10 Okt 2014

[KISAH MASYARAKAT] Bakal Pengantin Diperkosa Dua Lelaki Dalam Pacuan 4 Roda

Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan dua lelaki berkopiah sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Difahamkan, sebelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan.

Pada masa sama, tunang mangsa berusia lingkungan 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa lari mangsa dengan menaiki kenderaan berkenaan.

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghubungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika menghala ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian.

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian mangsa dibawa lari dua lelaki menaiki sebuah pacuan empat roda berwarna putih.

“Mangsa ditemui orang awam dalam keadaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke Balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira tujuh jam selepas kejadian,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian, polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan lalu.

ULASAN GB

Susah juga kes ni kerana melibatkan pihak yang sebelumnya telah melakukan jenayah iaitu menggunakan kenderaan pacuan empat roda yang telah dicuri daripada seorang kontraktor. Bererti pemilik kenderaan berkenaan tidak telibat.

Oleh itu, siasatan perlu menjurus kepada samada "balas dendam" daripada kenalan gadis berkenaan kerana telah bertunang dengan orang lain atau kemarahannya terhadap tunang gadis itu kerana telah merampas gadis berkenaan.

Kita serahkan kepada siasatan polis untuk menyelesaikannya.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





2 ulasan:

Awanama berkata...

Dah berapa Kali saya comment selagi undang 2 Islam tak berjalan .manusia takkan takut.

Awanama berkata...

Setuju 100%!!!