Layanan dua darjat antara MH17 dengan korban Lahad Datu - Perwakilan PKR
SHAH ALAM: Pada saat negara bersedih selepas kembalinya jenazah mangsa MH17 semalam, seorang perwakilan Kongres PKR menyifatkan istiadat hormati jenazah mangsa MH17 terlampau istimewa jika dibandingkan dengan anggota keselamatan negara yang terkorban di Lahad Datu.
Perwakilan Perak, Mohamad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut berkata, ia sekali gus membuktikan isu Lahad Datu hanya 'drama' yang dirancang pihak tertentu.
"Bila kita lihat apabila kematian 10 orang perwira-perwira kita yang disambut dan dikebumikan secara ala kadar, ia berbeza benar berbanding dengan kematian mangsa MH17 yang diatur begitu rapi.
"Yang jadi mangsa warga tentera, macam jadi hamba abdi, menguruskannya. Bukan kita kata tidak boleh (pengurusan mangsa MH17) tetapi kita lihat macam terlebih-lebih tindakan oleh kerajaan semata-mata untuk meraikan mangsa MH17," katanya semasa membahas usul politik pada Kongres PKR ke-10 di Stadium Malawati di sini.
Pada Mac 2013, pertempuran terjadi di antara pihak keselamatan dan pengikut pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Ia mengakibatkan dua anggota terkorban di Lahad Datu selain enam lagi di Semporna.
Jelas Mohamad Imran, kerajaan perlu memberi penjelasan terhadap isu berkenaan selain mengakui turut bersimpati dengan mangsa nahas MH17.
"Bukan kita tidak bersimpati, tapi kenapa sampai begitu sekali, sedangkan pejuang-pejuang kita meninggal dunia di Lahad Datu tidak ada sambutan yang sebegitu, inilah yang kita minta kerajaan beri penjelasan," ujarnya.
Tambahnya, detik kejadian Lahad Datu iaitu tiga bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 juga dilihat mempunyai muslihat tersendiri.
"Peristiwa serangan di Sabah sudah berlaku sejak 1986, 1991, 1990 tetapi tidak ada tindakan sivil yang diambil oleh pihak kerajaan
"Tetapi pada tahun 2013, pilihan raya akan berlaku, Lahad Datu dipaparkan, serangan dilaksanakan. Saya bercakap Lahad Datu merupakan sebuah drama tetapi selamat.
"Oleh kerana kita lihat ia berlaku tiga bulan sebelum pilihan raya apabila berlaku pada bulan Februari, tidak ada tindakan yang diambil sehingga masuk bulan Mac," katanya.
Pada Mei tahun lepas, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah berkata pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Jelasnya, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti. -astroawani
'Warga tentera diperlaku seperti hamba abdi'
Perwakilan dari Perak Laksamana (B) Imran Abdul Hamid hari ini mempertikaikan penggunaan anggoita tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17.
Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah.
Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.
"Apabila kita lihat, kematian sepuluh perwira kita disambut secara ala kadar berbanding dengan (sambutan) kematian MH17 yang diatur begitu rapi.
"Yang jadi mangsa (adalah) warga tentera (yang diperlakukan) macam hamba abdi untuk menguruskannya.
"Bukan kita tak puas hati tetapi kita tengok terlebih-lebih untuk meraikan mangsa MH17.
"Bukan kita tak bersimpati tetapi mengapa sampai begitu sekali.
"Sedangkan, pejuang kita mati di Lubnan dan Lahad Datu pun tidak ada sambutan yang sebegitu," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden PKR hari ini di kongres parti itu hari ini.
'Beri penjelasan'
Beliau juga mendesak kerajaan menjelaskan rasional di sebalik penggunaan tentera dalam sambutan itu.
"Inilah yang kita minta kerajaan bagi penjelasan," katanya
Semalam, seluruh negara bertafakur selama seminit tepat pada jam 10.54 pagi bagi memberi penghormatan kepada 20 rakyat Malaysia yang terkorban dalam tragedi pesawat itu.
Dinamakan Hari Perkabungan Negara, jenazah yang tiba di Kuala Lumpur dengan sebuah pesawat khas dari Belanda, diberikan penghormatan menurut istiadat ketenteraan.
Yang di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong juga berkenan mencemar protokol dengan memberi tunduk hormat kepada jenazah yang melintas di hadapan mereka.
Pesawat angkatan tentera C130 juga diguna untuk menerbangkan dua jenazah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan tiga lagi ke Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh.
Selain itu, helikopter EC725 digunakan untuk menerbangkan jenazah dua lagi mangsa ke Pagoh dan Segamat, Johor. -mk
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI
12 ulasan:
Malaysia malu pd belanda jika tak buat. Bila buat naiklah sikit imej negaraku pd dunia. Belanda buat kenapa kita tak boleh buat. Kalau Belanda tak buat belum tentu Malaysia akan buat.Dalilnya bila askar kita terkorban di Lahad Datu tidak terliur pun pihak kerajaan nak berkabung dan menyambut jenazah secara penuh adat istiadat tentera,Pada hal yg terkorban itu adalah Tentera,Tapi bukan tentera boleh dibuat,Kenapa>mengapa???
Apa yang lakukan pada mangsa MH17 boleh dipertikaikan kerana agak keterlaluan tapi bila menyentuh soal Lahad Datu ... berhati hati sikit Panglima
Sebagai bekas Panglima kamu tahu serangan terdahulu di Sandakan .. Kudat selain yang terbaru di Lahat Datu
Apakah kamu mahu warga Malaysia tahu bagaimana layanan pegawai kanan pada anggota bawahan ??
Apakah kamu mahu mengheret TLDM dalam kemelut politik kamu ??
Apakah kamu mahu warga Malaysia mempersoalkan kegagalan kamu sedangkan pada masa itu kamu yang berkuasa mengubahnya ??
Jangan baru sekarang kamu menunjukkan keperihatinan pada anggota bawahan
"melantung hangit"
agaknya inilah yg dikatakan bermotifkan politik. Tidak dilakukan secara besar-besaran untuk tentera yg terkorban dulu tak mengapa kerana mereka tetap berpihak kpd kerajaan yg ada. Tengok sajalah keputusan di peti undi-peti undi pihak yg mengundi awal.
Najib nak peroleh kelebihan politik dengan menunjukkan seolah-olah kerajaan BN-paria amat prihatin dan sedih atas apa yang berlaku. Dalam hati depa tu, hanya Allah swt yang tahu.
Extravaganza sangat.
Dah tahu dah
Pemimpin yg memimpin bukan ade ilmu agama pun..buat ikut selera tanpa panduan.
Memang jelas korban MH17 disanjung melambung2..bkn kite tak simpati..tapi biar buat kena pada tempat.
Nilah pemimpin yg syook sendiri
Majlis tafakur ini sebenarnya adalah udang sebalik batu, menutupi sesuatu yang besar disebalik kekalutan konflik antara kuasa dunia. Malaysia menjadi mangsa buli?
Itulah sikap melayu dari dulu sampai sekarang tak habis dengan dengki pada kelebihan rezeki orang lain baik pak imam atau orang awam .tak boleh lebih sikit,lepas tu cari jalan ,hasut sana hasud sini .saya ni tak sehebat saudara di luar tu tapi , bagi saya perkara sebegini tak akan timbul kalau tak ada hasutan dari yang dengki.pasalnya mereka tak sedar ketentuan Allah .
nasib kita pun kita belum tahu ,mati berkubur atau hilang begitu saja maklumlah zaman campak buang
kalau sekadar nak kan nama tak payahlah nak melagakan orang lain .yang mati tatap mati yang hidup ni buat amal sebelum mati . bolehkah kita hormat pada orang yang melaga laga kan orang .perbuatan tak matang macam budak budak.
YANG DILAKUKAN BANYAK CIRI CIRI KURAFAT.INI LAH PWELUANG YANG TERBAIK LAKHANATULLAH INI MENCURI SERTA MENGUNAKAN HARTA NEGARA DGN SWENANG WENANGNYE.INI JUGA INGIN MENUTUP KES KES BESAR MEREKA DALAM KEPINPINAN SERTA SERTA MERAIH SIMPATIDAN MENUNJUKAN MEREKA INI LAH YANG TERBAIK.MARILAH KITA SAMA SAMA DOAKAN SEMUA YANG TERLIBAT SECARA IKLAS ATAUPUN TIDAK AGAR MEREKA INI DILAKHANAT OLEH ALLAH DI DUNIA LAGI SAPERTI YANG TERJADI BUAT MASA INI
Yg dikatakan menghasut tu lah yg jadikan tok imam dan ustz2 tak boleh nak beri kuliah... tgoklah masjid2 seliaan pemerintah... senyap sunyi kebanyakkannya... sapa melagakan org... mufti perlis ckp tu mmg ada kebenarannya... islam cukup mudah.. mati cepat tanam.. apa guna istiadat.. Kalau amalan kurang... go to h... lah istiadat... go to jannah ibadat..
Pesawat mas masih menggunakan arak dlm kerja harian mereka?......
agak2nya kalau pkr boikot x mengundi di tempat2 pas bertanding, pas blh menang tak?
x der akal punya pas trengganu
Catat Ulasan