9 Okt 2014

Apabila Menteri & MP Hanya Fikir Untuk Memboyotkan Perut Masing-masing


Gaji MP perlu dinaikkan kerana sering ‘ikat perut’

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Shahidan Kassim menyatakan ‘perubahan’ gaji bagi 222 Ahli Parlimen wajar dilakukan ekoran perubahan ekonomi yang berlaku di negara.

Menurut beliau, sehingga kini, gaji bagi semua Ahli Parlimen adalah sebanyak RM6,500.

“Sebelum ini, Jawatankuasa Dewan telah memberi makluman kepada pihak pembangkang, terutamanya Ketua Pembangkang mengenai ‘perubahan’ gaji tersebut, dan pihak Ketua Pembangkang telah bersetuju dengan perkara ini,” katanya dalam satu sidang media di Parlimen hari ini.

Shahidan dalam sidang medianya turut menyatakan adalah tidak tepat sekiranya pihak media menyatakan Ahli Parlimen dinaikkan gaji, tetapi lebih tepat jika menyatakan bahawa ia adalah ‘perubahan’ gaji.

Jelasnya, sebagai seorang Ahli Parlimen, beliau sendiri terpaksa mengikat perut kerana gaji Ahli Parlimen di Malaysia merupakan antara yang terendah di dunia.

“Jika dibandingkan dengan Ahli Parlimen di Uganda, gaji mereka lebih dua kali ganda daripada gaji Ahli Parlimen di Malaysia. Begitu juga jika perbandingan dilakukan terhadap gaji Ahli Parlimen di Singapura,” katanya.

“Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah menyerahkan proposal ‘perubahan’ gaji itu kepada Perdana Menteri sejak tahun lepas lagi,” katanya. Shahidan turut menjelaskan bahawa setiap hari, di pejabatnya akan datang pelbagai rakyat di untuk meminta bantuan dan pertolongan. “Oleh itu, kenaikkan gaji ini wajar dilakukan,” katanya. Walaubagaimanapun, Ahli Parlimen Arau itu turut menjelaskan gaji bagi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menter-menteri, dan juga Timbalan- timbalan Menteri tidak akan dinaikkan.

Shahidan bagaimanapun tidak mendedahkan berapa peratus dan berapa banyak dan jumlah ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen itu.

“Saya kena tunggu lampu hijau daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan ia terpulang kepada beliau untuk mengumumkan sewaktu sidang ini ataupun sewaktu pembentangan Bajet 2015 nanti,” katanya.

Tambah beliau lagi, sepatutnya, ‘perubahan’ gaji Ahli Parlimen ini dinaikkan sejak Bajet 2012 yang diumumkan pada tahun 2011 lagi.

“Dahulu, Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini. Dan mereka memberitahu, antara sebab kini mereka bersetuju adalah kerana mereka perlu membayar gaji penyelidik-penyelidik mereka,” katanya.

Shahidan turut menjelaskan isu ‘perubahan’ gaji ini tidak akan lagi dibentangkan dan dibincangan sekiranya Ahli Parlimen Pembangkang tidak bersetuju dengan ‘perubahan’ gaji ini.

Kali terakhir Ahli Parlimen menikmati kenaikan gaji ialah pada 2004 iaitu 11 tahun lalu.

Gaji Ahli Parlimen pada masa ini telah diguna pakai sejak 1 Januari 2004. Gaji bulanan mereka ialah RM6,500 tetapi mencecah kira-kira RM13,000 jika ditambah dengan gaji.

ULASAN GB

Malang bertimpa-timpa menimpa rakyat apabila para menteri dan MP-MP hanya memikirkan tentang perut masing-masing yang semakin memboyot tetapi melupakan perut rayat yang semakin mengempis.

Satu Setelah rakyat dihadiahkan dengan kenaikan harga petrol dan GST, langkah kerajaan untuk menaikkan gaji para ahli parlimen dan ADUN hanya menambahkan kesengsaraan, zahir dan batin bagi rakyat jelata.

Yang paling mendertia nanti ialah rakyat yang tidak berpendapatan tetap seperti para penoreh, petani, nelayan, drebar teksi dan seumpamanya.

kadar inflasi akan terus meningkat lagi yang membawa erti peningkatan terhadap harga barangan dan perkhidmatan serta kos hidup.

kesenangan hidup hanya untuk untuk yang kaya-raya... yang akan terus bertambah kaya... sedang si miskin akan terus hidup merana dan papa kedana.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





21 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Well nak dikatakan apa lagi. Thank to ulama gila kuasa, UMNO dah boleh bermaharajalela seolah - olah malaysia ni bapa dia punya.

Tubuhkan parti islam yg baru dan join terus pakatan rakyat utk menentang kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

Pak menteri, Saya laki bini, campur gaji berdua RM4500 jer lebih kurang,

anak 4, keta pun Gen2 jer. wet minyak sebulan RM300, pergi kerja balik kerja, tu pun 10 minit jer. motor takdak, tak mampu, wet jaga anak RM300, wet dapur kering RM200, wet barang basah RM500, wet van anak sekolah RM200, wet anak tadika RM150, hutang rumah RM600, Utang keta RM500, Loan bla..bla..blaa RM1000

Kami ni bukan takat ikat perut, bawak anak berjalan cuti sekolah pun idok, nak beli baju pakai anak pun time raya, nak soping pun kat SAKAN, MYDEEN jer, beli lauk pauk pun merata bandingkan harga cari yang sehabis murah.

Idoklah sampai kami anak beranak ikat perut kiranya ni.

Cukuplah apa yang ada.. takyah rumah besar, keta besar. Syukur jerlah pak..

Tanpa Nama berkata...

APA SUSAH P/RAYA 14 TUKAR AJA LA...

Tanpa Nama berkata...

ingat senang ke nk tukar cm tukar baju..mcm2 auta digune kn..org2 kg dpt gla sekilo pn ilang keluh kesah n dgn bangga memangkah dacing

abuamir berkata...

Pada pendapat saya memang patut dinaikkan gaji MP sebab gaji pensyarah pun sekarang ni pun lebih dari 8K. Kita kena maklum tugas MP bukan setakat hadir ke parlimen tetapi bila bertemu rakyat macam2 permintaan rakyat kadang2 ada yg minta bantuan sekolah anak, bil elektrik & air tertunggak dll. Beban ni memang berat utk MP pembangkang, bukan macam MP umno/bn mereka ada peruntukan khas 500K utk parlimen mereka.

Jgn jadi macam MP umnu yg tak cukup gaji & elaun lagi makan duit rasuah, lingkup negara jadinya. Jawatan MP sepatutnya dihormati dgn statusnya bukannya jadi bahan ketawa sebab gaji setaraf guru sekolah aje. Pendapatan mestilah sesuai dgn tanggungjawab. Harap2 MP pembangkang akan berkerja lebih keras dgn kenaikan gaji ni nanti.

Pastikan ABU pd PRU14

Ahli FIkir berkata...

Perbezaan Ketara.
Betul cakap 9.43am. Rakyat biasa bergaji RM4,500.00 masih perlu ikat perut.

Tapi yang gaji RM6,500.00 tu, anak beranak kereta mewah, makan kat hotel, rumah harga juta.

Ada ke... duit RM ni, mempunyai 2 nilai. RM untuk Rakyat, nilai RM1,000 tetap RM1,000. Tapi untuk mereka nilai RM1,000 bersamaan RM100,000. Ini tidak adil......!

Fikir-fikirkanlah.


Tanpa Nama berkata...

Yang Hangpa pilih depa 'at the first place' apa hal? so, apa-apa pun tanggunglah yek....

BIJAN berkata...

OOO...GAJI MURAH YE PAK2 MENTERI
TAPI ZAHIR TENGOK HIDUP MEWAH MENGALAHKAN ORG YG GAJI 30K SEBULAN
MANA DATANG DUIT TU YEEE....

Tanpa Nama berkata...

Gaji 6.5K pakai Velfire? Buat rumah 1.5 juta? Cakap dgn rakyat ikat perut?

Tanpa Nama berkata...

Ketua pembangkang pn setuju dengan kenaikan gaji ni. Puih. Bela rakyat amende mcm tu. 2 x 5 jer dgn geng sebelah sane.

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik naikkan gaji rakyat. Itu yang lebih utama.

non berkata...

Biasalah umno dah nak hilang kuasa... 47%... Tak lama lg 25%

x army berkata...

ABU. ABU. ABU. ABU. ABU

x army berkata...

Bekerja lah utk rakyat. Jgn bekerja utk temolok sendiri sj. Minyak hgpa naikkan. Tu yg mintak lebih

Tanpa Nama berkata...

jgn bandingkan gaji pensyarah dgn gaji MP kalau nak disamakan boleh tp jgn MP kata mereka berkhidmat utk rakyat

Dulu Mahathir pun ckp gaji pilot lg byk dr gaji PM Tak silap masa dia ckp tu ekonomi Msia berjaya Jd mungkin dia nak bgtau dia tlh menjlnkan tgg jwb dgn baik sbb tak dengar pulak gaji PM di naikkan selepas itu

Tp skg MP minta gaji naik dlm ekonomi negara merosot Hutang Negara berbillion MAS buang pekerja kerana kerugian tp Najib masih lg tak buang Menteri ?


in respond to
abuamir said...
Pada pendapat saya memang patut dinaikkan gaji MP sebab gaji pensyarah pun sekarang ni pun lebih dari 8K

Tanpa Nama berkata...

Rakyat kena anggap ahli parlimen ni mcm pasukan bola sepak Mana yg tak perform baik kita buang saja Ketepi kan manifesto ke tepi kan kempen Jgn pilih yg tak bagus jd ahli parlimen Ni skg gaji dia org di naikkan harapan kita tentu lebih tinggi Buat mcm pasukan JDT Kalah je habis musim tukar jurulatih tukar striker

Keciwa Anwar setuju walapun alasan yg dia bg munasabah Pembangkang selama ini tak pernah cukup duit Rakyat yg susah pun tahu dan bila minta bantuan kewangan mereka akan berjumpa MP BN bukan MP PR Jd biar MP BN pulak rasa apa yg MP PR rasa

Kedua dulu BN bjat byk projek jd byk masyuuk dan skg tidak Dulu buat projek kita tak tahu kos dan siapa yg dpt Skg MP BN pun susah contoh isu RM200 juta di Sabah sehingga blogger umno sendiri persoalkan sbb ada penthouse

ini lah peluang kita nak tumbangkan BN dgn menolak kenaikan gaji MP

Tanpa Nama berkata...

MP IKAT PERUT,RAKYAT IKAT TALI PERUT
Kesian adik iparku yang menoreh,anak nak masuk 2..
Jangan kata orang kampung malas,siang malam aku tengok dia kerja mencari duit lebih..
FYI,kami bukan pemangkah Be end

Tanpa Nama berkata...

Gaji MP RM6500/bulan. Gaji rakyat (pendapatan purata) RM5919/bulan. Shahidan takut tahun depan gaji rakyat bertambah jadi RM6700/bulan. Nanti malu MP. Rakyat bangga sakan pula walau makan nasi beras hancur bersayur kangkung + telur rebus + kicap. He he he...

Tanpa Nama berkata...

MP dan menteri2 BN x perlu gaji......anak2 mereka hidup mewah kalahkan jutawan....

Tanpa Nama berkata...

Damn the fast ass shit face hellfire!

Tanpa Nama berkata...

Gaji besar tp x berkat.