15 Ogo 2014

Mat Taib Pun Lemas Dengan Sikap PAS Yang Terhegeh-Hegeh Buat Keputusan

Krisis MB Selangor: Mat Taib kecam PAS lambat buat keputusan

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengecam PAS yang lambat membuat keputusan dalam krisis menteri besar Selangor, ketika Umno sendiri sudah menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Muhammad yang juga ahli PAS berkata, parti Islam itu perlu membuat keputusan segera dengan mengambil kira realiti keadaan semasa dalam krisis di Selangor.

"Mereka lambat, kenduri sudah habis, pengantin sudah masuk bilik.

"Buat keputusan lambat-lambat, apa ini? Kita kena ambil realiti hari ini, tidak perlu tunggu 17 Ogos, kita kena fokus apa yang berlaku hari ini,"
katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau juga mempersoalkan PAS yang melengah-lengahkan keputusan membabitkan isu di Selangor, walaupun selepas 30 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) menyatakan pendirian menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar.

"Saya fikir mereka lambat dan sudah ketinggalan. Sudah ada 30 yang menyokong," katanya yang juga dikenali sebagai Mat Taib.

Muhammad juga menyifatkan tindakan 12 Adun Barisan Nasional menyokong Khalid, seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tempoh hari, satu kesilapan besar buat PAS.

"Ini faktor beliau (Khalid) perlu dibuang keluar daripada Selangor, ia satu kesalahan yang serius apabila mendapat sokongan Umno," katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dibiarkan dan sewajarnya mendapat pertimbangan segera daripada PAS khususnya yang masih tidak menyatakan pendirian.

"Itu kesalahan yang besar daripada segala-galanya, kenapa biarkan? Bila disokong Umno menunjukkan Khalid boleh jadi alat kepada Umno," katanya.

Beliau juga mengingatkan Pakatan Rakyat (PR), khususnya PAS, supaya bangun daripada tidur dan membuat keputusan segera.


"Saya fikir PR perlu jaga daripada tidur saja, perlu bangun dan kembali tadbir Selangor.

"Rakyat Selangor sudah mula bosan dengan tindakan kebudak-budakan," katanya.

Tindakan 30 Adun menyokong Dr Wan Azizah semalam juga menunjukkan tiada alasan untuk PAS masih menyokong Khalid.

"Mereka (PR) sudah dapat 30 majoriti Adun, apa lagi alasan? Tidak ada alasan yang hendak dicari lagi, mereka sudah ada nombor dan perlu hormat mandat rakyat,"
katanya.

Muhammad sebelum ini mengkritik kedegilan Khalid yang enggan meletak jawatan kerana sudah dipecat partinya, PKR sendiri.

Beliau berkata, Khalid perlu letak jawatan walaupun menerima sokongan daripada PAS.

Kemelut di Selangor semakin meruncing selepas Khalid mengambil langkah drastik memecat 6 ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco) Selangor daripada PKR dan DAP, serta menegaskan beliau masih MB yang sah selepas mendapat perkenan Sultan Selangor.

Susulan perkembangan tersebut, PKR dan DAP mendesak PAS menyatakan pendirian mereka dengan segera tanpa perlu menunggu mesyuarat Ahad ini.

Namun, semalam dua Adun PAS menyatakan sokongan secara terbuka kepada Dr Wan Azizah serta kesediaan berdepan tindakan daripada parti Islam tersebut. – TMI


'Tukar MB bukan macam tukar ketua kampung'

PAS sengaja mengambil sedikit masa, bukan sebulan hanya seminggu untuk mencapai keputusan di dalam isu penggantian menteri besar negeri Selangor. Kita bercakap berkenaan jawatan menteri besar, jawatan nombor satu dalam pentadbiran sesebuah negeri.

Kita bukan mahu menukar seorang ketua kampung, ini urusan menukar seorang menteri besar.

Pada saat yang kritikal ini unsur emosi dan sentimen harus diketepikan. Prinsip integriti, setiakawan, keadilan, kebijaksanaan serta hikmah mesti mengambil tempat dalam mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. Justeru itu, we shouldn't rush in making decision but we should adopt a deliberate cautious approach with wisdom and sincerity.

Kita bercakap tentang meminta seseorang menteri besar meletak jawatan. Kita perlu berhemah dalam hal ini. Apa kesilapannya, apa kemudaratannya, apa kesalahannya, apa kelemahannya dan apa kemaslahatan persekitaran negeri yang ditadbirnya?

Kita perlu menghalusi faktor-faktor ini secara terperinci agar kita sampai kepada keputusan yang adil dan yang baik bagi semua pihak, yakni, negeri, rakyat, istana dan individu yang terlibat. Keadilan yang menjadi teras perjuangan Pakatan mesti ditegakkan.

Berkaitan dengan isu ini dan belajar daripada pengalaman PAS sendiri, saya ingat kembali kes Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menantunya.

Apabila saya bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang, presiden PAS; Datuk Dr Haron Din, timbalan muryidul am PAS dan Dr Mohd Hatta Ramli, bendahari PAS Pusat membawa mandat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bertemu dengan Nik Abdul Aziz berkaitan isu pelantikan menantu beliau dalam Perbadanan Menteri Besar Negeri Kelantan (PMBK).

Isu nepotisme dan integriti telah bermain di bibir rakyat pada waktu itu. Nik Abdul Aziz tidak teragak-agak lagi, terus dipanggil menantunya dan diminta menandatangani surat peletakkan jawatan serta-merta! Mengapa Nik Abdul Aziz mengambil sikap tersebut?

Bagi saya Nik Abdul Aziz amat faham dengan konsep parti menguasai kerajaan, hidup berjemaah - keputusan jemaah, keputusan parti harus dipatuhi. Seperti kata,the interest of the many, outweigh the interest of the few.

Parti yang menguasai kerajaan, bukan kerajaan yang menguasai parti. Ini yang kita harus faham apabila kita memasuki gelanggang politik Malaysia. Tidak ada pemujaan individu dalam parti. Jawatan yang dipegang oleh seseorang dalam kerajaan adalah disebabkan dicalonkan oleh parti. Jadi bila parti suruh pergi, ikutilah kehendak parti.

Saya teringat sejarah Khalid Al Walid, panglima yang 'dipecat' oleh khalifah. Pemecatan daripada khalifah mesti ada sebab-sebabnya, mesti ada 'kaulnya' dan mesti sudah dihalusi daripada segenap sudut oleh Umar Al Khatab. Adakah Khalid memberontak? Tidak! Panglima besar ini akur dengan keputusan Khalifah. Inilah hidup berjemaah.

Jangan persoal komitmen kami

Sebegitu juga kita dalam proses memilih menteri besar. Perlu dihalusi bersama, perlu diskusi bersama dan perlu persetujuan bersama. Janganlah ada di kalangan kita mengambil pendekatan pushing down into our throats! Sekurang-kurangnya ada pilihan, agar yang terbaik diberi berkhidmat kepada rakyat.

Untuk tatapan kita bersama daripada paparan sejarah PAS, isu kronisme, nepotisme dan sikap autokratik adalah faktor yang besar yang menjatuhkan PAS negeri Kelantan dalam era Tan Sri Datuk Dr Haji Mohd Asri Haji Muda.

PAS juga pernah mengalami krisis di negeri Kedah sebelum pilihan raya umum kali ke-13 (PRU 13) yang akhirnya kita semua menerima akibatnya. Oleh itu, marilah kita bersama-sama belajar daripada sejarah ini supaya kita pada hari ini terutama Pakatan tidak mengulangi kesilapan yang sama agar memungkinkan kita hilang lagi sebuah kerajaan.

PAS prihatin dalam hal ini, bersama PKR dan DAP kita berjuang menentang kezaliman, menentang rasuah dan menentang kronisme dan nepotisme. Kita menentang sekeras-kerasnya sehingga kita nobatkan dalam manifesto PR. Kalau tidak rakyat akan melihat kita yakni Pakatan sebagai "harapkan pagar, pagar makan padi!"

Justeru itu, di dalam pencalonan bakal menteri besar baru ini harus Pakatan menjauhi persepsi-persepsi negatif tersebut. Biarlah kita mengambil masa untuk mencari yang terbaik demi masa depan Pakatan yang kita sama-sama sayangi.

Kepada rakan-rakan di dalam PKR dan DAP, usah gusar dengan komitmen PAS dalam perjuangan menentang kezaliman, menentang rasuah, menentang, kronisme dan nepotisme.

Sejak ditubuhkan, kami berjuang atas landasan ini, malah bukan sahaja kami diremehkan, difitnahkan, dipenjarakan malah dalam Peristiwa Memali sahabat-sahabat kami dibunuh dengan kejam! Bukan sahaja masa, wang, keringat dan air mata yang kami curahkan, malah darah dan nyawa telah kami korbankan dalam perjuangan menentang kebatilan-kebatilan ini. So, please, don't question our committments, we were there when you were sleeping.

Insya-Allah, give us until 17th of August untuk membuat keputusan yang adil, berhemah dan berhikmah. Doakan agar Pakatan tetap utuh dan bertambah kuat melalui dugaan-dugaan ini. Doakan agar jiwa dan raga kita, warga Pakatan, sentiasa berkobar untuk memerdekakan negara kita daripada Umno/BN, amin!
-mk


ULASAN GB

GB terima kedua-dua pandangan di atas. Pertama kritikan Mat Taib terhadap kelembapan PAS buat keputusan. Kedua hujjah Salehuddin Ayub yang mempertahankan tindakan PAS melengahkan mesyuarat.

Secara peribadi, saya lebih mengenali Naib Presiden, Salehuddin Ayub daripada Mohd Taib, tetapi daripada hujjah-hujjah yang dibentangkan saya terpaksa bersikap apologetik kepada Sdra Salehuddin, kerana saya lebih berpihak kepada Mat Taib.

Terus-terang, saya amat tidak suka kerja berlengah-lengah amalan sesetengah pemimpin PAS.

Ketua Pemuda PAS mentweet alasan dari presiden PAS bahawa kita tidak mahu membuat keputusan yang tidak masak. Saya meragui jawapan itu, kerana sebelum ini Tuan presiden sendiri begitu cepat membuat kenyataan memberi sokongan kepada Khalid Ibrahim. Tetiba sekarang tiba-tiba sudah tukar gear? Apakah ini untuk memberi masa kumpulan pro-Khalid melobi supaya keputusan 17 hb ini berpihak kepadanya?

GB bukan berburuk sangka, teetapi itu persepsi yang diperolehi oleh ahli bawahan terhadap alasan Tuan Presiden berkenaan.


Bukankah procrastination (berlengah-lengah atau bertangguh-tangguh) itu amalan syaitan? Apatah lagi ia berkenaan dengan masa depan ummah. Ni bukan sekali tangguh, dah dua tiga kali tangguh...

GB sudah ulas sebelum ini:-

PAS terlalu lembab dan lemah di dalam strategi politiknya. Seperti ynag GB utarakan sebelum ini PAS masih terhegeh-hegeh untuk membuat keputusan, terpaksa menunggu JAwatankuasa Pusat bermesyuarat pada 17 Ogos ini - setelah dua kali ditunda - dari 10hb kepada 13hb dan kemudian kepada 17hb Ogos. Dalam jangakawaktu itu Khalid sudah dipecat, dan Khalid pula memecat para exco. Pakatan sudah kehilangan Selangor. Mungkin lepas ini DUN Selangor dibubarkan sedangkan PAS Pusat masih belum bermesyuarat lagi.

UMNO bertindak pantas mengadakan mesyuarat sebaik saja Khalid Ibrahim dipecat dan membuat keputusan menyokong Khalid sebagai MB. DAP sudah pun membuat keputusan lebih awal untuk bersama Pakatan Rakyat menyokong tindakan PKR memecat Khalid.

Di zaman IT serba canggih ini, dan di zaman Whatsapp, facebook, video connferencing dan segala mak nenek teknologi maklumat lansung tak dimenafaatkan untuk membuat mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat. Masih nak buat gaya konvensional, semua perlu hadir bersemuka sehingga mesyuarat terpaksa ditunda berkali-kali. Sungguh ketinggalan.

Semua ada komputer, semua ada smartphone... tapi hanya untuk fb dan tweet benda-benda kosong. Apa salahnya belajar gunakan kesemua itu untuk kepentingan parti dan jemaah, bermesyuarat secara video conferencing? Yang mana duduk jauh-jauh tak payah susah-susah nak terbang ke Ibu Pejabat PAS di KL.

GB pernah mengajar di sebuah universiti maya. Semua anak murid dari seluruh negara tak payah attend kelas secara bersemuka. Duduk di rumah masing-masing dan hadir kuliah depan laptop masing-masing. Takder masalah. Begitu juga meeting fakulti atau universiti dengan sekalian Datuk Professor, Professor Datuk dan sekalian kakitangan. Jarang sekali bersemuka. Tetapi semua lancar. Itu hampir 10 tahun yang dulu.

PAS kini masih guna cara Pak Kaduk. Semua kena hadir bersemuka. Itu sebab kena bertangguh. Yang cuma nampak hebat bila habis mesyuarat buat press conference. Konon akulah jurucakap parti paling penting!

Ketinggalan betul, itu pun berebut nak Putrajaya. Tengok perfomance wakil rakyat PAS kat parlimen hari ini, kita malu dan sedih untuk mengaku itu MP PAS...

Kalau tak mahu guna IT, nak kekal guna style lama tak apa kalau tegas, cekap dan cepat, bukan terhegeh-hegeh.

Itu sebab Mat Taib yang baru masuk PAS pun lemas dengan cara pengurusan pemimpin PAS yang ada.

GB petik komen dari beberapa pengkomen di blog GB mengenai kelembapan pengurusan PAS.

Excuse me kalau penyakit kanser dah sampai peringkat berbahaya takkan lu nak menunda lagi. Inilah masalah kalau masih ada org guna cara konvensional dalam menyelesaikan masalah dan rasullulah pernah pesan lu kena didik anak mengikut peredaran semasa kerana apa yg dihadapi anak kita pd masa akan datang adalah berbeza dengan kita. Lu masih ingat lagi pesan rasulullah yg ini? Kalau isu ini lu nak guna cara lama amcm lu nak bimbing rakyat malaysia mengikut peredaran semasa beb kalau lu jadi pemerintah? Lu fikirkanlah -by Anonymous

Ketika semua rakyat jelata macam saya sibuk mencari rezeki, pening mencari jalan utk jimatkan belanja, letih memikirkan nasib diri 10 tahun lagi...ulama dalam Pas dok buat semak dalam politik. Macam ni ke kualiti bakal Perdana Menteri? Sebagai pemimpin... keputusan kena cepat, tepat, tegas dan peka kepada masalah yang akan datang. Kalau macam ni cara pengurusan krisis Pas... memang kebulur la rakyat kalau Pas memerintah. Saya dilahirkan dalam keluarga Pas, dikawasan yang dianggap kubu kuat Pas di Dun Bukit Pinang. Masa saya budak2 cuma org kampung ja yg sokong Pas. Pas memang kelihatan hebat pada masa tu. Sekarang bila dah ramai penyokong dari cerdik pandai kenapa Pas semakin mundur dan tiada integriti? Kenapa sampai sanggup khoanat kepada rakan sekutu? Pecahkan tugas dalam Pas.. biar Profesional berpolitik dah Ulama berdakwah. Ulamak menegur bila profesional silap langkah dalam politik., by Anonymous

Dah memang wajar ditukar kesmeua pemimpin PAS ini. Ya Allah Ta Tuhan kami.... tolonglah kami...







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taniah Salehuddin Ayub keran hujah Sana UG gang.

Tanpa Nama berkata...

PAS (Parti Slow SeMalaysia)Hangpa ingat masalah negeriSelangor sekarang macam hangpa urus Qariah ka puak-puak ustaz oiii.

Tanpa Nama berkata...

tulah setakat jd president pas pastu duk kat masjid je xpayah lah jadi ahli politik...perkembangan dunia moden yg serba serbi pantas dia xnak gunakan.. camne lah pas nak maju

Tanpa Nama berkata...

sy penyokong pkr. apa susah sgt, letak nama lain selain wan azizah. pasti ada ramai adun pkr yg berkelayakan di selangor. haiya... kasi pening kapla la..

Tanpa Nama berkata...

Ada lojiknya

Tanpa Nama berkata...

Pas oh Pas...berapa lama mau 'romen'?

Malaysiabaru berkata...

pada tahun 70an mat nasir di pecat dari jawatan mb dan juga ahli pas.... apa kata pas pecat haji hadi... insyallah selesai masalah tak payah la nak merenget ya allah ya allah... guna akai tuhan bagi.. ingat tidak ada satu doa hj hadi pun yg allah dah makbul

Tanpa Nama berkata...

Lembab oh lembap. Agaknya tuan presideng kita ni masa sekolah dulu dari kelas lembam ke?

Tanpa Nama berkata...

Biasa la nak kata Yes takut orang kecik hati...
Nak kata No takut orang kecik hati..

Tanpa Nama berkata...

Huh! Bagi profesional jer berpolitik..? lagi hancur.. tengok la apa puak2 ni dah buat kat Perak sekarang.. Memilikdirisendirikan jawatan parti, menabur fitnah, melagakan caw. & kaw., mencantas para ulama', berlagak macam merekalah yang tahu segalanya sebab mereka golongan pro.. Padahal punca PAS kalah banyak kerusi di Perak dulu adalah kerana tindak-tanduk puak2 ni.. Dan kebetulan pula dalam kisah MB S'gor ni, banyak pula puak pro ni yang membuat hingar-bingar.. Nampak sangat barah dari Kedah dulu dah merebak ke Selangor.. Kita bukan nak kisah sangat profesional ka, ulama ka.. Sebab ada ulama yang profesional & ada juga profesional yang ulama.. Kepada puak pro yang terkenal ganas ni, rajin2lah pergi usrah.. Jangan rajin datang mesyuarat saja.. Pada ulama pula, dalami bidang ilmu lain.. ilmu lain pun penting juga.. Contohi Allahyarham Dato' Fadzil Noor, seorang pakar ilmu mantik.. Apapun, patuhi ketetapan Majlis Syura, ramai pro & ulama yang ada dalam tu.. Mungkin juga ada yang kasyaf.. Siapa tahu.. hahaha..

Green Kusanagi.

Tanpa Nama berkata...

So Khalid gonna dissolved the DUN? Guess this is sonner or tlater. And This is exactly planned by unmo + Khalid. In the snap state election, the new PR will be just PKR and DAP, and PAS will be alone by itself contesting many seats 3 corner fight with UNMO and PKR. How many PAS can win? ZERO? Or slightly bigger than ZERO?

Eventually, UNMO will win most seat in DUN. New PR (PKR + DAP) will win some seats and continue work hard for next PRU.

PAS? 0 or 1 or 2 seats, and completely NO RESPECT from young Muslim and all None Muslim of whole country. That's the PAS and President of PAS wanted. No sure they step the trap or they are the one creating the trap.

Tanpa Nama berkata...

Snap Election coming, so where is PAX going to be? With PR? With UNMO?

Sorry, nobody want with penipu and penikam, even UNMO pun tak nak take risk with this kind of people.

So PAX, next time before you guys (especially the heboh uzt won a seat then bough a show off car) said "cina dap hina ini lar hina itu lar", think (if you ever have a brain), were the votes of cina to you in PRU2008 PRU2013, a HINA too?

Tanpa Nama berkata...

ALLAH DAH BERI KUASA 100% PADA PAS MEMBERSIHKAN MAKSIAT DI SELANGOR ..KENAPA MASIH NAK TAKUT DENGAN KAFIR LAGI ? PELUANG INI TAK AKAN DAPAT LAGI..KHALID DAN UMNO DITAKDIRKAN TELAH MESTI SETUJU.

Tanpa Nama berkata...

Presiden tak cerdik, timb presiden lagilah 2 x 5, Parti Angguk Saja.

Tanpa Nama berkata...

PAS HANYA PERLU TAKUTKAN ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Dgr cerita terkini setakat ni Anwar bersedia utk lantik Dr Idris Ahmad Adun Ijok bagi menggantikan Wan Azizah...mohon GB explore sikit...

Tanpa Nama berkata...

Mat Taib tu bkas org umno, mmg laju sikit, tapi dah kna rejet, elok sgtlah Pas ambik, boleh recycle. Umno reject Pas kutip.

Tanpa Nama berkata...

It's procrastinating.

Pemerhati berkata...

salam..

jgn cpt mgata org. cuba fikir..saper yg sebenar'y mencetuskan mslh di S'gor?

pgosongan kerusi Kajang, Kajang Move, Penafian nk tkr Mb, penafian nk jd calon...

org lain yg jd punca masalah, Pas lak yg nk dipersalahkan. mmg Pas lewat buat mesy..akupun bengang. tp yg timbulkan masalah tu aku 5 kali bengang.

Masa nk kosongkan Dun Kajang...ada Pas dibawa berbincang??? semasa umumkan Dswa sbagai calon Mb, ada Pas dirujuk??? dahlah Pas terpaksa bersetuju nga langkah Kajang wpun Pas diabaikan. itu pgorbanan besar Pas. kita org bwh X tau.. Mgkn dlm perbincgan di antara Pas dan Pkr, Pas telah tegaskan X mau Dswa. jd ape susah sgt..calonkan org lain. S'gor X sama nga kelate n penang. setahu akulah, Pas hnya stuju kalu Anwar yg gantikan Tski. Kalu Anwar X leh jd calon Mb, maka kena bince bersama2lah u tentukan calon. X leh terus ganti nga bini.

U DSAI, jgn terlalu gopoh nk wat sesuatu tndakan,..fikir dulu beribu kali. jgn fikir semua org akn ikut telujuk kita. ahli parti dan sahabat karib pun X endah arahan kita, ini lak ore lain. jgn igt, Pas kut2 manepun akan setuju, demi u X mahu PR berpecah. kerana sikat terburu2 anda, Pas lak yg dalam dilema. begitun jg TGHH, jgn cpt melatah di dpn wartawan. X kan kita X tau, para wartawan sgaja timbulkan soalan provokasi. kita lak pabila disua mikrofon, mulalah syok sendiri.

Akhir skali, bykkan doa minta pertolongan Allah. Kalu kita ikhlas berjuang, InsyaAllah, Allah akan tunjuk jln kuar dlm krisis ini. Semua diharap berlapang dada. jgn terlalu emosional. org kg pun leh kwl emosi emosi, X kan pemimpin atasan X leh kot. jgn kuarkan knyataan yg leh memarakkan lg isu.

Wallahu a'lam

Tanpa Nama berkata...

ke 2 2 glgn amat penting dlm Pas.slg bantu membantu, bahu membahu.

Pemerhati berkata...

kalau btul Pkr dah pilih calon lain u gantikan Dswa..alhamdulillah. InsyaAllah, krisis di S'gor akan berakhir. Pr akan terus memacu laju ke hadapan, amin. yg penting tumbangkan UBN!!

Tanpa Nama berkata...

Setuju 100%, makin meluat2 tgk sesetengah prangai yg di tunjukkan oleh pimpinan pas yg lmbab mmbuat kputusan, sehinggakan tski mnunjuk sikap angkuh & sombong..,angkara mlengah2 utk mgadakan mesyuarat, aku ni sbgai org muda & ahli pas seumur hidup memikir kembali utk mngundi parti lain pd next pru... Terutama di Kelantan...

Tanpa Nama berkata...

Kenapa nak ganti barang yang tak rosak.

Tanpa Nama berkata...

Wahai anakku, Allah boleh segera membersihkan Aisyah R.A bilamana ia difitnah, namun sengaja Allah biarkan selama 3 bulan baharulah ayat membersihkan beliau diturunkan. Wahai anakku, kenapa Allah lakukan demikian? Al-Quranmenjelaskan tujuan-Nya untuk Baginda dan para sahabat mengenali siapa yang beriman dan siapa yang munafik. Aku tidak akan kata demikian kepada apa yang berlaku, namun aku kata siapa yang sabar dan taat dan siapa sebaliknya. Wahai anakku, Aku juga ingin mengingatkan kamu betapa sewaktu bani Israel yang beriman dengan Nabi Musa mendesaknya untuk menyatakan dengan jelas ke manakah mereka harus lari bagi menyelamatkan diri dari tentera Firaun yang mengejar mereka. Lalu, mereka diarahkan lari ke tepi lautan. Di saat itu, andainya mereka tidak sabar dengan perintah Nabi Musa tentulah mereka meninggalkan Nabi Musa lalu mereka akan dihancurkan oleh Firaun. Akan tetapi, kesabaran dan ketaatan telah menyelamatkan mereka dari musibah yang besar, bilamana Allah memerintahkan Nabi Musa memukul lautan, bagi membuka jalan untuk menyelamatkan mereka. Lihatlah dengan mata hati, anak kesayanganku, di saat yang genting itulah datangnya ujian Allah kepada kita. Hendak diuji samada kita akan membelakangi jamaah atau meninggalkan jamaah. Aku mohon kita semua diberi perlindungan Allah dari petaka itu. Oleh itu wahai anakku, apa payah bagimu bersabar seketika sementara menunggu jawapan bersama jamaah? Janganlah kerana engkau bimbang keputusannya tidak selaras dengan kehendakmu, lalu engkau tidak sabar dan tergopoh melakukan sesuatu yang dilihat seolah-olah memaksa jamaah menuruti kehendakmu. Jangan pula kamu merasai hebatnya tindakanmu kerana tindakan kamu ini akan membangkitkan serangan yang sedang tidur ke arah kamu. Aku cukup bimbang harga yang perlu dibayar oleh kamu hanya kerana ketidaksabaranmu menunggu jawapan jamaah. Senyum Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man 15 Ogos 2014
Fri Aug 15, 2014 1:43 pm

Tanpa Nama berkata...

Musuh dah masuk dalam rumah baru nak buat keputusan. Semasa musuh diluar pagar, tidak ambil tindakan. Sekarang sudah parah. Tanggunglah sendiri padahnya kelembapan pemimpin membuat keputusan yang betul.

Tanpa Nama berkata...

Sebabnya barang tu rela dipakai oleh orang lain. Tak setia pada yang satu itulah kerja syaitan

in response to Kenapa nak ganti barang yang tak rosak., by Anonymous.

Rakyat Selangor berkata...

Pas tetap bersama Pakatan Rakyat. Tapi ini tidak bermakna semua keputusan yang diambil oleh PKR dan DAP harus dipersetujui oleh PAS.

Dahulu, apabila Selangor dimenangi oleh Gabungan Pakatan Rakyat, melalui perbincangan, PAS dan DAP bersetuju memberi laluan kepada PKR bagi mengisi jawatan menteri besar Selangor.

PKR mencalonkan Khalid, dan Azmin sebagai calon. Lalu PAS dan DAP bersetuju memilih Khalid. Khalid dinobatkan sebagai menteri besar walaupun Azmin lebih tinggi pangkatnya dalam PKR.

Dengan ini, kita faham bahawa urusan membabitkan jawatan menteri besar Selangor adalah URUSAN BERSAMA dan perlu melalui perbincangan bersama ketiga-tiga parti dalam menentukannya.

Apabila PKR mahu menukar MB Selangor, pernahkah mereka bermesyuarat terlebih dahulu meminta pandangan PAS???

Tidak, tiba-tiba adun Kajang meletakkan jawatan, kerusi dun dikosongkan untuk memberi laluan kepada Anwar. Pernah minta pandangan PAS sebelum bertindak???

Apabila Anwar tak dapat bertanding, diganti dengan Wan Azizah, rasanya kalau Wan Azizah tak dapat bertanding akan diganti dengan Nurul Izzah. Nepotisma yang mengalahkan UMNO.

Apabila PAS tidak bersetuju dengan langkah Kajang tersebut, PAS dituduh dengan pelbagai tuduhan. Mengkhianati Pakatan Rakyatlah, ada puak UGlah, bla bla bla. PAS sahaja yang bersalah, PKR???

Apabila Wan Azizah memenangi pilihan raya dun Kajang, beliau terus dinamakan oleh PKR sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baru tanpa sebarang mesyuarat bersama dengan PAS dan DAP.

Apabila PAS tidak bersetuju dengan Wan Azizah dan menyatakan bahawa Tan Sri Khalid tidak perlu ditukar buat masa sekarang, PAS kembali dituduh dengan pelbagai tuduhan. Mengkhianati Pakatan Rakyatlah, ada puak UGlah, bla bla bla.

Melihatkan PAS terus memberikan sokongan kepada Khalid, PKR memecat Khalid daripada partinya. Hal ini sebenarnya bukan untuk menghukum Khalid, tetapi untuk memaksa PAS agar tunduk menerima Wan Azizah.

Apabila PAS tetap berkeras menyokong Khalid dan tidak menerima Wan Azizah sebagai menteri besar, PAS kembali dituduh dengan pelbagai tuduhan. Mengkhianati Pakatan Rakyatlah, ada puak UGlah, bla bla bla.

Tindakan PKR menjadikan jawatan Menteri Besar itu seperti miliknya secara mutlak sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu tidak dianggap sebagai kesalahan.

Tindakan PKR mengumumkan siapa yang akan menjawat jawatan tersebut sesuka hati tanpa berbincang terlebih dahulu juga tidak dianggap sebagai kesalahan.

Yang salahnya semua PAS. Apa salah PAS? PAS bersalah kerana tidak bersetuju dengan tindakan PKR. Kerana apabila menyertai Pakatan Rakyat, PAS tidak boleh ada pendirian sendiri, PAS perlu mengikut telunjuk PKR dan DAP.

Kalau semua keputusan yang diambil oleh PKR atau DAP perlu dipersetujui oleh PAS, maka tepatlah apa yang dimomokkan oleh UMNO kepada rakyat bahawa PAS hanyalah kuda tunggangan PKR dan DAP.

Lebih elok sekiranya PAS membubarkan sahaja parti PAS dan menyertai PKR atau DAP kalau semua keputusan mereka perlu dipatuhi oleh PAS.

Kalau berlakunya pilihan raya semula di Selangor, saya sebagai pengundi di Selangor tidak akan turun mengundi. Biarlah sesiapa pun yang menang. Rakyat Selangor tetap rugi!

Tanpa Nama berkata...

sokong Rakyat Selangor. Majoriti parti mana yek?

Tanpa Nama berkata...

sudah nampak tanda-tanda pas menuju kehancuran...hakikatnya pemimpin pas cuba menyembunyikan sesuatu kesalahan??? lihat lah satu kenyataan dikeluarkan, tidak diterima, keluarkan lagi tidak diterima lagi dan seterusnya. Titik noktah hendak lah dikeluarkan dan akuilah dimana yang silap...ingatlah kehancurun sedang menunggu.... kami bukan walla mengkhinzir buta..ugama memang pemimpin pas tau. lain2 ilmu blm tentu depa pandai...ibubapa kami org kampung & kami golongan pro..

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju sangat tak kan ahli bawah saja yang di hukum oleh orang atas sepatutnya pati mempunyai kuasa untuk menghukum ketuanya yang bersalah juga.

in response to pada tahun 70an mat nasir di pecat dari jawatan mb dan juga ahli pas.... apa kata pas pecat haji hadi... insyallah selesai masalah tak payah la nak merenget ya allah ya allah... guna akai tuhan bagi.. ingat tidak ada satu doa hj hadi pun yg allah dah makbul, by Malaysiabaru.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Pas ikut telunjok pihak keris karat munafik, banyak ahli Pas akan hilang.Dah lah kena kencing banyak kali mengapa lagi nak sekongkol.Parti yang subur dengan duit haram, rasuah dan menipu orang Melayu dengan jualan tanah rezab kita, pun ramai kita tak sedar.8198