Saya pertama kalinya dapat melihat wajah sebenar Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar yang disiarkan dalam media massa setelah didedahkan oleh pihak polis.
Terdetik di hati perasaan simpati dan sedih atas kejadian yang menimpa mereka. Benar, hukuman terhadap mereka telah diputuskan oleh mahkamah. Kedaulatan undang-undang mestilah dihormati demi menegakkan keadilan. Keputusan mahkamah itu dihormati oleh semua pihak.
Namun, bagi saya kedua-dua bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman sepatutnya menjadi hero rakyat dan negara tetapi terbabit dalam suatu situasi yang sukar dirungkaikan.
Apatah lagi, apabila terbaca laporan akhbar Sinar Harian online hari ini bahawa ibu kepada Sirul iaitu Piah Ahmad atau Mak Long Piah menyatakan bahawa anaknya pernah memberitahunya bahawa tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.
Kita sebagai rakyat Malaysia pastinya tertanya-tanya siapakah “seseorang” yang dimaksudkan Sirul. Sementelahan pula, memang diketahui umum bahawa Azilah dan Sirul tiada apa-apa kepentingan dan hubungan dengan Altantuya. Jadi tidak ada sebab untuk mereka membunuhnya.
Bagi saya, walaupun siapapun “seseorang” yang dimaksudkan itu, jangan mana-mana pihak mengambil kesempatan atas sumpah setia dan patuh kepada arahan dalam mana-mana pasukan beruniform khususnya polis dan tentera.
Jika benarlah ada “seseorang” yang mengarahkan pembunuhan itu dibuat, dan mahkamah dunia gagal mengesannya, sebagai orang Islam tentu kita percaya bahawa akan ada satu lagi mahkamah yang maha adil iaitu mahkamah akhirat. –HDbr />
Ibu doakan Sirul Azhar pulang
SEBERAT mana pun tuduhan yang dikenakan ke atasnya, sebesar mana pun kesalahannya, namun anak tetap anak!
Apa saja berita tentang darah daging yang pernah dikandung sembilan bulan, dibesarkannya itu, tidak mungkin dapat ditepis dan dibiarkan dibawa angin lalu.
Tidak dapat digambarkan kesedihan seorang ibu apabila mengenangkan nasib anak keempat daripada lapan beradik iaitu bekas anggota polis Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Koperal Sirul Azhar Umar yang dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Persekutuan, kelmarin.
Menjejaki rumah pusaka didiami Sirul Azhar bersama keluarga sejak kecil di kampung halamannya di Batu 8, Trong, Taiping, tidaklah sukar.
Pertemuan singkat dengan Piah Ahmad, 71, atau lebih mesra dipanggil Mak Long Piah, tidak banyak sedikit, dapat berkongsi duka si ibu tua.
Ikuti luahan ibu kandung Sirul Azhar seperti diceritakan kepada Wartawan Sinar Harian, NURUL MAZWANA HAMDAN, semalam.
Pintu rumah dibuka kecil. Separuh tubuhnya disembunyikan di balik daun pintu. “Apa yang boleh Mak Long cakap? Hukuman sudah diputuskan hakim, sudah dijatuhkan mahkamah," ibu tua itu bersuara lemah.
Sebagai seorang ibu yang sentiasa mengharapkan kesejahteraan anaknya, dia hanya mampu memanjatkan doa dan berharap anaknya itu kembali semula ke tanah air.
“Dah lama kami terputus hubungan. Kali terakhir kami berjumpa tahun lalu semasa dia datang jemput anaknya.
“Sebagai ibu, siapa yang tidak sedih mengenangkan nasib anak, tambahan pula ketika ini Mak Long tidak tahu di mana dia berada.
“Mak Long reda dengan keputusan yang sudah ditetapkan mahkamah. Itu ketentuan Tuhan. Sudah bahagian dia begitu, tapi kalau boleh Mak Long nak dia pulang.
Mak Long nak jumpa anak Mak Long, nak pegang tangan dia, nak sentuh pipi dia,” katanya.
Air yang sejak awal bergenang di kelopak mata Mak Long sudah jatuh ke pipi. Mak Long tunduk, sambil menahan sebak di dada.
“Walaupun amat berat untuk terima, Mak Long harus kuat terima semua ketentuan ini,” dia kembali bersuara. Riak duka masih jelas di wajahnya.
“Doa Mak Long untuk Sirul tidak pernah putus. Setiap hari Mak Long mohon ALLAH lindungi dia, pelihara dia. Mak long selalu solat hajat untuknya.
Menurut Piah, sudah lama dia tidak tonton televisyen kerana ia akan membuatkannya lebih sedih apabila mengenangkan anaknya itu.
“Sirul pernah cakap pada Mak Long, tindakannya itu dilakukan atas arahan seseorang dan dia terpaksa mengikutnya.
“Tidak kira apa pun yang berlaku, sebagai seorang ibu, Mak Long harap dia dapat pulang semula ke pangkuan keluarga. Saat ini itu saja yang Mak Long mahu,” katanya.
Piah kini tinggal berseorangan di rumah itu. Anak-anaknya semua sudah bekerja dan berkeluarga.
Kadang-kadang jiran-jirannya datang menemaninya pada waktu malam. -SH
ULASAN GB
Jika benar seperti apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian maka benarlah telahan GB sebelum ini... bahawa ada seseorang yang mengarah (mengajar?) Sirul Azhar untuk ke Australia sebelum keputusan Hakim Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua anggota polis berkenaan.
Petikan:
Cukup aneh. Sirul Azhar semacam sudah tahu bahawa beliau akan menerima hukuman mati walaupun sebelumnya Mahkamah Rayuan telah membebaskannya.
Selepas itu, dia berjaya meloloskan diri lari ke Australia. Dia semacam sudah tahu (atau diajar?) supaya lari ke Australia kerana di Australia tiada hukuman mati di dalam undang-undangnya. Lantaran itu Sirul selamat dan hanya akan dilepaskan oleh Australia jika Malaysia berjanji untuk tidak melaksanakan hukuman mati berkenaan.
Kedua, persoalan "motif pembunuhan Altantuya" masih kekal misteri.
Siapa watak sebenarnya mengarahkan kedua-dua anggota polis berkenaan supaya bunuh ALtantuya?
Mengapa saksi-saksi penting tidak dipanggil dan macamana Razak Baginda boleh dibenarkan lepas dan tingal di luarnegara sedangkan perbiraaan kes Altantuya yang melibatkan dirinya masa itu masih berjalan?
menjadi pengajaran kepada anggota polis yang lain dan mana-mana penjawat awam supaya TIDAK menjadi Pak Sanggup kepada mana-mana individu atau parti politik hatta menteri sekalipun kerana anda akan menanggung akibatnya di satu hari nanti. Itu hukum SUNATULLAH!
32 ulasan:
Pastinya Australia sudah interview Sirul. Maka Sirul umpama ayam telur emas buat Australia. Apa saja kehendak Australia Malaysia wajib ikut kerana Malaysia dipimpin oleh PM yang menjadi telur pada ayam tersebut..... Punah
mak long pun boley pindah sekali, duk australia..
Senang saja nak settle kan masalah ini. Macam ni: Untuk kali ini Malaysia boleh berjanji dgn Australia cuma penjarakan saja si Sirul. Dan kemudian dengan proses-proses teknikal yang lain atas dasar pelbagai pihak yang viral, adakan semula pendakwaan dan perbicaraan secara yang lebih fokus, adil dan meliputi semua pihak dari profile tinggi sampai profile rendah. Kali ini apabila mahkamah sampaikan sabit,jangan hanya pada si Sirul dan rakannya saja.. lebih adil lagi hukum gantung itu dikenakan kepada 'master-mind'nya sekali.
Bodoh lah mereka masih simpan rahsia.MANA yg lebih wajib sumpah pada Allah swt atau PD manusia.Bingai betul Sirul Dan Azilah dh nak mati masih simpan Rahsia Dunia
Mungkinkah Razak Baginda orangnya?
Mereka berdua mengikut arahan seseorang Nak tak nak kena laksanakan Kerja yang mereka buat berat Kalau tak ada pengalaman tak akan ada keberanian Ini bukan buat secara sembunyi sembunyi seperti langgar lari
Kali ini mereka tersilap dan kira mereka gagal Ini lah padah nya Tapi selama ini mereka menjalankan tugas dengan baik untuk tujuan yang sama Apa mereka dapat ??
Sekurang kurang nya seorang ASP kes liwat jadi Ketua Polis dan seorang pendakwa raya di naikkan pangkat
Sedih dan simpati Kerja berat dan sukar ini dilakukan oleh seorang koperal dan cif inspektor
Boleh buat untuk dapatkan sirul balik ke Malaysia dan tak payah di bicara semula Sebab pesalah hukum mati diberi peluang merayu dan mendapatkan pengampunan YDP Agung Tapi sirul dah tak tahan dipenjara 7 tahun walaupun barangkali dengan layanan vip Apalagi tempuh menunggu mendapatkan keampunan begitu lama dan Belum Tentu
Sebab bukan sirul saje yang tak percaya dengan Kerajaan Malaysia Australia pun tak percaya
ABC pernah buat documentari dan temubual eksklusif kes liwat I Harap harap ABC temubual sirul secara eksklusif sebab kali ini sirul berada di sana
Dulu di Melaka Nenek yang jadi mangsa
Sekarang di Taiping Ibu pula yang sedih dan berduka
Terbayang si ibu berdoa dan solat hajat hanya untuk menyentuh pipi anaknya Anak yang dalam kesusahan amat perlukan pelukan ibu nya
Mana hati kamu wahai ahli ahli UMNO ?
Bersyukur kerana diri ini seperti yang se ada nya dari di beri pangkat dan kuasa tapi tidak menjalankan tugas yang di amanah
Kerana selamat dari melepaskan orang yang memberi arahan Dan menzalimi si ibu yang tahu siapa orang yang memberi arahan Mustahil si anak tidak memberitahu dan mustahil si ibu tidak mendesak Kerana itu Mak Long terima ketentuan tersebut sebab sedar sukar untuk membuktikan nya
Anon 10:40,
Ayat pertama anda adalah betul tetapi mengatakan bingai kpd tertuduuh itu tidak 100% betul.
Dlm perbicaraan pihak tertuduh hanya perlu menjawap soalan pendakwa yg bersekongkol dgn pihak yg hendak dilindunginya. Jika tidak dipersoalkan oleh pendakwa, bagaimana dia hendak memberitahu rahsia tersebut? Semua soalan balas oleh peguambelanya pula mudah dipatahkan oleh pendakwa, dgn mengkhususkan kpd hanya mereka berdua shj yg terlibat. Ada saksi2 yg dapat membantu tertuduh, tetapi tidak dipanggil oleh mahkamah. Inilah permainan undang2 yg mengkambinghitamkan mereka berdua.
Sebagai anggota bawahan pasukan berunifom, disiplin tegas adalah wajib anggota bawahan itu patuh kpd arahan pegawai atasan. Ia berantai-rantai sehinggalah yg paling tinggi jawatannya. Persoalannya kenapakah pegawai2 lebih atas darinya tidak dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan dlm perbicaraan lalu?
Kalau ikut 'Old School Of Thoughts', Hang Tuah tetap disanjung kerana kesetiaannya kpd raja walaupun raja itu zalim menghukumnya secara tidak adil. Namun walaupun teraniaya, Hang Tuah tetap setia dan lakukan apa saja perintah (arahan) raja.
Itu cerita dulu. Azilah & Sirul mungkin tersilap langkah hendak jadi macam Hang Tuah. Mereka terlupa yg zaman H T tak ada undang-undang, pendakwa raya, dan mahkamah sprt zaman sekarang.
Mungkin juga Sirul & Azilah menyangka apa yg dilakukannya tidak ada risiko kerana ada 'Sugar Daddy' yang boleh 'cover' mereka dan inilah peluang dapat naik pangkat paling cepat dalam perkhidmatannya.
Kesian kpd Sirul & Azilah. Mereka bukan pikul biawak tapi buaya hidup kalau betullah mereka setia mengikut arahan membunuh Altantuya.
Semoga keluarga sirul azhar dan azilah hadri terus tabah, Memang telah termaktub dalam etika penjawat awam,
Seseorang penjawat awam tidak boleh mengenepikan tugasnya demi kepentingan peribadi.
Namun kedua anggota UTK ni, boleh sahaja memilih untuk letak jawatan, sebelum kejadian tersebut.
HAK ALLAH JANGAN KITA LUPA, KEBENARAN TETAP AKAN TESERLAH...DI DUNIA KITA BOLIH ......AKHIRAT YANG MENENTUKAN NYA.
2.03 jadi pak sanggup nampak
Kalau Sirul Azhar dan Azilah Hadri betul nak buat taubat kita syorkan mereka cakap perkara yang benar agar mati mereka itu tidak sia sia. Beritahulah siapa yang arahkan mereka membunuh Antatuyah, biar kita nak tenguk apa tindakan polis dan hakim menentukan kesudahan cerita ini. Berani kah Peguam Negera bertindak mendakwa pad mereka yang buat benda salah. Jangan turut serta p jalan keneraka kerana nak lindungi sesarong. Tak berbaloi.....
Tak susah payah payah dok nak fikir perkara ini, sekarang Sirul Azhar bebas bagi tahu. Tidak perlu takut kerana dia dalam jagaan kerajaan Austrlia, tentu pihak Austrlia juga ingin nak tahu siapa yangt arahkan bunuh Antantuyah. Sirul bolih minta perlindungan dan menetap di Austrlia, senang hidup. Dosa sebanyak sedikit dah tertebus terpulang lagi dengan dia nak bertaubat minta ampun dengan ALLLAH. Urusan dia dengan ALLAH....AMIN>>>>
Lakonan saja.
Sirul Azhar elok bongkarkan saja siapa yang mengarahkannya bunuh Altantuya. Kalau dia tetap nak berahsia, buang masa saja sebab tupai yang pandai melompat pun boleh jatuh ke tanah juga.
11:42am, komen di atas bukannya untuk membela kedua-dua tertuduh itu, tetapi mereka tiada sebarang asas pun untuk membunuh Altantuya. Sebagai anggota bawahan adalah WAJIB bagi mereka menurut perintah pegawai atasan, sbb itulah motif yg sepatutnya penting dikatakan tidak penting. Tujuan utama diputuskan begitu supaya apa sahaja yg diceritakan oleh mereka ditolak mentah2. Apakah anda tidak mengikut kronologi sepanjang perbicaraan ini dulu?
Mereka berdua mungkin shj menerima maklumat yg dipalsukan dgn mengatakan Altantuya adalah merbahaya pd keselamatan negara dan mesti dilupuskan. Oleh itu mereka tidak mengetahui langsung ketika mereka melakukan jenayah yg dirancang oleh pihak yg memberikan perintah. Disebabkan kes telah terdedah, hanya mereka berdua shj yg dituduh yg lain2 itu cuci tangan. Pasukan perundangan pula bersungguh-sungguh mengelakkan yg lain2 itu dari dilibatkan dlm sessi perbicaraan. Itulah nasib anggota bawahan yg hanya 'menurut perintah'.
Mereka memang orang yang terpilih di antara anggota anggota polis yang lain Salah se orang panel penemeduga memang mencari orang orang seperti sirul dan azilah Muka pendiam setia tak banyak soal dan jenis pendam perasaan Panel penemuduga lain cari orang yang boleh memukul tanpa belas kesian dan macam macam lagi Yang ala ala gengster pun ada
Sistem kepolisian memang teratur cuma di negara kita Polis nya di bawah kuasa Menteri
Sebab itu keutamaan pihak Polis lebih mementingkan pemimpin sebab pemimpin pemimpin ada hubungan baik bukan saja dengan Polis tapi orang orang seperti Paul Phua
hukuman mati dh jatuh.
dpd mati dihina , lebih baik dedahkan perkara sebenar.
guna je internet utk sebar kebenaran.
kalau lepas ini dimatikan juga, maka puashati.
kita tunggu 'pengakuan kisah benar sirul' tak lama lagi.
Semoga Allah tunjukkan kebenaran. Saya puji tindakan Australia.
Salam mullah qadammullah...mak long banyak akan bersabar insyallah allah maha kuasa dan maha mengatahui segala apa yang diciptakan olehnya dilangit dan dibumi...kun kata allah fayakun kata muhammad maka jadi jadilah ia dengan keizinannya...biarlah takdir dan waktu penentu segalanya...inilah yang dikatakan boneka dan patung..sesiapa saja yang tersilap langkah akan dijadikan seperti ini...kerana semuanya telah dan dirancang...oleh sebab itu siapalah kita ini untuk menghukum orang lain sedang akan kita nanti di akhirat padang mahsyar akan di adili melalui neraca al mizan disitulah penentu segalanya..tiada yang terlebih dan tiada yang terkurang...banyakkan kita berdoa ke hadrat illahi allah maha kaya allah maha besar....kerana kita berpegang kepada qalimahnya ashyhadu allah illah hailalah waasyhadu anna muhammadun rasullulah....aku menaik saksi bahawasanya tiada tuhan yang disembah melaikan allah..dan aku menaik saksi bahawasanya nabi muhammad itu pesuruh allah...dan ingatilah kita kholu napsin zaikatul maut...ketahuilah wahai kita semua setiap yang hidup dan bernyawa pasti akan mati..
Sirul mempunyai pilihan untuk mendedahkan atau tidak. Jika dia mendedahkan segalanya maka terlepaslah segala 'habuan' yang dijanjikan oleh mereka yang mengarahkannya, maka kes sebenar diketahui dan keadilan mungkin tercapai. Jika sebaliknya maka ia akan tinggal kes, misteri dan boleh mengundang spekulasi tak berasas. Yang malangnya keadilan tidak tercapai. Sirul berada dalam situasi selamat ketika ini dan segala 'perhitungan' semestinya sudah dibuat. Dalam dunia materialis kini beliau mempunyai kesempatan terbaik untuk memanipulasikan curiosity rakyat terhadap kes ini serta ketakutan pihak2 yang 'megarahkan' serta menguntungkan beliau. Tiada siapa yang inginkan hukuman apatah lagi kematian. Sirul mahupun pihak yang kini 'terancam' oleh 'kebenaran' semuanya pasti memilih untuk hidup. Mereka ini mungkin sahaja sanggup memberi imbalan demi sebuah rahsia yang bisa menghancurkan hidup mereka. Di sisi lain pula hidup Sirul sudah hancur (sekurang-kurangnya di Malaysia)dan situasi sekarang boleh memberinya sebuah 'permulaan hidup baru' jika dia berkeputusan menyimpan rahsia sebab rahsia itu berharga dan pihak yang terlibat pastinya sanggup berbuat apa sahaja demi kelangsungan hidup (termasuk juga Sirul). Namun perbuatan Sirul itu juga telah mengakibatkan kehancuran sebuah keluarga (keluarga mangsa) maka dengan membuat pengakuan adakah Sirul sanggup lagi untuk menghancurkan sebuah keluarga atau pihak berkepentingan yang berusaha sedaya upaya untuk tetap bertahan hidup selagi rahsia tidak pecah? Ataukah dia akan memilih menerima segala imbalan (yang tentunya besar kerana nilai nyawa yang inginkan ia tetap rahsia adalah besar). Tanpa mengambil kira faktor keimanan dan tanggungjawab untuk bercakap benar di hadapan manusia dan Tuhan Sirul bisa sahaja menggunakan kesempatan terdesak ini untuk mengkayakan dirinya dengan menuntut apa sahaja yang diperlukannya (dan pihak berkepentingan harus menurut)? Ingatlah kuasa sebenar terdapat pada tangan yang memegang segala rahsia. Informasi rahsia itu adalah sebuah nilai yang sangat besar dan boleh digunakan untuk mengugut apa sahaja lantas menjadikan mereka itu hambanya. Namun sebagai seorang beragama dan bertanggungjawab dengan Tuhan secara peribadi Sirul juga mungkin berasa terpanggil untuk mendedahkan sebuah kebenaran. Apa pun yang berlaku nanti pastinya Sirul sudah membuat segala pertimbangan 'terbaik' maka kita akan tetap menerimanya sebagai takdir. Sungguhpun beliau tidak dipenjarakan namun hidup beliau kini seolah dalam penjara kehidupan. Bukannya mudah hidup dengan perasaan takut dan berwaspada. Buat masa ini beliau selamat (selagi berada di Australia) melainkan pihak yang terancam oleh kebenaran itu sanggup menghantar 'pembunuh2 upahan' untuk mendiamkan Sirul. Harus diingat mereka mampu melakukan apa sahaja dan Sirul dan Azilah adalah bukti bahawa 'mereka' itu sanggup dan berupaya berbuat seuka hati tanpa konsequensi. HANYA pengakuan benar Sirul itu sahaja yang MAMPU mengalahkan mereka. NAMUN AKANKAH SIRUL MEMBUKA SEGALA RAHSIANYA?
Dedahkan kemudian kena gantung barulah puas hati...daripada mati tapi kebenaran tak didedahkan...org nak percaya ka tidak terpulang..sekurangnya mati bermaruah...mata bolej pejam rapat...
Mungkin sirul akan dedah perkara ini bersakma dgn bukti yang masih beliau simpan kepada seluruh dunia apabila pilihanraya bakal menjelang tiba...dan inilah bom nuklear yang akan meletup dan mengalahkan kerajaan sedia ada...
Siapa yg kambeng mengembek itam kan diorang....cer citer sket...napa smpi skrng gembala kambeng tu tk disebut2... klu benar apa yg dikata....dh mcm hikayat la pulak
Australia boley simpan jerukkan sirul sampai bebila kat sana.....jdkan anak angkat ong potih maam
Sy tau siapa yg suruh ...dh tentu ketua kp sirul dn azilah ....sebab ketua dia ada affair dgn altantuyah....gangbang....pas tu bunuh...tu...jer pe nk kecuh2
Salam ni semua gila punya kerja..apa lagi nak di rahsiakan terus terang ajalah siapalah yg suruh bunuh..ingatlah atas dunia boleh lepas tapi diakhirat nanti sebesar kuman pun tak boleh lepas..
Catat Ulasan