21 Sep 2014

[OFF-POLITIC] Pelajar IPTA Tidak Senonoh Dalam Bas Ditahan

Kantan – Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspres yang dalam perjalanan dari Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira 2.01 pagi.

“Dia mendapati pasangan itu yang berumur 20 tahun sedang melakukan perkara tidak senonoh di tempat duduk penumpang ketika di Chendor dekat sini.

“Berikutan itu pasangan tersebut yang merupakan pelajar jurusan Diploma Perakaunan sebuah insitusi pengajian tinggi awam di Terengganu ditahan untuk diambil keterangan,” katanya.

Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. – Bernama

ULASAN GB

Bagus bila ada pemandu bas yang membuat aduan dan laporan seperti di atas.

Kerja-kerja maksiat di dalam bas ekspres telah lama berlaku. Kejadian-kejadian kemalangan buruk yang melibatkan bas ekspres sebagai satu "pemberitahuan dari langit" tidak pernah diambil pelajaran.

Trend baru remaja-remaja IPTA/IPTS kini ialah dengan membawa pasangan dengan kereta sendiri.... Banyak juga kemalanagn dilaporkan berlaku melibatkan pelajar-pelajar berkereta ini. Tetapi maksiat di kalangan pelajar IPTA/IPTS ini terus berlaku kerana tiada undang-undang yang menghalang mereka berbuat demikian.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku tak setuju dgn cara pemandu tu..siap rakam lagi. sepatutnya bila dah nampak bunga bunga maksiat tu..hentikan bas dan pegi cegah perbuatan tu..dan bukannya layan tengok sampai berlaku perkara tu.

Tanpa Nama berkata...

Bengong la hg ni.tu gambaq hiasan.
Hg baca tp x phm bahasa.kena tgkp 2.01 am.
Dlm.gambaq tu diluaq cerah
Apa punya bengong hg ni tp pandai nk komen.puii