24 Okt 2014

Acara Makan Katak Itu Dusta!


Kisah SEBENAR ACARA MAKAN KATAK DI SEKOLAH

Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.

Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu.

Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut.


Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi. -penmerah









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





6 ulasan:

nok berkata...

Hahahaha ini di sekolah adik aku mengajar lah di ipoh... apa daaa... belajar ikhtiar hidup biasalah..

rmj berkata...

entah lah akhir akhir ini macam macam perkara nak di ajar sahingga dalam keadaan DARURAT nak di tunjukan makanan yg haram atau di larang bolh di makan...walaupun ia tidak salah dari segi hukum tapi adat dan budaya kita belum bolh menerima lagi pun setakat ini belum ada bayangan yang Darurat akan berlaku di Negara ini....

Saja nak buat sibuk nak cari nama..ini lah yg payah nya....

Tanpa Nama berkata...

orang orang Melayu ini otk semakin kechik dan bahalol.

ada banyak bende perlu di kembang , pasal anjing pasal katak di hirau kan.

belajar cakap bahasa inggeris tak nak pulak di kembang kan.

lebih nak jadi pak guard dari jadi pekerja professional , nak harapkan BRIM tanggung anak bini atok nenek.

sedih lah macam ini,

Tanpa Nama berkata...

kepada rmj : pasal anjing memang benda tu salah dari segi hukum syarak ,belajar untuk survival amatlah penting , tak kan dah darurat baru nak belajar, kalau sesat di hutan ada ke coco crunch yang tumbuh di pokok.

Tanpa Nama berkata...

Ilmu tu biasanya akan berkesan sekiranya ada pratikal.

Tapi ingat ye, ada ilmu2 tu yg hanya boleh teori aje, praktikal hanya bole bila keadaan mengizinkan.

Ilmu solat ketika dharurat, dlm hutan, dll tu perlu praktikal ... tapi klu ilmu makan katak, tikus, babi , anjing, cicak dll ..ketika dharurat, tak payah le. Cukup la teori yg detail. Guna plastik tak pe ..

Kalau gitu, ilmu ehem ehem (antara suami isteri) nak diajarkan secara terbuka ke utk dapatkan kelazatan hubungan suami isteri?

Kalau ada masaalah, pergi le tanya pakar, & sangat2 digalakkan isteri rujuk ke pakar perempuan, suami pula ke pakar lelaki. Tak perlu heboh2. Ni zaman fitnah.

Sebenarnya majoriti orang melayu malas nak cari ilmu yg manfaat & membaca. Allah dah suruh dlm wahyu pertama 'Iqra' .

Yg ni perlu teori & praktikal.

Tuntutlah ilmu kerana Allah. InsaAllah Dia akan beri ilham & jalan keluar bila dharurat. Kan ALLAH MAHA berkuasa, Maha segla2nya? Kita aje yg malas nak dekatkan diri padaNya & yakin padaNya.

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg dikatakan bala' semua perkara disensasikan. Ulama diperlekehkan, pembuat maksiat disanjung. Perasuah diangkat jadi pemimpin dan sijahil menjadi penguasa.Agahnya inilah balasan Allah SWT terhadap ketidak tentuan tersebut.