3 Nov 2014

Persempadanan Semula SPR: Misi UMNO BN Tawan Selangor Pada PRU14?


Notis kajian semula persempadanan diwarta bulan depan, kata Pengerusi SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka mewartakan notis kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) penghujung tahun ini, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Beliau berkata sebelum mewartakan notis tersebut, SPR perlu memaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku ketua kerajaan, mengikut peraturan yang ditetapkan.

"Bila notis itu diumumkan, maka bermulalah tempoh persempadanan semula dan notis itu akan dipamer selama sebulan (untuk menerima bantahan dan cadangan) daripada kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan pengundi berdaftar, sekurang-kurangnya 100 orang dalam bahagian pilihan raya terbabit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata laporan akhir mengenai syor kajian semua persempadanan kawasan pilihan raya itu perlu diserahkan kepada Perdana Menteri dalam tempoh tidak lebih dua tahun daripada tarikh notis diumumkan, untuk dibentangkan di persidangan Dewan Rakyat untuk kelulusan selaras dengan Seksyen 8, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan.

Laporan yang diluluskan oleh sidang Dewan Rakyat akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk ditandatangan sebelum diwartakan dan diguna pakai.

Abdul Aziz berkata persempadanan semula merupakan satu daripada tanggungjawab utama SPR di bawah Perlembagaan bagi memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.

"Kawasan mengundi yang luas perlu dikecilkan supaya jumlah pengundi yang terdapat di satu-satu kawasan pilihan raya adalah munasabah," jelasnya.

Katanya, sebagai contoh di Kuala Lumpur, keluasan kawasan Parlimen adalah kecil sahaja seperti kawasan Batu dan Segambut namun jumlah pengundinya besar, dan tanpa persempadanan semula, rakyat sukar untuk mendapat perkhidmatan yang baik daripada wakil rakyat.

"Persempadanan semula bukan untuk menentukan satu-satu parti memenangi pilihan raya," tegasnya dan menambah, prinsip yang digunakan SPR dalam membuat persempadanan semula ialah untuk menyenangkan pengundi.

Abdul Aziz berkata kajian semula persempadanan dilakukan sekurang-kurangnya lapan tahun sekali dan kali terakhir dibuat pada 2003, dan mengikut peraturan, persempadanan semula sepatutnya dilaksanakan pada 2011.

"Pada masa itu, SPR takut ia bertembung dengan pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Jadi persempadanan semula ditangguhkan, dan hasil persempadanan semula kali ini hanya boleh digunakan untuk pilihan raya umum akan datang yang selewat-lewatnya diadakan pada 2018," katanya.

Abdul Aziz berkata setelah lebih lapan tahun sudah pasti bilangan pengundi bertambah berikutan pembangunan pesat seperti pembinaan bangunan baharu oleh kerajaan yang boleh dijadikan pusat mengundi selain lebih banyak jalan raya yang dibina, yang akan memudahkan usaha SPR untuk mengecilkan bilangan pengundi.

"Sekarang ada kawasan Parlimen yang mempunyai dua pejabat daerah dan dua pihak berkuasa tempatan (PBT), dan keadaan ini menyusahkan wakil rakyat selain menyusahkan penyelarasan semasa hari mengundi dan pendaftaran pengundi," katanya.

Beliau berkata apa yang dilalukan oleh SPR dalam persempadan semula adalah untuk mendekatkan tempat mengundi untuk para pengundi demi kemudahan mereka.

Yang kedua dalam setiap kawasan mengundi itu mesti ada kemudahan pentadbiran seperti pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan, majlis daerah, majlis bandaran dan bandar raya.

"Seberapa daya yang boleh, jumlah pengundi itu mesti lebih kurang sama banyak. Tapi sama banyak pun, SPR tidak boleh samakan jumlah pengundi di bandar dengan luar bandar. Kawasan bandar kepadatan penduduknya tinggi, di kawasan luar bandar kepadatan penduduknya rendah," jelasnya. – Bernama

ULASAN GB

Ia seperti dirancang. SPR mengumumkan akan mewartakan notis kajian semula persempadanan pilihanraya sehari selepas Perdana Menteri, Najib Razak berkata beliau “letih” dan “malu” setiap kali BN digelar sebagai pembangkang di Selangor.

Persempadanan semula pilihanraya oleh SPR merupakan "senjata utama" UMNO BN mengekalkan kuasanya di setiap kali pilihanraya dan SPR berada dibawah Jabatan Perdana Menteri sendiri.

Pada PRU 10 pada 1999, Najib memenangi kerusi Pekan dengan majoriti 241 undi.

Akibat persempadanan semula pada 2003, SPR telah memasukkan beberapa kem tentera yang sebelum ini berada dikawasan parlimen Kuantan ke dalam kawasan pilihanraya parlimen Pekan.

Sejak itu Najib yang ketika itu menjadi Menteri Pertahanan berada dalam kemenangan selesa dalam setiap kali PRU. Cara inilah juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh SPR bagi memastikan kemenangan besar Umno-BN dalam PRU selepas melakukan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

Dalam pengajian Sains Sosial dan Sains politik, kaedah yang digunakan oleh SPR untuk meneruskan kemenangan Najib itu disebut sebagai kaedah “Gerrymandering’

Tindakan ini adalah bertujuan mengurangkan undi parti pembangkang dan membolehkan parti pemerintah memperoleh lebih banyak undi dari keputusan sebelumnya.

Walaupun alasan SPR kali ini untuk "memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing apabila sesebuah kawasan pilihan raya yang luas dikecilkan atau dipecah dua, seperti kawasan yang mempunyai pengundi lebih daripada 100,000 orang.", namun dari segi praktiknya, apa yang dilakukan SPR ialah lebih menumpukan di kawasan BN supaya BN memenangi lebih banyak kerusi dimana kawasan-kawasan yang dikenalpasti dikuasai oleh BN akan diepcahkan lagi untuk menambahkan bilangan kerusi untuk BN. Dan yang terlibat kebanyakannya kerusi-kerusi di luarbandar.

Jika benarlah dakwaan SPR kononnya untuk memastikan pengundi mudah mendapat perkhidmatan wakil rakyat masing-masing, mengapa P125 Putrajaya mempunyai jumlah pengundi 15,791 manakala P109 Kapar mempunyai 144,369 pengundi berdaftar? Kapar mempunyai jumlah pengundi sepuluh kali ganda dari Putrajaya sedangkan dua kawasan tersebut masing-masing diwakili seorang wakil rakyat. Begitu juga di Puchong (107,010), Kota Raja (105,909) dan Serdang (133,139).

Justeru itu, kita melihat ada perancangan di JPM oleh pihak SPR untuk mengekalkan UMNO BN terus berkuasa menjelang PRU14







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu belum masuk PAS yang akan menyertai BN tahun 2015 lagi. Dengan persempadanan semula dan PAS menyertai BN, Pakatan Rakyat hanya boleh memenangi tidak lebih dari 40 kerusi dari lebih kurang 250 kerusi parlimen. Pakatan Rakyat akan kehilangan Selangor dan Kelantan juga.

Tanpa Nama berkata...

Anon.8:49 sepesis mna ni.

karat ijau berkata...

Pirahhhh mabuk... pas nak sertai BN.. buang masa.... kami pengundi PAS amat yakin dgn pimpinan PAS takkan sertai parti BN yg tengah nazak menunggu rebah

karat ijau berkata...

Pirah mabuk 8.49... Org bodoh tak ada akal ajer nakkan umno ... Umno dah nazak .. Jgn ingat org2 pas bodoh mcm lembu2 umno

Ahmad Basri berkata...

Pastikn persempadanan yg disyor SPR dikalahkn dlm parliamen.
Mengikut perlembagaan persempadanan baru parlimen/ dun mesti diluluskan dgn undian msjoriti sakurang kurang 2/3 ahli yg mengundi.
BN tk ada majoriti 2/3 dlm parlimen dn begitu juga diDun Dun kelantan,trengganu,perak,selangor,penang,n9,kedah dn negeri2 lain.
Persempadanan tak bolih sah tampa sokongan PR.
Jadi PR buat cadangan balas yg lebih saksama.

Ahmad Basri berkata...

Fahami perlembagaan dulu sabelum putus asa.
Pas pn mungkin tk mau dimain dgn persempadanan yg tk adil dn saksama melainkn Pas mempunyai wakil2 dungu.

Tanpa Nama berkata...

orang orang Bahalol akan tetap Bahalol dan terus memilih Bahalol menjadi Ketua nya.

orang oirang Melayu rata rata Bahalol dan sudah ter bukti lebih 57 tahun sebagai Bangsa Bahalol.

sempadan baru ada atau tiada , orang orang Melayu tetap Bahalol.

orang orang Bahalol tiada nilai ekonomi , dan tanpa Bangsa Cina dan India apa apa tempat pun tiada nilai ekonomi atau pun Bahalol.

betul ke orang orang Melayu bijak dan rajin ?

tausuo berkata...

'Gerrymandering' satu istillah sains politik mencakupi tindakan melakar persempadanan daerah pengundian untuk memberi keuntungan berat sebelah kepada sesebuah parti. Antara tindakkan ialah sprti memasukkan kem tentera/polis yg diyakini memihak kesesebuah parti DLM kawasan pengenduian tertentu seperti yg berlaku. Lagi satu istillah sains politik yg bolih digunakan untuk memperkatakan akan senario politik sakit ialah 'pork barrel politic' yg menggambarkan pengumpulan daging babi DLM satu tong untuk diagih agihkan untuk mendapat sokongan atau sebagai timbal balik. DiMesia perbuatan INI lebih dikenali sebagai politik wang atau rasyuah politik.
Namun di ambil perhatian bahwa kes mejar Zaidi Dan pengistiharan beliau akan dakwat kekal yg tidak kekal masih belum dirungkai. Lantaran ITU Dan banyak lagi isyu2, sprti gejala 'gerrymandering', 'pork barrel politics', dan peruntukkan yg berpilihpilih selain kebobrokkan DLM media, konkongan akta rahsia resmi, akta hasutan dll, tempangan DLM institusi2 pemerintahan yg lain menceprakan kepercayaan rakyat akan keutuhan/keluhuran persempadan semula INI.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu... su agong umngok kata pas parti ajaran sesat. Peliknya su msu boleh ckp biar la...ape ne....org kata sesat pun biar la...cuba org lain ckp mesti dah melenting semcm...

Tanpa Nama berkata...

kesian Kelantan sudah lama persempadanan semula tidak di buat. kenapa ya? ke, bimbang pertambahan wakil rakyat pr?

Tanpa Nama berkata...

bila tmbh lg adun, tmbh lah "belanja" utk dun.. makin bnyk lah kerenah adun2 penyamun.. makin besar lah belanja utk adun2 penyamun.. makin xterbela lah nasib penyokong2 pembangkang yg jd makin sedikit dikaw kubu umeno yg di pecah.. hai la nasib...

Tanpa Nama berkata...

Ohhhh... Senak jiwaku bila anon 8:49 begitu sinikal dgn PAS. Aku yakin PAS yg sebenar akan kekal.. PAS jadian akan hanyut..tak kisah la PAS Sebenar akan bertukar jadi PASMA atau PAS jadian akan bertukar jadi UG. Yg nyata next year tuang presideng n the gang kena asak keluar! Ok bye!

Tanpa Nama berkata...

Selangor pasti jatuh tersungkur...dap mungkin akan mengekalkan kerusi mereka paling tidak 13kerusi..pas juga turut terjejas dengan anggaran kerusi yg kekal cuma 5 tetapi yg paling mengejutkan ialah pkr yg paling teruk terjejas dengan kerusi yg tinggal hanya 2 sahajq mengikut andaian dan kajian saya...harap pr perlu kuatkan lg jentera penerangan selepas isu mb selangor berlalu kerana rakyat bawahan yg tidak faham isu masih lg keliru mengapa khalid ditukar sedangkan sekarang isu yg diguna untuk serang khalid telah diputihkan oleh azmin (kidex&langat 2)dan rakyat non partisan sedang melihat isu ini iaitu golongan muda...idealisme mereka berbeza dari golongan veteran yg mewakili pemikiran lama seperti ahli politik yg menerajui parti masing2 sekarang...jika mahu kekal selangor maka kerja kuat dari sekarang dekati orang muda dan beri kefahaman kepada mereka kerana mereka ini bersemangat/non partisan/kritikal...jika kamu salah maka kamu tetap salah pada pandangan mereka tidak kira BN PR...ini hanya analisis bebas dikalangan org muda...bukan muktamad harap maklum...sekian

Tanpa Nama berkata...

Saya lihat UMNO Selangor akan berjaya merampas kerusi-kerusi yang kini dipegang PAS.

Ini kerana PAS tidak istiqamah dengan perjuangannya menentang UMNO BN dengan berbalah dengan komponen PR.

Orang bukan-Melayu sudah ramai yang menolak PAS selepas isu MB selangor.

Apatah lagi kepimpinan PAS Selangor yang diterajui oleh kumpulan UG yang menzalimi dan menekan mereka yang menyokong PR seperti isu YB Shaari & YB Hasnol.

Sekadar pemerhatian saya, PAS akan kehilangan sekurang-kurangnya 10 kerusi.


SePaRuh betul berkata...

bila masa SPR buat keje utk kepentingan rakyat konon.

semata2 utk memenangkan umno dan bn.

berani ke pengerusi spr nk kena fitnah liwat?

minta maaf laaaaa.

Tanpa Nama berkata...

jgn kita lupa selagi hadi jadi presiden pas, kejadian di sg acheh, kota damansara mungkin boleh berulang.

dselangor, pas bjaya memastikan kerusi pkr tidak mengatasi kerusi pas. walaupun pas dilihat mengecam dap, tp musuh utama pas ialah pkr. pas ingin melemahkan pkr.

Tanpa Nama berkata...

Jangan underestimate geng UG. Mereka tak jemu plan siang malam nak singkirkan pihak pro Pakatan dalam Pas. Lihatlah gerak kerja mereka sehingga Selangor hampir terlepas ketangan mereka. Mereka mempunyai jaringan dari yang berkuasa di top hingga kepangkal umbi. Percubaan mereka ini perlu 'di dwaftkan' menjadi bantut supaya tidak bercambah. Dalam lubuk hati mereka tersemat impian satu jawatan untuk mereka jika kerajaan UG terjelma
. Mereka dah pun berangan angan dipilih sebagai calun wakil rakyat apabila persempadanan baru diluluskan

bat8 berkata...

Anon 10:08

Diatas kertas BN tidak mungkin boleh meluluskan persempadanan baru bila dibentangkan di parlimen. Yang menarik bila pengundian dibuat nanti ialah melihat bagaimana MP-MP PAS akan mengundi. Adakah setengah mereka akan mengundi menyokong BN atau tidak.

Tanpa Nama berkata...

CADANGAN KEPADA TUAN BLOG

SEBAGAI TANDA KEPADA PEMBACA DAN PEMINAT GB MEMYATAKAN BERSETUJU DENGAN KOMEN KOMEN YANG DI LULUSKAN

DI CADANGKAN TUAN GB MELETAKAN
BERGUNAKAH YA () PADA SE TIAP KOMEN KOMEN TERSEBUT

TERIMA KASIH

Tanpa Nama berkata...

Kalau di persempadan kan P109 Kapar mengikut jumlah P125 Putrajaya iaitu 144 369/15 791 Maka Kapar akan mempunyai sekurang kurang nya 6 kerusi kalau tak kesemua dari jumlah sebenar (9)

Peraturan kena ditetapkan jumlah penduduk mesti melebihi 50,000 orang untuk melayakkan kawasan untuk satu wakil rakyat

Dengan kemudahan perhubungan yang semakin baik tidak ada keperluan untuk SPR mempersempadankan kawasan pendalaman Faktor untuk mempersempadakan kawasan ialah jumlah penduduk bukan lagi keluasan kawasan

Tanpa Nama berkata...

UG UNDI SOKONG BN?

Tanpa Nama berkata...

APA kejadah kao ni
APA bangsa pon ada yang mengong
Tunggu hidayah jee lagi
Dakwah sudah

Tanpa Nama berkata...

Kepada ulama PAS suci murni lu ada ilmu Sains Sosial dan Sains Politik seperti GB katakan sampai we all tegur pasal pemilihan MB Selangor lu pandang hina golongan profesional? Begitu perfectkah sampai kena tegur oleh golongan profesional pun tak boleh?

Sekarang musuh lu nak buat penipuan dah ini apa action lu Ulama PAS? Atau nak we all tubuhkan parti Islam baru menggantikan PAS sudah tiada dalam hati kami? So lu fikirlah sendiri.