15 Ogo 2014

Tiada Arahan Untuk Jangan Sokong Azizah, Jadi Kenapa Kena Siasat & Tindakan Disiplin?

Kami tolak Azizah, tapi bukan sebab wanita'

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pihaknya telah menyatakan sebab kepada PKR mengapa parti itu menolak Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Bagaimanapun, Mustafa berkata, sebab mengapa Wan Azizah ditolak tidak boleh didedahkan kepada umum buat masa ini.

Ketika ditanya sama ada Wan Azizah ditolak kerana beliau seorang wanita, Mustafa berkata: "Tidak".

Tidak, tidak, bukan kerana gender.

"Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose (tapi bukan kerana gender, saya takkan dedahkan)," katanya ketika diminta menjelaskan sama ada penolakan itu disebabkan jantina atau kelayakannya.

Mustafa berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat lajnah politik PAS di pejabat agung parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi:

Wartawan: Adakah mesyuarat malam ini PAS ada calonkan nama lain selain Wan Azizah?

Mustafa: Tidak, tidak. Bukan mesyuarat rasmi nak bincang perkara calon. Tak berbangkit. Tak ada. Tak bincang malam ni. Tak bincang.

Azmin ke?

Tak ada, tak ada. Tak bincang nama itu.

Adakah Wan Azizah ditolak disebabkan jantina atau kelayakan?

Tidak, tidak, bukan kerana gender. Kita dah maklumkan kepada.... PKR dah maklum kenapa kita... but not on gender i wont disclose .

Dah beritahu semua ini. Dah beritahu pada PKR. PKR dah maklum.

Dah beritahu PKR?

Tak boleh sebut, dah beritahu pada PKR.

Ada arahan dari PAS supaya ADUN tak terima Wan Azizah sebagai mb ...

Belum sampai lagi pada peringkat itu.


PAS berminat calon PAS jadi MB?

Walaupun kita kerusi (DUN) lebih, tapi PAS dah buat keputusan tak akan ambil kerusi MB. Tak berbangkit langsung pada waktu ini.

Mustafa terus disoal wartawan selepas sidang media media ditamatkan.

Benar tolak Wan Azizah?

Kita sudah bagi secara tertutup. Calon tak sebut.

PAS tak setuju Wan Azizah MB?

Saya nak jawab kena ada alasan, jadi alasan saya tak sebut, saya tak boleh jawab yang itu.

(Soalan tidak jelas.)

Prerogatif sultan (kita) tak nak masuk campur. Kalau sultan terima nak buat apa, kalau sultan tak terima nak buat apa, itu kuasa sultan. -mk

ULASAN GB

Jelas bahawa TIADA ARAHAN dari parti supaya DUN-ADUN jangan sokong Wan Azizah, sebelum atau selepas mesyuarat Lajnah Politik semalam.

Jika demikian halnya mengapa perlu sisatan malah ada semacam ugutan dari Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman?

Setiausaha PAS negeri Mohd Khairuddin Othman berkata sekiranya kedua-dua Adun berkenaan – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – enggan berbuat demikian, mereka bakal berdepan dengan tindakan disiplin. - petikan TMI

Kedua-dua ADUN itu dikatakan gopoh kerana tidak menunggu keputusan Jawatankuasa PAS Pusat yang akan bermesyuarat 17 Ogos ini.

Jika demikian, ada persoalan yang perlu PAS Selangor jawab iaitu:


Yang ini pendapat dari Bekas Ketua Persatuan Ulamak Malaysia yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Perak.

Pendapat Al-Fadzil Ustaz Ahmad Awang

"....Cadangan Shaari Sungip tu tidak boleh di tafsirkan sbg BERLAWANAN dgn MSU kerana keputusan MSU d buat berasaskan kpd kedudukan TSKI sbg Adun PR...

Tetapi bila beliau di pecat PkR maka TSKI bukan lg Adun PR .

Maka keputusan MSU sudah TIDAK VALID.

Begitulah hukumnya ikut QAIDAH FIQHIYAH.....

MSU pasti sangat faham...."

Dan demikianlah juga hukum kebenaran dan keadilan berjalan. What goes around turns around.. dan You get back what you give. Itu adalah sunnatullah. Anda gopoh, maka ahli di bawah anda akan bertindak demikian juga. Jika anda sokong orang yang tak hormat keputusan pimpinan parti, anda juga kena terima hakikat akan ada ahli parti anda yang tak akan hormat keputusan pemimpin parti anda.

Bukan Hukum Allah itu adil?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kena ISA bukan bukti bahawa kita sudah cukup digelar sebagai pejuang...

arahan mudah utk bersabar dlm tempoh 3 hari lagi pun tak mampu nak ikut... ini kan pula nak memerentah negara...
cis..

parti PKR... hanya wujud kerana perasaan benci dan tak puas hati dgn umno.... kalu anwar masih didalam umno... adakah akan wujud PKR?

Tanpa Nama berkata...

Sorry to saylah...sebenarnya dlm pas ni masih ramai terutama pimpinan tertingginya yg berprasangka buruk dan tak suka pada anwar...tp demi survival politik...terpaksalah bermuka muka...inilah dia perangai geng ug yg perlu diterima hakikatnya...aku bkn taksub pd anwar, aku taksub pada Allah jea...yg betul, betul jugak...yg salah, salah jugak...x kiralah ulama ke apa ke...yg maksum nabi kita jea...

Tanpa Nama berkata...

Teliti respons Penganalisis Politik Prof Dr. Agus mengenai penangguhan mesyuarat PAS Pusat 17 Ogos ini:

"PKR telah mendapat sokongan majoriti, maka mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti sudah tidak relevan lagi dalam menentukan siapa dan parti mana yang mendapat sokongan majoriti di Dewan.

"Yang relevannya mesyuarat PAS pada 17 Ogos nanti ialah untuk menentukan pendiriannya sama ada mahu terus kekal dalam PR atau bergabung dengan BN atau bersendirian dalam politik negara."

C++ berkata...

Bhai GB...

Gua stuju... dan itulah tajuk blog gua biler gua dapat tahu benda nih.... Aper daaa....

Semacam ader KASTA la plak.... aper daaa

Tanpa Nama berkata...

Setuju sesangat dgn artikel diatas!!!.. namun kita semua perlu ingat, dlm Pas bkn semua berprinsip Lebai Malang. Ramai yg bijak dan mampu bertoleransi sesama yg lain. Ada Ulamak dan juga Ularmak. Tindakan 2 Adun ni secara dasarnya tidak menyalahi prinsip parti yg menyokong PR (kononnya) cuma kenapa perlu ditekankan dakwaan yg mereka akan dikenakan tindakan kerana membelakangi keputusan Parti? Tolong jgn bermuka-muka dgn rakyat Selangor!!!

Tanpa Nama berkata...

Eh adalah arahan tu! Cuba tengok balik amanat hj. Hadi......"pas tidak akan beserta dgn gulungan munafik".

Di sini SAH LAH 2 Adun tu hamba yg merdaka dan beriman. Apa lagi mustopa hoi......sedar tak apa saja puak puak nko cakap akan berbalik pada air muka pimpinan nko. Sudah lah balik pd rakyat, takyah nak spin spin lagi macam ameno.

Tanpa Nama berkata...

Aku akn umumkn kedudukan keahlian aku dan sokongan aku kpd pas selama 30 sekira pas membuat keputusan bertentangan dgn semangat setia kawan yg dimeterai. Renunglah kebelakang, di mana pas ketika berseorangan melawan umno! Bila rakyat islam dan bukan islam bergabung demi menegakkan keadilan menyokong pad dlm pr, pemimpin pas mula lupa diri. Kepentingan rakyat dibelakangkn, masing2 mula tunjuk mcm diri mereka lah menjadikan pengundi undi dn bukan parti.
Sedarlah, Allah bru bg sedikit nikmat, sudah lupa diri. Blm dpt perintah negara lg. Klu dpt entah apa akn jafi!

Tanpa Nama berkata...

Bila orang yang dianggap berpegang teguh pada agama tidak lagi dapat dipercayai dan dipegang janjinya... musibah pada agama sangat besar dan kerosakan kepada rakyat mungkin sangat dasyat.

Tanpa Nama berkata...

sebab tu golongan ulamak2 munafik adalah golongan yg mula2 sekali dimasukkan dlm api neraka berbanding org2 yg jahil.

BaDiN berkata...

Bersama TSKI bermakna PAS setuju dgn BN secara tidak langsung.Apa makna sokongan PAS kpd TSKI yg beliau dipecat oleh partinya sendiri.Beliau tidak Walla' kpd Pimpinannya adakah kita mahu ambil dia lagi Sdgkan ahli sendiri yg tidak Walla' kpd pimpinan nak dikenakan tindakan DI. Kena Walla'(taat) kpd Pimpinan tapi bagaimana kalau gerombolan yg Taat kpd MB yg tak taat Kpd Pimpinan sendiri.Bila mau selesai daaa..Dimanakah kesetiaan kpd Persefahaman yg terhasil daripada sebuah Persahabatan.Buang sahabat bermakna ada yg tak kena ke atas Persefahaman yg di Sepakati bersama.PR Tanpa PAS nak panggil apa pulak.Persahabatan dalam Perjuangan Utk menumbangkan Umno/Bn nampaknya semakin mencabar.Talian Hayat Umno/Bn bergantung kpd keputusan PAS pada 17hb ini.Andainya TSKI kekal maka PR akan musnah.Andainya ada nama lain selain dari W.Azizah diangkat jadi MB maka hayat PR masih panjang.Tapi calun alternatif MB masih misteri andainya PAS tolak TSKI dan W.Azizah jadi MB.Rakyat Selangor sdh tentu mahu anak jati Negerinya jadi MB. MPN PKR/DAP perlu mendahului rakyat Selangor utk dilantik sebagai MB.Umno/Bn tidak mustahil akan menggunakan isu MB dari luar Selangor sebagai Peluru utk disasarkan kpd PAS,PKR,DAP jika disahkan W.Azizah jadi MB.

Tanpa Nama berkata...

Excuse me kalau penyakit kanser dah sampai peringkat berbahaya takkan lu nak menunda lagi.

Inilah masalah kalau masih ada org guna cara konvensional dalam menyelesaikan masalah dan rasullulah pernah pesan lu kena didik anak mengikut peredaran semasa kerana apa yg dihadapi anak kita pd masa akan datang adalah berbeza dengan kita. Lu masih ingat lagi pesan rasulullah yg ini?

Kalau isu ini lu nak guna cara lama amcm lu nak bimbing rakyat malaysia mengikut peredaran semasa beb kalau lu jadi pemerintah? Lu fikirkanlah

Tanpa Nama berkata...

Dr zuhdi yg terang2 main blkg tak pulak diambil tindakan... buat malu jea pas ni...

Tanpa Nama berkata...

Kena tindakan disiplin sebab tak ikut keputusan pusat la..senang je jawapan dia..

4G berkata...

Grern boc u r right

Tanpa Nama berkata...

Mat Sabu pernah kena ISA, bila pula HADI kena ISA?

Tanpa Nama berkata...

Tak perlulah tutup belang UG yang dah terdedah....

Tanpa Nama berkata...

Bila tak dapat sokongan terpaksa guna majlis Syura, kemudian tangguh dari 10 ke 13 kemudian17, nampak Presiden UG perlu diganti...

Tanpa Nama berkata...

Yang aku tak faham, mengapa PAS bersungguh-sungguh menolak Wan Azizah sebagai MB sedangkan mereka boleh pula menerima Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sebelum ini?
Jika disebabkan integriti, Anwar dah sebut dah yang dia akan letak jawatan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor sekiranya Wan Azizah jadi MB Selangor. Jika sebab dia perempuan, PAS sendiri dah katakan ia bukan isunya.
Jikalah disebabkan Anwar dibelakang Azizah (Mengawal Azizah dalam membuat keputusan), di Parlimen dulupun Anwar mengawal Azizah semasa menjadi Ketua Pembangkang. Masalahnya, salahkah berbincang mengenai masalah negara/negeri diantara suami isteri yang kedua-duanya ada jawatan dalam PKR? Lagipun setiap sesuatu keputusan yang dibuat setelah berbincang dengan kepimpinan parti yang lain.
Dan setahu saya, tidak ada ahli keluarga Anwar yang menjawat jawatan penting seperti CEO dalam apa-apa syarikat berkaitan kerajaan negeri Selangor.

Jadi disini, PAS sebenarnya nak apa? Yang saya nampak PAS seperti beria-ia sangat mahu ber Unity Government (UG) dengan UMNO walaupun bersungguh-sungguh menafikannya.

Unknown berkata...

Hadi Awang sebenarnya yg megidap post tu..ustaz vellfire dan seangkatanya pun nak tumpang tuii sekali..

ramziredang berkata...

salam tuan GB,
semua kemelut sekarang ini boleh dikatakan menjadi terheret bila TG presiden dan majlis syura mengeluarkan keputusan yg bertentangan dgn semangat kesetiakawan PR. Alasan tidak setuju dengan Wan Azizah adalah sesuatu yg akan membuat kita tidak bisa sebulat suara sampai bila2. PKR tak setuju khalid, PAS tak setuju wan azizah,kalau diandaikan PAS plak cadang nama YB PAS sebagai MB DAP plak tak setuju, jadi benda mcm ni bukan sesuatu yg bertujuan utk kesepakatan, tetapi kehancuran.
Skrg keputusan majlis syura hendak diangkat sebagai keputusan yg berwibawa dan penuh intergriti? Untuk menilai kembali samada ke'intergriti'an ini kita perlu pusing ke belakang melihat episod hassan ali dan nasaruddin mat isa. Mereka berdua ini adalah 'lambang majlis syura'. Kerana dari awal dulu grassroot mula persoalkan langau berdua ni..tapi majlis syura dan TGHA lah yg menatang mereka berdua bagai minyak yg penuh. Mereka hanya ditendang bila satu masa yg benar2 mereka menikam majlis syura..baru lah majlis syura melompat setinggi bumbung hendak menikam mereka.
Hakikatnya sekarang, dunia hari ini digambarkan segala kepercayaan, segala harapan, janji setia dalam berkawan telah dirosakkan sendiri oleh orang yg lebih alim dalam ilmu agama.Pada merekalah sepatutnya segala yg kusut menjadi terlerai tetapi seolah sesuatu jadi makin kusut ditangan mereka. Pada merekalah sepatutnya tempat kita bergantung tetapi merekalah yg menghancurkan kita. Apakah terlalu cetek pemikiran orang2 agama di zaman skrg hinggakan mereka tidak mampu membaca rentak pengundi hari ini? Hinggakan tindakan tindakan orang2 agama ini terlalu asing untuk kita faham cara mereka berfikir?

Tanpa Nama berkata...

daun ketum(herba)+pil kude(kimia)=
UG

Tanpa Nama berkata...

Penilaian saya, Presiden Pas adalah punca segala kekalutan ini berpanjangan.Kerajaan PR ditumbangkan oleh ahli2 PR sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Adakah "Amanat TGHH" akan memakan diri sendiri??

Tanpa Nama berkata...

X payah pening2 kapla... akuilah yg hj hadi, harun din, stopa ali tu sendiri geng ug...nasib baik nik aziz masih ada...kalau tak dah lama geng2 spt mat sabu, husam, mahfuz kena terajang keluar parti...
Satu lg geng ug ni masih malu2 sebab majoriti akar umbi tolak geng ug perosak pas ni...
nak marah marahlah tp inilah hakikat selama aku ikuti perkembangan pas...

Tanpa Nama berkata...

yg sokong pakatan rakyat jangan berbalah sesama sendiri.fokus kpd musuh utama.fokus pada penyelesaian.masing2 ada kesilapan.peristiwa ini akan menguatkan lagi pakatan rakyat.jgn risau.insyaallah.

Tanpa Nama berkata...

Inilah sebabnya PAS tidak boleh pergi jauh. Selalu buat kenyataan dan tindakan yang kurang bijak.

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak hapus UG dalam Pas nanti ada lagi masalah, letak calon kawasan PKR, sekarang bantah MB PKR, Tak tahu apa lagi Bekas MB Terengganu sepenggal ni nak buat onar....

Tanpa Nama berkata...

masa pemilihan timbalan, puak UG bekerjasama dengan UMNO nak jatuhkan Mat Sabu?

Anti Fitnah berkata...

Pilih MB pun nak lihat kepada kerakyatan kenegeriankah? Bukankah cara pemikiran sedemikian sama seperti pemikiran perkauman? Jadi ADUN boleh, MB tak boleh?
Negara yang maju bergantung kepada kehebatan pentadbirnya dan bukan asal usul pentadbir itu. Bagi aku, janji pentadbir itu boleh membawa kemakmuran dan berintegriti, maka tiada masalah bagi aku.

Tanpa Nama berkata...

Ada adun dan ahli parlimen wanita dari Pas? Kalau Pas semua bokeh termasuk bekerjasama dengan taghut

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas main wayang saja..siapa tak mau jawatan mb...pemimpin kluk klek..disaat genting spt ini masih nak tunggu meeting. Seorg pemimpin mesti berupaya utk membuat keputusan dgn segera dan tepat. Itulah tugas pemimpin. Kalau nak tunggu meeting dulu, anak aku yg masih tadika pun boleh. Sorry to say , those people cannot think properly due to heavy sarban covered their head and brain as well. I hate mahadei but he is good in decision making..Berubah lah wahai pemimpin2 pas..biarlah kekal bulan purnama..bulan gerhana hampir menjelma..