11 Dis 2014

Bekas K.Penerangan UMNO Pekan Dedah Tembelang Najib: Najib Tidak Ada Kompetensi!

Presiden UMNO dan BLue Bean Army aka Blogger Bangang

Apalah yang hendak kita hairan bila Najib sebut perkataan bangang? Perkataan ini datang naturally kepada seorang aristokrat dan bourgeois seperti Najib- papa kedana, haramjadah, bangang, dan lain2. Najib bukan ada cukup budaya Melayu untuk lebih tertib memulih istilah yang digunakan.

Bila saya kata Dato Najib pemimpin lemah dan tidak bertulang belakang, ramai orang marah. Terutama pemuja Dato Najib yang memberi pelbagai macam warnaan metos kepada batang tubuh Najib. Ini perkara biasa yang dilakukan oleh mereka yang berminda kecil dan tak bersekolah tinggi. Reality nya, Najib itu manusia macam kita juga. Bahkan banyak lemah dari kekuatan. Nasib dia baik- dia berbinkan Tun Razak dan laluan politik dia lebih mudah. Paling penting, dia banyak wang. Wang meratakan semua dan menutup segala kelemahan.

Sesiapa yang ada bakat average jika diberi jalan mudah seperti Najib akan dapat lakukan apa yang Najib lakukan. Saya ulang sekali lagi- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa pun boleh.

Hari ini, Dr Mahathir sendiri menyatakan, ada ramai yang boleh ganti Najib. Muhkriz boleh. KJ pun boleh. Jika PR menang, Azmin Ali pun boleh. Rafizi pun boleh. Ramai lah.

Sahabat baru saya, Outsyed the Box- lebih hebat menyatakan beg plastic TESCO lebih berkapasiti dari Najib. Beg plastic itu boleh menampung banyak barangan, Najib pula, kurang kapasiti untuk memahami apa yang berlaku.

Saya menyatakan perkara ini sejak tahun 2008 lagi. 6 tahun mengkritik kepimpinan Najib tidak mungkin dilakukan atas dasar dendam kesumat. Tentangan ini adalah atas dasar kepimpinan, dasar dan polisi kerajaan nya, pemikiran, wawasan Najib dan kerana incompetence Najib. Saya sebutkan disini- let’s face it- Najib is the most incompetent leader that we have thus far.

Pernah satu masa dahulu, ada seorang blogger melantik dirinya sebagai pendinding dan pembela Najib- mengatakan bahawa jasa Najib kepada saya terlalu banyak. Orang Inggeris kata- the proof is in the eating. Jika saya ada membuat kesalahan dan mengambil kesempatan- masakan perkara2 ini didiamkan oleh pemimpin UMNO dan negeri? Tentu mereka berarak diseluruh bandar dan mendedahkan perkara ini.

Semasa kempen PRU13, perkara yang paling kuat Najib boleh bantai saya ialah menyatakan saya suka berkelahi dengan ketua kampong. Saya memang pun berkelahi dengan 4-5 orang yang saya rekomen digantikan kerana mereka mencuri dan menjual tanah, membolot saham yang diagihkan kepada orang kampung, membuli masyarakat. Saya mahu mereka diganti sebab jika kita mahu membangunkan bangsa Melayu- pimpinan peringkat paling asas pun mesti bermutu tinggi. Bagaimana Najib mahu memimpin Negara jika 4-5 orang ketua kampong sudah boleh menggugat ketegasan Najib?

Najib suka simpan crook, saya mahu gantikan mereka. Dan saya tidak faham perkara ini sampai kehari ini- bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika pimpinan peringkat kampung terdiri dan jaga bank, tukang kebun sekolah, kaki buli dan seumpamanya?

Saya pun boleh bertanya demikian juga- bagaimana jasa saya kepada Najib? Ketika dia menang tipis 1999 dengan hanya 241 undi , tidak ada pun orang UMNO meletakkan diri mereka sebagai benteng. Bahkan ketika saya menjadi ketua penerangan UMNO Pekan dan melaksanakan program penerangan( bukan main futsal atau pertandingan bola) ada orang UMNO sendiri yang menyekat ketua penerangan UMNO dari menjalankan program penerangan. Saya bukan hendak membesarkan diri- tapi work ethics saya yang dilatih oleh Shell Malaysa tentulah tidak sama dengan budak lulusan tingkatan 5 gred 3 atau rendah.

Blogger yang melantik diri sebagai pendinding Najib kata saya beroperasi atas dendam kesumat dalam dada. Saya nak tanya blogger ini- bolehkah seseorang beterusan dimotivasikan oleh dendam kesumat? Dendam akan memakan diri yang mengandung dendam tersebut.

Tentangan saya terhadap kepimpinan Najib ialah kerana saya merasakan Najib is not a good leader. Dia tidak ada vsion, dia tidak ada values untuk membangunkan bangsa Melayu.

Bagaimana seorang yang hidup dalam budaya aristokrat dan bourgeois boleh membangunkan bangsa Melayu? Najib simply does not have that culture untuk memimpin negara. Yang dia ada ialah career- dia seorang political careerist yang terpelanting masuk dalam arena sesudah kematian Tun Razak dan memulakan career nya sebagai pemimpin. Apa nilai2 yang dia ada sejak remaja lagi?

Tidak ada. Saya tidak ada malice lansung menyatakan perkara ini- dia bukan Mahathir, dan bukan Tun Razak yang mempunyai political culture untuk memimpin Negara.

Tapi, kerugian UMNO ialah keuntungan bagi pihak pembangkang ketika ini. Dibawah Najib UMNO mulai kehilangan kredibiliti. UMNO hanya survive sekarang sebab mereka menguasai apparatuses pemerintahan. Dan mereka ada monopoli keatas legitimate coercive forces- polis, tentera, pasukan keselamatan lain.

Tanpa kuasa ini, UMNO tidak mampu menawarkan apa2 idealisme kepada rakyat. Budak2 UMNO sendiri pun hari ini tidak tahu perjuangan UMNO 46. Yang mereka tahu dan kenal ialah re-inkarnasi UMNO atau jelmaaan semula UMNO. Mulai tarikh tersebut, UMNO penuh dengan pemimpin yang mahu mengkayakan diri.

Kepada orang Melayu- yang UMNO boleh tawarkan ialah pemberian material. UMNO boleh beri BR1M - RM900 untuk tahun 2015 yang boleh diterjemahkan sebagai RM2.47 sen sehari. Harga kangkung sekilo RM2.80. Ikan Kembung sekilo RM14. Sila beritahu raykat, boleh tak mereka hidup dengan RM2.47 sehari?

Saya ketawa terbahak bahak bila Najib kata blogger2 UMNO bangang. Suatu ketika saya berjumpa dengan Najib dan memberitahu didepan muka dia, dia employ blogger bermutu rendah- dia kata dia tak cukup blogger berkualiti. Saya ada dengar dia menyediakan bajet RM5juta untuk employ blue bean army tapi semua nya hampas belaka. Blogger UMNO hanya tahu maki hamun dan menyelar peribadi blogger pembangkang dan tidak ada kapasiti untuk berdebat perkara dan isiu sabstantif. Tapi blogger bangang jangan berkecil hati ya- kerana jika mereka bangang, majikan mereka lagi bangang. Yang tak bangang ialah penyelia blogger bangang yang dapat bajet besar. -sakmongkol

14 ulasan:

Amuraria berkata...

berbijik-bijik peluru kena tang dahi daa ! ABU !

Unknown berkata...

Setuju sangat tapi apa nak kata

Tanpa Nama berkata...

Tidak diragui lagi jiwa Najib bukannya jiwa pembela rakyat terutamanya melayu, dan pencapaian akademiknya tidaklah tinggi. Dlm satu pasukan sudah tentu ada individu lain yg lebih berwibawa, yg boleh memainkan peranan sebagai team spirit. Siapa dan di manakah mereka itu? Mereka itu sedang menyembunyikan kuku, standby untuk menerkam sesama mereka bagi mendapatkan habuan juga tanpa mempedulikan nasib rakyat termasuk yg melayu sekali. Ini bermakna, mereka yg berpendidikan tinggi dlm Umno juga tidak boleh diharapkan.

FORENSIC PATHOLOGY berkata...

"Najib bukan ada cukup budaya Melayu untuk lebih tertib memulih istilah yang digunakan." Apakah Bekas K.Penerangan UMNO Pekan yang berperangai begini lebih tertib daripada DS Najib? Kalau ikhlas, nyatakan pendapat anda secara berhemah menerusi saluran yang betul (eg. party internal meeting). Tidakkah saudara belajar sesuatu setelah menjadi K. Penerangan UMNO Pekan? Apakah begini caranya dan kandungan penerangan yang saudara berikan semasa berkhidmat dulu? Padanlah UMNO hampir kalah dalam pilihanraya yang lepas???

diod berkata...

So what ? najib menang lemah. Tapi pembangkang lagi lemah.

pas, dap,pkr semua ada agenda sendiri. pakatan rakyat lepas pilihanraya tak peduli rakyat.

maae berkata...

Tuding satu jari, empat lagi ke diri sendiri. Apabila manusia berlagak tuhan.. hanya mengangkat diri sendiri terbaik. Hakikat nya tong kosong juga. Melayu menyokong hampaaasss juga. Bila miskin salahkan Umno. Bila Melayu menggelupur, cina juga di nobat hebat konon nya..

Ini lah anatomi melayu. Menguliti, melapah, memburai perut, jantung, hati mencincang akhir nya terkelior membaham daging saudara sendiri... sebab, dendam kesumat. Melayu masih di tipu dan di tindas. Mereka miskin di pupuk juga kepada Umno !

Tanya MCA, Gerakan, MIC dan evangelista Dap- ada mereka membaham saudara mereka ?

Melayu kompeten, Melayu yang sedar diri asal usul nya. Sayang, kebanyakan mereka berjuang tidak lain pangkat, kuasa dan memboyotkan perut dengan duit haram. Cara mana ? Orang berpolitik punya rangkaian sokongan para peniaga kroni, berkuasa, memang faham. Sebahagian, muka-muka mereka lebam, kerana dosa-dosa yang di lakukan tanpa batas.

Kesalahan kita sendiri jangan di tuding kepada yang lain. Konon paling sempurna dan berkompeten tinggi kerana begitu berkelulusan atau di didik cara sekular tidak lain kesombongan syaitan ! Konon berpendidikan hasil usaha sendiri tanpa bantuan kerajaan. Menipu diri sendiri berlagak kebudak budakan menjadi hero halimunan...

Tidak kira politik apa, Melayu itu mesti bersatu dan menjaga warisan nya, negara nya, agama nya dan harta-harta anugerah Allah SWT yang di amanahkan. Bukan berjihad di jalan yang salah.

Tanpa Nama berkata...

Ddlm tulisannya ini, Sakmongkol ada sebut soal gred @ pangkat 3 SPM..

Kita sepatutnya TIDAK lg perlu utk komen apa yg trjd kpd umno serta QUALITY yg dimiliki oleh pemimpin & ahli2nya yg TOTALLY bebal/BANGANG ditahap gaban!

TETAPI,
Ddlm pakatan/PR terutama ddlm PAS itu sendiri, bolehkah kita AKUR & dpt terima HAKIKAT dgn "sehumble2nya" bhw individu2 sprti Hadi,Nik Aziz @ MSU itu sendiri MAMPU kah mrk ini mndpt pangkat @ GRED yg lebih baik drp 3 ddlm SPM seandainya mrk ini BUKAN ddlm aliran pondok/AGAMA!??

Inilah hakikat hakikat HAKIKAT sbnr2 KBENARAN yg WAJIB kita terima & akur se'AKUR2nya..bgmnkah mrk yg "LOW-IQ" sebegini boleh kita kagumi sbg ulamak???

Sbb itu kita TIDAK hairan jika budaya ddlm umno kini trjd ddlm PAS:
-fitnah pilkuda
-fitnah broka & BARUA
-sokongan mmbabi BUTA kpd TSKI
-GAGAL diTrngganu & KEDAH
-gagal mmBACA gerak musuh
-MUDAH masuk kdlm "PERANGKAP"!

Klu org awam @ RAKYAT jelata lebih "ARIF" dpt mmBACA langkah sumbang TSKI sblum dipecat dr MB..bgmn org2 yg konon2nya ulamak sprti Hadi Nik Aziz & MSU boleh bodoh & "BUTA" dgn hakikat hakikat HAKIKAT yg sgt2 TERANG & semudah itu???

Layakkah mrk ini digelar ulamak???

LAYAKkah..dan mampukah mrk mndpt LEBIH baik drp pangkat @ GRED 3 ddlm SPM???

GB..
"GREAT minds THINK alike"
..aarinal haqqa'HAQQAN!!



Anti Fitnah berkata...

Kata Maee, Orang sedang bercerita tentang Melayu, hang pulak kaitkan Cina. Melayu miskin, kenapa UMNO tak boleh dipersalahkan? Bukankah UMNO itu mengaku Jaguh Melayu dan selama ini pun HANYA UMNO yang menjadi kerajaan? Kasihan melihat Melayu macam kau ni. Bodoh Bangang.
Kau kata Melayu mebaham darah daging saudaranya sendiri? Siapa tu kalau bukan UMNO orangnya?
Yang menjahanamkan Tanah Rezab Melayu tu siapa?
Yang mentekedarah wang kerajaan (rasuah) tu siapa?
Melayu memang kompeten tapi bukan Melayu UMNO yang bersandar kepada kuasa UMNO malahan yang menjadi ALI BABA dengan kuasa yang ada pada UMNO?
Bantuan kerajaan bukan bantuan UMNO sebab wang kerajaan bukan wang UMNO? Hanya Melayu macam kau saja yang berfikiran sedemikian. Kalaulah selama ni PR yang memerintah, adakah kau akan kata sedemikian????
Aku bersetuju dengan kau iaitu Melayu mesti BERSATU ... bersatu di bawah apa??? Bersatu di bawah agenda Melayu??? Ini bermakna kau adalah munafikun sebab sebagai orang Islam, kita WAJIB bersatu di bawah panji Islam, tiada lain kecuali ISLAM semata-mata.
Berjihad di jalan yang salah? Siapa tu kalau bukan Kau? Berjuang menentang ketidakadilan, kezaliman, ... walaupun dilakukan oleh saudara sendiri adalah bejihad. Bukan membenarkan kezaliman, ketidakadilan, ... adalah JIHAD. Jangan jadi macam apa yang disebut oleh pemimpin agung UMNO sekarang, Tok JIB iaitu BANGANG.
Satu lagi ingatan yang aku nak sebut di sini ... Manusia hanya dua jenis sahaja iaitu manusia BAIK dan manusia JAHAT tak kira apa keturunannya, anutannya, ... Tidak ada satu bangsa di dunia yang berani mendabik berkata BANGSA MEREKA ADALAH MANUSIA TERBAIK DAN TIADA CACAT CELA KECUALI MELAYU UMNO. Di Malaysia, orang Melayu akan "mati" tanpa UMNO ... metos ciptaan Melayu BANGANG. Ingat ... Allah swt tu ada. Melayu boleh ada dan juga boleh tiada ....
Bertaubatlah sebelum anda di"simpan".

Tanpa Nama berkata...

Kpd Maae:8:29AM

Maae 8:29AM,
Bagus,,bagus skali kamu berhujjah & baris akhir nya disulami ungkapan "MELAYU-mesti-BERSATU" dan terselit ayat "amanah" dipenghujung perenggan itu..

Maae 8:29AM,
Mari sama2 kita dengar wasiat..
sama2 bnar2 FAHAMI wasiat drp ALLAH,

Seruan,
Seruan ALLAH hanya kpd org2 yg bnar2 brIMAN..
..sama2 kita FAHAMI seruan "amanah" wasiat drp ALLAH bermula drp AYAT 102 kpd AYAT 103 ddlm surah Ali-IMRAN..

AYAT-102..
Yg sgt2 PENTING ddlm 2 AYAT itu adalah seruan/wasiat kpd org2 yg bnar2 berIMAN shj..dan sggup bnar2 sbnr7 PASRAH/muslimun hanya & hanyasanya kpd ALLAH semata2..

AYAT-103..
barulah hadir kalimat "berSATU" @ berJAMAAH!
..hanya yg bnar2 berIMAN & yg bnar2 PASRAH sePASRAH7nya kpd nilai2 nilai2 "NILAI2-universal" drp ALLAH shj yg pasti pasti pasti diSATU kan oleh'NYA mnjd berSATU & berJAMAAH tak mengira apa pon kaum/BANGSA sekalipon!!

Apb..
Apb kita bnar2 pasrah sePASRAH7nya @ "muslimun" kpd nila2-UNIVRSAL-azali trtggi drp'NYA itu..TIDAK mungkin samaskali wujud..
-FITNAH
-KHIANAT
-ZALIM
-Rasuah
-ketirisan
-prejudis kaum
-Hutang 700billion!
...itulah yg tlh mnjd AMALAN bangsa Melayu yg tlh sama2 kita SAKSIkan didepan mata kamu..& itukah yg kamu seru MESTI berSATU?

Apb..
Apb, ALLAH menyeru WAJIB berSATU @ berJAMAAH dgn syarat IMAN & dgn syarat pasrah sePASRAH7nya/muslimun kpd NILAI2-UNIVRSAL-azali yg trtggi skali itu..
...dan ALLAH tidak tidak & TIDAK pernah samaskali meNYERU diatas kapasiti kaum @ BANGSA..
...jd adakah seruan jihad kamu itu betul/BENAR atau SALAH??

Maae 8:29AM,
...adakah jihad kamu itu BENAR atau SALAH???



Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya dia cuma mengatakan yg sememangnya najib tiada ciri2 kepimpinan.mmg tidak layak untuk memimpin..lihatlah Tun Mahathir pun bnyak tegur dan kritik kepimpinannya..nie bukan masalah tuding jari ker apa..kalo org kudung takder jari pun aman ckp najib tak layak memerintah..full stop

Tanpa Nama berkata...

Maae

Kalau macam tu UMNO Baru tak payah menggunakan perjuangan melayu dan Islam untuk terus wujud. Bila tiba PRU, jangan menagih simpati dengan orang melayu untuk mengundi mereka dengan membangkitkan kalau UMNO Baru kalah melayu merempat. UMNO Baru menangpun melayu merempat juga sekarang. Malah nasib melayu sekarang lebih parah dari zaman UMNO lama.

Faqirulkhoir berkata...

Tuan Sakmongkol, salaam, dan trima kasih atas penghuraian Tuan mengenai najib bin abdul razak yg dikatakan penguasaannya berdiri atas aparat kerajaan/perlaksanaan/pemerintahan termasuk aparat penguatkuasaan atau 'coersive forces'. Lantaran itu perlu dikaji bagaimana perkara ini bolih berlaku, yagni evolusi penguasaan ke atas aparat pemerintahan dan seterusnya menggubal dan melaksanakan stratiji untuk melerai penguasaan ini. Perlu diingat bahawa penguasaan keatas aparat pemerintahan mempunyai satu lagi implikasi yg sangat ampuh, iaitu penguasaan atas sumber kewangan yg lumayan. Sekiranya Tuan menpetarohkan bahawa manusia ini kurang daya kecerdasan atau pemikiran, mana munkin ia dapat mencapai kemuncak atau 'pole position' dlm gerombolan bernama Umno. Pewarisan nama abdul razak, mungkin ada nilai simbolik ttpi ini mungkin diperingkat awal. Percaturan politiko ekonomi mantan perdana mentri mungkin ada sumbangannya, ini lantaran mantan pm itu pernah dikatakan suka berkeberadaan disekelilingnya yg :
1. empunya rekod jinayah,
2.'kurang cerdas' atau
3. Mempunyai hutang (baca nafsu kedunian) yg tinggi.
Sekiranya periwatan ini benar, maka Mesia mungkin masih lagi dlm cengkaman mantan pm itu, justeru sasaran hendaklah dialihkan pd pemangsa yg sebenar. Mohon pencerahan.

Tanpa Nama berkata...

Dalam PAS ada cerdik pandai dan berintegerity Kumpulan ini menubuh PASMA kerana masih mencuba menyelamatkan PAS demi masa depan rakyat

Malang nya dalam UMNO belum ada cerdik pandai dan yang berintegirti berani menubuh satu badan atau satu kumpulan yang se iya se kata mengenai kelemahan najib untuk menyelamatkan UMNO seperti mana PASMA yang memberi pandangan dan teguran mereka kepada pemimpin PAS

Tetapi adalah lebih baik dan menguntungkan kedua dua mereka dalam PAS dan UMNo yang berfikiran professional dan cerdik pandai usahakan untuk menubuhkan satu parti melayu baru Parti yang berimej kan melayu berani dan melayu bijak

Kalau kita mahu parti melayu yang berimejkan berani dan melayu bijak tinggalkan kan lah sementara sifat ketaatan dan rasa hormat kita pada pemimpin tak berguna

Kejayaan Harimau Malaya ada lah kerana keberanian Dollah merombak pasukan dengan mengenepikan perasaan nya terhadap pemain pilihan nya sendiri

Tanpa Nama berkata...

Nak selamatkan PAS?
Nak selamatkan UMNO?
Nak selamatkan Melayu?

Undur kan Najib
Undur kan Hj Hadi

Tak ada masalah ada dua parti melayu kalau kedua dua pemimpin parti berjuang untuk keadilan dan untuk masa depan melayu