7 Sep 2014

Benarkah Presiden PAS Ada Kuasa Penuh Lantik MB?


Ada lima (5) tugas Presiden yg dinyatakan di dlm perlembagaan.

Tidak ada satu pun memberitahu tugas Presiden ialah memberi kata putus dlm pelantikan MB mana mana negeri atau mempunyai kuasa pemutus atas satu satu perkara.

Mengambil contoh Kelantan dan Terengganu di mana Ustaz Fadzil Noor dan TG Nik Aziz melantik terus Menteri Besar tanpa merujuk kepada jawatankuasa pusat adalah kesasar kerana sememangnya negeri-negeri tersebut adalah diperintah oleh PAS sepenuhnya.

Berbeza di Selangor dimana tiada satu parti pun di dalam Pakatan Rakyat yang memperolehi majoriti yang mencukupi untuk mendakwa MB itu milik mereka. (DAP 15, PKR 14, PAS 15). Dan telah disepakati dan diputuskan oleh Pakatan Rakyat, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR.

Justeru itu, membelakangkan Jawatankuasa PAS Pusat adalah sesuatu tindakan yang amat dikesalkan.

Di dalam perkembangan berkaitan, Mursyidul Am PAS di dalam kenyataannya menyatakan bahawa beliau menyerahkan isu MB Selangor ini kepada Jawatankuasa PAS Pusat, bukan kepada Presiden, bukan kepada Majlis Syura Ulama.

Sila tonton video di bawah:


Mengenai permintaan Sultan ang berkehndakkan lebi dari satu nama untuk calom Menteri Besar, itu adalah "permintaan" Sultan sahaja. Sebelum ni pun Pakatan Rakyat (termasuk PAS di dalamnya) hanya menghantar satu nama sahaja kepada Sultan sekalipun pihak istana telah meminta lebih dari satu nama. Petikan laporan BERNAMA sebelum ini:

SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini memberikan tiga sebab mengapa baginda berkenan melantik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor bagi penggal kedua selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada 5 Mei lepas.

Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan berkata baginda berkenan melantik Abdul Khalid sebagai Menteri Besar sebab ketua-ketua parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR mengemukakan hanya satu nama iaitu Abdul Khalid sebagai calon menteri besar.


Kebenaran tetap kebenaran, marilah kita terus berdoa:

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
Allahumma arinal haqqa, haqqan, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathilan, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).


'Ketua parti berhak putus lantikan MB'

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan haknya untuk mengemukakan nama calon kepada Sultan Selangor tanpa merujuk kepada jawatankuasa PAS pusat.

Katanya, ia sememangnya hak beliau sebagai ketua parti untuk memutuskan pelantikan jawatan penting seperti itu, mengikut amalan sebelum ini.

Ia boleh dilihat ketika PAS berjaya menguasai Terengganu dan Kelantan dalam pilihan raya sebelum ini, katanya lagi.

Jelaskan keputusan berhubung calon MB Kelantan dan Terengganu sebelum ini hanya dibuat di antara presiden parti dengan beberapa pemimpin lain.

Bercakap dalam satu program taklimat kepada penyokong parti di Marang semalam, Hadi berkata ketetapan seperti itu dibuat memandangkan parti berkenaan perlu membuat keputusan segera.

Katanya, sejak beliau berada dalam jawatankuasa pusat PAS pada 1978, pelantikan untuk jawatan tersebut tidak pernah dirujuk ke jawatankuasa itu.

“Perlembagaan PAS menyatakan presiden ada hak dia untuk membuat keputusan dalam beberapa perkara yang berkait dengan parti dan ahli parti.

“Timbalan (presiden), naib (presiden) ini kena dukung keputusan yang dibuat presiden,” katanya lagi.

Katanya, ketika PAS menguasai Kelantan pada 1990, presidennya pada masa itu, Datuk Fadzil Noor memutuskan untuk melantik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.

“Ustaz Fadzil telefon saya, telefon kepada setiausaha agung, setuju nak lantik Tok Guru Nik Aziz jadi menteri besar, kita lantik terus... Tak perlu rujuk jawatankuasa pusat PAS.

“Begitu juga bila kita menang tahun 1995, tahun 1999 menang Terengganu, tak dibuat mesyuarat (jawatankuasa pusat) PAS,” katanya.

Kenyataan itu timbul selepas pejabatnya didakwa mengemukakan senarai nama yang berbeza dengan yang diputuskan oleh jawatankuasa pusat kepada sultan Selangor.

Difahamkan, senarai itu tidak termasuk nama presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali.

Tambahnya, PAS juga perlu tidak boleh menganggap sultan Selangor sebagai “tunggul kayu” dengan tidak mengikut permintaan baginda.

“Kalau kita hantar satu nama, dua nama, tuanku tulis surat suruh hantar lebih daripada dua nama, orang kata kita tak reti bahasa.

“Jadi orang PAS nak suruh pemimpin (jadi) bodoh? ...Kita pemimpin PAS tak sampai ke tangga itu.

“Tapi ada kalangan puak kita ini nak buat raja macam tunggul kayu, tak boleh!,” katanya lagi.

Video ucapannya itu dimuatkan di Youtube.
-mk










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





16 ulasan:

bat8 berkata...

Tuan

Jika sesiapa ingin tahu apa skop tugas Presiden PAS dan nak tahu dia punya kuasa veto atau tidak, sila layari link dibawah


http://duniacacamarba.blogspot.com/2014/09/isu-pencalonan-mb-selangor-kronologi.html?m=1

Lepas fikir le sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalau macam tu dia ni pun 2x5, 5x2 dgn MB Selangor yg disingkirkan oleh partinya. Buat keputusan mengikut citarasa dia shj. Orang lain semua hempeh.

Tanpa Nama berkata...

Aku lihat video penjelasan Hj hadi semalam lbh krg sama macam video fitnah komunis dan pil kuda...huhu

heran aku macamana seorang naib presiden ulamak sedunia boleh bersikap demikian...

mohon perlindungan Allah dari jemaah dipimpin oleh ulamak sebegini.

sitimunirah berkata...

TGHA kata WAWI tidak ada kebolehan. Yang dia jadi MB Terengganu hanya sepenggal tuh berkebolehan sangatlah tu?

Anti Fitnah berkata...

Bila IKAN dah jadi IAKANG, bunyinya berbeza tapi maksudnya sama.
Bila SEKARANG dah jadi SELALU, ...
Apa nak jadi dengan TGHH ni? Itu pun ada hati nak memperendahkan kredibiliti dan abiliti DSWA.
Alasan TGHH bahawa DSWA tak layak jadi MB ialah DSWA tak pandai berhujah semasa sesi soaljawab parlimen. TGHH yang pandai berhujah pun tak mampu mempertahankan MB Terengganu. Pandai berhujah tak memberi makna pandai mengurus. TSKI pun gagap dan tak pandai berhujah juga. Pandai berhujah kadang-kadang menyerupai TIN KOSONG. Bunyi saja kuat tapi isi tarakkkkkkkkkkkkkk.
Bagaimana TGH boleh mengeluarkan hujah tanpa merujuk perlembagaan PAS itu sendiri? Apa kata ahli PAS jika Presiden yang bertaraf ulama dunia boleh bertindak tanpa mengikut perlembagaan parti? DAN yang paling mengejutkan ialah BERBOHONG dengan menggunakan perlembagaan parti sebagai alasan beliau. Tidakkah title ulama harus ditarik balik daripada TGHH ni?
Aku sedih apabila seorang Tok Guru yang sangat aku hormati sejak dari zaman pelajar kini .... Ya Allah swt ya Tuhanku, Selamatkanlah TGHH ni dari anasir-anasir jahat yang sedang berada di sekelilingnya.

4G berkata...

setuju dgn komen2 yg diatas...yg menjadi malang kepada ahli pas masih ramai taksub dan wala membabi buta kepada pemimpin dgn tidak arif utk menggunakan nas alquran dan hadith menjadi penanda aras untuk berhujjah dan bersetuju... dan tidak dapat membeza.. fact is fact its cnt be paraded to false...sentimen taksub masih tebal jadi tidak hairan laa pemimpin sebegini masih survives di dalam kelompok masyarakat yg jumud dsan jahil...

Tanpa Nama berkata...

Sitimumirah mung tak tahu apa jadi kat terengganu sampai Pas memerintah 1 penggal je duk diam2 jgn nak salahkan TGHH n kerajaan dia saje, bg satu royalti jadi ehsan ..menggelepar rakyat ganu tak biasa taklej duit...yg PKR selangor gitu lah nak duit rakyat nak bagi ko parti WAWI nak buat camtu kt Selangor ...tahniah TSKI...

Tanpa Nama berkata...

Gua kira,
ikut pi mana sekali pun
ketegasan pkr maukan
Dr. Wan Azizah
jadi MB, betul.
Hanya Sultan yang bijak
boleh selesaikan.
Jika Sultan tersilap langkah
krisis akan berpanjangan...

Tanpa Nama berkata...

saya lihat apa yg dikatakan presiden pas semuanya ditelan bulat2 oleh org bawahannya, setia membuta tuli

C++ berkata...

Bhai Greenboc...

Gua dari awal dah patahkan hujah Hadi Awang tue... tapi seperti biasa la... pentaksub Hadi Awang akan merepek dan merapu tanpa fakta...

At least.. kalu nak defend bos pon... cari la fakta yang realistik... ini tidak.. nampak sangat macam takdak akai...

Hahaha

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

bebas berkata...

Ada hikmatnya Pakatan Rakyat gagal menang PRU lepas. Langkah Kajang melondehkan satu satu perangai pemimpin PR.

Tanpa Nama berkata...

Hadi cakap dah serupa mcm pemimoin umno. Tak suka boleh belah dari malaysia. Apa hadi ingat PAS ni parti mak bapak dia ke

Fread

sultanzalim berkata...

Presiden.sultan.mb. tolonglah pakai otak sikit

bat8 berkata...

Dok panda la kalu dok mengharap duit royalti. Kalau ni alasangnya napok sangat bodo. Masa TGHH ambilalih jawatang MB,kewangan Terengganu jauh lebih baik dari Kelantan.

TGNA dengang hasil negeri yang siput buleh bertahan sampai 23 tahun. TGHH dalang keadaang jauh lebih baik dari TGNA, paling kuat sepenggal je. Kalau la keadaan kewangan Ganu masa TGHH ambilalih sama dengan Kelantan, aku rasa paling lama kerajaan PAS Ganu pimpinang TGHH boleh bertahan sebulang je.

Tanpa Nama berkata...

Patut singkir Hadi yang anggap Pas parti mak bapak dia

Tanpa Nama berkata...

Amat malang bagi PAS punya president yg tak faham perlembagaan party sendiri dan tak tau pulak bidang kuasanya sebagai seorang president.Tak heiranlah dia mampu jadi MB Trengganu cuma satu penggal.Malang lagi Majlis Syura Ulamak,yg sepatutnya berfungsi sebagai "Pengawal dan Penasihat" tata-tertib PAS juga tak faham dan jahil tentang perlembagaan PAS sehingga melakukan "kerja'" yg bukan dlm bidang kuasanya.Tak taulah apa nak dikatakan kpd.sebuah party yg kononnya berteraskan Islam tapi berjalan ikut nsfsu-nafsi.