Semua bekas Menteri Dalam Negeri tulis surat secara unilateral pada FBI?
GELANG PATAH, 16 JAN: Semua bekas Menteri Dalam Negeri perlu bersuara dan membersihkan nama mereka dari tuduhan Datuk Seri Zahid Hamidi, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang.
Ini kerana Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, Menteri Dalam Negeri sebelum beliau pernah mengeluarkan surat kepada FBI tanpa kebenaran dan pengetahuan Kementerian.
“Benarkah Menteri Dalam Negeri sebelum ini juga pernah menulis surat secara unilateral kepada FBI, tanpa pengetahuan pihak polis dan Ketua Polis Negara pada waktu itu?
“Maka menteri-menteri terdahulu jauh lebih tidak berdisiplin, liar dan melulu daripada apa yang disangkakan rakyat Malaysia.
“Bekas Menteri Dalam Negeri seperti Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh Ahmad dan Datuk Azmi Khalid mesti bersuara dan membersihkan nama mereka,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan.
Dalam pada itu kata Kit Siang, Zahid tidak boleh menyangka bahawa rakyat Malaysia bodoh walaupun dia telah berjaya ‘memperbodohkan’ kabinet
Zahid sebelum ini berkata kabinet menerima penjelasan versinya tentang surat kepada FBI menerangkan status ‘raja judi 14K Paul Phua Wei Seng’ yang didakwa menjalankan perjudian haram di Las Vegas.
“Saya tak sangka kabinet boleh terima penjelasannya, dan saya pasti takkan ada menteri berani cakap secara terbuka dia percaya penjelasan Zahid itu,”ujar Kit Siang.
Sedangkan Zahid itu dalam suratnya menyatakan Paul Phua membantu “kemanan negara” dan ‘selalu dipanggil untuk membantu dari masa ke semasa’
Malah Zahid menyatakan ‘sangat suka jika Phua kembali ke Malaysia, dan pelepasannya memberi kesan baik dalam hubungan baik antara dua negara, lebih-lebih lagi dalam pertukaran maklumat.
“Saya tak sangka Zahid ada masalah kefahaman dan percaya suratnya itu akan dilihat oleh FBI tidak mempunyai makna, kosong, dan tidak penting,” kata Kit Siang
Dalam kenyataannya juga, Kit Siang mempersoalkan mempersoalkan tindakan Zahid yang menyorokkan maklumat ‘projek-projek keselamatan negara’ di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Apakah Kabinet yang menerima penjelasannya tahu apa ‘projek-projek keselamatan’ itu?
“Jika ya, kabinet bertanggungjawab penuh terhadap surat Zahid kepada FBI,” ujar Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi. – Roketkini
Zahid beri penjelasan pada Kabinet mengenai surat kepada FBI
Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mendengar penjelasan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung surat yang dihantarnya kepada Federal Bureau of Investigation (FBI) berkaitan warganegara Malaysia Paul Phua Wen Seng, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
"Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi beri keterangan dalam mesyuarat Kabinet. Kami dengar penjelasan yang diutarakan oleh beliau, kami bersetuju penjelasan yang diberi," katanya ketika ditanya pemberita sebab Zahid menulis surat itu kepada FBI dan bukannya Kementerian Luar.
Anifah ditemui pemberita selepas menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Brunei ke Malaysia, Alaihuddin Awang Mohd Taha dan Duta Timor-Leste ke Malaysia, Jose Antonio Amorim Dias di Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.
Mengenai butiran penjelasan yang diberi Zahid, Anifah berkata soalan berkenaan wajar ditanya kepada menteri dalam negeri berkenaan.
Paul Phua serta anaknya, Darren Wai Kit Phua kini dalam tahanan rumah di Amerika Syarikat dan menghadapi pertuduhan di mahkamah negara itu atas kesalahan penghantaran maklumat pertaruhan dan menjalankan kegiatan perjudian tidak sah di Las Vegas semasa Piala Dunia 2014 lalu.
Paul Phua yang cukup terkenal dalam sirkit permainan poker profesional, pernah mengambil bahagian dalam kejohanan Big One For One Drop dalam Siri Poker Dunia 2012.
Beliau menduduki tempat keenam dalam European Poker Tour Grand Final Monte Carlo 100k Super High Roller 2014 dan dia juga disyaki terlibat dengan kegiatan kongsi gelap 14K Triad, sebuah kumpulan kongsi gelap dan sindiket pengedaran dadah antarabangsa.
Berikutan penahanan Paul Phua, firma guamannya, Chesnoff & Schonfeld memohon Zahid agar mengeluarkan surat kepada Timbalan Pengarah FBI, Mark F Giuliano untuk mengesahkan yang lelaki itu bukan seorang anggota 14K Triad dan kumpulan kongsi gelap itu juga tidak wujud di Malaysia.
Pada 18 Disember, 2014, Zahid menulis kepada Timbalan Pengarah FBI Mark F Giuliano menyatakan Phua bukan anggota kongsi gelap 14k dan kumpulan 14k tidak pernah wujud di Malaysia. – Bernama -TMI
16 ulasan:
Aku rasa si zahid komedi dah kena main..tunggu masa dia nak kena terajang ganti org lain.
Zahid Ingat Dia Boleh Perbodohkan Rakyat Malaysia Seperti Dia Perbodohkan Kabinet... Zahid betul. Rakyat Malaysia mmg bodoh dan mudah diperbodohkan. Sebab itulah dia dan species yg sewaktu dgn nya berani buat semua nie. Rakyat yg bijak pandai dah lama humbankan dia macam Ali Rustam di Bukit Katil. Now M'sian have to pay the price until PRU14.. bukan salah Zahid. Ini yg kamu Malaysian mahu..
kerajaan umno-bn malaysia kerajaan yakuza@mafia .... kah..kah..kah..!!!!!
sudah biasa dengan 'kesamsengan' ? ABU !
sudah biasa dengan 'kesamsengan' ? ABU !
Kenapa Tak boleh ? Siapa berani tangkap dia? Pas ker?
Pas sendiri tipu undi cina (lepas tu hellfire cakap cina Hina) Tikam rakan dan president baruakan ahli setia di ceramah besar terbuka pun boleh. Tiada siapa dalam pas berani betulkan semua ini.
Cina dah paham bahawa pas ini sama jer dengan unmo. Pakaian suci mulia hanya untuk dilihat, bukan suci mulia benar
Dalam PAU berbuih mulut kutuk cina. Dialah JUARA MELAYU. Last2 sokong seorang cina judi ??????
zahid boleh buktikan yang 14k tak ujud di Malaysia
Bagitahu FBI yang di Malaysia samseng yang paling terkenal bukan Paul Phua tetapi Paul Ibrahim Samseng dari geng Perkasa
Patut lah pemimpin pemimpin BN kata Negara huru hara jika diperintah oleh PR
Zahid dalam suratnya menyatakan Paul Phua membantu “kemanan negara” dan ‘selalu dipanggil untuk membantu dari masa ke semasa’
Seperti biasa yang selalu tuang hellfire yang pakai macam suci mulia kata masa dia macam Wira pergi tangkap Judi di pahang, Jawapan tepat dan senang semua salah orang cina Suka buat Judi masiat,
Muka hodoh gemuk hellfire tu dan terang terang kata dia tu munafik
Mana hellfire Sekarang? Selain drpd "ini semua salah cina buat Judi masiat", Minta komen lain.
Tuang presideng baruawang yang suci mulia juga boleh komen. Pakaian mulia, mesti fikiran mulia maka tidak akan baruakan ahli setia
Begitu mudah lu nak sengkokongkol dengan FBI. Orang FBI sama macam CIA diaorang boleh mengacau ketenteraman negara dan beberapa buah negara termasuk dalam kancah peperangan gara - gara FBI dan CIA.
FBI (BUKAN FBI PENGACARA RADIO) DAN CIA ADALAH MUSUH DALAM SELIMUT YANG TELAH MEMPORAK PORANDAKAN BEBERAPA NEGARA ISLAM DI DUNIA NI. SO LU BERSENGKONGKOL DENGAN DIA ADALAH SATU KESILAPAN YANG BESAR DAN SILAP HARI PM KITA TERPAKSA SETUJU PERJANJIAAN TPPA DAN PEMBINAAN PANGKALAN US DI MALAYSIA SUATU HARI NANTI GARA - GARA CAMPURTANGAN PIHAK FBI DI USA. INGAT USA LAKNAKTULLAH SANGAT MENUNGGU PM KITA SIGN PERJANJIAN TPPA YANG AKHIRNYA EKONOMI MALAYSIA KE JATUH KE TANGAN YAHUDI LAKNATULLAH DAN NASIB ORANG ISLAM ESPECIALLY ORANG MELAYU DI SINI SUDAH PUN TERPINGGIR AKAN JADI TERPINGGIR LAGI SEBAB TERPAKSA BERSAING DENGAN YAHUDI YANG CUKUP TIDAK BERADAD DALAM MELAKUKAN PERNIAGAAN. WALLAHULAM.
Zahid dalam kenyataannya semalam berkata, Menteri Dalam Negeri sebelum beliau pernah mengeluarkan surat kepada FBI tanpa kebenaran dan pengetahuan Kementerian.
Oklah kita andaikan shj apa yg dikatakan Zahid itu benarlah kononnya. Persoalannya pula kenapa surat daripada Menteri Dalam Negeri sekarang ini ditolak oleh FBI? Hang jangan pikiaq kami ni bodo Zahid! Kamu tunjukkan dulu bukti gred A Mat Sabu itu syiah, baru aku boleh percaya sikit cakap kamu tu.
Org Bodoh akn selalu ingat semua orang adalah Bodoh...
kata lah betul semua Menteri KDN sebelum Zahid pernah mengeluarkan surat kepada FBI tapi ia nya bukan lah surat berkaitan membebaskan samseng dan raja judi
Kalau surat Menteri KDN sebelum ini sama dengan surat Zahid terlepas kah raja raja judi tersebut atau mereka mereka yang melakukan kesalahan jenayah di US ?
Respek lah pada Menteri semua kerana FBI sangat menghormati dan kecut perut dengan Menteri UMNO
Lucu sungguh ulasan kamu. Jika FBI sangat menghormati dan kecut perut dengan Menteri UMNO seperti yg kamu sendiri tulis tu, kenapa pula mereka menolak untuk menerima surat Si Zahid goblok ni? Eloklah disimpan sahaja pandangan bangang kamu tu.
Ini lah akibat nya negara di pimpin oleh PM KANGKUNG.....MENTERI2 KABINET PUN KANGKUNG JUGA
Catat Ulasan