24 Ogo 2014

[VIDEO] PAS Terengganu Injak & Buli PKR (?)

Perwakilan: PAS injak, buli PKR di T'ganu

Seorang perwakilan tidak dapat menahan kesedihannya kerana didakwa “dibuli” oleh sekutu mereka, PAS di Terengganu sehingga tidak mampu memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.

Wakil negeri itu, Azlan Che Mat dengan nada sayu berkata, PKR Terengganu amat kecewa kerana PAS turut merampas kerusi yang berpotensi untuk dimenangi mereka dan enggan memberi kerjasama semasa kempen pilihan raya.

"Kami menangis, kerana di dalam PRU yang lepas, kami dimomok, dihinjak-hinjak. Alhamdulillah, walaupun kita diinjak-injak oleh parti Umno kita menang satu kerusi.

"(Tapi) yang kita cukup sedih, cukup menangis, kita diinjak-injak oleh rakan kita PAS Terengganu," katanya dalam perbahasan untuk menyokong Usul Antarabangsa di Kongres Nasional PKR ke 10 hari ini.

Beliau seterusnya berharap agar presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta timbalannnya, Azmin Ali dapat membantu memulihkan kerjasama Pakatan di negeri itu.

"Saya minta jangan takut kepada PAS Terengganu, bukan PAS Pusat. Saya minta YB presiden, tolonglah, tolong Terengganu.

Masalah kerjasama

"Kami nak kembalikan semula kemenangan dari tangan Umno untuk Pakatan rakyat tapi kami melihat PAS Terengganu masih tidak bersedia untuk bersama Pakatan Rakyat," kata beliau.

"Saya ucap taniah kerana dia (Azmin) menang, sebab itu saya minta dia tolong, datang ke Terengganu buat pembetulan balik, atau bantu bentuk satu sekretariat Pakatan Rakyat Terengganu," kata beliau.

Dalam pilihan raya tersebut, PKR pada asalnya diberi peluang bertanding di enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.

Walaubagaimanapun, PAS tetap meletakkan calon mereka di kerusi PKR sehingga berlaku pertindihan calon Pakatan di DUN Bukit Besi, Kota Putera dan Seberang Takir.

Selain kerusi parlimen Kemaman, tiga lagi kerusi DUN yang ditandingi PKR ialah Permaisuri, Bandar dan Telemong.

PKR tewas di semua kerusi DUN dan parlimen kecuali di DUN Bandar yang ditandingi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.


ULASAN GB

Ia amat menjengkel dan memalukan.

Kalau benar aduannya, PAS Pusat perlu bertindak ke atas PAS Terengganu.

Jika PAS Pusat tidak bertindak, kita khuatir masalah ini menular di tempat lain dan PAS menjadi sebuah parti yang dilihat tidak boleh bekerjasama dengan rakan-rakan yang lain di dalam Pakatan Rakyat walaupun pemimpin utama PAS menyatakan tetap ingin bersama PR.

Hukum kebenaran dan keadilan akan mengambil tempatnya. Ingat, isu "pil kuda" masih berjalan di mahkamah.









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



18 ulasan:

Amuraria berkata...

ini kerja pengkhianatan & pembelot ! patutla parti islam lingkop & tewas di terengganu ! masih ramai ada dibawah tempurung di hujung sana, masih takuk lama ,bila mau ubah ? ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

PKR sebenarnya perlu meletakkan asas yg kukuh dan buktikan keupayaan yg meyakinkan dgn keahlian yg boleh meyakinkan kewujudannya di Terengganu. Saya sbg rakyat Trg tak nampak langsung gerak kerja yg dianjurkan atau paling tidak kerlibatan langsung dikalangan ahli PKR bersama masyarakat. Mungkin ini menyebabkan PkR tidak diyakini kekuatannya di Trg.
Saya mohon maaf kerana saya bukan org politik. Tapi apa yg saya lihat selama ini di Trg hanya BN dan PAS sahaja yg terserlah, ada program dan ada kegiatan masing2. Saya tak nampak jelas wajah PKR di Trg.

Tanpa Nama berkata...

Senang ceritanya begini.
Bola ditanya parti A, apa kerja2 yang dah dilakukan sejak PRU lepas, parti A bagi laporan, lengkap dengan bilangan cawangan baru, ahli baru, program2 parti.
Parti B pula diam je tapi tetap nak letak calon dia kat situ atas alasan PRU lepas, calon dia yg bertanding kat situ.
Parti A bantah sebab mereka ada bukti telah bekerja keras sedang parti B Cawangan sedia ada pun hidup segan mati tak mahu.
Nak pilih yang mana?

ex army berkata...

Kalau ilmu dunia dan ilmu akhirat ada... apa perlu takut utk berhujah dgn pemimpin PAS trengganu... agak keliru dgn pemimpin PKR ini... Ingat jatuhnya PAS di terengganu sbb pemerintah mungkir janji utk berikan royalty pd kerajaan trengganu.. ALLAH maha mengetahui

Tanpa Nama berkata...

naknanya pkr x boleh menang tanpa pas...

Tanpa Nama berkata...

Pas teranganu gila kuasa tapi tidak tahu parintah negeri sendiri...tuheiii

Tanpa Nama berkata...

pkr hanya atas kertas realiti tidak wujud....dongeng mat ketum memang lebih.

Tanpa Nama berkata...

PKR Terengganu bagi saya kalau PAS bagi satu kerusi pun dah kira terlalu banyak, antara sebabnya adalah dalam satu-satu bahagian Parlimen, Pkr cuma ada beberapa Pejabat Dun/Parlimen, keadaan adalah hidup segan mati tak mau. Ini disebabkan oleh kerana adanya pejabat tersebut sekadar memenuhi syarat ROS, ahli cuma sedikit selebihnya tangkap-muat BN/PAS rejects, yang nampak aktif cuma beberapa kerat yang berangan nak jadi Calun dan beberapa geng2 mereka sahaja.
Bhg yg paling aktif adalah Kuala Terengganu, itupun sewaktu PRU, kira-kira 90 peratus tenaga kerja (termasuk keewangan ? ) pilihanraya bagi DUN Bandar yang diwakili Pkr datangnya dari PAS & 5% dari Dap.
Di Dun2 yg lain 98% adalah datangnya dari Pas.
Sejarah Pkr Trg pada awal penubuhan (membuka Bhg) lagi sudah terpaksa di bantu Pas, termasuklah dalam menjayakan program penubuhan & perlancaran penubuhan seluruh Bhg2, tetapi waktu itu keinginan org menyertai PKN/PKR adalah juga, tetapi menjadi menurun mendadak bilamana berlaku krisis diantara golongan Reformis (yg menguasai semua bhg2 yg ada di Trg) yg mengkritik Ketua Perhubungan (penaja) yg merupakan jiran Dsai di Bkt Damansara kerana beliau bersifat Kronis dan autokratik, (dan perkara ini diajukan kpd Dwai, Dr. Chandra, dll. sewaktu pertemuan terbuka di sebuah hotel di K. Trg., hasilnya tidak beberapa lama kemudian kesemua ketua2 bhg & Ajk perhubungan diminta melepaskan jawatan yg menurut beliau adalah arahan dari presiden parti iaitu Dwai.
Selepas Perlancaran Penubuhan dan pendaftaran dibuat, cuma Dua dari Lapan Bhg mendapat kelulusan ( teknikal ? wallahu 'alam ).
Pkn Trg selepas itu longlai kecuali Kemaman, itupun cuma bernafas di pejabat ahli parlimen yg terletak di bangunan Pas, dan yg turut serta itupun termasuklah campuran bersama ahli Pas yg berjiwa Pkr/Dsai, maka nampaklah bayang2nya.
Penyokong/ahli Pas tulen jarang dpt bersama mereka kerana topik perbincangan selalunya tertumpu kepada kutukan terhadap Bn dan Pas. Mereka juga amat jarang kecuali beberapa org tertentu berkumpul di Masjid/Surau.
Selepas kalah Pru ianya layu & longlai.
Pkr agak kembali bernafas bilamana sdr Azam di lantik menjadi Pengurusi negeri yg baru, itupun cuma aktif di beberapa warung kopi atau di pejabat Dun Bandar, selainnya cuma bila ada program ceramah bersama, biasa lah ada satu dua gerai cenderamata menjual poster/key-chain Pkr-Dsai dibuka.
Aktiviti tambah dan gerak kerja keahlian peringkat Negeri adalah boleh dikatakan berada pada tahap hampir tiada. Orang Trg biasanya cuma mengenali samada Orang Bn atau Orang Pas, yg kenal orang Pkr cuma boleh dikatakan antara sesama mereka.
Terlampau banyak perkara buruk samada yang bersifat Sifat Peribadi mahupun cara berorganisasi boleh saya dedahkan, tetapi itu bukan tujuan saya, Cuma di sini ingin saya pulangkan kembali kata2 Dsai kpd Bn kepada Pkr, ''Ambil cermin besar dan tiliklah diri sendiri puas-puas'' .

Sekadar ini (dahulu) dari saya BystandeR1998

hijau berkata...

Org yg gila kuasa ... Org yg mengawal media... mengawal masjid... sampaikan nak buat kuliah pun tak boleh... masjid dah jadi sunyi... alhamdulillah kawasan sy surau2 lebih ramai dari jemaah masjid... helo UMNO sendiri mau ingat... tarawih tu sunat.. tazkirah tu wajib... umno kau buatlah masjid belajar fardu ain cukup lah kat masjid... sedangkan dkt surau2 kami semua masih boleh belajar ilmu ALLAH tanpa sekatan

Tanpa Nama berkata...

Dulu di DUN K.Terengganu calon PAS, Mohd Sabu kalah, tetapi calon PKR menang. kenapa? Sebab ramai pengundi atas pagar lebih menyenangi calon moderate dari PKR drp calon PAS.
Benar PKR tidak mempunyai jentera sehebat PAS di Terengganu di dalam pilihanraya yang penting ialah selera pengundi.

renung dan fikir-fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

Dulu di DUN K.Terengganu calon PAS, Mohd Sabu kalah, tetapi calon PKR menang. kenapa? Sebab ramai pengundi atas pagar lebih menyenangi calon moderate dari PKR drp calon PAS.
Benar PKR tidak mempunyai jentera sehebat PAS di Terengganu di dalam pilihanraya yang penting ialah selera pengundi.

renung dan fikir-fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

saya bersetuju dengan pandangan anon 7.25 AM di atas.

Tidak dinafikan PAS mempunyai jentera pilihanraya yang hebat. Tetapi mengharapkan ahli dan penyokong PAS semata-mata TIDAK MEMADAI untuk menag pilihanraya.

Kita perlu realistik. Di dalam banyak kawasan DUN dan Parlimen, kemenangan PAS adalah kerana sentiment rakyat yg menolak BN dan mahukan PR. Saya ulangi PR bukan PAS semata-mata.

Oleh itu jika PAS terus mmengkesampingkan peranan dan kepentingan parti-parti lain di dalam PR, PAS sedang menggali kuburnya sendiri.

Tanpa Nama berkata...

@ Anonymous - August 25, 2014 at 7:25 AM

Hello sdr, kat mana DUN K.Terengganu tu eh ? Kalau tak tahu adalah lebih baik diam.

Mat Sabu kalah di kerusi Parlimen Kuala Terengganu (PRU12), pada masa yg sama calun Pkr kalah di Dun Bandar, sementara di tiga Dun lain iaitu Batu Buruk, Ladang & Wakaf Mempelam (dlm kerusi Parlimen tersebut) Pas menang. Terdapat perbezaan perolehan jumlah undi antara Parlimen & campuran empat Dun.
Bilamana MP K.Trg meninggal (tahun 2009), Pas telah meletakkan anak tempatan dan menang dgn majoriti 2,631 undi walaupun calun Bn adalah Timbalan Menteri.

Pada PRU13, P.Ktrg Pas mengekalkan kerusi Parlimen dgn majoriti 10,785 dan tiga Dun iaitu Batu Buruk, Ladang , Wakaf Mempelam, manakala Pkr menang Dun Bandar.
(Note1: Sdr Azan adalah anak tempatan Dun Bandar, dan kebanyakan saudara-maranya adalah pro-Pas).

Sekadar ini dari saya BystandeR1998 Ktrg.

Tanpa Nama berkata...

hello anon 10:05

jika PAS sendirian tanding di DUN Bandar boleh menang ker?

Azan Ismail menang sebab ramai pengundi bukan-Melayu & atas pgr di situ yg sokong PR bukan PAS.

Tanpa Nama berkata...

Hello @ Anonymous - August 25, 2014 at 11:41 AM

Pilihanraya Tahun 1990, Ustaz Hj Mohd Harun bin Jusoh (PAS) telah menangi kerusi DUN Bandar kalahkan calon BN/MCA.

Pilihanraya Tahun 1999 - Hj Mohd Azmi bin Lop Yusof (PAS) telah menangi kerusi DUN Bandar kalahkan calon BN/MCA.

Jadi persoalan boleh menang kah atau tidak adalah tidak berbangkit, sebab Pas sudah memenangi Dun tersebut dan malahan oleh calun kategori Ustaz pada tahun 1990.

Sekadar ini dari saya BystandeR1998 Ktrg.

Tanpa Nama berkata...

PKR kalau bertanding di kawasan Melayu tanpa bantuaan PAS tentu hilang wang pertaruhan (berani kerat jari manis aku).. Kalau nak harap macai-macai PKR.. Poster pon entah bertampal ke idak..

Tanpa Nama berkata...

PKR mcm bapa dia (Umno)..selalu lupa diri...angkuh...nak semua orang ikut cakap dia..

Tanpa Nama berkata...

xkan terkerat nyer jari ko bro, aku berani kerat jari kelingking aku ni ha ha ha