29 Okt 2014

Polis Ini Bercekak Pinggang Seolah-olah Dia Seorang Saja Ada Pangkat Atas Dunia


Siswa ditahan halang perobohan di Kg Chubadak

Dua aktivis mahasiswa ditahan polis kerana didakwa menghalang pihak berkuasa merobohkan rumah seorang penduduk setinggan di Kampung Chubadak kira-kira jam 2 petang ini.

Dua pelajar itu ialah Pengerusi Majlis Dakwah dan Kebajikan Gamis Ahmad Fahmi Mokhtar dan Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional Abdul Muqit Muhammad.

Fahmi adalah mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia manakala Abdul Muqit adalah mahasiswa Universiti Malaya.

Bagaimanapun kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan kira-kira jam 6.30 petang ini, dengan bantuan MP Batu Tian Chua.

Sementara itu, dalam kenyataannya, ketua polis Sentul mengesahkan penahanan dua siswa lelaki yang didakwa menghalang penjawat awam dan menceroboh rumah.

Katanya, penahanan itu dibuat apabila sekumpulan lelaki menghalang sebuah rumah yang diperintahkan mahkamah untuk dikosongkan, selepas perkakas rumah itu dikeluarkan.

Menurutnya lagi, kumpulan tersebut dinasihatkan untuk beredar tetapi enggan dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis.

Sebelum itu, sekumpulan mahasiswa dan aktivis berhimpun depan balai polis itu bagi menunjukkan solidariti kepada Ahmad Fahmi dan Abdul Muqit petang ini.

Antara pemimpin pelajar yang hadir termasuk Ketua Pemuda PAS Malaysia Suhaizan Kaiat, Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis Muhammad Najib Abd Rahim, dan aktivis NGO dan mahasiswa daripada universiti utama di Lembah Klang.

Mereka turut mempamerkan sepanduk yang mendesak kedua-dua mahasiswa itu dibebaskan termasuk dan melaung "Kami bukan pengecut" sambil diperhatikan orang yang lalu lalang di situ.

Kenderaan yang lalu lalang turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan.

Mereka juga menunaikan solat asar berjamaah di depan balai polis itu. -mk




ULASAN GB

Dalam banyak-banyak gambar, GB tertarik dengan sekeping gambar seornag anggota polis (mungkin seorang Ketua Polis Daerah) bercekak pinggang itu.

Seorang "penjawat awam", dengan penuh lagak dan angkuh, berdiri bercekak pinggang tatkala operasi menahan dan menangkap kumpulan pelajar yang mempertahankan hak rakyat Kampung Chubadak.

Apakah itu menunjukkan tanda "berdisiplin" bersesuaian dengan motto PDRM "MESRA, CEPAT DAN BETUL"?

Apa ini erti "khidmat mesra" (Friendly Policing) yang dikatakan selaras dengan matlamat Kementerian Dalam Negeri untuk menjadikannya sebagai Kementerian MESRA RAKYAT?

Kita bukan hendak memburukkan imej polis, tetapi perlakuan anggota polis berkenaan di hadapan rakyat yang benar-benar telah memburukkan imej PDRM!










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Awanama berkata...

Penyokong tegar umno crlaka haramjadah ni akan kata...tak pa asalkan orang melayu umno memerintah....tanah reserve melayu dah tinggal 12%...puak2 akan tetap kata...tak pa asalkan orang melayu umno memerintah...!! Biar jahanam negara ni...sama2 kita tanggung!..dan padan muka orang melayu!!

Awanama berkata...

Sebijik macam gaya polis jahat dalam cerita tamil


tapi jangan harap dalam Gerak Khas gaya sama akan di tunjukkan


Tenguk juga gaya dia berjalan di gambar yang ke tujuh semasa salah se orang aktivitis direbah

Awanama berkata...

Sangka baik , orang lelaki kebanyakan memang suka cekak pinggang.

Gambar kadang2 tak menceritakan hati budi sebenar seseorang.

Teruk juga ye keadaan rumah2 setinggan tu. Apa kata dimajukan & jadikan rumah pangsa/teres 3 bilik,2 bilik air ke, then ofer kat penduduk2 tu.

Yang penting masing2 solat berjamaah, makmurkan masjid, surau. Rumah2 akan ditinggalkan.

Awanama berkata...

anon 11:30

susah nk bersangka baik jika dah macam tu cara dan gaya bedirinya...

Zahir itu menggambarkan apa yg di batin.

saya setuju dgn pendapat GB... penjawat awam sebegitu wajar ditegur.

Awanama berkata...

belum pencen belum tau.. dh pencen br dia tau.. jgn lagak sgt bro

Awanama berkata...

itu gaya orang kaya tau.

jangan sangka tiga paku pencen secoit , tengok saja yang dah pencen pencen tu dulu semua gaya datok datok lah.

ini paku paku bukan nilai ruppiah.

Awanama berkata...

Pergi masjid.perangai sama umnoooo.

Awanama berkata...

mengikut firasat dan pengamatan hamba pegawai polis ni bukan bergaya menunjukkan kemegahan atau keangkuhan...

gaya cekak pinggang tu menunjukkan;
1. kecewa
2. marah dan penat bercampur baur
3. bosan
4. kesal
5. telan mati mak luah mati bapak

Anti Israel berkata...

MELAYU DISERANG ISRAEL !

MELAYU DISERANG ISRAEL !

MELAYU DISERANG ISREAL !

MANA PANGLIMA JIHAD KATAK MUKA BENGKAK?

MANA MUJAHIDEEN PERKOSA PERKUDA?

MANA SLOGAN HIDUP MELAYU?

yg cekak pinggang tu semuga Allah turunkan penyakit pinggang yg amat parah kpd nya. atau letupkan lah buah pinggang bongkaknya itu.

amiin yaa rabbal aalaamin

Awanama berkata...

Aku setuju anon 28/10 (11.30) & 29/10 (9.07).

Polis tu mesti suka punya kalau dia baca komen2 berdua tu. Nak marah pun tak jadi.

Relax brother, kalau mu betul2 sombong & berlagak, macam dituduh tu, ada peluang untuk berubah. Tapi kalau mu tak sombong & berlagak, maafkanlah mereka.

Tapi lain kali jangan cekak pinggang nacam tu tau.
Mu kena senyum sokmo . Walau hatimu pedih & serba salah , nak berhenti keja, bukan nya senang.

Awanama berkata...

rocky the great brown dick says: aku tak buleh nak kate ape... teringat pengalaman sendiri dulu2; yang kate sanggup bela bangsa aku hilang ntah ke mane (dengar cerita dok pow pemaju); mana Tengku Adnan? Mana Tengku Adnan? Mana Tengku Adnan? cube kelian korek balek kisah penghuni sentul, penghuni kg buah pala, penghuni kg railway Ipoh; ape deme dapat? ha ha ha ha

Awanama berkata...

Yang prebet pun lagaknya macam ini juga apabila pakai uniform.

mohd shahran berkata...

nanti PAU 2014 melayu2 nielah yang menangis beria2 BUMI DIPIJAK MILIK ORANG