4 Sep 2014

Jadi, Kerjasama PAS - UMNO Bukanlah Fitnah Ya?


Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.

"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.

Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.

"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.

"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.

Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.

Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.

"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.

Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.

Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.

"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.

Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.

"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.

Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.

Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.

Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin.


Ke mana PAS mahu dibawa?
Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkah mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!

Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?

Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.

Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah?

Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

Ke manakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!


ULASAN GB

Maka hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan...

Terdedah kebenaran dengan tulisan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali di atas dan apa yang dilaporkan oleh TMI & MK sebelum ini nampaknya BERNAR dan bukan fitnah sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Dan ternyata juga tiada bukti portal-portal berkenaan BERNIAT JAHAT seperti yang dituduh oleh phak tertentu.

Kebenaran apakah yang terdedah dengan tulisannya di atas?

Pertama soal kerjasama PAS UMNO. Menurutnya

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.

Walaupun tidak dinyatakan berterus-terang kerjasama PAS-UMNO, namun perenggan di atas jelas. TSKI hanya mmempunya 26 sokongan, 13 PAS + 12 UMNO + 1 Bebas = 26. Yang tak sokong 15 DAP + 13 PKR + 2 PAS= 30.

Meminjam istilahnya, SECARA TEKNIKALNYA, angka 26 diperolehi apabila PAS dan UMNO bekerjasama untuk menyokong Khalid.

Kedua, beliau semacam melepaskan geram kerana rahsia mesyuarat bocor.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media.

Membuktikan bahawa beliau mengakui apa yang dilaporkan oleh portal-portal berkenaan. Laporan yang dianggapnya sebagai rahsia mesyuarat.

Tak perlulah beliau mengutuk dan menghina siapa AJK yang membocorkan rahsia. Beliau menuduh AJK yang membocorkan rahsia itu tidak ada adab jemaah, khianat dan tidak amanah. Hakikatnya, yang tidak ada adab jemaah, yang khianat dan yang tidak amanah ialah mereka yang bersekongkol untuk bekerjsama dengan UMNO! Mereka itulah yang tidak ada adab jemaah, yang khianat dan yang tidak amanah kepada ahli-ahli PAS yang telah memutuskan di dalam Muktamar bahawa PAS hendaklah memperkukohkan Pakatan Rakyat, bukan bekerjasama dengan UMNO.

Allah Yang Maha Berkuasa dengan hukum kebenaranNya tidak mengizinkan rahsia pengkhianatan dan tidak amanah pemimpin tertinggi PAS itu tersimpan, maka terbocorlah ia melalui seorang (atau beberapa orang) AJK yang dipilih Tuhan untuk membocorkannya. Maka terselamat PAS daripada menerima hukuman Allah.

Syariatnya, yang membocorkan itu ialah AJK PAS, tetapi hakikatnya ialah Allah jua.

Ketiga persoalan wala kepada Majlis Syura Ulama. GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:


A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.

Semenjak isu MB Selangor ini timbul, GB dan beberapa yang lain telah dimaki, dicerca dan dihina terutama oleh golongan yang menamakan diri mereka penyokong ulama, (malah ada yang mencadangkan supaya GB dipecat dari PAS), namun itu semua tidaklah menjejaskan samasekali perjuangan GB untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Segala kutukan, cacian dan makian itu bakal kembali kepada orang yang melakukannya. Dan setiap orang yang berpegang kepada kebenaran dan keadilan, hatinya sentiasa tenang kerana yakin hukum Allah tetap berjalan sepanjang masa dan bahawa "sibghah Allah" itulah yang terbaik dan terindah senantiasa...

"Sibghah (pewarnaan/celupan) Allah. Siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah. Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah." (Surah Al-Baqarah, ayat 138).











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





33 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas suci mulia

kaduk pj berkata...

lebih baik bersama PR berbanding umno..sejarah telah membuktikannya.

Tanpa Nama berkata...

Ulama Pas bukan Maksum dan menerima wahyu hingga pendapat mereka tidak boleh dipertikaikan.?

Unknown berkata...

Teruskan usaha GB, kami menyokong PAS atas dasar disiplin ilmu memperjuangkan keadilan berasaskan Islam.
Bukan ikutan membuta tuli, serta berpendirian sumbang.
Sesetengah pihak PAS amat galak menyuruh pengikutnya mengimbau kecemerlangan di Kelantan hingga menyindir negeri rakan Pakatan pula, tanpa melihat episod2 hitam sendiri seperti di Terengganu & Kelantan.
Benar maksud GB, Allah pasti akan menunjukkan kebenaran..

Amuraria berkata...

sokong artikal GB ini 110% ! apa daa dah berkali kena main lagi nak belot perjuangan terhadap PKR juga jemaah dalam parti Islam ! nyahkan daki-daki 'kerajaan perpaduang' pembelot besar ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kenapa puak2 jumud terengganu ni bodoh serupa umno?

Tanpa Nama berkata...

aku ahli Pas tegar, aku dapat hidu setan setan yang nak masok dalam tong taik umno tu kerana wang najis taik supaya cepat kaya.

abuamir berkata...

Sokong GB dan Zulhazmi 100%, inilah kehendak ahli bawahan melalui muktamar supaya diperkukuhkan PR bukannya sibuk berpakat dgn umno dlm gelap. Sekarang org yg terlibat sendiri dah dedahkan pekung geng UG itu sendiri. Sepatutnya mereka ni keluar dari PAS aje dan letak jawatan sbg ADUN/MP PAS kemudian masuk umno. Untung2 PRU14 nanti jadi calon umno pula. Bila lagi nak merasa jadi menteri???

Bila dah masuk umno tanpa kerusi adun/mp bakal jadi kucing kuraplah.Tengoklah apa yg terjadi kpd ust nakaei dll bekas pemimpin PAS- kupang tembaga.

hassan aqidah dah jadi menteri apa ha!!! Menteri pasir berdengung agaknya............

Tanpa Nama berkata...

Sudah terang lagi bersuloh, sah ularmak PAS berdarah ameno akibat termakan banyak cadberi.

Tanpa Nama berkata...

Agaknya role model yg dikejar puak2 UG ni yalah betapa transformasi bekas Timbalan Prseiden PAS Nasharuddin yg kelihatan begitu gah disamping Najib.

Terbaru gambar menghulur fon mobile kpd Najib bercakap dgn Khalid Meshaal Hamas. Ini selepas gambar mengiringi Najib diGaza, sebelum itu bergambar dgn Najib diMekah.

Najib menggunakan puak2 UG ini untuk menonjol imej wasatiyyah.

Tetapi Nakhaie terbalik pulak selepas sedar.



Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH UTK KEDUA2 adun selagor...anda memang hebat....Org spt anda biasanya x bleh bertahan dlm sesuatu organisasi kecuali anda org no.1....Tak apalah janji jujur....kalau berserban pun tapi macam ular dlm semak org x akan respect....skrg ni kalau org berserban atau ustaz ceramah pasai politik wa tatak mau lingar wooo

Hazri berkata...

hihihi....hukum kebenaran dan keadilan sudah berjalan kerana doa-doa ahli bwahan dan pimpinan-pimpinan dalam PR yang ikhlas dalam memperjuangkan kebenaran dan keadilan berasaskan islam.....sokong GB 100%.

Unknown berkata...

Woooow....!!!!!!

sb dehlawi berkata...

aku dah letih dah nak komen pasal ulamamak dlm pas ni. tp satu saja aku nak kata perangai busuk@buruk puak lebai ni dah sampai ke usus

Tanpa Nama berkata...

GB Jangan keluar pas ,biar golongan mengaku ulamak keluar pas..
buka quran infak harta, anak yatim
ilmu sains , ilmu angkasa , fizik quantum .. time is relative einstein pun dah ada dalam islam sehari di akhirat 1000 tahun dunia.
ilmu biologi ,dan pelbagai ilmu lagi .tahfiz ramai, mengajar tahfiz ustaz..mungkin ramai khatam alquran tetapi berapa ramai yang baca dari muka kemuka maksuud yang terkandung dalam alquran. itu belum lagi menghayati.buka quran tengok berapa kali quran ingat kan perangai orang yang munafiq.. orang zalim jangan dibuat kawan.. kalau tak pernah khatam maksud ayat alquran ,macam mana nak jadikan panduan? tak belajar biologi , tak belajar fizik quantum macam mana nak jadi pakar islam .. so siapa yang sebenarnya sekular .. yang dikatakan ulamak sekarang ni hanya tahu ibadah .. di ulang ibadah khusus ..diulang ibadah khusus bukan ilmu islam yang lengkap ..sekular kerana dipisah kan topik lain dalam alquran ..
saya pasti jika ditanya dalam sejarah pada tahun berapa nabi ibrahim di mesir ? mesti tak tau punya tahun 1600 sebelum masehi.
jika ditanya adakah rakyat ganga negara di beruas..merong mahawangsa umat nabi muhammad mesti tak tau punya .. merong kurun kedua masehi oleh itu bukan umat nabi muhammad. cleopatra pun bukan umat nabi muhammad.
kesimpulan ... segregasi belajar disekolah arab , masuk universiti fakulti islam dan balikk mengajar disekolah agama rakyat pula atau tahfiz memisahkan yang mengaku ulamak dari masyarakat malaysia terutama bukan islam oleh itu mereka tidak dapat bertolerasi dengan orang bukan islam dan orang biasa.so jangan pandang rendah pada orang yang tak dak BA agama kerana mereka mungkin lebih ulamak dan lebih ustaz dari ustaz.
.ada doktor dan engineer yang lebih berilmu islam dari mereka .
selama ni kami hanya ikut arahan ustaz , jaga hati , tak komplen pun walau tak betul..kerana hormat .jawatan tinggi di kawasan ustaz.. ambillah kami tak kisah ..bertanding pun ustaz lah paling ramai ..ambil lah kami tak maupun tapi bila nak geng dengan umno ..ini sudah lebih ..ingat dalam pas ramai silent majority yang spm mereka dulu straight A pun ramai ,yang phd berjela pun ramai ..tapi selma ni tak tunjuk hebat ahli biasa je.. atau pun beri sokong padu.. tapi tak isi borang pun ..tapi sokong pas bagai nak rak .sebab mereka percaya menganut islam tak perlu isi borang pun..kami pun bukan golongan anwarinas kami setuju dengan anwar sebab dirasakan islam lebih berpotensi bersama pakatan biar lambat asal selamat dari tiaptiap kali tergoda dengan janji manis.kami sokong husam yang lawan presiden sebab kami nampak peluang islam dimasa depan muram...kalau nak geng dengan umno . dari dulu dok canang geng islam tak kan dipatuk ular dua kali dalam satu lubang .. ni berapakali nak kena patuk . nak selamat kan khalid sorang ..tengok apa jadi dalam pas .. good job gb kami ( seluruh keluarga besar) sentiasa doakan gb dirahmati allah.

Tanpa Nama berkata...

Betol sungguhlah tuu..mulia dari sudut apa yaa jika presiden ulamak mengkhianati kawan dalam pakatan rakyat?

nazi kelawar berkata...

Segelintir mereka yang mengaku pejuang Islam dalam PAS rupa rupanya pangamal sekular yang berkonsepkan; "If you cannot beat them you join them".
Peristiwa ini merupakan satu tragedi sebenarnya.Bagaikan disayat dan terhiris jiwa.

Tanpa Nama berkata...

Okey!!! Patutlah ALLAH bagi pinjam Terengganu kejap ajer. Okeyy!!! Faham dahh

Tanpa Nama berkata...

Bila Presiden bertaraf ulamak mengkhianati amanah parti dan jemaahnya dia tk layak digelar ulamak tp ular dlm semak. Letak jawatanlah Hadi Awang. Bermula dari PRU13 dah npk sikap munafikun dlm perjuangan.

Pemimpin dtg dan pergi. Pas bkn milik individu atau ulamak yg tk amanah.
Siapa pun jemaah yg bakal ganti Hadi tetap akan mendukung matlamat Pas menegakkan syiar Islam di Malaysia dgn cara yg lebih efektif dan dihormati oleh rakan dan musuh.

Tanpa Nama berkata...

klo ikot kefahaman sendri....at takiri ni cakap teknikalnya...klo 2org tu x sokong..maka pas sebulat suara akan sokong tksi...umno sokong tksi (umno mmg suka amik kesempatan w/p bil diorg skek je)...pas nk tksi kekal...tu je pointnya....tu yg tksi gedebe xnak turun takhta tu...klo awal2 pas x sokong, tksi jadi cam skrg ni la...kiranya...geng2 pas yg sokong tksi ni fikir pas lain..umno lain...xde sangkut paut...cuma dr segi nk tksi je sama..

tp yg kelakar...sape nk tadbir selangor? diorg ni ade fikir kalo pas lain..umno lain...yg dok jd exco sapa? pas je ke?umno?nganga?

pentadbiran ni...penting kot...xkan geng2 takiri xleh fikir?

ok...yg jadi permasalahan....kenapa pas sokong tksi awal2 walopon nmpak perjanjian air yg sangat fishy....????

_#ataspagarrumah

Tanpa Nama berkata...

Presiden Pas TGHH pembelot umat Islam di Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

topik ni harus dibincang dgn aktifnya sebab teramat penting utk parti/jemaah pas yg kita sayangi.

WAHAI SEMUA AHLI PAS DAN PENYOKONG YG IKHLAS, MARI KITA SAMA2 BERDOA, CEPAT2 BERDOA DGN BERSUNGGUH2 AGAR ALLAH MENGELUARKAN MEREKA YG JAHAT DRP PAS. KITA MENGADU PD ALLAH, MUDAH2AN ALLAH MENDENGAR DAN MEMBERSIHKAN PARTI DRP ANASIR JAHAT (dulu semasa regim hosni mubarak liat nak jatuh, kita doa doa doa, akhirnya hosni mubarak jatuh)

mcm ni JUGAK SITUASI PAS SEKARANG, yang memerlukan kita berdoa dan mohon bantuan Allah, ADA SEGOLONGAN MINORITI dlm pas yg perasan bagus (agaknya berapa peratus mereka dgn keahlian dan penyokong pas yg ikhlas, agaknya 0.001% saja tapi jgn, mereka besar kepala dan memandai2, kebetulan meraka memegang jwt penting dlm pas).

golongan perasan bagus dan jahat ini sedang berusaha keras utk mencapai cita2 mereka, pada mereka pas adalah hak mereka seorang, berjuta ahli pas petani nelayan, org profesional dan berjuta penyokong semua tak berhak atas pas, mereka saja yg berhak???? kenapa mereka buat keputusan apa saja hatta nak bergabung dgn musuh tradisi tak tanya pada org lain?

pandai2 melabel diri mereka ulama, geng suci dan mencari gaduh dgn org yg tak sekepala dgn mereka, adakah mereka beradab Islam?????
mereka saja bukan tidak beradab dlm jemaah, malah mereka KHIANAT pada jemaah, teramat besar dosa mereka yg aku rasa mereka patut ditendang keluar dr parti sama mcm hasan ali.

jgn sesekali biarkan golongan minoriti ini menjahanamkan parti bila perjuangan yg panjang dan perit (dgn darah dan air mata sejak dr dulu) menampakkkan sedikit hasil yg baik. wahai pemimpin pas yg ikhlas, buatlah sesuatu, kami ahli bawahan mengharapkan perubahan.

Anti Fitnah berkata...

Barvo GB. Tahniah atas tulisan di atas yang sangat bernas, penuh mantiknya, jelas dan last sekali, sedih, sedih, sedih sebab apa dah jadi dengan PAS? Apakah golongan munafikun dah begitu banyak dalam PAS ni termasuk MP Kuala Nerus ni?
Buka pekung kat dada sendiri. MP Kuala Nerus ni orang yang tak cerdik rupanya. Nak wala' camana? Bercakap pu berbelit-belit sampai terbelit diri sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Jika situasi parallel berlaku contohnya timbul spekulasi pkr atau dap nak join bn dan tendang pas dalam pentadbiran mana-mana negeri, entah apa hujah puak-puak ug ni pakai.. kitab apa diorang nak buka.. hadis dan ayat quran mana depa nak petik untuk jatuhkan hukum haram..

Tanpa Nama berkata...

Ahli MSU mempergunakan agama untuk kepentingan peribadi bukan kepentingan PAS dan rakyat.. tak gitu din VELLFIRE, makcik2 felda keratong tentu banggakan tengok yg berkereta besar..

Tanpa Nama berkata...

Sebijak2 GB, termakan juga dengan laporan dan kesimpulan dangkal TMI.

Hari ini Khairuddin sudah jelaskan semula kesimpulan dangkal TMI sebagai fitnah.

Tapi sebelum Khairuddin jawab lagi, saya dah nampak kedangkalan laporan TMI itu.

Malangnya, GB juga terpengaruh dengan laporan TMI.

Istighfar bayangk2 GB. Muhasabah balik apa yang ditulis kerana ia bukan sekadar dibaca malah disebarluaskan lagi.

Tanpa Nama berkata...

kami undi Pas kerana meluat kejahatan UMNO, PRU14????????

Ibn Sabil berkata...

Nampak sangat anon 1:39 PM ni macai UG.

GB dah jelaskan di dalam ulasannya.
"Walaupun tidak dinyatakan berterus-terang kerjasama PAS-UMNO, namun perenggan di atas jelas. TSKI hanya mmempunya 26 sokongan, 13 PAS + 12 UMNO + 1 Bebas = 26. Yang tak sokong 15 DAP + 13 PKR + 2 PAS= 30.

Meminjam istilahnya, SECARA TEKNIKALNYA, angka 26 diperolehi apabila PAS dan UMNO bekerjasama untuk menyokong Khalid."

Bila dah kantoi tuduh TMI memfitnah. Ulamak ker ular dalam semak?


in response to Anonymous said...
Sebijak2 GB, termakan juga dengan laporan dan kesimpulan dangkal TMI.

Hari ini Khairuddin sudah jelaskan semula kesimpulan dangkal TMI sebagai fitnah.

Tapi sebelum Khairuddin jawab lagi, saya dah nampak kedangkalan laporan TMI itu.

Malangnya, GB juga terpengaruh dengan laporan TMI.

Istighfar bayangk2 GB. Muhasabah balik apa yang ditulis kerana ia bukan sekadar dibaca malah disebarluaskan lagi. by Anonymous

Ibn Sabil berkata...

Nampak sangat anon 1:39 PM ni macai UG.

GB dah jelaskan di dalam ulasannya.
"Walaupun tidak dinyatakan berterus-terang kerjasama PAS-UMNO, namun perenggan di atas jelas. TSKI hanya mmempunya 26 sokongan, 13 PAS + 12 UMNO + 1 Bebas = 26. Yang tak sokong 15 DAP + 13 PKR + 2 PAS= 30.

Meminjam istilahnya, SECARA TEKNIKALNYA, angka 26 diperolehi apabila PAS dan UMNO bekerjasama untuk menyokong Khalid."

Bila dah kantoi tuduh TMI memfitnah. Ulamak ker ular dalam semak?


in response to Anonymous said...
Sebijak2 GB, termakan juga dengan laporan dan kesimpulan dangkal TMI.

Hari ini Khairuddin sudah jelaskan semula kesimpulan dangkal TMI sebagai fitnah.

Tapi sebelum Khairuddin jawab lagi, saya dah nampak kedangkalan laporan TMI itu.

Malangnya, GB juga terpengaruh dengan laporan TMI.

Istighfar bayangk2 GB. Muhasabah balik apa yang ditulis kerana ia bukan sekadar dibaca malah disebarluaskan lagi. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Takiri... ni Takanan nak bagi nasihat... kalau Pas nak maju pada masa akan dtg, tolong jgn bagi atau lantik pemimpin atasan cap 'Terengganurian'....

Tanpa Nama berkata...

@anon 1.39..

mmg TMI create tajuk kasi kontroveri..saya masih husnudzhon lagi pada At-Takiri...mb mmg At-takiri tidak bermaksud sedemikian...

tapi cuba renung sejenak...dengan keadaan tiada UG di selangor...dan jika tksi kekal sebagai MB (dengan tiada sokongan dari PKR dan DAP)...siapa running the company (selangor)? PAS yang hanya ada 15 kerusi? atau umno yang ada 12 kerusi?

At-Takiri terlepas pandang ke pasal ni? berapa lama beliau dah jadi YB?

Unknown berkata...

Tuan Anon, berbaik sangka merupakan sifat terpuji. Namun dalam isu ini secara terang kita melihat ada kemelut dalam PAS apatah lagi dengan tersebarnya isu perbincangan yg melibatkan TGHA ingin mewujudkan UG. Jadinya prasangka perlu ada supaya kita berhati2 supaya tidak termasuk dalam perangkap musuh.
Sekiranya isu teknikal At-Takiri dikatakan tidak benar, makanya dengan apa harus TSKI berpegang dibawah perkenan sultan untuk terus memegang jawatan? Semestinya dengan majoriti yakni gabungan PAS + umno + TSKI secara logiknya untuk dia menyatakan "saya masih ada majoriti".
Namun sekiranya tidak bergabung dengan umno makanya sokongan padanya hanya melalui PAS + TSKI dan ia bakal tidak memuaskan hati sultan kerana sokongan bukan majoriti, kesannya sultan boleh membubarkan DUN dan inilah yg diingini umno dikala kemarahan rakyat tertumpu pada PR.
Oleh itu, kenyataan At-Takiri itu sendiri secara tidak langsung mengiakan usaha PAS untuk bergabung dengan umno, adakah beliau lebih suka DUN dibubarkan yg dimana kesannya lebih buruk?

Tanpa Nama berkata...

Dah lama,dah ramai dan banyak citer-citer menyebut tentang puak UG ni nak tidur sebantal dengan UMNO - tak percaya,tak mau dengar,marah pulak tu ,bagi macam-macam nama kpd yg bersuara.Sebenarnya kerja puak UG ni bermula tatkala Nasaruddin Mat Isa jadi Tim.Presiden.Lama tak lama kiralah sendiri.Sekarang baru pecah tembelang,nak tengok kemana ostad-ostad yg gatal mulut tu nak tarok muka.