12 Sep 2014

[PRK PENGKALAN KUBOR] Wan Rosdi (PAS) Bakal Tentang Mat Razi (BN)


Wan Rosdi calon Pakatan PRK Pengkalan Kubor

TUMPAT: Setiausaha PAS Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim, 57, akan membawa cabaran Pakatan Rakyat dalam misi merampas Dun Pengkalan Kubor yang dikuasai Umno sejak 2004.

Pemilihan beliau diumumkan oleh pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Datuk Ahmad Yakob pada satu majlis malam ini.

"Sudah lama orang ramai hendak tahu. Calon PR, Wan Rosdi Wan Ibrahim yang tidak asing daripada kita.

Katanya, Wan Rosdi ada pengalaman dalam masyarakat dan insya Allah akan berjaya menawan semula Dun Pengkalan Kubor.

"Kerja-kerja wakil rakyat sudah jadi rutin baginya," ujar beliau yang juga Menteri Besar Kelantan.

Antara yang hadir ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Siti Zailah Mohd Yusoff, Ketua Pengarah Pilihan raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar.

Wan Rosdi merupakan anak tempatan Kampung Bendang Pak Yong. Pernah mengikuti kursus pentadbiran perniagaan di Tokyo, Jepun pada 1984.

Wan Rosdi pernah menimba ilmu di Institut Kemahiran Mara di Sungai Petani, Kedah dalam binaan bangunan (1978-1980).

Pendidikan peringkat menengah di Maahad Muhamadi Pasir Mas sehingga lulus SPM. Pernah juga belajar di Sekolah Menengah Agama (Arab) Al Ihsan, Tanah Merah.

Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah. Susur galur keluarganya terbabit dengan PAS. Ibunya, Wan Esah Wan Deris merupakan Ketua Muslimat PAS Tanah Merah.

Beliau berhijrah ke Tumpat selepas berkahwin dengan Saadiah Salleh yang juga bekas Ketua Muslimat PAS Tumpat. Bagaimanapun isterinya meninggal dunia pada 14 Julai 2013.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan 5 anak. Wan Muhammad Khairul Amili bertugas sebagai jurutera, Wan Nor Hayani lulusan master di UiTM, Wan Shakikah lepasan ijazah USIM. Wan Mohd Shafiq (Ijazah Universiti Islam Sultan Shariff Riau, Pekan Baru Indonesia) dan Wan Najibah lepasan ijazah USIM.

Wan Rosdi juga merupakan Ketua Unit Amal Tumpat ketika peringkat awal diwujudkan.

Sebelum terbabit sepenuh masa dengan parti beliau mengurus perniagaan sendiri sebagai kontraktor binaan.

Kegiatannya dalam parti bermula sebagai ahli jawatankuasa Pemuda PAS Tumpat pada 1991 dan 1997 dilantik sebagai ahli jawatankuasa PAS Tumpat.

Selepas pilihan raya umum 1999 Wan Rosdi bertugas sebagai setiausaha Adun Pengkalan Kubor, Wan Hussin Wan Ahmad.

Pernah juga dilantik sebagai Penolong Setiausaha PAS Tumpat dan Setiausaha Penerangan PAS kawasan. Dan mulai tahun lepas dilantik sebagai Setiausaha PAS Tumpat.

Hubungannya dengan masyarakat di Pengkalan Kubor tambah akrab selepas dilantik sebagai Penyelia Dun Pengkalan Kubor sejak 2009.

Beliau juga dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Kompleks Perkayuan Kelantan pada 2013 dan ahli majlis Majlis Daerah Tumpat pada 1997-2007. -HD


BN Letak Mat Razi Sebagai Calon PRK Pengkalan Kubor

TUMPAT - Pemimpin Umno Kelantan menyifatkan calon BN bagi PRK Pengkalan Kubor Mat Razi Mat Ail sebagai seorang yang dinamik dan paling sesuai untuk meneruskan legasi perjuangan pendahulunya, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar.

Pencalonan Mat Razi, 49, diumumkan Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pemilihan calon itu mampu mengekalkan kemenangan BN.

"Kriteria pemilihan calon ini segar dan dinamik dan merupakan anak tempatan.

"Apa yang menariknya Ustaz Mat Razi ini merupakan seorang pengasas pondok dan bukan hanya dikenali di kalangan pengundi malah turut disenangi ahli jawatankuasa Umno bahagian," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengumuman Calon BN itu di Pusat Operasi BN di sini.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata Mat Razi merupakan calon terbaik dan disenangi ramai.

"Beliau seorang yang tiada musuh dan berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang politik," katanya.

Ketua Umno Bahagian Kubang Kerian, Datuk Mohammad Abdul Ghani berkata, beliau yakin calon itu mampu menjalankan tanggungjawab dengan sempurna memandangkan Mat Razi merupakan salah seorang anak didik Allahyarham.

"Beliau mampu untuk menyatupadukan rakyat dan saya yakin rakyat Pengkalan Kubor ini mengenali beliau dan berharap rakyat di sini bijak memilih pemimpin yang boleh memberi manfaat kepada mereka," katanya.

PRK Dun itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, dari BN akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, pada 20 Ogos lepas.

Pada PRU lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 13 September ini sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian 25 September.
- Bernama


ULASAN GB

Mungkin ada seoralng lagi calon dari BEBAS. Ini kerana menurut SPR tiga borang pencalonan telah dibeli.

Seperti yang GB ulas sebelum ini mengenai PRK Pengkalan Kubor. Petikan:

Sukar untuk meramalkan bagaimana keadaan pilihanraya Pengkalan Kubor tatkala PAS & PKR sedang melalui gelombang besar ekoran isu MB Selangor.

PAS memang berharap untuk bertanding. Sejak awal lagi beberapa kenyataan telah dilakukan menyatakan PAS berhak untuk bertanding di Pengkalan Kubor. Justeru itu PAS perlu buktikan ia mampu, sekurang-kurangnya untuk mencapai keputusan yang setara atau lebih baik dari calon PKR di dalam PRU13 yang lalu.

Ia juga menjadi medan ukuran setakat mana pertelingkahan PAS-PKR memberi kesan ke atas pengundi secara umumnya.

Di pengkalan ada kubor, tetapi entah kubor siapa... harap-harap BN.








IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tunggu & lihat yg penting pas kena hati 2

Tanpa Nama berkata...

Keluarga kami akan keluar mengundi juga tapi akan undi BN utk ajar org no.1 & 2 jgn bersikap ego dlm mengeluarkan kenyataan. kpd sdr. Wan Rosdi maaflah bukan kami tak menyokong sdr. tapi sikap boss sdr. membuat kami meluat. Maaf Di.

Tanpa Nama berkata...

Tak faham perjuangan Islam. maaf

in response to Keluarga kami akan keluar mengundi juga tapi akan undi BN utk ajar org no.1 & 2 jgn bersikap ego dlm mengeluarkan kenyataan. kpd sdr. Wan Rosdi maaflah bukan kami tak menyokong sdr. tapi sikap boss sdr. membuat kami meluat. Maaf Di., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

anon 11:21

kita tak boleh bersifat demikian sewaktu plihanraya. kena bersabar kerana walaupun seseorang itu tak faham Islam, kita masih dekati mereka dan bukan mengata mereka sebagai x faham Islam. Rasulullah pernah bersabda "berkatalah kamu kepada seseorang mengikut kemampuan ilmu/akal mereka."


Tanpa Nama berkata...

PKR NGOK ,,, BENGONG.. BARU PERINTAH SELANGOR BELUM LAGI PERINTAH MALAYSIA. HARU biru..

Tanpa Nama berkata...

Kawe pun samo...klek ngundi nanti kawe pakoh bn lah pulok kali ni...toksir doh pakoh pas...takdok stim doh sejok tgna berundur...tamboh2 duo palo negeri kelate skrg ni duo2 tegar UG...toksir ambo nok pakoh puok2 nih...padan keno nipu jahhh...

Lebai Roger berkata...

Apakah dgn colon pas ini akan menguatkan lagi UG dalam Pas?............sama2 lah kita lihat......bukan perjuangan ugama kalau puak ug dipilih........tetapi perjuangan bangsa yg telah pengundi pileh atas nama Pas! Ada faham!!!!

Ostat2 Pas, tolong jangan kaitkan Pas dgn Islam selagi mutamar tak berlangsong dan kenyataan presideng pasal UG tak dijelaskan........

Tanpa Nama berkata...

friendly match.......
saper yg menang sama saje....
yg penting Perpaduang....
demi umat melayu

-UG-
-unity government-
@
-ulamak gong-

Tanpa Nama berkata...

Walaupun dah 4x amboh ngundi pas..tapi kali ni ambo n keluarga akan kelik undi BN sebagai simbolik tolak TGHH yg angkuh dan para ustad UG yg curang.

Tanpa Nama berkata...

kawe ingat kawe jah hile rra ko pas, rupo2 nya ramai lg...kepada pengundi2 prk pkl kubor sekalian, pilihlah sapo pun asal jgn calon pas sbb kade2 kito kena bui puok2 ustad ni kaba getek(terutama budok2 baru). kalu pas benang (menang), koho me'to puok2 ug nih! kalau kalah, insyaAllah tok guru presidenpun kurang sikit bekengnya...

hj usin kg geting

Pemerhati berkata...


salam..

ketepikan seketika ug ko dop. yg pntg skang kita kene menangkan calon Pas dulu. tgk Bn..wpun kdg2 mca and umno ada mslh, tp time plhnraya, mereka bersatu dalm mghadapi Pas/pembkg.

Dgn kerja keras, X mustahil Pas dpt twn p.Kubor. plg X pun, dpt kurangkan majoriti, dah dikira ok. prk agak susah ckit sbb seluruh jentera Kerajaan pusat turun. umpan pitih pun woww..lumayan.

Tanpa Nama berkata...

anon 3.20. mana boleh ketepikan isu ug sbb kalau pas menang pecah dada bangga puak2 ug nanti...

Tanpa Nama berkata...

Ambo pong doh puah doh pakoh pas....Kali ni ambo laki bini, anok ambo 4 ore laki bini doh konpom pakoh bn...buke tak nak sokong tapi meluat yg amat sangat atas keangkohan dan pembohongan Tok guru ambo Hj Hadi.

Sesekali kena cucoh api kat bontot, baru dia sedar.

Tanpa Nama berkata...

Kalu pas menang, nik amar koho gong berlagok...ambo sokong pas doh duo dekad tp kali ni dok doh... saing2 ambo pun rama kecek lagu tu...napok gayo nungging pas kat kelate pru 14 ni...

Tanpa Nama berkata...

PAS dok royak UMNO tok Islamik. PAS hok Islamik napok pelek.Kalu ikok caro isle mesti tidok serabuk. Syaroh jange...biso kakloh. Hasil tak dok. Wei kito pung buke ore bodoh. Mengaji hudoh hudoh pon...tahu hok mano beto hok mano saloh.

Tanpa Nama berkata...

Undi PAS jagi UG...lebih baik terus undi BN....Jangan biarkan diri kita di perbodohkan oleh kumpulan UG...ikut program pas/ug kita kena beri derma, ikut program bn kita dpt nasibungkus, tshirt dan rm20. Hasil nya sama ug adalah bn....

Tanpa Nama berkata...

Presiden PKR begitu ikhlas dan jujur sanggup beri kerusi Dun kepada Pas, tapi Presiden Pas nak rampas kerusi MB Selangor?

Tanpa Nama berkata...

ni kerusi BN UMNO lawan Pas UG, Dua beradik tak usah lawan, lambung dadu saja

Tanpa Nama berkata...

Harap PAS UG tewas dengan mojoriti lebih besar supaya Haji Hadi, Stopa Ali, Nik Amar dan lain2 ustad sedar diri. Harap PKR n DAP serta semua penyokong yang setia kpd PR dapat menjauhkan diri drp PRK Pngkalan Kubor.

Tanpa Nama berkata...

Salam pegundi pengkalan kubur. Nak ajar pemjmpin PAS jgnlah undi UMNO.
Jangan kuar mengundi kira protes la.
undi pas akan merosot dan undi BN tak bertambah. Biar sedar sikit pemimpin pas yg nak ber UG dan bongkak tu.

Fread

Tanpa Nama berkata...

Hok kawe maroh sgt...ustaz mulio suci ug ni kalu bab mano2 himpunan rakyat bate idung pun dok napok...tp kalu bab nok mecoh ke pr puok2 nilah dulu...pastu duk pakat wi ayat wala'...
Kito penyokong bawohe ni guling bating duk kejor nga pulis pado setiap himpune...pedih ati raso...bo lah hj hadi tu...dok serhoo doh raso dgn pas loning weehh...tukar ore lainlah pulok...

Tanpa Nama berkata...

Kita mesti mengundi PAS, nak ajar UMNO yang menindas Kelantan seperti tak beri royalti minyak.

lan44646 berkata...

Jgn risau , umno bagi Pas memang
Kerana drama swasta di Selangor
Catatkan rating yg tinggi,
UG Akan mantap selepad Nik Aziz undur Dari jawatan MB