29 Okt 2014

Anwar Boleh Menang Tetapi Perangainya Menjengkelkan..


Dengan mempunyai peguambela yang terhandal, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Peguam Gopal Sri Ram, Anwar mempunyai peluang cerah untuk memenangi kes rayuan apabila hujjah-hujjah peguam tersebut semalam amat kukuh dan sukar untuk ditolak mahkamah.

Tetapi malangnya Anwar tidak mengindahkan disiplin untuk menghormati mahkamah. Lewat untuk hadir perbicaraan di sebelah petang. Alasannya beliau pergi makan tengahari.

Ini amat menjengkelkan.

Walaupun para hakim "bersetuju" dengan alasan peguamnya, namun sikap "taking for granted" yang beliau mempunyai peguam-peguam yang handal untuk membelanya boleh menyebabkan beliau kecewa.

Kita berharap Anwar akan lebih berdisiplin. Hakim-hakim itu manusia biasa. Sikap tidak menghormati atau tidak mengambil berat soal "punctuality" tidak boleh dipandang ringan. Seorang dua hakim mungkin tidak suka dengan sikap sedemikian.

p/s sama juga seperti di Mahkamah Tinggi Terengganu kes Presiden PAS. Saman RM2 juta tidak timbul jika Haji Abd Hadi menghormati mahkamah dengan menghadiri sesi pendengaran kes sejak awal. Mujur hakim mahkamah membatalkan saman RM2 juta tersebut.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju

Tanpa Nama berkata...

HA! HA! HA!

Hanya kerana kelewatan tu pun mungkin yang tidak di sengaja kan Hakim ada yang terasa tidak di hormati

HA! HA! HA!

Kes Hj Hadi dia ingat boleh selesai macam tu jer Kat mahkamah tak kat luar pun tak Dia ingat calun PKR tu makan dipujuk oleb Anwar

Agaknya apa yang di maksudkan ialan jika Anwar sampai dalam mahkamah kul 7 pagi lebih awal dari Hakim keputusan Hakim sebaliknya

Tak tahu lah sebelum ini Anwar ada sengaja lewat dalam kes kes yang lain tapi tak pernah pulak dengar ada hakim beri peringatan atau amaran dan rasa nya yang kali ini pun tak ada perintah kelewatan Anwar di rekodkan



Tanpa Nama berkata...

Anwar Ibrahim se orang yang professional dan ber tanggung jawab.

ada sebab Peguambela bagi tau 'makan lunch' tetapi Anwar Ibrahim sibuk buat kerja lain.

pemikiran anwar ibrahim lebih besar dari otak otak hakim , yang makan gaji di bawah arahan gomen saja.

yang pasti jika anwar ibrahim terajui negara sejak dulu lagi , malaysia sudah sama taraf Korea Selatan , Taiwan dan Singapore bagai Kelantan saja.

apa apa pun orang orang Melayu lah yang bahalol dan rugi akibat tidak mau ber fikir.

apa hal gomen nak kerja kan se orang budak kampong yang bersih asal usul nya , melainkan ada sesuatu berita kebenaran yang di bawa nya.

Tanpa Nama berkata...

Ada satu perasaan setelah lama ditekan begitu, fedab, benci dan rasa tidak diadili..itu lah perasaan orang yg dituduh...nyata dia(Anwar) pun manusia biasa..

Tanpa Nama berkata...

adakah anwar sentiasa lewat atau ponteng macam UG TGHH?

Waris berkata...

Belum tentu anwar boleh jadi terbaik kalau berpeluang mentadbir malaysia. Lihat saja di selangor... walaupun telah ditadbir dgn baik pd awalnya tetapi nafsu politik sesetengah ahli politik rakus sukar dibendung oleh anwar sendiri sbg ketua.

Tanpa Nama berkata...

Tuang President barua bukan lewat, tapi jarang jarang pergi meeting

Tanpa Nama berkata...

Mr gb. Anwar pun manusia biasa juga.ingat dia suka ke apa yg dituduh dan dihakimi. Jika mr gb duduk tempat tu. Lu pikir sendiri lah.
Fr. Mr khir

Tanpa Nama berkata...

apa kuasa DSAI diselangor? dia hanya ketua umum. bukan presiden. dia tak ada kuasa apa2 pun.

kalau DSAI jadi perdana menteri. dia kuasai pdrm, sprm dan kerajaan. dengan kuasa tersebut dia boleh bersihkan pentadbiran dan sumbat kaki rasuah dan kaki pukul dlm penjara.



bat8 berkata...

Waris

Saya hersetuju belum tentu Anwar boleh menjadi PM yang baik kerana beliau belum menjadi PM. Maknanya peluang atau kemungkinan itu ada. Najib...sah komfirm hancur lebur sebagai PM dan Menteri kewangan.

Jika kita perlu membandingkan antara Anwar dan Najib setakat ini - kita hanya boleh membandingkan keduanya sebagai menteri kewangan. Ini jawatan yang paling senior jika hendak dibuat perbandingan.

Tanpa Nama berkata...

Geli hati statement ni. Lagi bangkrap adalah

Tanpa Nama berkata...

LIWAT 2 TETAP MEMIHAK PD DSAI WALAUPUN KEPUTUSAN MAHKAMAH BELUM PASTI BEGITU.
TINDAKAN2 SAIFUL SUKAR DIPERCAYAI.

ISU SELANGOR YG LEPAS MENIMBULKAN KEMARAHAN RAMAI PENGUNDI PR; YG JELIK MAINAN POLITIK SELEPAS SAJA PILIHANRAYA BERAKHIR.

DUA ISU BERBEZA SOKONGAN