22 Dis 2014

[VIDEO] Rentap Kain Rentang Krismas: KDN Perlu Bertindak Ke Atas PERKASA


Perkasa salah rentap kain rentang Krismas'

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengkritik tindakan anggota PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat.

"Kita harus menghormati agama lain. Saya berpendapat bahawa jika kita mahu agama kita dihormati, kita juga mesti menghormati orang lain.

"Saya yakin sekiranya ada orang yang melakukan perkara itu kepada kita, kita juga akan marah," kata Zahid, seperti dilaporkan The Star.

Jumaat lalu, PERKASA mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat DAP Perak ekoran kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guang Eng yang berkata orang bukan Islam di Pulau Pinang boleh menggunakan kalimah ‘Allah’.

Dalam demonstrasi itu, NGO Melayu tersebut merentap jatuh kain rentang itu dan cuba menarik lengan ADUN Tebing Tinggi Ong Boon Piow.

Selain dari demonstrasi di Perak, mereka turut membuat bantahan sama di Pulau Pinang.

Di negeri Pulau Mutiara itu, penunjuk perasaan menggelar Lim sebagai "babi hutan". -mk




ULASAN GB

KDN sepatutnya mengambil tindakan ke atas PERKASA dan kumpulan yang menyerang serta mengoyakkan kain rentang Krismas di ibu pejabat DAP beberapa hari lalu.

Adalah tidak wajar tindakan liar itu dibiarkan dengan mereka meletak undang-undang di dalam tangan mereka sendiri.

Jikalah kesalahan itu dilakukan oleh PR, kerajaan begitu pantas bertindak, tetapi oleh kerana ia dilakukan oleh NGO mesra UMNO, pihak polis dan KDN membiarkannya saja.

Mengapa ada double standard di dalam penguatkuasaan undang-undang? Ketua Polis Negara perlu bertanggungjawab menjelaskan hal ini.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini isu mudah pd 4tahil, nanti keluarlah kenyataan bahawa orang itu telah tergelincir lalu berpaut pd kain rentang tersebut. Dia TIADA NIAT nak rentap kain itu.

Tanpa Nama berkata...

Perkasa dan UMNO nak jadi bahalol dan benggap jadi lah ; tapi tak elok cuba paksa orang orang lain pun ikut bahalol benggap gaya Perkasa dan UMNO.

Awak miskin malas takde duit tak boleh

Tanpa Nama berkata...

Kita ada terbaca mengenai kejadian tebusan di Australia oleh orang Islam yang berasal dari Iran

Mengikut cerita se orang wanita Islam yang ketakutan dengan situasi tersebut telah menanggalkan tudung hijab nya demi keselamatan diri nya tetapi dia di minta terus memakai tudungnya oleh seorang wanita mat saleh yang mengiringi nya berjalan

Rakyat Australia yang bukan Islam lebih mulia dari ahli Perkasa

Mahkamah hanya melarang majalah harold mencetak khalimah Allah dan sehingga hari ini tidak ada undang undang yang melarang pengunaan Allah oleh agama lain

Melarang agama lain dengan hanya menguna fatwa pun tak guna sebab selama ini fatŵa dikeluarkan hanya pada orang Islam Fatwa mesti di iringi dengan titah YDP Agung

Ibrahim Ali tak minta ahli koyak banner Ini menunjukkan yang tak berotak ia lah ahli Perkasa Lain disuruh lain yang di buat

Tanpa Nama berkata...

Perkasa tu orang islam ke....perangai x macam yg nabi suruh je

Tanpa Nama berkata...

ahli perkasam ni syok sndiri...bnyak gengster melayu dlm tu...bos pun katak..nk jdi adun..mp..sape pun xnk dh...pengkhianat...jdi tubuh pekasa..cari pngaruh...nk org ingat..buat ler bnda x bermoral...

Tanpa Nama berkata...

"Saya yakin sekiranya ada orang yang melakukan perkara itu kepada kita, kita juga akan marah," kata Zahid....
sambung ayat..kita juga akan marah dan akan tangkap tanpa soal kalau dari PR..kalau dari Umporno kita kita buat ale uto ajer..

Anti Fitnah berkata...

"Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi mengkritik tindakan anggota PERKASA yang merentap jatuh kain rentang ucapan Krismas dan tahun baru di hadapan ibu pejabat DAP Perak, pada Jumaat."
Sebagai Menteri KDN, kritik saja ke???? Ini sandiwara dan lakonan puak munafikun. Sepatutnya dia dah suruh Ketua Polis Negara ambil tindakan undang-undang bukan sahaja pada ahli yang bertindak malahan kepada presiden serta NGO itu sendiri yang seharusnya diHARAMkan.
Inilah puak HARAMJADAH yang bukan saja tidak membela agama dan bangsa malahan merupakan perosak agama dan bangsa. Allah swt dah berpesan kepada umatNya, jangan menghina agama lain agar mereka tidak menghina agama kita. Agama depa agama depa, agama kita agama kita.
Aku dari awal hanya berpegang pada konsep bahawa semua insan adalah adalah hamba Allah swt. Kita, orang Islam amat tahu dan sedar bahawa kita semua datang dari Allah swt dan kepada Allah swt kita kembali tanpa kira siapa keturunan kita dan agama kita sewaktu di dunia ini. Kita amat percaya bahawa Tuhan hanya SATU iaitu Allah swt, Tuhan sekalian alam dan semua makhluk di dalamnya. Jadi kenapa orang bukan Islam tak boleh sebut Allah swt sedangkan kita tahu bahawa Allah swt juga Tuhan bagi depa juga. Bezanya ialah depa tak beriman dan ini tak bermakna Allah swt bukan Tuhan depa.
Yang Kedua, lagu negeri-negeri di Malaysia semuanya ada kalimah Allah di dalamnya. Jadi apa nak jadi kepada rakyatnya yang bukan Islam? Tak bolehkah mereka menyebut Allah semasa menyanyi lagu negeri???? Bodoh tak boleh diajar.
Melayu ... bangsa yang lemah lembut dan tinggi toleransinya tapi apabila Melayu sudah bertukar jadi "Melayu", sudah tentu akan jadi keras dan kurang ajar (tindakan balas kimia). Lihat pada "Melayu" PERKASA, ada muka Melayukah terutama pada "Melayu" di Pulau Pinang dan yang baru-baru ini di Perak?????

Tanpa Nama berkata...

DI MANA PERKASA KETIKA MELAYU MISKIN DI HALAU OLEH ISRAEL MELAYU YG DIDALANGI KONGLOMERAT ISRAEL CINA DI KG CHUBADAK ???

perkasa adalah sampah melayu

Tanpa Nama berkata...

Melayu berpecah bukan sebab politik

Melayu berpecah sebab ini Satu melayu macam Perkasa dan melayu macam UMNO Satu samseng tak berotak yang kurang ajar dan satu asyik menipu dan memperbodohkan bangsa sendiri

Golongan melayu yang tak sokong fahaman dan tindakan melayu tersebut menjauhkan diri dari kedua dua jenis melayu tersebut Melayu ini telah sedar dan mempunyai budi dan akal yang sihat


Mustahil dapat disatukan melayu dengan cara politik Melayu akan nampak bersatu jika Perkasa dan UMNO meninggal dunia atau meninggalkan sikap buruk dan kebodohan mereka walaupun melayu ada sepuluh parti melayu Contoh melayu ada berpuluh NGO kenapa melayu tak di katakan berpecah

Tanpa Nama berkata...

jgn biarkan mamak menggunakan nama melayu utk mengujud ketegangan kaum dan agama

Dhin berkata...

Mula-mula dulu aku nak juga join puak ni tapi bila tengok (tengok jer tak payah kaji pun), nampak muka bodoh2 jer, bangang2 jer maka tak jadilah. Nak bela Melayu Islam konon, masjid pun liat, nak harap pengajian ilmu... harammmm. Melepak kedai Pak Mood ada !

Tanpa Nama berkata...

harap non-muslim faham bahawa puak pekasam TIDAK mewakili bangsa melayu dan JAUH sekali umat islam. that's a fact!

Tanpa Nama berkata...

Lesen besar sangat. Pdrm pun takut dgn pekasa. Esok lusa org dlm pejabat dap tu yg kena dakwa. Caya lah..

Tanpa Nama berkata...

Apa yg aku npk puak pekasa sial ni buat keja demi duit saja mmg laknat sgh perangai puak nu

Tanpa Nama berkata...

Ini lah dia Bangsat2 Me Layu yg x ada pendirian agama