2 Sep 2014

[VIDEO] Sah: Muktamar PAS Ke 60 Ditukar Lokasi Ke Batu Pahat

Muktamar Tahunan PAS kali ke-60 yang dijadualkan di Sutera Mall, Skudai akan bertukar lokasinya ke Batu Pahat, dalam parlimen Sri Gading.

Penolong Setiausaha Agung 2, Khairul Faizi Ahmad Kamil, perubahan tersebut dilakukan kerana pemilik tanah Sutera Mall itu bertindak memulangkan semula cek bayaran deposit yang telah dibayar sebelum ini.

"Walaupun pada peringkat awalnya, semuanya berjalan lancar sama ada dengan pemilik tanah mahupun pihak polis, saya percaya mereka mendapat tekanan daripada pihak tertentu yang akhirnya memulangkan kembli cek bernilai RM75,000," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, hari ini.

Beliau turut menjelaskan tentang laporan Buletin Utama berkenaan kononnya PAS tidak membayar jumlah yang dikehendaki adalah tidak benar, sebaliknya telah berbuat demikian dengan wang pendahuluan sebanyak RM75,000.

Khairul Faizi yang jelas kesal dengan perubahan tersebut, bagaimanapun memberi jaminan bahawa muktamar tetap akan diadakan di Johor walaupun terpaksa memulakan kerja dari awal.

"Lokasi yang dipilih ini lebih kurang 100 km dari tempat asal. Ia merupakan tanah persendirian ahli PAS seluas enam ekar. Dan hari ini bermula kerja-kerja meratakan tanah untuk membolehkan muktamar diadakan," kata beliau lagi.

Ketika ditanya tekanan tersebut datangnya dari pihak mana, Khairul Faizi berkata ia bermula dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sebelum ini, tapak asal di Sutera Mall menjadi lokasi utama muktamar PAS, selain Muktamar Dewan Muslimat PAS Pusat.

Manakala, Muktamar Pemuda PAS diadakan di Kota Tinggi dan Muktamar Dewan Ulamak diadakan di Kulai, Johor. - HD


ULASAN GB

Ada hikmah di sebalik penukaran lokasi dari Skudai ke Batu Pahat.

Pertama, duit tak hilang sia-sia kerana sewa tapak yang mahal. Kedua membuktikan adanya ahli PAS yang sayang kepada partinya yang telah tampil ke depan membenarkan tanahnya seluas 6 ekar digunakan sebagai tapak muktamar.

Semuga muktamar PAS Kali ke 60 dapat berjalan lancar, dan semuga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas keluarga ahli PAS berkenaan yang sudi membenarkan tanahnya dijadikan lokasi muktamar.

Mudah-mudahan akan wujud lebih ramai ahli PAS yang berifat sedemikian sepertimana kisah Sayidina Abu Bakar yang telah menyerahkan seluruh kekayaan dan jiwa raganya untuk melakukan perjuangan menegakkan Islam bersama Nabi Muhammad SAW. Beliau telah mengorbankan seluruh harta bendanya untuk menebus orang-orang yang ditawan, orang-orang yang ditangkap atau diseksa. Beliau juga telah membeli hamba-hamba yang kemudian dimerdekakannya. Salah seorang daripadanya ialah Bilal bin Rabah r.a.

Peristiwa ini terrakam indah di dalam Al-Quran:

"Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas. Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi. Dan Tuhannya pun redha kepadanya". ( Surah Al-Lail : Ayat 18-21 )







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Tiada ulasan: