2 Dis 2014

[BERGAMBAR] Malang Tak Berbau: Lelaki Maut Tersepit Antara Van Dan Tembok


Melaka: Seorang lelaki maut apabila tersepit antara sebuah van dan tembok konkrit di Lobi Utama, Bangunan Majlis Agama Islam Melaka di sini, lewat petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata kejadian itu berlaku semasa mangsa yang dikenali sebagai Norazam Abd Razak, 43, dipercayai menghidupkan enjin sebuah van ketika berada di bahagian pintu pemandu tanpa menyedari gear kenderaan itu bukan dalam keadaan neutral.

Beliau berkata dalam kejadian pukul 6.40 petang itu, van yang dihidupkan itu kemudian terlajak lalu mengakibatkan mangsa tersepit antara pintu van dan tembok berhampiran.

"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat cedera di bahagian dada dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang wanita Azyati Jamaludin, 22, maut setelah motosikal yang ditungganginya dilanggar sebuah kereta di Jalan Sungai Udang di sini, pukul 5.10 petang semalam.

Shaikh Abdul Adzis berkata mangsa yang sedang dalam perjalanan dari Sungai Udang ke Tanjung Kling dipercayai cuba memotong sebuah kereta di hadapannya tetapi gagal dan terjatuh di laluan bertentangan, sebelum dilanggar sebuah kereta lain di laluan itu.

Beliau berkata mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat. -mstar


Pekerja am MAIM maut tersepit


MELAKA 30 Nov. – Malang tidak berbau apabila seorang pembantu am Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) maut akibat tersepit antara van dipandunya dengan dinding bangunan Kompleks MAIM, Bukit Palah di sini petang semalam.

Norazam Abd. Razak maut selepas tersepit antara van dan dinding bangunan Kompleks MAIM di Bukit Palah, Melaka, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu, mangsa, Norazam Abd. Razak, 43, dari Kampung Sempang Pantai, Merlimau di sini mening­gal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dada.

Menurut jurucakap polis, sebelum kejadian, mangsa dikatakan hendak memasuki van jenis Ford Econovan itu yang sedang diletakkan di depan lobi utama bangunan berkenaan.

“Mangsa yang masih berdiri di bahagian pintu kenderaan itu kemudian telah menghidupkan enjin yang belum dikosongkan gearnya, lalu menyebabkan van itu bergerak ke hadapan.

“Van itu terlajak dan mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri turut diheret sama ke hadapan hingga kenderaan itu berlanggar dan bergesel dengan dinding lobi bangunan tersebut,” jelas jurucakap polis itu.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan serius di bahagian dada dan terus dibawa ke Hospital Melaka tidak jauh dari kompleks itu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Adzis Shaikh Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mengklasifikasikan kes berkenaan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


ULASAN GB











3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika dilihat jarak antara van dengan dinding begitu rapat bermakna keluasan parking lot cukup cukup muat untuk kenderaan tersebut

Saya pernah ditegur kawan kerana menghidupkan enjin dari tingkap kereta Sejak itu jika saya ingin hidupkan enjin kereta saya akan masuk dan duduk sebelum enjin di hidupkan

Semuga roh nya dicucuri rahmat Tuhan

Tanpa Nama berkata...

Malang tidak berbau !..hati2 ketika menjalankan tugas. Takziah utk keluarga mangsa

Tanpa Nama berkata...

Suami selalu marah kalau sy parking keta masuk gear satu, suami kata tak paya kan da tarik handbrake insyaAllah tak gerak, sy tringat kawan ofis sy keta dia masuk bengkel bila dia nak ambil keta dia tym hidup enjin lupa nak neutral gear apalagi langgar keta kat depan..maklumlah kat workshop kn keta parking dekat2..hmm kawan kena bayar 3x ganda