25 Okt 2014

Kepada Yang Mengutuk Syed Azmi, Mampukah Anda Lakukan Seperti Beliau?


Syed Azmi Anjur Banyak Aktiviti "I Want To Touch A Heart"

Kepada Yang Berkenaan,

Saya menulis posting ini bukan untuk menyokong atau menentang sesiapa atau apa apa saja. Tetapi saya mewakili diri saya untuk memberi sumbangan pemikiran kepada masyarakat. Ianya adalah berkenaan dengan penganjuran acara “I Want To Touch A Dog”.


Penganjurnya, Syed Azmi yang juga saya kenali secara peribadi, bukan baru dalam kerja-kerja berbentuk “community service”. Beliau sangat terkehadapan dlm kerja-kerja sebegini dan telah melakukan banyak acara-acara yang memberi pelbagai manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat.





Seorang yang peka dan kreatif dalam isu-isu sosial. Disini saya ingin paparkan sebahagian kerja-kerja “community service” beliau selama ini untuk tatapan anda. 

Apa tujuan saya? anda tanyalah diri anda sendiri. Saya ingin tampilkan corak pemikiran kita semua yang memang gemar dgn isu-isu sensasi (lebih2 lagi kononnya menyangkut dgn elemen agama) daripada isu-isu kemasyarakatan yang tidak glamer dan terpencil. 




Di bawah ini adalah di antara sebahagian acara-acara “community service” yang pernah beliau sertai bersama rakan-rakan beliau selama ini.

  1. Free Market (Pembahagian barangan secara percuma kepada golongan kurang mampu dan kurang bernasib baik)
  2. Street Solat bersama warga miskin kota (gelandangan) 
  3. Sumbangan barangan / makanan kepada golongan warga miskin kota (gelandangan)
  4. Ramadhan Box
  5. Kursus Pengurusan Jenazah
  6. Kursus Penyembelihan Ayam
  7. Sukan Rakyat
  8. Lawatan Ke rumah Orang tua-tua (membantu kerja membersih dan memberi makan)
  9. Kutipan Pakaian Untuk Syria
  10. Kutipan makanan untuk mangsa banjir Kuantan
  11. Food for Sahur untuk penjaga pesakit di hospital
  12. Kutipan Alat tulis untuk sekolah anak orang asli di Cameron Highland
  13. Suspended Meal (Free meal for the poor)
  14. Kempen Zebra Crossing
  15. Picnic in The Park for kanak-kanak yang menghidap kanser
Ini adalah sebahagian drp kerja amal beliau sebelum ini. Tetapi hanya satu program “memegang anjing” yang bukanlah isu besar pun, beliau telah diserang dari pelbagai arah. 



Kenapa ini harus terjadi? Ini berkait dengan kefahaman bagaimana masyarakat menilai kebaikan dan falsafah perhubungan di antara makhluk. Saya percaya dengan niat tulus dan “track record” Syed Azmi, tujuan penganjuran acara ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah bersifat “community service” atau perkhidmatan masyarakat.

Bukankah ini suatu yang dituntut dalam semua peradaban manusia yang menjunjung nilai-nilai baik?

Kenapa sekian banyak perkhidmatan baik yang telah beliau lakukan tidak diambil sebagai suatu mercu tanda bahawa beliau telah membuktikan bahawa beliau ialah seorang pencinta kemanusiaan yang tulus dalam membantu sesama manusia.

Kenapa tiba-tiba wujud suara-suara yang tidak pernah mengenali beliau ingin melontarkan tuduhan-tuduhan berbentuk prejudis yang meloyakan. Ini bukan suatu piawaian yang mahu kita kekalkan dalam masyarakat.

Jadi, saya berharap agar kita semua lebih matang dalam menilai seseorang atau sesuatu isu. Prejudis tidak membawa anda kemana mana. Kematangan akan melengkapkan kitaran hidup yang lebih bermakna.

Apa Pendapat Anda ?

Setelah membaca perkongsian di atas, apa agaknya pendapat anda terhadap Syed Azmi? apakah anda bersetuju bahawa masyarakat (sebahagian) telah bertindak keterlaluan dalam mengkritik anak muda itu.

Atau anda bersetuju bahawa walau apapun sumbangan Syed Azmi sebelum ini, walau apapun aktivitinya sebelum ini, dia mesti di kecam kerana telah merosakkan lebih dari 1,000 umat Islam yang pergi pegang anjing dalam program anjurannya.

-fb AAK71







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





48 ulasan:

Unknown berkata...

yg haram tetap haram walau banyak mana jasa dia sekalipun.Matlamat tidak menghalalkan cara

Tanpa Nama berkata...

..sekalipun seseorang kafir itu melakukan amal kebaikan, namun amal kebaikan nya di akhirat kelak umpama debu yg ditiup angin..

Tanpa Nama berkata...

Dalam hal-hal yang berkaitan penganjurn yang membawa kepada kebaikan dan kemunafaatan, baguslah ..tapi jangan sampai merosakkan imej Islam sudahlah. Berfikir sebelum membuat sesuatu yang boleh mengundang padah. Nak glamour nak dapat simpati nak tunjuk kebolehan tidak menjadi masaalah tapi ingat, kalau tak cukup ilmu akhirnya tanpa sedar kita akan kecundang. Jangan terlalu permudahkan urusan Islam.Jangan pergunakan perkara halal haram sehingga membolehkan yang haram dilalakan sudah lah. Tanpa sedar, tanpa diketahui tak sengaja boleh dimaafkan tapi jangan mengajak orang untuk menghalalkan perkara yang diharamkan.Jangan cari pasai. Buruk padahnya. Iutlah bedanya Islam dengan agama lain.

profit berkata...

Semoga ALLAH memberkati kerja2 Syed Azmi,lebih2 lagi dalam membuka minda masyarakat MELAYU,tentang anjing.

Tanpa Nama berkata...

Masallah lain tu OK la.yang tak kena nya pegang anjing tu.... Brow.

Tanpa Nama berkata...

Hebat sangatkah ilmu agama kamu berbanding Imam Maliki yang membolehkan umat islam menyentuh anjing sehingga kamu menyatakan amal2 Syed Azmi umpama debu2 berterbangan? Silap gaya amal kamu yg akan berterbangan kerana mengutuk orang Islam lain tanpa berilmu.

in response
..sekalipun seseorang kafir itu melakukan amal kebaikan, namun amal kebaikan nya di akhirat kelak umpama debu yg ditiup angin.. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

umat Islam "melayu" telah diperbodohkan oleh UMNO sekian lama, ditambahi pula dgn kehadiran PERKASA, ISMA dan seangkatannya, kini diikuti oleh puak UG dalam PAS walaupun di kalangan mereka ada ulamak, tetapi hanya untuk kepentingan "Melayu" bukan kepentingan Islam.

Tiada nas qatie yang mengharamkan sentuh anjing. Ia adalah khilaf ulamak, dan tidak sepatutnya menjadi isu besar.

Ia menjadi isu besar apabila ia berlaku di negeri Selangor. Bangun sekali ulamak dan mufti yg menyerlahkan kebodohan mereka, apabila kes pelajar sekolah agama di Johor pegang anjing lansung diam tak jadi isu apa-apa pun.

Demikian pembodohan umat Melayu tajaan UMNO/PERKASA/ISMA /UG...

cdinkb berkata...

Setiap yang berlaku ada hikmah.Sebagai orang awam,usaha belajar tentu tak berkesudahan dalam kehidupan kita.Sentiasalah mohon hidayah Allah swt.

Tanpa Nama berkata...

Itulah dimaksudkan dengan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga..oleh itu kita perlu berfikir dan berhati-hati dalam semua tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Mana lbh keji sentuh anjing dgn minum arak?
Mana lebih keji sentuh anjing dgn langgan pelacur?
Mana lbh keji, sentuh anjing dgn makan riba?
Mana lebih keji, sentuh anjing dgn makan rasuah?
Mana lebih keji, sentuh anjing dgn makan harta rakyat?
Mana lebih keji, sentuh anjing dgn tinggal sembahyang?
Tuhan ada berfirman, sesiapa sentuh anjing akan masuk neraka dan mereka kekal di dlmnya?

Tanpa Nama berkata...

Kita sepatutnya beragama Islam bukan beragama Imam Shafie.

Masyarakat Islam di tanah Arab sendiri tak gunakan Imam Shafie...

Apasal umat Islam di Malaysia terlalu bodoh?

Tanpa Nama berkata...

Penyakit BODOH dah memang sebati dengan orang melayu..

Anti Fitnah berkata...

Anon Oct 25, 1.48 am,
Mana yang lebih baik, antara orang kafir yang suka berbuat kebajikan daripada orang Islam yang suka berbuat kemaksiatan? Orang Islam yang mempergunakan harta yang dicarinya secara HARAM untuk berbuat kebajikan, adakah dia tu BAIK?
Kenapa hang tak pi dakwah pada kafir yang suka berbuat kebajikan agar tertarik kepada Islam atau hang memangnya haprak. Jangan ingat bila kita Islam, sudah pasti syurga untuk kita. Ini pemikiran Melayu, bukannya Islam.
Jangan lupa bahawa kafir tu juga keturunan Nabi Adam seperti kita juga. Kenapa kita tak ajak saudara kita yang dah kufur berbalik kepada kebenaran daripada syik menuduh, mengecam, ... dan kita tidak berbuat apa-apa. Adakah ini tanda kasih sayang yang disuruh oleh Islam?
Adakah Syed tu bukan Islam seperti pernyataan hang? Adakah hang sudah menuduh Syed tu Murtad? ... kurang keMelayuannya?????
Berbuat sesuatu yang orang tak biasa buat tidak seharusnya menjadi orang itu PELIK? Ini kerana orang yang tak buat sebab depa tu amalannya ikut tradisi atau adat. Kita selalu dengar Melayu bercakap, "Jangan buat macam tu, malu kat oranglah." Ini hujah adat tanpa nas. Kepada orang yang jawab begitu, akan aku tanya, "Awat hanya malu pada manusia? Tak malu kat anjingkah? Kambingkah? Lembukah? ..." Inilah umat adat yang BODOH dan BANGANG.
Ingat, Ingat, Ingat, TIADA NAS YANG KATA SENTUH ANJING TU HARAM BAGI ORANG ISLAM. MUNGKIN HARAM BAGI MELAYU KOT.

Tanpa Nama berkata...

Manusia ni Allah berikan berbagai2 & berbeza keistimewaan ..kita dah didedahkan antara keistimewaan Syed Azmi , di samping yg tak diwar2kan.

Hatta yg merokok depan publik & anak2 isteri, wanita2 yg terkinja2 atas pentas dedah aurat, pelakun2 isteri org berlakun dgn lelaki lain sbg pasangan suami isteri, dll....pun ade keistimewaan masing2 yg tak didedahkan, mungkin mereka suka menderma, suka beri makan kucing & anjing jalanan, selalu call & peluk cium org tuanya,dll kebaikan .

Walau bagaimana pun , sebagai org Islam, kena patuhlah quran , hadis, pendapat2 majoriti ulama. Pendapat2 ulamak tu biarlah amik kira keadaan di mana kita berada, utk elak kecelaruan, yg sebenarnya perstiwa tu ade hikmah di sebaliknya.

Contohnya, yg jahil dapat ilmu, iaitu anjing tak boleh diseksa sebarangan, kalau garang & mengancam , panggil pihak berwajib tangkap & uruskan.

Sengaja nak belai2 tu.. entahlah.. mungkin senyum aje le, bila jumpa anjing .

Tapi adakah semua dapat ilmu? Tak.
Sebab ada jenis manusia yg tak mau amik pengajaran positif.

Kita tunggu isu lain pulak, supaya lepas tu dapat ilmu lain pulak.

Kak Rosmah dah didedahkan ilmu tutup aurat, apa lagi dia publik figure, tapi setakat ni dia lum manfaatkan. Ni reality bukan fitnah. Semuga beliau menutup auratnya kerana Allah.

Tanpa Nama berkata...

Sesungguhnya Allah tidak zalim terhadap kamu sebaliknya kamu yg zalimkan diri kamu sendiri. Zalim kah Allah mencampakkan orang kafir ke dlm neraka?
- Buat baik
- tak marah
- tolong menolong
- kasih saying.

Tanpa Nama berkata...

Setuju anon 7:21...

Tanpa Nama berkata...

Org yg tdk ada ilmu yg cukup dan byk emosi akan bertindak melampaui batas....namun...dlm soal khilafiah ini mungkin lebih baik Syed memulakan dgn awareness secara ilmiah ....bukan terus practice....kerana amal tanpa ilmu tidak complete dan mantap

Tanpa Nama berkata...

Kat Malaysia nie nama je amal mazhab syafie tapi hanya 3 bab je yg ikut toharah, solat dan puasa

zakat = hanafi

jual beli = hanafi

kewangan hampir semua bab = hanafi

Munakahat = campur

haji = campur tapi banyak hanafi gak bah pendapat yg gharib / ganjil pun pakai

Daulah = sekular

jenayat = sekular

Buat malu je ngaku pure shafie,

Tanpa Nama berkata...

1. Untuk kerja-kerja kebajikan yang selari dengan saranan Islam, Alhamdullilah... semoga Allah memberikan ganjaran sewajarnya.

2. Untuk progarm 'Sentuh Anjing', Syed Azmi telah membuat kesilapan besar. Program ini tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Malah memberikan masalah kepada keharmonian umat Islam Malaysia. Jika anda nak buat, sila buat di negara lain. Mungkin Imaginasi Syed Azmi telah Terlajak Over.

3. Kepada macai-macai PR yang sengal otak, jangan tunjukan kebodohan anda dalam memberikan komen.

Tanpa Nama berkata...

kempen 'kenali anjing' tak salah tapi kempen 'mari pegang anjing' tu yg salah.

kempen mari sentuh anjing pula seolah2 mengalakkan orang bela anjing.

nanti bila ramai orang melayu yg islam mula bela anjing sebagai pet tuan GB yg menyokong kempen ni ikut sama tanggong dosa.

posting GB sebelum ni yg tak diboldkan dan tidak dipedulikan oleh penganjur.

"Penganjur walau niatnya baik mungkin tersalah pendekatan dan tidak teliti dalam penganjuran hingga memilih tajuk dan provokatif sehingga mungkin dilihat mencabar kefahaman awam tentang anjing. Justeru itu, elok penganjur memohon maaf sahaja kepada pihak berkuasa dan masyarakat awam yang terusik dengan tindakan kurang bijak mereka," katanya.


"Namun jika program menggunakan tema 'saya mahu sentuh anjing' dan seolah-olah majlis menyentuh anjing beramai-ramai tanpa sebab dan keperluan yang jelas kemudian diikuti dengan bergambar, memeluk dan menciumnya dalam kalangan orang Islam, maka itu sudah pastinya mencipta provokasi terhadap masyarakat setempat.

Tanpa Nama berkata...

Anon 7.49am.
Amal tanpa ilmu - sesat.
Ilmu tanpa amal - fasik.
Arab pun ada fahaman dan pegangan mereka sendiri.
X salah bermazhab. 4 imam mazhab x pernah menyalahkan satu sama lain.

Tanpa Nama berkata...

Mungkin ada sedikit persamaan....

Mengikut pemerhatian pihak NASA, bangsa Melayu paling laju dalam bab tahyul dan sebar berita tanpa usul periksa kesahihan sesebuah berita..mengikut statistik kelajuan, penyebaran berita oleh bangsa melayu hampir menyamai kelajuan cahaya.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=579784948778719&id=420548751369007

Tanpa Nama berkata...

kebaikan adalah kebaikan, tidak boleh dinafikan kebaikan yg dilakukan.
Nilaiannya adalah disisi Allah.

walau apapun, penganjuran utk sentuh anjing adalah tidak boleh diterima.

Kesan publisiti ini amat buruk khususnya bagi yg cetek ilmu agama.Nanti semborono je nak sentuh anjing
Sedangkan ia adalah terangan-terangan bagi kita bermazhab shafie, kalau 'tersentuh' kena samak - bukan sengaja pergi sentuh

sekian, wassalam

Tanpa Nama berkata...

Rasullullah hnya tinggalkan Al-Quran dan AlSunnahnya utk umatnya. Slagi kt hidup berpandukannya,insyaalah x kan sesat. masalahnya skrg ialah kebanyakannya komen pakai otak,emosi dan ikutan shj tnpa ilmu agama,hadis dan ayat2 al-quran.. Patutnya mufti,ulamak turun ke pentas forum tuk sattlekn msalah ini.slesai...

In your face berkata...

Anon 1:48am...jaga mulut kau bro jangan komen sesuatu yg meninggalkan fitnah. Jelas kau tulis kafir bla bla bla jangan suka gelar orang kafir, syed tu org islam...nanti balik kat kau kafir padan muka kau.... kau ni memang jenis hati keras. Jangan lupa orang islam pun ada neraka sendiri, entah2 yg kafir lagi sempat peluk islam jadi ahli syurga dari kau, aku dan dia syed. JANGAN HAKIMI ORANG, JANGAN HAKIMI ORANG, KITA BILA ISLAM ADALAH ORANG YG DAPAT HIDAYAH KENA INGAT ORANG DI LUAR YG SEKARANG BELUM BELUM DAPAT HIDAYAH ATAU JAHAT DAN AHLI MAKSIAT..MUNGKIN ADALAH BAKAL AHLI SYURGA SEDANGKAN KITA BELUM TENTU MASUK SYURGA, SIFU HANAFI, TANYALAH USTAZ TV9!

Mat Bon berkata...

Saya tidak salahkan masyarakat, kerana masyarakat ni memang perlukan panduan. Saya amat bersedih dengan golongan ugamawan, kerana ada di antara mereka sampai mengambil 'sentimen', sebagai asas untuk mengutuk budak ini. Sejak bila sentimen menjadi asas di dalam persoalan feqah?

Tanpa Nama berkata...

Hampir semua..
majoriiti..
dlm 99%..

NIAT @ nawaitu org2 yg belajar ke UNIVERSITI2 adalah utk mencari pangkat & GAJI...termasuklah yg belajar "UGAMA" diUNIVERSITI2 Arab Jordan & Mesir!

KALAU pon ada..
KALAU ada..
cuma 1%..

Klu lah ada..CUMA 1% jer yg NIAT @ nawaitu nya BELAJAR demi demi demi demi demi demi DEMI mencari sbnr2 sbnr7 "KBNARAN" @ HAQ drp ALLAH yg bnar7 HAKIKI!!!

...itu pon kalaulah ada CUMA 1% jer, & hampir SEMUA-100% yg kita panggil wostad2 & ulamak2 itu...yg sbnr2nya adalah "ulammmMAMAK" @ ularrrMAK yg "kelapaq" mcm ULAR ddlm semak yg senyap2 memBELIT & apb mndpt peluang @ di-UMPAN mrk lah yg akan mnjd BUDAK2 hingusan paling2 tolol & yg paling "KELAHAP"!!!!!

Sbb itu..
Sbb itu, kpd sbnr2 sbnr7 PENCINTA kpd sbnr7 KBNARAN yg HAKIKI.. mrk TIDAK NAMPAK "UNIVERSITI" sbg tempat mncari HAKIKAT yg amat7 SUCI itu..

Sbb itu..
Sbb itu, mrk sggup berKELANA & mncari HAKIKAT "DIRI" & ada yg menyendiri kdlm GUA sprt nabi SAW..
..sprt mana juga Ashabul-KAHFI dgn anjingnya sembunyi kdlm GUA demi sbnr7 KBNARAN IMAN yg HAKIKI!?


Sbb itu..
Ada yg menempoh liku2 prjalanan yg sukar utk mncari seseorg yg bnar7ARIF sprt laluan nabi Musa mncari nabi Shuib & Khidir as...

Sbb itu..
kita mendengar & meRASA meRASA meRASA & meRASAkan sejarah kehidupan nabi2 itu sgt2 SUCI & INDAH sekali...krn mrk bnar2 bnar7 memaham & "SEBATI" dgn semutlak2 KBNARAN yg HAKIKI..
...mrk mnjd SULOHAN CAHAYA yg sgt7 TERANG utk me"NYELESAI"kan sgl masaalah kehidupan..

mrk jd begitu..
mrk jd begitu krn mrk SUDAH TIADA lg pentingDIRI..TIADA lg pentingDIRI.. TIADA lg pentingDIRI setelah mrk mendakap "SEBATI" akan hakikat sbnr7 KBNARAN yg HAKIKI..

mrk jd begitu..
mrk jd begitu, krn SUDAH lenyap seLENYAP2nya pentingDIRI,,dan yg ada HANYAlah semutlak2 setotal2nya HANYA lah sbnr7 kpentingan'HAQ @ sbnar7 KBNARAN "ILAHI" ygHAKIKI..

Apb insan2 itu TIADA lg pentingDIRI, barulah kpntingan ummat/rkyt bnar2 mnjd MATLAMAT suci..dan itu lah yg telah dipamerkan oleh nabi2..
itulah pemimpin yg sejati..

hormat-walaq & CINTA pon lahir/hadir dgn sendiri..

Tanpa Nama berkata...

ALLAH telah jd kan anjing sbg SAHABAT setia ashabul-KAHFI yg bnar7 brIMAN kpd ALLAH seolah2 seRUMAH ddlm GUA selama beratus TAHUN.. ...bukankah itu keMULIAan anjing disisi ALLAH yg setia brsama2 org yg bnar7 brIMAN? ...betul,,manusia itu juga sebaik2 KEJADIAN.... TETAPI manusia juga trutama ularrrrMAK adalah sehina2 & seJIJIK2 "kejadian" (7:176)!?? fikir fikir dlm2 fikir & BAYANGkan.. ...seandainya yg diGEMBUR2kan konon2 nya bhw malaikat2 RAHMAT tidak masuk kerumah yg ada anjing...itu berERTI tiada MALAIKAT yg mnjaga & mmlihara ashabul-KAHFI ddlm GUA?? ...seolah2 malaikat2 TIDAK brsama2 dgn org2 yg bnar7 berIMAN kpd ALLAH??? diantara NAS2 Quran & hadis yg mana kah masih ada "KHILAF"???? yaALLAH.."aarinal haqqa-HAQQAN.."

Tanpa Nama berkata...

Aku anon 1:48. Kepada dua tiga org Anon dan yg bkn Anon yg respon pada komen aku kat atas nih...korang ingat petikan tu aku karang sendiri ke hah? Gi cari tafsir la. Ayat kat atas pun tak tau apa maksud tersurat..aku tak kata si syed ni kafir..petikan diatas secara umum berkisar kpd AMALAN...bkn pasal bangsa..hukum..mazhab dsb. Kalo bingai sgt, ia umpama kerana nila setitik rosak susu sebelanga!

Tanpa Nama berkata...

Dah tak berapa ingat kisah 4 mahzab Kena cari dan baca semula Yang masih ingat ialah masing masing ada kelebihan

Kalau 4 mahzab ni tak menyalahkan satu sama lain mengapa mahzab yang terkemudian menambah baikkan mahzab yang terdahulu ?

Maaf macam ada satu trend yang sama macam sekarang di mana antara orang orang yang merasakan ilmu agama mereka dah cukup maka mereka akan berusaha mengatasi antara satu sama lain Cuma mereka tak sehebat Syafie Kalau ada mereka jugak akan menambah baikkan mahzab syafie maka tercipta lah mahzab yang terbaru

Kan lebih mudah jika syafie kata tinggalkan yang lain kerana yang terkemudian itu lebih baik dari yang terdahulu



Tanpa Nama berkata...

Kalau sengaja sentuh anjing tak payah samak ke ?

In respond to

Sedangkan ia adalah terangan-terangan bagi kita bermazhab shafie, kalau 'tersentuh' kena samak - bukan sengaja pergi sentuh

sekian, wassalam

October 25, 2014 at 9:28 AM

Anon1 berkata...

Anon 1.:48 am @ 11.28 pm,
Kau yang hujah tak kena tajuk. Orang sedang bercerita tentang anjing, kau bercerita tentang kafir berbuat kebajikan yang tidak diterima Allah swt. Ini sudah tentu dituju kepada Pak Tuan Syed. Bodoh tak boleh diajar.

Tanpa Nama berkata...

Fauziah Latif pernah siarkan gambar dia bersama se ekur anjing lama dah dulu Tapi tak ada yang bercakap apa apa Dari situ orang ingat boleh bela anjing sepertimana beberapa pandangan yang mengata kan boleh bela anjing

Jumlah sebenar mereka yang bela anjing ada lah lebih ramai dari mereka yang sentuh anjing Kenapa nak bising pasal mereka yang cuma 1000 orang yang nak sentuh anjing?

Bukan semua 1000 tu yang nak bela anjing sbb tak ada masa perlukan ruang besar utk anjing dan kos yang agak mahal

Apa kata pihak berwajib agama pergi rumah org Islam yang bela anjing dan tarbiyah kan dia orang

In respond to

Anonymous said...
1. Untuk kerja-kerja kebajikan yang selari dengan saranan Islam, Alhamdullilah... semoga Allah memberikan ganjaran sewajarnya.

2. Untuk progarm 'Sentuh Anjing', Syed Azmi telah membuat kesilapan besar. Program ini tidak membawa apa-apa kebaikan pun. Malah memberikan masalah kepada keharmonian umat Islam Malaysia. Jika anda nak buat, sila buat di negara lain. Mungkin Imaginasi Syed Azmi telah Terlajak Over.

3. Kepada macai-macai PR yang sengal otak, jangan tunjukan kebodohan anda dalam memberikan komen.

OCTOBER 25, 2014 AT 8:47 AM

Tanpa Nama berkata...

yang betul tetap betul yang salah tetap salah ,cuma kita tak faham yg mana betul dan yg mana tak betul,menderma 1000 kali dan mencuri sekali , tak boleh kata dia dah menang kerana memperolehi 999 mata score !

Tanpa Nama berkata...

anon 1:48 11:28

apa kena menbena ayat anon 1:48 dengan artikel ini ??

Minta perjelaskan apa yang di maksudkan AMALAN ?

in respond to
..sekalipun seseorang kafir itu melakukan amal kebaikan, namun amal kebaikan nya di akhirat kelak umpama debu yg ditiup angin..

OCTOBER 25, 2014 AT 1:48 AM

Tanpa Nama berkata...

GB, masalah besar umat Islam di Malaysia ini ialah TAQLID BUTA. Iman depa kebanyakannya ikut-ikutan saja dari nenek moyang mereka. Kalau ditanya bab-bab feqah memang dia jawab ikut Mazhab Shafie.... tetapi tak pernah pun buka kitab Al-Ulum... Bila ditanya apakah hukum sentuh anjing dan apakah dalilnya... dia kata haram tapi dalilnya x jelas... dia jawab ulama kata haram haramlah...

Tapi bila sampai ke Mekah pandai pula nak tukar mazhab sebab bersentuhan bukan muhrim. Syafie kata batal wudhu, Maliki kata tidak batal wudhu.

Itulah kisahnya iman orang yg bertaqlid buta... tak der ilmu...

Tanpa Nama berkata...

Lawak la umat melayu ni... Pegang anjing dikatanya hina imam syafie. Tapi duk bercerongok d segenap pasaraya, Pej kerajaan, pasar ramadhan dsb.. Duk kutip duit zakat x hina imam syafie ke tuan2?

Haha... Matlamat tidak menghalalkan cara? Matlamat apa? Cara apa? Anda faham x apa yg anda tulis tu? Anda x rasa anda hina imam malik ke?

Tanpa Nama berkata...

anon 12:01
yang betul tetap betul yang salah tetap salah

Kalau kes Khir Toyo tu macamana ?

Ingat satu kebaikan akan menghapuskan satu kesalahan Ada timbangan nya NERACA.

Tanpa Nama berkata...

Banyaknye komen yang membodohkan ulama? Ulama bukan maksum tapi tak wajarlah kita membodohkan mereka. Setakat baca dan copy paste terjemahan alquran, dah nak tafsir ayat. Nak tafsir ayat kena faham bahasa arab. Kena belajar ayat yang diturunkan umum atau khusus. Bukan tarsir ikut suka. Event anjing ni dah dijangka akan mencetuskan provokasi. Apabila golongan ulama, mufti menegur, mereka akan dihentam, dianjingkan, dikutuk, dihina. Gambar anjing berserban berjubah pula disebar untuk menghina umat Islam, ramai yang tak kisah. Nampak sangat Islam dibenci oleh rakyat Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Ok.....ok....okkk,

1. Alim ulamak/ustaz yang banyak ilmu tolong maafkan budak Syed ini.

2. Sejahat budak Syed ini, dia ada nawaitu baik untuk menyantuni haiwan bernama anjing. Budak Syed ini juga hendakkan agama.

3. Alim ulamak/ustaz yang naik angin dengan budak Syed ini tolong:

3.1 Berikan panduan kepada pekerja Islam/pelanggan Islam yang berurusan dengan barang-barang yang ada elemen arak/babi di premis tertentu yang menjualnya secara terbuka. Para ulamak/ustaz tentu tahu kedai-kedai tersebut.

3.2 Tolong jelaskan jejak kaki anjing yang basah dipijak oleh kasut/selipar orang Islam di kawasan perumahan masyarakat majmuk.

3.3 Tolong jelaskan kedudukkan staf klinik veterinar dan pelanggan Islam yang berurusan dengan anjing.

Ulamak/ustaz perlu ambil tindakan pro aktif untuk membetulkan masyarakat. Ulamak/ustaz kalau perlu boleh menulis dalam forum di akhbar-akhbar tempatan.

Tanpa Nama berkata...

Oi bahlol. Ko nampak tak beberapa siri aktiviti kebajikan yg dia buat. Semua aktiviti tu tentang anjing ke? Hanjing la kau!

In your face berkata...

Anon 1:48 Ek eleh Tau pula dia jelaskan...teringat aku lelaki mana yg kasi keluar statement samakan muslimah dengan pelacur tu akhirnya explain konon hanya guna ayat bla bla bla. Memang ayat tu tak salah tapi kau tu yg kurang cerdik tinggal komen macam tu MENIMBULKAN FITNAH org yg mmbacanya. Baguslah kau dah jelaskan hahaha

Tanpa Nama berkata...

Kita lupa..kita terlalu banyak terlibat dgn riba.cth beli motorcycle secara credit melalui kedai motor bukan Muslim ..melibatkan orang kampung, orang bandar yg berpendapatan rendah.

Tanpa Nama berkata...

Setuju sangat UMNO telah memperbodohkan umat ME LAYU smpai ka liang lahad

Tanpa Nama berkata...

Apakah kuasa kita sebagai hamba allah swt boleh suka - suka hati label orang begitu shj? Baik dan buruk seseorang kita tak boleh nilai beb. Hanya allah swt shj berhak melabel kita sama ada kita ni baik ataupun buruk.

Yang kita boleh nilai adalah sama ada orang itu munafik ataupun tidak, bukan baik dan buruk seseorang. Beringatlah.

Tanpa Nama berkata...

Ya
Imam maliki adalah guru kepada imam shafie
Pada mazhab maliki,air liur anjing pun bkn najis.
So mcmn?nak kafirkan imam malik pulak ke?

Tanpa Nama berkata...

Ayat quran mana yg kata sentuh anjing secara sengaja haram????
Hg agama islam ka agama mazhab shafie??

Tanpa Nama berkata...

Dengan ilmu aku yg terbatas setakat ni, pendapat aku ttg anjing:

Jumpa anjing di mana2 (kalau mood aku ok hari tu) ,aku akan kata 'apa kabar anjing', (macam aku jumpa kucing, lembu, kambing, ayam ke dll binatang, tak termasuk tikus & cicak (aku geli, kalau bole bunuh , aku bunuh jam tu juga).

Dengan singa, rimau , setakat ni lum terserempak. Minta dijauhkan Allah.

Berbalik pada anjing, lepas ucapan kabar, aku teruskan urusan aku. Kalau dia ikut aku... aku mula le takut, takut dia gigit. Nanti tak pasal2 kena pi klinik. Terbang duit aku. Kerja lain tergendala sikit la.

Tapi, yang aku ni penakut sangat, member2 cina relax aje. Agaknya sebab dah bertahun2 hidup mereka dgn anjing, jadi mereka sangat2 memahami anjing2.

Macam kita le, sangat2 memahami kalau lepas kencing mesti nak basuh dgn air.....