13 Jan 2015

Isu K-Pop: Gadis Bertudung Terlampau Wajar Ditahan


K-Pop: Jawi Minta Tiga Wanita Bertudung Tampil

PETALING JAYA: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuka kertas siasatan berhubung aksi sumbang yang berlaku pada konsert kumpulan pop korea (K-Pop), B1A4 di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Pengarahnya, Paimuzi Yahya berkata, pihaknya kesal terhadap perbuatan peluk dan cium antara ahli kumpulan K-Pop berkenaan dengan beberapa peminat wanita beragama Islam yang bertudung.

Katanya, perlakuan beberapa peminat itu dilihat melampaui batas dan bertentangan dengan ajaran Islam serta mengganggu sensitiviti umat Islam di negara ini.

"Sehubungan itu, bahagian penguatkuasaan Jawi telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 29 Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1977 (Akta 599) Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam.

"Mereka yang terlibat diminta tampil bagi membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Aksi pelukan dan ciuman antara ahli kumpulan K-Pop tersebut bersama tiga peminatnya yang bertudung ketika berada di atas pentas konsert mencetuskan kontroversi sehingga menjadi viral dan hangat diperkatakan di laman sosial.

Paimuzi berkata, akta itu memperuntukkan individu yang bertindak atau berkelakuan tidak sopan yang bertentangan dengan hukum syarak di mana-mana tempat awam adalah suatu kesalahan.

"Jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya.

Beliau menambah, Jawi akan melakukan siasatan lanjut sekiranya terdapat bukti-bukti dan keterangan yang mencukupi. -mstar


K-pop: Siasat penganjur, tahan gadis

Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) hari ini menggesa pihak berkuasa supaya melakukan siasatan ke atas penganjur Konsert K-Pop yang bertajuk “Let’s Fly! with B1A4 & Acer” berikutan kejadian “cabul” ketika program tersebut Sabtu lalu.

Selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah juga turut meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan supaya tidak berdiam diri dalam isu tersebut.

“Siapa punya masalah ni dan siapa punya perancangan ni? Adakah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan?” soalnya.

Abdul Rani turut meminta supaya gadis-gadis yang “dicabul” itu ditahan, seterusnya menyatakan kekesalannya terhadap pihak penganjur yang tidak sensitif dengan adab-adab dan peraturan yang harus dipatuhi di negara ini.

Beliau menegaskan bahawa tindakan pihak penganjur program tersebut yang membenarkan adegan mesra dengan gadis-gadis bertudung adalah amat mengecewakan seluruh rakyat Malaysia.

“Susahlah macam ni nak terapkan nilai Islam. Kita sibuk tidak mahukan konsert dan pesta bagi menyambut ambang tahun baru serta minta supaya diadakan malam selawat ke atas Nabi Muhammad.

“Tetapi selepas itu, ada pula segelintir penganjur yang bawa artis luar dan melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Macam mana ni?” katanya kepada Free Malaysia Today selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Sentul, hari ini.

B1A4 adalah kumpulan muzik Korea Selatan yang dianggotai lima jejaka yang membuat penampilan sulung pada 2011. Bernaung di bawah label WM Entertaintment, kumpulan ini turut melebarkan sayap di Negara Matahari Terbit pada lewat 2011. Kumpulan tersebut sudah melahirkan satu album studio, lima EP dan pelbagai single di negara kelahiran mereka.

Video perjumpaan dengan peminat berdurasi tiga minit 21 saat tersebut menunjukkan aksi beberapa gadis bertudung naik ke pentas konsert ketika sesi bertemu peminat. Terdapat aksi mereka berpelukan , dicium dan dirangkul oleh anggota kumpulan berkenaan, yang mencetuskan viral di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Lebih mengejutkan apabila salah seorang gadis tersebut yang kelihatan teruja dipeluk oleh ahli kumpulan B1A4 itu membalas pelukan tersebut dengan dakapan erat.

Malah, pengacara meminta seorang gadis bertudung melakonkan salah satu aksi lakonan semula babak-babak romantis drama Korea, di mana kononnya gadis tersebut sedang melakukan kerja rumah, kemudian salah seorang ahli B1A4 datang dari arah belakang dan terus memeluk gadis berkenaan .

Sehubungan itu, TGM Events tampil membuat kenyataan berikutan penyebaran beberapa gambar dan video memaparkan beberapa gadis Melayu bertudung dicium serta dipeluk anggota B1A4 menjadi bahan sensasi dan kritikan orang ramai di internet sejak semalam.

TGM Events yang berpangkalan di Amerika Syarikat itu menjelaskan bahawa para peminat terbabit dipilih secara rawak dan tidak diketahui sesiapa.

Dalam kenyataan di laman Facebook, penganjur konsert berkenaan mendakwa peminat yang diundang ke atas pentas dalam konsert itu melakukan aksi dengan anggota kumpulan berkenaan tanpa paksaan.

Menurut kenyataan itu, sebagai syarikat yang diterajui wanita, mereka tidak akan membenarkan sebarang pencabulan serta gangguan seksual berlaku.

Dalam pada itu, mereka turut meluahkan kekecewaan terhadap segelintir media yang didakwa melanggar etika kewartawanan dengan menggunakan terminologi tidak sepatutnya dalam laporan mereka.

Dalam perkembangan serupa, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha menyifatkan insiden tersebut sebagai, “Amat memalukan umat Islam.”

MyMetro melaporkan, beliau amat yang kesal dengan insiden tersebut berkata, penganjur harus bertanggungjawab dan tidak boleh lepas tangan dengan apa yang berlaku dan mempersoalkan tindakan penganjur yang tidak merujuk pihaknya mengenai penganjuran konsert berkenaan.
-FMT




17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

termasuklah rosmah panda yg bercium dgn chong wei dn bollywood.....masih
tidak insaf dgn bala allah banjir yg belum reda....gilakan kemungkaran

Tanpa Nama berkata...

kesian pada emak bapak budak-budak perempuan itu sebab memalukan mereka .....!!!!!

Anti Fitnah berkata...

ikan bilis juga yang kena? Awat yang JAWI tu bodoh sangat nak suruh 3 orang perempuan tu datang? Lebih baik 3 orang perempuan bertaubat dengan Allah swt daripada bertemu dengan JAWI yang bodoh dan munafik.
Kalau JAWI nak ambil tindakan, panggil ROSMAH dulu, barulah cari tiga orang perempuan ni.

maae berkata...

Memalukan. Ini kah muslimah P.. ?

tok janggut berkata...

Adakah pihak yg meluluskan konsert ini telah memaklumkn kpd penganjur apa yg boleh dan tidak boleh dilakukan..?

Tanpa Nama berkata...

Ketat kan konsert terbuka Kalau ada bayaran (untuk peluk bergambar) yang di kenakan tak sepatutnya di buat di Mall Shopping Complex Dan syaratkan melarang permainan game atau apa jua seperti lakunan Kita tenguk macamana seronok artis dalam prog Betul ke Bohong ? Bila ada kena kan dan mengena kan orang seronok nya bertambah tambah Tu nasib baik berbentuk kuiz

Sekarang ini masalah tempat Penganjur untung sebab buat tempat sewa murah di banding dengan Hard Rock dsbnya Walaupun tempat khas dan tertutup tak boleh buat maƧm tu (cabul) rasa nya dapat mengurangkan kehadiran anak anak melayu yang suka hiburan percuma

Yang tak faham pusat membeli belah di bina tanpa plan pentas hiburan tapi boleh pulak di luluskan buat konsert Menyusahkan orang lain Kalau peniaga kecil berniaga tepi jalan atau simpang jalan kena halau pulak

ada jugak orang cina yang berada di situ yang terkejut dengan perangai gadis melayu ni

Unknown berkata...

two unmarried malay artist hugging in movie, nobody bats an eye

kpop artist hugging nobody, everyone loses their mind

Tanpa Nama berkata...

Yalah perempuan katakan... fanatik sangat..... MAAF cakap.... kalau disuruh bukak baju kemudian dirogol beramai2 pun boleh.... Nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak tahan budak pompuan tu ( Big Badak cium peluk atas pentas patut di dahulu kan.

Tanpa Nama berkata...

Salahkan UMNO sebab campor adukkan yang betul & mungkar. Mereka faham Islam macam tu.

Tengoklah , satu masa ada prog Tanya Ustaz, agma dll kat TV, lepas tu tv yg sama tayangkan iklan, prog hiburan, drama org2 Islam isteri sapa2, anak sapa2 entah, berpeluk2/pegang2 untuk tayangan umum.

Bila dah ditayangkan umum, maknanya halal le tu, jadi yang cetik agama akan ikut.
Sapa yang kontrol media2 tu sekarang?

Mufti2, JAKIM, IKIM ke, sampai bila nak amik hati pemimpin2 yg fikiran macam tu? Sekarang ni Allah dah tunjuk, semua kena musibah.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn 9.00, SJMM SKMM JAKIM JAWI tolonglah, jgn kalau org dah bising baru nak celik mata tu, hari2 kat tv artis berpeluk2 berlakun dah mcm laki bini tak bising pulak tak panggil pulak pelakon dan pengarahnya. buat kerja tu jgnlah sekerat2 buatlah kerana Allah. eehh... tak paham aku

Tanpa Nama berkata...

tanggunglah dosa mufti dan pihak jakim/jawi yang takut untuk menegur kepada pemimpin kaki rasuah dan kaki maksiat dan penganjur sekali. Sebab itulah amat perlu laksana Hukum Hudud,barulah aman negara
Akhir zaman banyak ulamak dunia yang makan gaji bersifat munafiq dan bersekongkol dengan orang fasiq. Nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Dimana mufti yang berani menegur, siapakah yang memberi kebenaran jika tidak puak umno yang sangat cenderung kepada maksiat.Tanggunglah dosa, Nauzubillah

Tanpa Nama berkata...

Memang gila sudah anak2 gadis di malaysia yg tidak bermoral. Dah tu penganjur pandang dan lihat sahaja. Kenapa tidak pantas bertindak. Orang korea tu dibangga bangga kan yg tiada ada faedah langsung. sedih aku.

Tanpa Nama berkata...

Ikut logik UG dan orang kasar, yang selalu salahkan orang lain biasanya cina, kes ini orang Korea biadap celaka yang salah

Kalau dia masih di negara maka kena tangkap dia pasal Hina.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya pelakon drama Melayu dikenakan tindakan kerana tiada batasan hukum. Adakah bpelukan dgn bangsa lain lebih jijik bbanding dgn bangsa sendiri. Hukum tetap hukum. Tiada pilih kasih. Sekadar pandangan.

Tanpa Nama berkata...

time ni br nak amek tindakann . ta pahamm . padahal sebelum kpop ni . lg lahhh org kitee memacam perangai . ta de pulok nk amek tindakan