12 Dis 2014

[VIDEO] Udang Kara Projek BN Tak Kena GST, Ubat & Buku Kena GST


Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izah Anwar mempersol rasional kerajaan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) terhadap bantuan perubatan, ubat-ubatan dan buku tetapi tidak kepada udang kara bagi projek penternakan Barisan Nasional.

“Kerajaan mengecualikan udang kara daripada GST kerana mereka ada projek di mana mereka sebenarnya membela udang itu di Sabah.

“Maka berlaku pengasingan di antara rakyat biasa di negara ini dengan kepentingan kerajaan,” katanya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, kerajaan menyatakan Malaysia perlu menjadi negara berasaskan ilmu, tetapi mengenakan cukai terhadap buku, menjadikan ia lebih mahal.

“Adalah berdosa jika kerajaan buat hasil daripada buku dan kesihatan,” kata Izzah.

Sebelum itu, beliau menjelaskan, pelaksanaan GST pada April depan akan menyebabkan pesakit di pusat jagaan kesihatan swasta yang memerlukan bantuan perubatan antaranya seperti tongkat ketiak, kerusi roda dan alat bantu pendengaran akan dikenakan GST.

Menurutnya, terdapat juga ubat-ubatan yang digunakan untuk merawak pesakit kanser, penyakit berkaitan buah pinggang dan HIV yang tidak dikecualikan daripada GST.

“Rakyat Malaysia bakal diancam dengan keadaan di mana tidak semua ubat dan buku berkadar sifar,” katanya, lapor The Malaysian Insider.


'Udang kara lebih penting dari manusia?'

Anggota parlimen DAP Charles Santiago mempersoalkan sama ada makanan mewah, seperti udang kara, lebih penting daripada nyawa manusia kerana ia dikecualikan daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Sedangkan, katanya, tidak semua ubat mendapat status kadar sifar cukai itu.


“Adakah udang kara ini lebih berdarjat tinggi daripada manusia?” katanya kepada Malaysiakini di pusat khidmatnya di Klang hari ini.

Charles juga berkata, tanpa kadar sifar GST untuk ubat-ubatan, bukan sahaja golongan miskin tetapi golongan pertengahan juga akan terjejas dengannya.

GST akan mula dilaksanakan pada April tahun depan.
-mk



Harga Ubat-Ubatan Dijangka Terus Meningkat

PETALING JAYA: Harga ubat-ubatan di negara ini sedang meningkat dan dijangka terus naik pada tahun depan.

Harga beberapa ubat-ubatan dilapor telah meningkat sebanyak 20 peratus hingga 50 peratus pada tahun ini sahaja, dan berikutan penjual terpaksa mengubah harga sebanyak dua kali dalam tempoh 12 bulan, menurut Komuniti Farmasi Malaysia (MCPG).

Presidennya, Wong Sie Sing berkata, kenaikan 'biasa' harga ubat-ubatan adalah sekitar 5 peratus hingga 10 peratus, tetapi dengan penguatkuasaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada April, sebanyak 10 peratus hingga 40 peratus kenaikan dijangka berlaku bagi tahun depan.

Berikutan itu, MCPG yang mewakili lebih 2,000 farmasi dan mempunyai seramai 2,500 ahli farmasi, menggesa kerajaan supaya menubuhkan badan yang dapat mengawal kos perubatan.

"Jika tidak, harga ubat akan meningkat dengan cepat," kata Wong.

Kerajaan ketika ini tidak mempunyai sebarang mekanisme dalam mengawal harga farmaseutikal.

Sementara itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia Datuk Nancy Ho berkata, kenaikan harga ubat-ubatan akan memaksa rakyat berhenti mengambil ubat untuk merawat penyakit masing-masing selepas ini.

MPS adalah persatuan untuk ahli farmasi di Malaysia, dengan kira-kira 4,000 ahli.

Ho berkata: "Kenaikan harga ubat boleh disebabkan oleh peningkatan kos bahan mentah, peralatan, buruh dan pengangkutan serta pertukaran mata wang yang lemah.

"GST akan memburukkan lagi keadaan kerana hampir semua ubat-ubatan akan dikenakan cukai sebanyak 6 peratus," jelasnya.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia Dr H. Krishna Kumar berkata, kos semua ubat telah meningkat lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Oleh itu jelasnya, GST akan menambah lagi kenaikan kerana semua kos termasuk pengangkutan juga akan meningkat.
-mstar





8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

BN sudah jadi Bahalol ; projek kaya sendiri di suroh tanpa cukai. Berapa ramai orang orang Melayu mampu makan lobster ?

BN sudah tunjuk tanda2 bakal runtuh dgn sekom kaya kroni nya.

Tanpa Nama berkata...

Ceritanya 2x5 juga dengan panda vs rakyat miskin.

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya bukan setakat tak kenakan gst...sepatutnya bagi subsidi sekali..

Tanpa Nama berkata...

padan muka penyokong umno totok bila kena bayar harga ubat mahal nnti. sy pun kena bayar ubat mahal tapi tanpa rela dan tak pernah sokong gst apatah lg umno celaka

Tanpa Nama berkata...

Mana si anon yang berkomen dengan hujah kufur

Harap bagi peringatan dan jangan bila isu PAS dan bila pemimpin UMNO kena kutuk baru nak berkufur kufur

Tanpa Nama berkata...

katanya cukai gst ni akan di pulangkan kepada rakyat dan gst dapat mengawal kenaikan harga barang

Ingat Ingat

Praya ini jadikan UMNO sebatang KARA kalau tak seekur KERA !

Yang bangang otak macam otak udang penyokong dan ahli UMNO

Unknown berkata...

lucu sekali tatkala kamu dikhabarkan pada "kecurangan" sipemerintah untuk kamu kekal pada sifat yg jelik dan hina yg sering aku sifatkan kepada kepimpinan khawarij PAS dan sekutunya ..perihal GST yg kamu dakwakan sebagai satu lagi kezaliman yg ditimpakan kepada kamu..apatahlagi projek ternakan udang kara yg dikecualikan dari GST...tetapi ubat2tan dikenakan cukai baru itu..apakata kamu rujuk pada kementerian kesihatan..untuk mengetahui perkara sebenarnya..ubatan2tan yg dikafikasikan sebagai kegunaan org biasa dikecualikan dari GST..melainkan kamu mampu membeli ubat yg diketegorikan untuk yg berada .. maka bukankah kamu kekal pada sifat kufur nikmat yg seperti yg sering dikhabarkan..malangnya kamu tidak menyedarinya..org biasa sakitnya dibekalkan pada ubatan dan perkhidmatan yg dikecualikan GST..

Tanpa Nama berkata...

Kalau kena cukai GST tak bolehlah makan udang kara percuma.