19 Sep 2014

[VIDEO] Pemuda Kena Basuh - Sapa Kamu Nak Dibandingkan Dengan Mat Sabu? -UPDATED


Beza pandangan bukan bermakna lawan presiden, kata perwakilan PAS

Berbeza pendapat dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak bermakna ahli parti Islam itu ingin menjatuhkan beliau, kata perwakilan PAS Kuala Krai.

Zulkifli Mohamad ketika meluluskan minit mesyuarat muktamar lepas di sesi Muktamar Tahunan PAS ke-60 di Batu Pahat, Johor hari ini berkata, setiap lapisan kepimpinan seharusnya dihormati ahli PAS.

"Adakah di kalangan kita yang berhasrat menjatuhkan presiden? Bangun! Ada atau tidak?" katanya.

"Kalau tiada kenapa tulis di belakang, kami menyokong presiden, kami menyokong Majlis Syura Ulama?" katanya lagi mengulas dakwaan insiden keluar dewan ketika perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi pada Selasa oleh Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

"Berlainan pandangan dengan presiden bukan bermakna kita lawan presiden."

Perwakilan itu berkata, insiden berkenaan harus disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PAS dan sekiranya benar, tindakan tegas perlu diambil.

"Saya mahu Lembaga Pemerkasaan parti melihat adakah berlakunya sabotaj semasa muktamar pemuda. Kalau benar, kita ambil tindakan.

"Ada kata nak pergi ambil wuduk, sembahyang. Ya Allah, alimnya. Ini jawapan politik.

"Bukan saya nak sokong Mohamad Sabu, tapi hormatlah beliau. Banyak jasa dia. Siapa kamu nak dibandingkan dengan Mat Sabu?" katanya merujuk kepada panggilan mesra Mohamad.


Zulkifli berkata, tanpa mengira kedudukan, kepimpinan PAS seharusnya dihormati.

"Adakah sebab kesalahan sedikit jadi alasan untuk kita lakukan tindakan sedemikian?

"Adab seperti ini hendaklah dibuang daripada adik-adik kita," katanya.

Sementara itu, perwakilan PAS Perak Noh Ahmad turut membangkitkan perkara sama dan menegur kepimpinan parti yang sering mendedahkan krisis dalaman kepada pihak luar.

"Masing-masing tidak dapat kawal disiplin, pantang disua mikrofon. kami di bawah ini menjadi masalah dan susah hati.

"Gajah sama gajah bergaduh, kami pelanduk di sini khuatir, bijak mana pun susah nak elak," katanya.

"Kami sayang gajah-gajah ini," katanya merujuk kepada krisis dalaman berkenaan pertelingkahan kumpulan penyokong Hadi dan kumpulan penyokong professional PAS yang bersama Pakatan Rakyat (PR).

"Kami menyokong penuh presiden dan ulama serta kesemua pimpinan PAS yang dipilih tahun lalu," tambahnya. -TMI


Perwakilan tuntut insiden boikot Mat Sabu disiasat

Perwakilan Kuala Krai Zulkifli Yacob mahu Jawatankuasa Pemerkasaan Parti supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap sekumpulan perwakilan Pemuda yang memboikot ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dua hari lalu.

"Jika benar ia berlaku, ambil tindakan (terhadap) Pemuda negeri (yang terlibat).

"Diberi alasan ambil wuduk (untuk solat asar), wah, alimnya mereka! Itu jawapan politik. Tidak pernah berlaku dalam parti.

"Jangan jadi isu-isu (tertentu) untuk melaga-lagakan pemimpin kita. Tak kira ulama atau profesional kerana mereka adalah pemimpin kita," kata Zulkifli ketika mempersoalkan berhubung laporan tahunan Muktamar PAS 2013.

Tindakan beliau itu mengundang campur tangan Pengerusi Tetap Hussein Ismail yang meminta beliau tidak mengulas panjang memandangkan sesi itu berkaitan perkara teknikal yang berbangkit dalam laporan tahunan.

'Siapa kamu nak boikot Mat Sabu?'

Bagaimanapun, Zulkifli memohon tempoh selama dua minit untuk beliau menghabiskan ucapan dan pertanyaannya.

"Jangan setengah pemimpin kita wala' (setia), dan pemimpin lain kita tak wala'. Saya tidak ada kepentingan apa-apa dengan beliau, tapi saya sokong beliau atas dasar beliau pemimpin kita.

"Beliau banyak jasa, siapa kamu (untuk boikot beliau)," kata Zulkifli.

Pada Muktamar Pemuda PAS dua hari lalu, dipercayai perwakilan Pemuda antaranya daripada Pahang, Terengganu dan Selangor keluar Dewan Chon Moi sewaktu Mohamad memulakan ucapan perasmian sayap parti itu.

Ada antara mereka memakai baju rompi hitam yang bertulis : "Kami bersama presiden dan Majlis Syura Ulama".

Tindakan kumpulan itu dipercayai keputusan Mohamad yang tidak dilihat mempertahankan Abdul Hadi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali kemudiannya menjelaskan bahawa perkara itu adakan dijawab oleh pengerusi jawatankuasa yang terlibat - Salahudin Ayub - dalam ucapan penggulungan.
-mk



Muktamar: Nak ganti Umno tapi ambil perangai Umno

BATU PAHAT: Perwakilan Perak menggesa Lajnah Dakwah dan Tarbiyyah PAS Pusat merangka pendekatan baru untuk mentarbiyyah ahli parti itu yang sesuai dengan tuntutan semasa.

Menurut Noh Ahmad, perkembangan terkini dalam parti itu dilihat mempunyai dua kumpulan pemikiran dan tindakan sehingga disiplin mereka sukar lagi dikawal.

"Adik-adik kita kurang jati diri, dulu bertengkar tapi tidak keluar dewan. Adik-adik kita tengkar tapi keluar dewan. Ini jejaskan parti," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS di Muktamar PAS Tahunan PAS ke-60 hari ini.

Namun katanya, pihak pucuk pimpinan tidak boleh berdiam diri dalam hal ini kerana ia akan menjejaskan imej parti dan kepimpinan parti akan dipandang rendah.

"Kita ganti Umno dari segi kepimpinan tetapi kita pada hari ini kita ambil perangai Umno," katanya.

Justeru beliau meminta para perwakilan muktamar agar berlapang dada dalam menangani perbezaan pendapat.

"Percanggahan pemikiran dan perbezaan pendapat akan merosakkan kita," katanya.
-HD











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

GABAInye.... mana mahu diletak muka tebal macam tayar traktor,mana nak letak kemaluan yang besar ini.

Jika kail panjang sejengka, kau pancing dalam kole sudahlah... yang pergi menduga laut kenapa?

Tik-tok-tik-tok ke kanan,
Tik-tok-tik-tok undur kembali,
Tik-tok-tik-tok ke kiri,
Tik-tok-tik-tok undur kembali,
Tik-tok-tik-tok U-Turn,
Tik-tok-tik-tok U-Turn,
Tik-tok-tik-tok stop,
di mana kita?
Pi mai pi mai tang tu juga tak faham2 UG ni bahawa PAS tak mahu bekerjasama dengan UMNO.

Amuraria berkata...

terbaik untuk mangkuk-mangkuk yang terlalu 'wala' ! fanatik sampai macam tu daa ! mat sabu punya kentut pun depa tak boleh lawan ni nak tunjuk ranggi kah kah kah ! ABU & tentang habis-habisan musuh,pengkhianat & geng totok penyokong 'UG' sampai mati ! Allahu Akhbar

Tanpa Nama berkata...

kutuk presiden ok!!!kutuk timb presiden x ok..

Tanpa Nama berkata...

Salam.. Mana golongan prefesional?? Luahkah ape yg sekian lama terbuku dihati. Pemuda keluar dewan hanya dibasuh. Jgn pulak nanti dicop bacur.. Adakah muktamar kali ini juga akan mengecewakan penyokong golongan profesional lagi spt semasa pemilihan yang lalu.. Mengkritik bukan untuk menentang presiden dan majlis syura ulamak.

Tanpa Nama berkata...

Bila presideng dah buat U-turn yg balaci ni pun U-turn jugalah. Pukul anak sindir menantulah katakan. Lawan tetap lawan nyah yuji.

Tanpa Nama berkata...

PAS 4 All cakap tak srupa bikin. Org bukan islam dah tak caya lagi dah selagi geng ug masih duduk kat atas tu. Nak tau tunggu pru 14.

Dramae Lleh berkata...

PAS don't need Org bukan islam(OBI). PAS dah tak caya lagi dah dgn OBI. PAS izinkan OBI pangkah DAP ke, MCA ke, MIC ke, Makkal Sakhti pun boleh juga..

Tanpa Nama berkata...

org kutuk presiden guna hujjah, ni kutuk timb presiden x dak hujjah .. boikot ucapan.. kumpulan ug bingai ...

in response to kutuk presiden ok!!!kutuk timb presiden x ok.. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

patut ditangkap sekor-sekor pemuda yang cuba membawa masuk budaya umno dalam pas..

patut sgt dikenakan tindakan disiplin.

Tanpa Nama berkata...

pemuda dan ulama dari kumpulan UG perasan mereka mulia dan suci dari yang lain. nak tunjuk hero konon. boleh blah keluar pas masuk umno lagi bagus...

Tanpa Nama berkata...

Pas parti munafik. Bukan saya kata tapi dap yg kata. He he he...

Tanpa Nama berkata...

pemuda pas skrang dah lembik...
budget bagus dan warak....
x malu ker dgn saf kepimpinan muda dari parti lain yg cergas dan aktif...
baik dlm parlimen atau luar parlimen...
apa yg pemuda pas bawa isu dlm negara ini....
yg ada hanya jadi kipas org atas...
lwn umno pon dah kecut....
ini baru APCO berkerja di belakang tirai...
agak-2 kalau APCO tonjolkan diri kemana agaknya pemuda pas...

mr. vellfire....

Tanpa Nama berkata...

Apa la kacau kacau sangat ni. kata parti yang bertunjangkan islam. Tunjukkanlah contoh-contoh yang baik semoga semua pihak dapat nekmatnya. Aku rasalah ada baiknya PAS ni keluar dari PR dan bergabung dengan UMNO sebab kebanyakan watak watak yang ada macam UMNO. lepas tu cepat cepatlah ada pilihanraya UMUM aku nak tenguh kekuatan sebenar PAS nanti. adakah keputusan nya lebih baik dari sekarang atyau terus masuk gaung.

Tanpa Nama berkata...

apa la ni bincang baik baik kan bagus nama pun pati bertunjangkan Islam kan. jangan lah nama jer parti Islam tetapi wataknya melebihi UMNO. senang senang citer keluar jer dari PR join UMNO. aku nak tenguk kekuatan parti yang pada namanya saja Islam ni berada di puncak gunung atau di dasar laut.

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya penyebab utama berlaku insiden diatas adalah sikap kluk klek pemimpin trtentu dalm PAS dan dilihat akibat mahu mewujudkan UG oleh pemimpin tersebut, sehingga sanggup membawa perangai umno. Aku sudah hilang hormat puak2 yg mahu UG itu. Aku sangat hormat tgna dan mat sabu...mereka adalah gabungan terbaik...oleh itu aku harap PAS patut buat sesuatu dlm muktamar ini demi survival parti yg kita cintai ini. Jangan kecewakan penyokong, dan pengundi atas pagar.

Tanpa Nama berkata...

Bila pakai uniform, mudah nak siasat. Siapa yang taja? Tukang jahit mana yang diupah? Siapa bayar upah jahit?

lan44646 berkata...

Puak2 yg tak pakai akal ,
Satu Malaysia tengok lawak bodoh .
Berapa agaknya bayaran utk jatuhkan
Maruah kamu?
Tiada Alasan yg boleh diterima kecuali mengaku silap dan mohon maaf, Islam agama mudah bro,
Parti2 juga , maruah adalah amanah Allah , jadi jaga lah sebaik2nys.

Tanpa Nama berkata...

Busuk... ketulahan itulah siapa suruh asyik mengutuk.