28 Ogo 2014

Tinggalkan PAS Kalau Tak Setuju PR - Ramai Sokong Kenyataan Khalid Samad


Tinggalkan PAS jika tidak setuju bersama Pakatan, kata Khalid Samad

Ahli-ahli PAS yang mahu parti Islam itu meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR), harus meninggalkan parti itu, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini.

Khalid, yang merupakan seorang anggota Jawatankuasa Pusat PAS berkata, jika ahli-ahli parti berasa parti itu lebih baik tanpa PR, maka mereka harus meninggalkannya dan menyertai Umno.

"Apabila ahli ini pergi, barulah PAS akan dapat menjadi anggota yang efektif dalam PR," kata Khalid pada sidang akhbar di pusat perkhidmatannya di Shah Alam.


"Sudah tentu, dalam PAS ada berlaku perbezaan pendapat dan pandangan alternatif," katanya, mengakui ada puak dalam PAS yang tidak bersetuju dengan PR.

"Sebab itu saya katakan, mereka yang tidak bersetuju PAS tidak harus bersama dengan PR perlu meninggalkan parti dan pergi ke tempat lain."

Peranan PAS dalam Pakatan diperdebatkan beberapa kali oleh ahli dan pemimpinnya dan yang terbaru semasa isu menteri besar Selangor.

Beberapa ahli secara terbuka meminta para pemimpin PAS mengkaji semula kerjasama dengan PKR dan DAP, mendakwa parti Islam terlalu banyak berkompromi.

Bagaimanapun, Khalid tetap yakin PAS boleh menjadi ahli berkesan dalam PR dan juga menolak khabar angin parti itu mengintai jawatan menteri besar Selangor.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi PAS tidak akan merebut jawatan menteri besar Selangor kerana calon mesti mendapat sokongan majoriti," kata Khalid.

"Terdapat banyak cara untuk menentukan siapa yang mendapat sokongan majoriti, dan ini termasuk akuan berkanun."

Beliau berkata Adun PAS Hulu Klang Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) memainkan peranan penting dalam isu menteri besar Selangor.

"Tindakan Saari dan Hasnul adalah penting kerana ia adalah satu petunjuk yang jelas bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan majoriti."

"Walaupun ramai mengkritik kedua-duanya, tidak ada ragu kesan daripada keputusan mereka menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail."


Khalid berkata, ini adalah punca jalan buntu di Selangor berjaya dipecahkan dan Khalid terpaksa menyerahkan surat peletakan jawatannya dan diterima oleh Sultan Selangor.

"Sultan Sharafuddin Idris Shah mengambil kira kekurangan sokongan majoriti untuk Khalid sebelum menerima perletakan jawatan beliau."

Khalid berkata, jika menteri besar itu memastikan peralihan kuasa yang licin sebelum dipecat daripada PKR, beliau boleh dinamakan sebagai penasihat kepada menteri besar Selangor yang baru.

"Saya yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan peranan baru bagi Khalid jika isu itu diselesaikan secara baik." -TMI



RESPON SBHGN PEMBACA TMI



RESPON SBHGN PEMBACA MALAYSIAKINI



KATA-KATA DATO HUSAM SEBELUM INI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





24 ulasan:

Unknown berkata...

Green boc tak usahlah nak sokong khalid Samad tu dengan menyiarkan copy paste komen. Khalid sepatutnya keluar bersama 2 ekor beruk tu kerana tidak taat pada arahan pemimpin

Ibn Sabil berkata...

damn right!
thumbs up!!!

ini masanya untuk hapuskan golongan pengkhianat dan munafiq bernama UG dalam PAS. Ayuh...

Tanpa Nama berkata...

arahan pemimpin?
pemimpin UG ker?
boleh bla....

abd wahab said...
Green boc tak usahlah nak sokong khalid Samad tu dengan menyiarkan copy paste komen. Khalid sepatutnya keluar bersama 2 ekor beruk tu kerana tidak taat pada arahan pemimpin

Tanpa Nama berkata...

Greenboc printscreen komen pon si abd wahab kat atas tu x sng hati. Kalau x der printscreen nanti dia jugak yg tanya mana bukti kata ramai sokong Khalid Samad. Memang mamat-mamat UG skrg bengong sebab menjadi pengkhianat kepada keputusan Muktamar yang memutuskan PAS bersama Pakatan Rakyat. Oleh itu jangan khianat.

Tanpa Nama berkata...

Hello Sabil..lu jangan bikin kacau laaa..lu tau UG apa?. Ayuhlah para ulama..ujian ke atas tuan2 berada dipuncak..Acuan asli pas ada yg rasa jelek..sahabat kita dah berperangai pelik,,,berhati-hati dan banyak2lah bersabar..salam

Tanpa Nama berkata...

Hang la berok..kopiah je harap putih ...hati kotor ngalah taik

in response to Green boc tak usahlah nak sokong khalid Samad tu dengan menyiarkan copy paste komen. Khalid sepatutnya keluar bersama 2 ekor beruk tu kerana tidak taat pada arahan pemimpin, by abd wahab.

Tanpa Nama berkata...

ingat ulamak semua betol? Dalam umno pun ramai ulamak tau. mereka pun dakwa mereka betul. ulama pas dah mula khianat kepada perjuangan islam, sudah tenggelam dgn habuan dunia. sudah sama dgn ulamak umno. itu kebenrannya,

in response to Hello Sabil..lu jangan bikin kacau laaa..lu tau UG apa?. Ayuhlah para ulama..ujian ke atas tuan2 berada dipuncak..Acuan asli pas ada yg rasa jelek..sahabat kita dah berperangai pelik,,,berhati-hati dan banyak2lah bersabar..salam by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Ne sah ulo dlm semak..

in response to Hello Sabil..lu jangan bikin kacau laaa..lu tau UG apa?. Ayuhlah para ulama..ujian ke atas tuan2 berada dipuncak..Acuan asli pas ada yg rasa jelek..sahabat kita dah berperangai pelik,,,berhati-hati dan banyak2lah bersabar..salam, by Anonymous.

BaDiN berkata...

jika masih terus berkeras nak tegakkan dgn keputusan sendiri maka tak payahlah terhegeh hegeh mahu bersama PKR,DAP dlm PR.Dalam satu jamaah besar seperti PR seharusnya setiap keputusan sebelah mana mana parti berpandukan suara majoriti dalam PR jika kita mahu PR stabil seperti dulu semasa penubuhannya.Seolah olah tiada persepakatan yg jitu semasa diawal penubuhan PR dahulu.Tertubuhnya PR adalah dalam keadaan terpaksa setelah secara mengejut PAS,PKR,DAP menang banyak kerusi dalam PRU 12.Sepatutnya bukan PR tetapi BA yg diperkukuhkan sebab sebelum PRU 12 tiada lagi PR tetapi kenapa secara tiba tiba PR tertubuh.Adakah tertubuhnya PR kerana adanya DSAI,Jika begitu mengapa PAS masih berkeras utk menegakkan Keputusan sendiri.Seandainya mahu melihat BN tumbang sepatutnya PAS melihat kepentingan Majoriti dalam PR mendahului keputusannya.Siapa tak kenal DAP yg menjadi seteru tegar kpd PAS sejak dulu hingga sekarang.Adakah DAP berlembut dgn PAS kerana adanya DSAI.Persepakatan Pembangkang untuk bersepakat dalam usaha menumbangkan BN di masa depan akan terjejas seandainya PAS tetap dgn keputusannya dalam Kemelut MB Selangor.PAS harus berani membuat keputusan mengikut suara majoriti dalam PR.PAS sekarang adalah suara minoriti dalam isu MB selangor maka tak perlulah mendabik dada aku sudah kuat tanpa melihat kpd akar umbi siapa yg sudi mengundi PAS.Jika beginilah keadaannya maka Tak Mustahil PAS akan hilang pengaruh dari suara anak muda,Bukan Islam,Bukan Melayu,Ahli Akademik dan apatah lagi dari org atas pagar serta org2 BN.Rekod baik PR mentadbir Selangor sedikit sebanyak sudah terjejas apabila PAS tidak mengikut suara majoriti dalam PR.KAMI SAYANG PAS,KAMI JUGA SAYANGKAN PR tapi dalam kemelut ini melihatkan seolah olah PAS tidak sayangkan PR.Terkuburnya Angkatan Perpaduan Ummah(APU),Barisan Alternatif adakah kerana PAS dan kini jangan PR menerima nasib yg sama.PAs mesti ingat Agak Mustahil untuk menawan Malaysia bersaorangan.umno yg kuat pun tak mampu menguasai Malaysia tanpa dokongan parti2 yg lain.

Tanpa Nama berkata...

Betul kata YB Khalid Samad, yang UG dan penyokongnya mesti keluar dari PAS. Biarkan saja semua dari kepala sampai ke usus yang macai, geng ustaz sampai ke ularmak baik keluar masuk UMNO atau buat parti sendiri. Tak jadi banyak bercakap bohong, berbelit-belit, kona-kona nak dapat kuasa dan jawatan senantiasa. Jari telunjuk kelengking berkait....buat-buat pretend to be innocent. Allah dah tunjuk belang kalian.

pak maun berkata...

Baru2 ni dalam konvensyen PKR, ada wakil dr Terengganu mengatakan bahawa mereka teruk di "buli" oleh Pas di Terengganu. Entah betul atau tidak, aku pun tak tahu.

Tapi apabila tgk kepada perlakuan TGHH dan Mustapa Ali sejak akhir2 ini, aku rasa betul la apa yang dibawa oleh perwakilan PKR tersebut.

abuamir berkata...

Sokong 100% kenyataan Khalid Samad, hakikatnya siapa pun ahli atau pemimpin yg engkar kpd keputusan muktamar PAS mereka dikira khianat kpd kehendak semua ahli PAS. Bertanding atas kuota PR tetapi bila menang kerusi nak melompat bersama umno/bn, ini jenis apa punya pemimpin.Sila keluar dari PAS masuk umno atau buat parti sendiri. Sekiranya pemimpin macam Khalid ni tidak pertahankan pendirian muktamar PAS akan hancur. Pengundi bukan Islam & golongann muda akan tolak PAS pd PRU14 nanti.

Kepada geng UG usahlah jadi anai2 merosakkan PAS & PR. PR memperjuangkan kepentingan rakyat tak kira bangsa bukan kepentingan pemimpin. Apa najib & pemimpin umno sudah suci pd pandangan geng UG ni. umno sudah hampir lemas pd PRU13 tetapi pemimpin UG PAS nak hulurkan tali kpd umno pula? Apa umno sekarang sudah tidak korup, salahguna kuasa dan zalim lagi kah?

Negara sedang menuju bangkrup oleh tangan kotor umno, geng UG pula nak bersatu atas dasar melayu pula? Mana pergi Islam kamu? Sekarang- Hidup Melayu pula?

Kami rakyat bawahan yg menampal poster, bendera, banting dll, siang/malam kamu pemimpin nak khianat kami bila menang? Kami tidak akan maafkan kamu jika khianat.

PR- Perjuangan Rakyat bukan pengkhianat macam kamu.

Tanpa Nama berkata...

Presiden pas pagi cakap lain, petang cakap lain... malam pulak lain yang dicakap. Kenapa perlu ada presiden yang flip flop begini? Kalau masih nak puak ustaz yang memimpin tak boleh ke cari ustaz yg bijak sikit. Tak perlulah ustaz level nelayan yang jadi pemimpin.

ibnmustaffa berkata...

Udah udah la tu.. Saya tak sokong ks sebab beliau ade penyakit sombong..

Anti Fitnah berkata...

Saya amat sedar bahawa ramai ahli PAS terasa hati bila orang mempertikaikan Presiden yang bertaraf ulama. Apakah kita lupa bahawa ulama di zaman sekarang adakah serupa dengan ulama dulu? Lagipun ulama ni bukan NABI (maksum), mereka hanya dikatakan sebagai "pewaris Nabi" dan jangan lupa bahawa mereka juga manusia biasa yang ada nafsu dan sentiasa diusik dek syaitan/iblis terutama yang menjelma sebagai manusia di sekeliling mereka.
Kalau TGHH silap sekali, boleh dimaafkan sebab semua manusia melakukan kesilapan TETAPI kalau kesilapan yang sama berulang-ulang, maka tak mukminlah kita., apatah lagi nak digelar ulama. Orang Islam beramanah, berpegang pada janji, berintegriti dan tidak tikam belakang terutamanya ulama. Sedarkah dah berapa kalikah PAS dah mengkhianati sebelum, semasa dan selepas PRU 13? Pergi selidik dan siasat. Aku percaya pada qada dan qadar Allah swt tapi aku juga manusia biasa. Kalau tidak kerana pengkhianatan itu, UMNO dah berkubur di Selangor.
Puak UG yang berada dalam PAS yang suka bergabung dengan UMNO memang sepatutnya KELUAR dari PAS kalaulah mereka sedar akan sejarah antara UMNO dan PAS. Sedarkah UMNO telah membunuh ahli PAS dengan kejam di Memali (Negeri AKU) atas alasan bohong? Kalaulah adik beradik kamu dibunuh oleh UMNO, mungkinkah kamu masih mahu bekerjasama dengannya memandangkan sifatnya masih tak berubah?
Satu soalan saja? Pernahkah TGHH ditangkap di bawah ISA atas alasan memperjuangkan Islam? Apa kata puak UG? Dah diujikah?
Maafkan aku kalau kata-kata mengguris hati tuan-tuan, Yang baik tu datang daripada Allah swt dan yang jahat ialah aku.

Tanpa Nama berkata...

Tinggalkan PAS jika tidak bersetuju dengan pimpinan ULAMAK..Kata AKU.

Tanpa Nama berkata...

SOKONG SGT kenyataan YB Khalid Samad.

kami penyokong bawahan pas mau geng UG (yg teringin sgt kpd amno dan nak PAS keluar PR) belah drp PAS.

pas bukan milik kamu wahai geng UG, pas milik kami semua, aku dari dlm perut mak aku dah pas,
ayah aku dr zaman 60an adalah ahli pas yg berkorban wang ringgit dan jiwa raga.

belah lah dr pas wahai geng UG termasuklah penyokong2 mereka yg tak berapa kerat tu.

Tanpa Nama berkata...

Pergilah kamu kepada UMNO. Di situ pun kan ada ramai ulamak.

in response to Tinggalkan PAS jika tidak bersetuju dengan pimpinan ULAMAK..Kata AKU. by Anonymous

Tanpa Nama berkata...

Sejarah telah membuktikan puak puak ex-UMNO yang tubuh parti baru lah yang akan berdondong dondong merangkak rangkak masuk ke tong UMNO semula.. Walaupun ada yang dah bakar jambatan.. bakar bendera UMNO dan bakar segalanya..

Sejarah akan berulang apabila PKR tidak lagi berkuasa di Selangor. Tunggu dan lihat saja laa. Kata AKU.

Tanpa Nama berkata...

Ulamak Pas dan Umno pergilah bergabung atas nama NGO bkn parti politik. SEMAK!!

Tanpa Nama berkata...

Abd.Wahab 9.37pm 27hb.salah seorang ulamak PAS.Tengok bagai mana senangnya dia menggunakan "beruk" kpd yg dia tak suka.Inilah sifat,perangai dan kelakuan ulamak PAS.

Tanpa Nama berkata...

Penyelesaian untuk PAS - President Baru,Hadi Awang sila berundur.

Tanpa Nama berkata...

Tatkala Tan Seri Khalid Ibrahim disingkir dari PKR, ulamak-ulamak dlm PAS,diketuai oleh Presidennya, masih sokong TSKI jadi MB Selangor.Mengapa agaknya? jawabnya .....fulus.Sekiranya TSKI tidak lagi jadi MB akan ramai ulamak-ulamak PAS akan hilang sumber pencarian,termasuk menantu Hadi Awang.Inilah yg diperjuangkan oleh puak ulamak PAS.

Tanpa Nama berkata...

Saya percaya hj hadi tidak silap....dia ada agenda lain....dulu sudah silap dgn issu ug, sekarang timbul lagi. Apakah ini kesilapan lagi...Dia mungkin dah lupa satu petikan akhbar satu masa dulu yg diberi tajuk amanat aji adi....Apa sebenarnya yg dia mau, harta?, bini?,rumah?, semuanya sudah lebih dari mencukupi...tak tau lah dunia oh dunia