1 Okt 2014

[RAKAMAN] Ada "Samseng" Dalam PAS Ugut Anak Muda LENSA


Pengarah Eksekutif LENSA di ugut

SHAH ALAM: Tindakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Lensa Anak Muda Malaysia (LENSA) menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat, telah menyebabkan Pengarah Eksekutif LENSA, Safwan Anang diugut oleh individu misteri.

Dalam satu kenyataan LENSA kepada FMT, LENSA telah menyerahkan surat kepada Presiden PAS bagi menggesa PAS segera berhenti cetus ketegangan dalam Pakatan Rakyat.

“Pada pagi sebelum surat itu diserahkan, Pengarah Eksekutif LENSA telah menerima panggilan daripada seorang individu yang mengugut supaya LENSA tidak meneruskan hasrat untuk menyerahkan surat tersebut.

“Panggilan yang berdurasi 20 minit itu antara lain mengugut untuk memukul Safwan dan mengancam untuk mengganggu keluarganya,”
kata Pengarah Komunikasi LENSA, Syukri Razab.

Dimaklumkan, Safwan akan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wang pada jam 1 tengah hari ini.

Semalam, LENSA telah menyarankan sekiranya PAS gagal bertindak tegas terhadap kelompok dalam PAS yang terus menerus mewujudkan konflik sesama Pakatan Rakyat (PR), LENSA mencadangkan agar PAS mengambil langkah berundur dari PR.

Jelas Koordinator LENSA, Ekhsan Bukharee, sikap PAS yang membelakangkan setiakawan menjadi faktor utama yang menyebabkan krisis Selangor terheret selama lima bulan.

“Walhal konflik ini boleh diselesaikan lebih awal sekiranya PAS menghormati semangat setiakawan dengan menyokong calon Menteri Besar yang telah dipersetujui secara bersama PKR dan DAP,” katanya.

Desakan yang dilakukan oleh LENSA turut mendapat perhatian beberapa pemimpin PR, antaranya Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kayat yang menyeru semua pihak mengambil positif dengan teguran LENSA itu yang juga mewakili suara anak muda.

Bahkan, desakan LENSA itu pula bertentangan dengan hasrat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Dr Daroyah Alwi.

Beliau tidak tidak bersetuju dengan dengan desakan LENSA, dan menurutnya PAS tidak seharusnya keluar dari PR malah harus tetap bersama bagi menguatkan lagi PR.

“Segala permasalahan yang berlaku (krisis Menteri Besar) sudah selesai,” katanya sewaktu di temui di Shah Alam. -FMT

ULASAN GB

Baru semalam GB ulas:

Yang GB khuatir ada di kalangan PAS terutama yang taksub gila yang akan membaruakan anak muda di atas. Mereka anak muda itu bukan semuanya ahli PAS, tetapi mereka kebanyakannya adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat termasuk PAS.

Terpulang kepada PAS nak layan memo mereka macamana...

Berikut ialah rakaman audio yang viral di media sosial berkenaan dengan samseng yang mengugut anak muda LENSA berkenaan.


p/s Bila mendengar rakaman audio itu teringat kes budak UMNO Kluang yang mengugut: (meminjam komen dari seorang facebooker: Samseng Umno- surat ada surat? Samseng Pas pula- sijil ada sijil?

Semasa di Muktamar PAS yang lalu sudah ada unsur samseng di dalam PAS, yang tinggalkan dewan semasa Timbalan presiden berucap dan yang memboo semasa AJP PAS Pusat Hanipa Maidin berucap.

GB sudah membuat ulasan, Petikan

Camkanlah, dari dulu golongan yang mengaku diri mereka pro-ulama ini memang golongan yang melampau batas.

Semasa muktamar tahun lalu, di dalam pemilihan Ketua Pemuda, golongan pro-ulama ini pernah meletakkan gambar anjing kepada calon yang tidak disukai oleh mereka malah menggelar Mat Sabu sebagai "Bapa Anjing".

Meletakkan namanya sebagai "Ulama Pemimpin Kami". Betulkah ulama mengajar mereka berkelakuan demikian?









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





26 ulasan:

sb dehlawi berkata...

sejak ahkir akhir ni ramai sosok2 kurang waras dlm pas

C++ berkata...

Bhai GB..

Hahaha.... PAS Ganti UMNO..... Hahahaha

Ridd berkata...

WAJAR PUN PAS TU KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT.....!

TAK PERLU BAGI PELUANG LAGI PADA MEREKA SEMUA. PEMIMPIN PEMIMPIN PAS MASIH LAGI DIHIMPIT DENGAN PEMIMPIN YANG MASIH MEROYAN SEPERTI NASA, HASSAN ALI DAN YG LAIN.

PILIHAN RAYA UMUM YANG LEPAS SUDAH MEMBUKTIKAN DIMANA PENDIRIAN PAS DALAM PAKATAN RAKYAT, SAMA JUGA APA YANG BERLAKU PADA KES MB N.SELANGOR. MASIH BERSIKAP ANGKUH. WALAUPUN pru YG LEPAS SUDAH DI UMUMKAN PR AKAN MELETAKKAN 1 WAKIL TAPI MASIH LAGI JADI DURI DALAM DAGING. BUKAN DEGIL TAPI BERSIKAP KURANG AJAR.

YANG PASTI RAKYAT SELANGOR SUDAH BOSAN DENGAN KEPIMPINAN PAS. PADA PERSIDANGAN PAS YANG LALU, KITA BOLEH LIHAT PERILAKU AHLI-AHLI ATAU USTAD-USTAD PAS. MACAMLAH MEREKA INI GOLONGAN YG SUDAH PASTI SYURGA MILIK MEREKA.

KELUAR SAJA DARI PAKATAN PASTI ISU PR SELESAI. AHLI2 PAS YG MASIH INGIN BERSAMA PR BUAT REGISTER PARTI BARU. BIARKAN PAS BERSAMA UMNO, MEMANG SUDAH LAMA PAS TERJUN BERSAMA SAMA LABU NYA.

Tanpa Nama berkata...

dah makin tak relevan dan merapu dah aku tengok pas skrg,,

mungkin kena tubuh satu parti baru kot utk perjuangkan islam dgn tulen.

Tanpa Nama berkata...

saper abg samseng nie.....

nie barua mana....

kasi tengok muka...

nak kenal sikit ....

samseng taik kucing....

tolong kasi tunjuk muka abang samseng nie...

berapa duit ada masuk ...

mcm sial...

Tanpa Nama berkata...

ddlm donia nih apb dpt duit mudah..
ddlm politaik memang byk duit mudah
duit mudah..mudah tpi bukan rasuah?
eh..eh..eh bukan rasuah lah, sumpah!

apb dpt duit mudah
mcm2 boleh di olah
boleh ada macai2 blogger lah
boleh gi london jordan pon mudah lah
boleh ada tukang ugut2 lah
boleh ada tukang 'boo' lah
mcm2 boleh beli..walaq pon boleh lah
kreta2 sengkek dah tak main lah

pendek kata jd bapak BARUA lah!
yg jd anak2 BARUA pon ramai lah!!!

sbg BARUA2,, haram kami tak akan makan rasuah! percayalah!!?
percayalah!??
percayalah????
percayalahhhh????!!!!


Tanpa Nama berkata...

Saya duk perhati.. para ustaz ni ada empat golongan :
01. Habis belajar dapat jawatan dalam kerajaan jadi pegawai kerajaan atau guru.. terus hilang dan sibuk dgn urusan duniawi mereka.
02. Yang tak layak kerja dengan kerajaan kerana sijil tak laku atau sijil cukup2 makan atau tak ada sijil.. mereka cuba berniaga tapi ramai yg lingkup..
03. Kerana tak layak jadi pegawai kerajaan, berniaga tak pandai.. maka buka maahad takfiz atau rumah anak yatim bertujuan untuk kumpul duit dan harta.
04. Tak layak jadi pegawai kerajaan, meniaga tak pandai, pengurusan tak pandai, nak buka maahad tahfiz dan anak yatim pun tak reti.. maka golongan ini akan masuk politik dan berceramah merata. Dengan tujuan kumpul duit dan harta.. inilah yg duk ada dalam pas kini..

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi dan geng ularmak Pas telah memesongkan akidah jemaah2 Pas yg lurus bendul.

AKG BEARINGS FOR JOHOR , MALAYSIA berkata...

Apa lagi Presiden Pas kena letak jawatanlah. Buat Muktamar Khas untuk melantik Presiden yang baru atau Timb. Presiden ambil alih sehingga Muktamar tahun depan. Tolong letak jawatan sekarang.. Banyak isu yang dah terpalit membawa kepada keboborokan pada parti PAS itu sendiri walau apa pun alasannya.

Unknown berkata...

sOMBONGNYA SIBODOH....kononnya kerja dipejabat PAS?.....perangai macam bodoh sombong.

Tanpa Nama berkata...

Sombong, samseng, besar kepala, tidak hormat org. Teruknya perangai dia. Apa nama uztaz fadhil hasanuddin.. buat malu pas aja ada org mcm ni dlm pas. Kenapa peribadi buruk sebegini boleh jadi wakil pas di pej agung?? Mcm takde org lain dah.

Apa dia ingat budak umur 25th bodoh tak reti politik. Hey bdk muda kalau berfikiran kritis dan analitis dan berwawasan dan sedar perkembangan sesama jauh lebih pndai drp org tua/dewasa yg otak jumud yg hanya wala sampai masuk longkang pun taat. Apa dia ingat dia boleh mewakili semua ahli pas dgn perangai buruk dia yg tak boleh menerima pendapat org lain. Malu ada org pas mcm tu.

Tanpa Nama berkata...

PAS bole samseng sesama PAS ker?

Engkauorang masuk PAS, tentu kerana engkauorang masuk kerana mahu ulamak memimpin kamu, kerana PAS memang tiada tujuan lain, selain untuk mengakkan Islam sebagai cara memerintah negara.

Masuk PAS, tetapi taknak ikut cara pimpinan PAS, maka memang kamu adalah makhluk2 perosak didalam PAS. Perlembagaan PAS meletakkan Majlis Syura sebagai pemandu utama dalam menentu halatuju parti. Majlis Syura tu tempat ulamak berkumpul mencari kebenaran; tak kiralah samaada kebenaran itu satu yang popular atau tidak.

Kamu laa yang patut keluar dari PAS. Banyak parti pembangkang yang lain di Malaysia ini. Aku cadangkan kamu masuk PKR laa, semua beres, bro!!

Tanpa Nama berkata...

Kepimpinan Melalui Ulamak adalah peniruan kepimpinan syiah di iran. Tiada dlm perlembagaan PAs menyatakan presiden mesti seorang ulama.

Majlis Syura Ulama ditubuhkan untuk menentukan dasar Islam pada parti. Kuasa tertinggi ialah Muktamar. Muktamar boleh menghapuskan Majlis Syura jika ahli mahu.

Yang pro-ulama dalam PAS tak ramai. Kebanyakannya samseng2 Terengganu & Wilayah. Mereka lah yg patut belah dari parti termasuk presiden yang jadi diktator guna kuasa veto.

Semuga Allah menghapuskan mereka dan menyelamatkan PAS>...
in response to PAS bole samseng sesama PAS ker? Engkauorang masuk PAS, tentu kerana engkauorang masuk kerana mahu ulamak memimpin kamu, kerana PAS memang tiada tujuan lain, selain untuk mengakkan Islam sebagai cara memerintah negara. Masuk PAS, tetapi taknak ikut cara pimpinan PAS, maka memang kamu adalah makhluk2 perosak didalam PAS. Perlembagaan PAS meletakkan Majlis Syura sebagai pemandu utama dalam menentu halatuju parti. Majlis Syura tu tempat ulamak berkumpul mencari kebenaran; tak kiralah samaada kebenaran itu satu yang popular atau tidak. Kamu laa yang patut keluar dari PAS. Banyak parti pembangkang yang lain di Malaysia ini. Aku cadangkan kamu masuk PKR laa, semua beres, bro!! by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

macam ni ke orang pas (kalau betullah) . tak dapat terima perbezaan fikiran langsung. kalau macam ni jangan harap undi orang mudalah. sedarlah sikit. steady safwan, anda tenang.

Tanpa Nama berkata...

SAYA SETUJU SAFWAN LAPOR POLIS. LEPAS NI POLIS PERLU TANGKAP SAMSENG ITU. BIAR KASI AJAR SIKIT PUAK2 UG NI. GERAM AKU...

Tanpa Nama berkata...

muka NGO LENSA... sorang2 muka PKR...

kalu berani antar surat kat Anwar ler... komen dia perosak pakatan no.1... langkah kajang kepala bana dia....

Tanpa Nama berkata...

GB... sejak bila jadi org yg tabur fitnah ni... itulah banyak sangat kutuk TG... buanglah hadis2 yg sering digunakan... apa bukti GB org PAS... takat keluar dewan... dan BOO... dikatakan samseng?...

kalau baling kerusi... bertumbuk sampai bedarah macam PKR tu apa?... samseng BARUA?

hahahhaha...bro kalau berani kasi keluar wa punya komen... ini samseng lerrrr...

Tanpa Nama berkata...

PKR dh betul ler, dasar parti bukan Islam.

Ini dalam PAS, parti Islam, sejak bila dlm PAS ada budaya keluar dewan dan boo mengeboo? sejak ada UG... umno group dlm pas...

dah mengaku samseng, lepas tu nak tuduh admin fitnah.

sama gak ngan Presideng... membarua org...

apa hal dlm PAS sudah ada orang yg tak berakhlak Islam ni?

Tanpa Nama berkata...

ni contoh akhlak dlm parti islam ker?

in response to muka NGO LENSA... sorang2 muka PKR...

kalu berani antar surat kat Anwar ler... komen dia perosak pakatan no.1... langkah kajang kepala bana dia....by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Anon 5:40

Memang bertumbuk dan baling kerusi blum ada lagi dalam PAS. Tetapi pertanda-pertanda sudah ada. Kalau samseng pun dah muncul....kita tunggu time pemilihan jawatan PAS tahun depan.

Dalam pemilihan lepas kerja tabur fitnah melalui internet dah berleluasa. Bila samseng dah ada.....bertumbuk dan baling kerusi akan menyusul.

Tanpa Nama berkata...

GB PATUT JGN LAYAN JER PUAK UG NI...

Tanpa Nama berkata...

Rezeki ajal maut urusan Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

Yg disana tadah kopiah haprak mintak derma mintak sedekah
tabung parti/jamaah
tabung usrah
tabung jihad

Yg disini gi London gi Turki
level Ayam jer ada customize 7siris
ada velvelfire bagai
kan nabi ada unta merah kuda merah?

Yg disana wajib walaq
wajib jaga ahlak
derhaka kalu msuk neraka

Yg disini jaja pilkuda
tuduh kominis lenin n karl mark
auta u-turn bebelit2 khianat fitnah
hudud hudud hudud last2 BARUA!

lu worang maseh lg percaya ka sama itu hudud hudud hudud last2 BARUA!!!

air gunung berkata...

Antar surat kat anwar nak wat aper.korang la antar.dah marah n tak suka anwar kan?hok aloh.dgn bebudak pon takut.haper laa samseng neh.aku mak tgok benda ulamak2 tu nak ulas bab neh.samada diorg rela dgn samseng taik kucing or tak.bodo mamat samseng neh.nyusahkan ketua seniri.nak jek pon beringat laaa.jgn sampai terbalik.kan dah terbalik.saper yg susah.nak pecah muka org konon.tanya dia apa balasan utk hukum org pecahkan muka org lain tanpa sebab yg betul.nasib baik hudud x jln lg.kalo tak jenis neh yg awal2 kena hudud.

air gunung berkata...

Itu samseng pil khudddaa maaaa.
Itu pasal bengong.kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...

1... kalau betul mamat fadil tu org pas... dia memang samseng taik kucing...dan dia tak mewakili pas keseluruhannya...dan ingat masuk pas bukan maskud jadi maksum... sama juga dlm islam ... ada golongan fasik, munafik...

2... mamat lensa pun kurang bijaknya... dgn anwar ko buat forum tertutup... dengan pas ko hantar surat kutuk secara terbuka...

3... kan elok nak hantar surat pun ko hantar ke parti pkr ..pas dan dap... kutuk 3 sekali... terpulanglah dlm surat tu nak kutuk mana yg lebih keras... itu baru bijak dlm berpolitik...