan negara. Bagi amaran cukup la. Aku cukup benci org bagi komen mcm org bodoh! Tak kena kat kau dgn keluarga kau beb!

Tanpa Nama berkata...

Dalam menegakkan hak individu dalam perlembagaan, terkorban akibat kebejatan pihak berkuasa yang takut dan bacul untuk memperbetulkan keadaan dan menolak hak2 individu dalam perlembagaan.
Ini bukan soal kriminal, ini soal hak beliau yang mempertahankan keselamatan dalam memiluh kerajaan atau calon pemimpin dalam sistem demokrasi dan perlembagaan Malaysia.
Malaysai makin mundur kebelakang di sebabkan oleh mereka2 yang tamakkan kuasa dan bos2 mereka... bacul!!!

Tanpa Nama berkata...

Demokrasi apa? Orang atas pas memang kata demokrasi sama dengan liberalism orang Putih yang amat merokan otak Manusia

Adakah pas parti sokong demokrasi? Atau Soalan tetap: adakah pas parti politik???

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu democracy, ikut Msu pas suci mulia cakap maka semua ok,

Sokong Msu pas!

Tanpa Nama berkata...

Jangan salahkan cina lagi dalam Hal ini seperti UG selalu buat bagi segala kebodohan mereka sendiri, kaum mana yang sokong parti rasuah zalim itu sendiri paham

Tanpa Nama berkata...

Ask yourself, is pas a party support democracy for all individual?

Tanpa Nama berkata...

Minta tuan presideng pas dan ulama ulama pas lain yang suci mulia komen sikit kes major zaidi yang berani cakap benar .

CIna akan sokong pas kalau semua orang atasan pas berkualiti seperti major zaidi.

Tanpa Nama berkata...

Buat majlis simbolik untuk menyerahkan pakaian seragam termasuk topi tali pinggang yang di letakkan dalam dulang untuk di serahkan kepada TUDM Tenguk apa reaksi Panglima Panglima dan Pegawai Pegawai TUDM

Selalunya kes macam ni anggota anggota TUDM dah di jaga baik dengan diberi tambahan tambahan keselesaan

Tanpa Nama berkata...

dalam situasi sekarang kita pandang ke belakang kita akan lihat ulama ulama sekarang jauh berbeza dengan ulama ulama dahulu Sedangkan mereka orang yang sama dalam PAS

Kita lihat jauh ke belakang sikit di mana UMNO tak ujud pun ulama malah tak ada langsung ulama atau ustad ustad yang cenderung kepada UMNO Tapi sekarang mereka ada di depan tv Mereka berceramah sana sini Mereka menenggelamkan penceramah penceramah dari PAS dan mereka mendapat kehidupan yang sangat baik lebih baik dari ulama PAS Di tambah pulak UMNO dapat Naib Presiden sudah cukup untuk melaksanakan misi mereka

Kita lihat sekarang dimana tujuan ulama UMNO ialah untuk melunturkan pejuangan asal PAS Bekas bekas dari PAS akan terus menghormati dan meminta pandangan dari Tuan Guru mereka sambil sambil menanti peluang

Sekarang UMNO telah berjaya meletakkan ulama PAS sama taraf dengan ulama mereka bukan saja dari segi taraf kehidupan tetapi taraf pemikiran mereka sekali Kerana Ulama PAS tak ada matlamat untuk mengPaSkan ulama UMNO

Jangan lah kita harapkan ulama kerana mereka lebih dikenali dengan ug dari status ulama mereka Sistem ulama telah tak berguna lagi MSU dah terhapus Kalau PAS masih mengaggap MSU ujud dengan PAS PAS sekali di UMNOkan

Wallahhuallam

mustapa m said berkata...

Zaidi menegur SPR tentang dakwat hitam pilihan raya. Kalau dia tak betul, sepatutnya SPR yg ambil tindakan ke atasnya. Mengapa pihak tentera yg ambil tindakan?

Semasa bercakap dulu Zaidi langsung tak mengatakan dia mewakili tentera atau Kementah. Dia bercakap atas kapasiti individu awam yg bertanggungjawab menegur dan memperbetulkan kesilapan yg dilakukan oleh badan-badan kerajaan.

Sejauh manakah apa yg dituturkan oleh Zaidi dulu itu merupakan ancaman kpd keselamatan negara?

Kalau Zahid boleh bela Phua (sprt yg diberitakan) takkan Hisham tak boleh bela Zaidi yg sememangnya cukup bukti memainkan peranan penting menjamin keselamatan negara?

Ingat! Doa dpd orang yg dizalimi adalah antara doa yg dimakbulkan oleh Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Dia seorang pegawai. Dia tahu akan disiplin seorang tentera .
Bila dia tidak mahu membela diri dan hanya mahu diam saja. Maksudnya dia menerima tuduhan itu. Dan tidak mahu menyangkalnya.
Sebab itu hakim senang munjatuhkan hukum.

Tanpa Nama berkata...

Anon 3 450 PM Zaidi diam bukan bererti dia menerima tuduhan tetapi dia di salah bicara di mahkamah Tentera Lebih baik dia diam Dari awal kita tertanya mengapa hal aduan SPR di bawa ke mahkamah Tentera

Dia yang akan bawa kes tersebut ke mahkamah sivil Tentu tak masuk akal Zaidi nak bawa kes dakwat tak kekal ke mahkamah Tentera Macam tu gaya nya semua kes Pegawai Tentera kena bawa ke mahkamah Tentera lah sebagai contoh Saman Surat Kabar

Tanpa Nama berkata...

Bukan cina tapi melayu yang sokong kerana a ini.

Kenapa Engkau orang nak salahkan cina?

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya, sebenarnya, sebenarnya,
kalau Major Zaidi didapati tak bersalah, bermakna kerajaan yang bersalah.
Bila kerajaan bersalah ... fikir le sendiri