21 Sep 2014

[APA MEREKA KATA] Muktamar Paling Buruk & Paling Buang Masa..


Muala Lumpur: Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan hari ini melahirkan rasa kecewanya dengan Muktamar PAS yang masih berlangsung, dan melabelkan ia sebagai suatu muktamar yang ‘paling membuang masa dalam sejarah terdekat’.

Beliau berkata demikian ekoran parti itu gagal mengutarakan dan membincangkan isu-isu yang serius dan melibatkan masalah negara seperti isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TTP).

“Tahniah. Hadi Awang berjaya melahirkan muktamar paling buang masa dalam sejarah terdekat. Sikit lagi jadi MIC,” kata Wan Saiful di dalam laman Facebooknya.

Wan Saiful berkata muktamar kali ini membincangkan perkara remeh seperti isu dalaman, seolah-olah ia lupa membincangkan tentang isu yang lebih penting.

“Ini semua berlaku di bawah kepimpinan presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang.

“Setakat ini Hadi merupakan seorang pemimpin yang baik tetapi, sejak beberapa bulan yang lepas, beliau seolah-olah telah mencapai tahap maksima kebolehan beliau.

“Hadi gagal mengekalkan PAS sebagai parti yang serius untuk menjadi alternatif. Seorang Presiden yang gagal menggariskan wawasan untuk parti tetapi perangai beliau membawa PAS kepada apa yang dilihat sekarang. Gagal. Lemah. Lembik,” katanya.

Beliau berpendapat, untuk melangkah ke hadapan, mereka yang berperangai seperti Hadi dan penyokongnya perlu ditukar dengan mereka yang lebih berwawasan dan lebih faham gaya politik zaman moden.

“Seperti yang saya pernah katakan sejak 2011 lagi, Hadi seharusnya tidak mempertahankan lagi jawatannya dan harus megumumkan yang beliau tidak akan bertanding dari sekarang lagi, supaya PAS boleh bersedia untuk peralihan kuasa,” katanya.

Muktamar PAS akan berakhir semalam.

Ulasan GB

Meminjam liputan dari seorang sahabat:



Yang melukis kartun itu, yang mengulas panjang mengenai muktamar itu adalah orang-orang yang sayangkan PAS, kalau tak sayang pun mereka telah mengikuti PAS sejak sekian lama. Mereka kecewa apa dengan yang berlaku pada PAS kini di bawah kepimpinan Haji Abd Hadi Awang.

Apa nak jadi kepada PAS? Hanya Allah Yang maha Tahu dan Maha Menentukan.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





34 ulasan:

bat8 berkata...

GB,

Sebelum geng wala dan sahabat dari UMNO mereka yang otak kemetot bukak mulut busuk mereka, elok dibertahu WAN SAIFUL WAN JAN ADALAH AHLI PAS SEUMUR HIDUP!

Dia pernah dilantik menjadi AJKPP. Seorang anak muda yang berwawasan dan hebat. Tolong baca biodata dia dibawah.

Wan Saiful Wan Jan is the Founding Chief Executive of the Institute for Democracy and Economic Affairs.[1] He received his education at boarding school Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur, before heading to Tonbridge School, England. He holds a BA (Hons) in Management from Northumbria University and an MSc in Research Methodologies from Middlesex University.

Wan Saiful lived in the United Kingdom between August 1993 and October 2009. He worked for several organisations there, including the Commonwealth Policy Studies Unit think tank, the British Conservative Party’s Research Department, and Social Enterprise London. From 2007 to 2009,  he was vice chair of Luton Conservative Association and Head of Policy  for the Conservative Muslim Forum. In May 2007, he contested in the English local elections as a Conservative Party candidate.


Tanpa Nama berkata...

Kita klau blh perbetulkan dari dlm dulu baru crita yg luar,buat apa nk crita pasal gst ke ttp ke klau dlm parti berkecamuk,perbetulkan yg dlm dulu...

4G berkata...

Btui tuu GB dn.wan saiful .smakin truk da ust hadi ni..eluk laa beliau berhemti kes mb slngor ni adalah peak kepda kehncuran kepimpinannya yg cukup memalukam so call ulama laa kalu na pangil dia ni ulama mulut longkang kta orng barua tnpa bukti dn fkta serupa mcm kes dia tuduh calun pkr juai pil kuda...wajarkah seorang yg sudah bertraf warga emas dn memimpin parti jemaah islam mngeluarkan perkataan barua..dn sblom ni mnghina wan azizah sebgai tidak layak mnjdi mb slngor setelah berdolak dalih mcm..mcm sifat orng munafik..seorang yg jika benar2 mewarisi warisatul ambiaq tidak akan gamak kluar dri mulutnya perkataan barua..mana pergi sifat wisdom beliau sebgai seorang pemimpin no 1 PAS..jika na bnding dgn Lim Kit Siang jauh skli sifat wisdom LKS yg tidak pernah berkata sesuatu yg kotor dari mulut nya sklipun dia kafir...jk pusat pas yg lain dn yg msih waras perlu berbuat sesuatu agar perangai buruk presiden dapt dtegur dn dinasihati...memalukan. ..

C++ berkata...

Bhai GB...

Gua join PAS pada tahun 1985 .... dan rasanyer dah lama ikut Muktamar (pernah jadi perwakilan) .... dan memang rasanyer inilah Muktamar yang paling jauh dari denyut nadi masyarakat dan rakyat marhaen...

PAS sudah dikuasai nafsu... kuasa dan duit ....

Tak lama dah nih....

Tanpa Nama berkata...

saya perhatikan hampir kesemua blogger2 PAS termasuk GB tidak menyokong TGHH. Mesti ada samething wrong dgn TGHH. Tak mungkin blogger2 ini berpakat. Blogger2 ini ikhlas berjuang tanpa mendapat ganjaran. Mereka adalah penyebar maklumat dan pembantu parti paling hebat sewaktu setiap kali pilihanraya. Apabila golongan tentera siber PAS sudah tidak lagi menyokong TGHH, ternampaklah saya ia bererti TGHH perlu berundur. Berundurlah secara terhormat!

Ringgo berkata...

GB yg otak kementok.Blogger yg konferm dpt dosa kering...nak ty apa tujuan GB utarakan pendapat org ni...nak laga2 kan spya ahli pas benci pemimpin.Wan Saiful ahli pas bodoh org mcm ni dipanggil orientalis...belajar kat luar negara tak bererti dia faham siasah kepimpinan islam.Kalau dia ikhlas mengapa berkokok di luar pagar.Zaman Rasulullah dia dipanggil munafik.Belajar adab menegur dlm islam.

Aliyya Najihah berkata...

Tuan Ibrahim adalah orang yang paling layak mengantikan Haji Hadi yg Mahathir kata Melayu yang Bodoh Dan Malas.

faizal berkata...

HANYA ORANG ORANG MUNAFIK YANG BANYAK MULUT MEMBERI KOMEN SANA SINI TETAPI BELIAU TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA KERJA DAKWAH, KERJA KERJA ISLAM DAN GERAKAN ISLAM

mohd shahran berkata...

NAbi menyanyuni Yahudi Buta yang memakinya setiap hari. Ketika nabi suap yahudi ni mulut yahudi memaki nabi. Sehingga akhirnya wanita ini memaluk ISlam selepas kewafatan baginda. Ini sirah yang saya belajar dari kecil hingga dewasa. Apa kaitan dengan sekarang ulamak pewaris nabi. Ulamak boleh menggelar orang dengan pelbagai gelaran seperti barua dengan orang yang tak setuju dengan dia. Mungkin ulamak ini pernah terbaca sirah yang nabi maki orang barua kot. Manalah tahu kita ni semua bukan ulamak.

Kesalahan dua adun kerana mempertahankan keputusan muktamar dan keputusan mesyuarat 17 Sept. Kerana mempertahankan keputusan muktamar yang dipersetujui oleh semua perwakilan semua dewan dan presiden. Mempertahankan keputusan Jawatankuasa PAS Pusat 17 Sept. Kerana sifat amanah dan integriti kepada jemaah maka beliau berdua dituduh PENGKHIANAT, BARUA, MUNAFIK HARAKI.

Tanpa Nama berkata...

Malang nasib badan. Tersungkur di pintu syurga.

Ibn Sabil berkata...

Hello Ringgo

Sekurang2nya GB sudah lama berjuang di alam siber untuk PAS dan PR. Kamu apa ada? Cerminler diri sendiri.

Senang2 jer gelar org orientalis dan munafik. Kamu tu kelulusan apa? PAS bertambah cemerlang dengan adanya golongan profesyenal. Tetapi kini ulama jumud kini menjadi penghalang kpd kemajuan PAS ditambahi pula dengan penyokong taksub yang mencontohi perangai UMNO.

Ringgo said...
GB yg otak kementok.Blogger yg konferm dpt dosa kering...nak ty apa tujuan GB utarakan pendapat org ni...nak laga2 kan spya ahli pas benci pemimpin.Wan Saiful ahli pas bodoh org mcm ni dipanggil orientalis...belajar kat luar negara tak bererti dia faham siasah kepimpinan islam.Kalau dia ikhlas mengapa berkokok di luar pagar.Zaman Rasulullah dia dipanggil munafik.Belajar adab menegur dlm islam.

Ibn Sabil berkata...

Mana kamu tahu orang tak libatkan diri dalam kerja2 dakwag & kerja2 Islam?

faizal said...
HANYA ORANG ORANG MUNAFIK YANG BANYAK MULUT MEMBERI KOMEN SANA SINI TETAPI BELIAU TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA KERJA DAKWAH, KERJA KERJA ISLAM DAN GERAKAN ISLAM

Tanpa Nama berkata...

Yg dituduh broker alias barua tu orang yg kidnap 2 kwn kita la bro ...

Anyway , menoleh ke belakang ... langkah kajang ini la yg memperlihatkan
segalanya ,dgn izin ALLAH .

Langkah ini jauh dari langkah PERJUANGAN ISLAM PAS ...

Ingatlah MATI , baru segar PERJUANGAN asal kita di hidupkan ...

Tanpa Nama berkata...

otakmu lagi kometot, Khaled Meshal, pemimpin sayap politik HAMAS juga bukan ulamak tetapi berjaya cemerlang memimpin HAMAS. Begitu juga Erdogan yang membawa panji Islam di Turki. Dan Morsi di Mesir, seorang sarjana kejuruteraan sehingga menyebabkan beliau dijatuhkan oleh golongan pro-Yahudi dan Amerika d negaranya.

Ringgo said...
GB yg otak kementok.Blogger yg konferm dpt dosa kering...nak ty apa tujuan GB utarakan pendapat org ni...nak laga2 kan spya ahli pas benci pemimpin.Wan Saiful ahli pas bodoh org mcm ni dipanggil orientalis...belajar kat luar negara tak bererti dia faham siasah kepimpinan islam.Kalau dia ikhlas mengapa berkokok di luar pagar.Zaman Rasulullah dia dipanggil munafik.Belajar adab menegur dlm islam.

Tanpa Nama berkata...

Janji mesti ditepati dan PAS jangan menunjukkan ia mempunyai dasar baru yang mirip dasar matlamat menghalalkan cara yang diasaskan oleh Nicolo Machiaveli. Kalau PAS sudah mula menjadikan matlamat menghalalkan cara sebagai kaedah mendapatkan kuasa, apa beza PAS dengan UMNO?

Tanpa Nama berkata...

Mamat ringgo ini nanti aku jentik telo kau.. bangang piang.. cakap biar ada hujah.. hujah lawan hujah.. jgn senang senang nak cakap org munafik ke orientalis ke.. ko ni tahap menyokong pakai lutut .. tak pakai kepala.. kepala ko penuh tanah ke?

JAKA berkata...

sokong wan azizah dan tolak Khalid dianggap barua.

skongkol dan jadi alat umno utk pecahbelah rakan2 pakatan bukan barua parti assobiyah ke?

AMANAT HAJI HADI ADALAH UNTUK HAJI HADI SENDIRI.

ingat hadi, kita tk perlu sembah tokong, kita boleh jadi kafir dgn mengatakan politik suku agama suku.

Aarson Ma berkata...

Eloklah mana mana yg tak tahu berpolitik, strategi politik dll, pergi belajar dulu baru jadi pemimpin. Jadi imam dimesjid ajelah sesuainya.

Tanpa Nama berkata...

Yg jd WAYANG
Yg dipapar
yg diputar
yg diWAR2 ddlm MUKTAMAR
...semuanya hanyalah AUTA tipu SANDIWARA utk melenakan dan MENIPU perwakilan dgn muslihat & HAKIKAT yg SENGAJA disembunyikan..

MUKTAMAR mnjd medan utk terus tipu AUTA khianat n FITNAH demi menyorokkan kerakusan BUDAK2 yg dah terTELAN UMPAN ditenggorokan!

Mengapa, mengapa??
-tipu AUTA u-turn pusing2
-khianat FITNAH
-ugut mengugut
-mungkiri JANJI
-tuduh meNUDUH

Sbbnya ESOS 500,000 sudah pecah!

sbbnya adalah RASUAH yg sgt PARAH!!
inilah AGENDA RAHSIA yg telah parah memBARAH..sorok wajib diSOROK

sblum perkataan HUDUD keluar drp mulut2 AUTA khianat FITNAH mrk, mrk lah sepatutnya WAJIB diHUDUD terlebih dulu!

Tanpa Nama berkata...

Saudara Ringo,orang lain tak payah dan tak perlu nak laga2kan orang.dah cukup Hj,Hadi dan kuncu2nya yang melagakan sesama sendiri.Dia dah mabuk dan kuncu2nya seperti kau pun pening ulat.oarng lain tenguk je perangai kumpulan yang kau sokong.

Tanpa Nama berkata...

Saudara Ringo,orang lain tak payah dan tak perlu nak laga2kan orang.dah cukup Hj,Hadi dan kuncu2nya yang melagakan sesama sendiri.Dia dah mabuk dan kuncu2nya seperti kau pun pening ulat.oarng lain tenguk je perangai kumpulan yang kau sokong.

Tanpa Nama berkata...

Orang menegur dituduh munafik.. yg munafik tu kalau janji dia dusta.. cakap lain buat lain.. ada faham kah.. nak tuduh org munafik tu cermin dulu.. jenis tak pegi sekolah...

in response to HANYA ORANG ORANG MUNAFIK YANG BANYAK MULUT MEMBERI KOMEN SANA SINI TETAPI BELIAU TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA KERJA DAKWAH, KERJA KERJA ISLAM DAN GERAKAN ISLAM, by faizal.

Tanpa Nama berkata...

Ringgo hujah lwn dgn hujah senang2 nk label org munafik tarbiyah UG jd mcm n bodoh sombong

in response to GB yg otak kementok.Blogger yg konferm dpt dosa kering...nak ty apa tujuan GB utarakan pendapat org ni...nak laga2 kan spya ahli pas benci pemimpin.Wan Saiful ahli pas bodoh org mcm ni dipanggil orientalis...belajar kat luar negara tak bererti dia faham siasah kepimpinan islam.Kalau dia ikhlas mengapa berkokok di luar pagar.Zaman Rasulullah dia dipanggil munafik.Belajar adab menegur dlm islam., by Ringgo.

Zali M berkata...

Semua pengomen2 di gb adalah terdiri orang2 munafik pada anggapan Faizal, Nih nak bagitau sikit kat kamu bahawa pengomen2 ini sebenarnya terlalu sayangkan kat PAS agar menjadi parti politik yang ideal,dinamis dan memenuhi cita rasa rakyat Malaysia yang telah mengundi pada PRU 13. Takkan nak bagitahu kat kamu semua kerja2 dakwah meningkatkan syiar islam dihebohkan satu Malaysia, banyak cara dan jalan untuk tujuan saham akhirat. Tolong mklmkan kat Presideng kamu janganlah terlalu emosi dan menimbulkan perasaan marah kita berucap, sepatutnya cool dan tawadhuk sebagai pemimpin islam no.1 diMalaysia. Sepatah kata Ustaz Azhar Idrus "berat nanang".

in response to HANYA ORANG ORANG MUNAFIK YANG BANYAK MULUT MEMBERI KOMEN SANA SINI TETAPI BELIAU TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA KERJA DAKWAH, KERJA KERJA ISLAM DAN GERAKAN ISLAM, by faizal.

Tanpa Nama berkata...

singkir saja TGHH dan geng UG dalam Pas

Tanpa Nama berkata...

hehehe kartun tu buat fitnah tuu. jgn percaya.

sila tengok video hadi, bila dia sebut 'barua' ramai yg takbir. dulu dia sebut 'pil kuda' pun ramai jugak yg takbir hehehe WTF!

sizzly7761 berkata...

60 tahun masih tak selesai isu dalaman? Sentiasa bermasalah ke PAS ni? Mungkin tarbiyah tak sampai dslam hati dan kepala otak kot? Atau sekarang PAS dipenuhi dgn ustaz yang bernafsu kpd jawatan dan snugerah dunia tapi pemikiran jumud! Apapun takbleh la PAS nih...

in response to Kita klau blh perbetulkan dari dlm dulu baru crita yg luar,buat apa nk crita pasal gst ke ttp ke klau dlm parti berkecamuk,perbetulkan yg dlm dulu..., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Tuan Guru Barua...Dewan Ulamak Barua Broker....Majlis Broker Syura Ulamak Barua

Tanpa Nama berkata...

X semestinya yg nampak mudah itu mudah...& x semestinya susah itu susah..cabaran dan dugaan itu biasa...tetapi penyelesaian itu luar biasa..

Tanpa Nama berkata...

setahu aku lah dlm main saham yg ada broker

Nak betul kan parti melalui mesyuarat jawatan kuasa pusat dan jawatankuasa displin bukan dengan berucap semasa muktamar atau semasa majlis


in response to Kita klau blh perbetulkan dari dlm dulu baru crita yg luar,buat apa nk crita pasal gst ke ttp ke klau dlm parti berkecamuk,perbetulkan yg dlm dulu..

Tanpa Nama berkata...

Saham yg broker dan barua tu yg kita nk perbetulkan,mesti diperbetulkan

Tanpa Nama berkata...

Anon 11:12am toksahlah kau marahkan Ringgo tu, dia hanyalah barua Si Hadi je.

Tanpa Nama berkata...

Berdakwah dgn menggunakan panggilan BARUA adalah ajar an Islam, betul kan?

in response to HANYA ORANG ORANG MUNAFIK YANG BANYAK MULUT MEMBERI KOMEN SANA SINI TETAPI BELIAU TIDAK MELIBATKAN DIRI DALAM KERJA KERJA DAKWAH, KERJA KERJA ISLAM DAN GERAKAN ISLAM, by faizal.

Tanpa Nama berkata...

Boleh pulak tuduh tanpa pembuktian, pejuang Islam jenis apa ini? Pastinya Nabi saw tidak pernah mengajar untuk buat begitu.

in response to Yg dituduh broker alias barua tu orang yg kidnap 2 kwn kita la bro ... Anyway , menoleh ke belakang ... langkah kajang ini la yg memperlihatkan segalanya ,dgn izin ALLAH . Langkah ini jauh dari langkah PERJUANGAN ISLAM PAS ... Ingatlah MATI , baru segar PERJUANGAN asal kita di hidupkan ..., by Anonymous.