13 Okt 2014

Najib Ditempelak: "Jangan Kutip Cukai Dari Kami..."


Ramai marah dengan kenyataan Najib, minta beliau buktikan ‘PM untuk semua’

Kenyataan Datuk Seri Najib Razak awal hari ini mengingatkan masyarakat Cina tidak membuat tuntutan kepada kerajaan sekiranya mereka tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menerima kritikan hebat pemimpin pembangkang, ahli akademik dan pengguna Internet.

Mereka berkata, sebagai perdana menteri bagi sebuah negara, Najib seharusnya mewakili semua rakyat Malaysia dan mendengar permintaan semua pihak, baik yang menyokong partinya mahu pun yang menentang.

Pengguna media sosial pula, sesetengahnya melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Najib yang dibuat semasa berucap di Perhimpunan Agung MCA itu, mengatakan beliau sendiri tidak berpegang kepada slogan 1Malaysia yang diilhamkannya.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menulis di dalam akaun Twitternya: "Masih terus dgn nada angkuh..." Manakala, pengerusi DAP Selangor Tony Pua menulis di status Facebook: "Memandangkan kami tidak menyokong kerajaan BN dan Najib tidak mahu dengar permintaan kami, mungkin dia tak perlu kutip cukai dari kami juga?"

Naib Presiden PKR Tian Chua menyifatkan ucapan Najib itu satu kesilapan besar dan tidak seharusnya dibuat oleh seorang perdana menteri.

"Dia lupa yang dia selalu berkata dengan bangga yang 'saya akan menjadi perdana menteri untuk semua. 'Sekarang dia bercakap sebagai seorang perdana menteri yang berpihak kepada satu kumpulan," katanya sambil mengharapkan agar Najib menarik balik kenyataannya.

Setiausaha DAP Anthony Loke bertanya adakah Najib sedar yang konsep utama demokrasi ialah memberi hak kepada rakyat memilih pemimpin mereka melalui proses pilihan raya.

"Oleh itu, menjadi tanggungjawab parti yang membentuk kerajaan mentadbir negaranya selepas pilihan raya dan berkhidmat kepada semua rakyat tanpa berdendam terhadap sesiapa yang tidak menyokongnya," katanya.

Felo Institut Pulau Pinang Dr Wong Chin Huat, berkata kenyataan Najib itu menunjukkan beliau melihat dirinya hanya sebagai perdana menteri kepada 47% rakyat Malaysia.

"Kalau sesuatu komuniti atau individu terpaksa melepaskan hak mereka sebelum boleh membuat tuntutan yang sah kepada kerajaan, maka mereka patut lepaskan tanggungjawab untuk membayar cukai.

"Lagipun, menjadi kerajaan ialah tentang mengutip cukai dan membekalkan perkhidmatan. Membekalkan perkhidmatan tanpa mengutip cukai ialah kerja amal. Dan mengutip cukai tanpa membekalkan perkhidmatan ialah rompakan," katanya.

Dr Lim Teck Ghee dari Centre for Policy Initiatives (CPI) berkata Najib nampaknya tidak belajar dari kesilapan lalu apabila membuat sesuatu kenyataan yang kasar.

"Beliau selalu berkata begitu kepada masyarakat Cina, dan ia tak pernah berkesan. Beliau sebenarnya lebih memburukkan lagi keadaan bagi MCA apabila dengan kasar berkata, kalau kamu tak undi kami, kami tak akan jaga kamu."

Katanya, mengeluarkan kenyataan begitu di khalayak ramai sama seperti satu ugutan politik, dan ia berkemungkinan besar akan memakan dirinya sendiri.

Antara pengguna media sosial yang memberi komen di portal The Malaysian Insider ialah seorang yang menamakan dirinya Going_bananas, mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana mengaku BN tidak berlaku adil terhadap masyarakat Cina.

"Anda sepatutnya seorang PM sebuah negara berbilang etnik. Anda sepatutnya adil kepada semua, bukan hanya kepada penyokong anda sahaja," katanya sambil menambah ucapan Najib itu hanya akan menggalakkan kewujudan lebih ramai orang seperti Datuk Ibrahim Ali yang tanpa segan silu menyerang orang bukan Melayu.

Seorang lagi pembaca D1_Only menulis: "Betulkah ini, Najib? Bukankah kita tinggal di negara demokrasi?" dan beyondthefence mengatakan: "Saya rasa sepatutnya beliau kata, jangan harap orang Cina akan sokong BN sekiranya BN tidak memperbaiki dirinya."

Sementara itu, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai pada satu sidang media menyalahkan portal berita kerana 'memutarbelit' ucapan Najib dan memberi imej negatif terhadap kerajaan.

Beliau menafikan laporan awal hari ini dan mengatakan Najib hanya melahirkan harapan agar komuniti Cina menyokong BN dan bukan Pakatan Rakyat. – TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

non berkata...

Perdana menteri 47% yg paling byk berhutang demi mintak nyawa...

Tanpa Nama berkata...

Pakat semua tak payah bayar cukai...tengok apa dia boleh buat.

Tanpa Nama berkata...

Dari dulu lagi najib ni dah bodoh..ape boleh buat..

Tanpa Nama berkata...

Pakat semua tak payah bayar cukai...tengok apa dia boleh buat.

Tanpa Nama berkata...

dlm hal ini najib sepatutnya di puji kerana satu satu anak melayu yg berjaya membuat org cina mca ikut dia dan sama bodoh mcm dia

Unknown berkata...

Tak payah bayar cukai. Berhenti berniaga, lebih baik berhijrah

Tanpa Nama berkata...

Nampak sangat bodek najib.

Unknown berkata...

Najib dh hilang big mama (punca)!
He he he.

Tanpa Nama berkata...

Amat memalukan mempunyai PM sebegini.

ex army berkata...

Terima kasih ustaz2 yg bg kuliah di surau2... kerana bg penerangan yg baik... tentang masaalah2 politik negara dan politik negara timur tengah... kalau nak harap pemerintah bg penerangan yg betul dan jelas.. sampai kiamat pun tak dpt... itu yg jadi dkt mamat hj zainudin... senang2 nak suruh org berhijrah... helo hj... bawa2lah hijrah ke surau2 yg ada kuliah... dgr betul2 apa ustaz2 bg tahu atau tanya ustaz byk2... politik dan ugama mana boleh dipisahkan... mentaliti letak ugama asingkan dgn politik itu masaalah besar yeop hj... ALLAH maha besar

abuamir berkata...

Apa yg kita boleh harapkan dari seorg PM yg tiada ijazah, bahkan SPM pun entah berapa yg dia dapat? Kalau dikatakan bodoh memang patut pun? Bab pentadbiran, ekonomi semua hancus. Ramai org Malaysia yg pandai2 tetapi kita dipimpin oleh PM yg tiada ijazah?

Malang negara kita semakin menuju kebangkrupan disebabkan PM yg bo*oh.........

Tanpa Nama berkata...

Malangnya Malaysia dapat pemimpin yg tidak mesra rakyat. SPM gred III. Ada ulamak pun ulamak gred barua.

Tanpa Nama berkata...

Adakah tuan Hj PERNAH bayar cukai? Gaji macai taxable?

Tanpa Nama berkata...

bagi kami peluang sepenggal lagi...

Tanpa Nama berkata...

Mamak ini confirm tak pandai Sampai concept "cukai" pun tak paham. Betul biar cina Berhenti kerja. Ambil cukai calseberg, toto, magnum, casino genting. Errr itu pun banyak cina. Nak tunggu si bodoh yang Tak paham "cukai" ni banyak?

Tanpa Nama berkata...

Org bodoh je yg ada dlm umno-kata mahathir.
sbb dia org rakyat m'sia menderita.

bat8 berkata...

Tuan

Najib berada didalam kabinet dan kerajaan selama 40 tahun lebih. Bayangkan kalau orang yang berumur 40 tahun lebih yang melalui kedudukan terbaik sepanjang masa itu, t3ntulah telah matang, berfikiran luas, amat bijaksana dan seorang yang hebat

Adakah ciri-ciri tersebut ada pada Najib? Dia sepatutnya menjadi seorang PM yang paling hebat kerana telah melalui pengalaman selama 40 tahun l3bih dalam kabinet/kerajaan. Semua perkara diasepatutnya sudah amat arif. 3konomi, p3mbangunan n3gara, kewangan dll. Banyak krisis dunia yang telah dilaluinya dan sudah tahu bagaimana hendak mengatasinya.

Jadi timbul soalan kepada kita, apa yang Najib belajar selama 40 tahun lebih? Jawapannya tidak ada apa-apa pun yang boleh membantunya menjadi PM. Najib ni sama dengan MB Kelantan s3karang. Ahmad Yaakob, berpuluh tahun berada s3bagai no. 2 kepada TGNA. Dia mendapat tarbiah langsung bagaimana h3ndak memerintah Kelantan secara Islam dan menangani pelbagai masaalah selama puluhan tahun. Bila diangkat menjadi MB, hancur lebur. Dia nak serah Kelantan kepada.UMNO diatae dulang emas.

Sedih dan malangnya kita....

Tanpa Nama berkata...

UG dan TGHH sokong?

Tanpa Nama berkata...

rocky the unused brown dick says: wa rase lakonan BN kali ni menjadi bagai serampang dua mate: 1. nak kasik alih fikiran rkayat dari isu minyak 2. nak tiew Cina laa.. asal mula ade ekco Pemuda UMNO nak usul haposkan sekola SRJK (C) then jadi polemic.. ini suma timing laaa; mase aku ikot kursus BTN beratos2 kali dulu isu ni jugak dimaen.. sial

Tanpa Nama berkata...

maka sbb itu dlm perhimpunan bangla se malaysia najib akan berkata dia akan mempertimbangkan tuntutan mereka krn memberi sokongan semasa pilihanraya

Sbg PM Najib bukan saja tidak patut berkata begitu malah perkataan tuntutan yg najib gunakan menunjukkan tahap pemikiran yg rendah kerana menyamakan rakyat dgn pengganas Najib sbg PM tdak tahu membezakan permintaan dan tuntutan

Tanpa Nama berkata...

Habislah..... kalau PM kita sendiri tidak sedar yang wang yang dibelanja olih kerajaan juga datang dari pembayar cukar dari penyokong pembangkang.

Tanpa Nama berkata...

Pm yg tak terima tuntutan pembayar cukai yg tak sokong dia juga bolih henti jadi pm dan hijrah....

Tanpa Nama berkata...

Pm Malaysia yg terbodoh di dunia dgn menteri2 ala Mr.BEAN