21 Jul 2014

[NAHAS MH17] Kotak Hitam Hilang, Mayat Pula Dilarikan Orang


Suruhanjaya Negara Ukraine bagi siasatan MH17 tidak tahu lokasi kotak hitam

Wakil Suruhanjaya Negara Ukraine bagi menyiasat nahas pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh, tidak tahu lokasi kotak hitam pesawat itu, menurut kenyataan dikeluarkan Pusat Krisis Media Ukraine semalam.

Menurut kenyataan itu, bagaimanapun disyaki kotak hitam itu mungkin berada dalam tangan puak pemisah.

Sementara itu, Naib Perdana Menteri Ukraine Volodymyr Groysman dalam kenyataannya berkata, 200 petugas Perkhidmatan Kecemasan Negara Ukraine terbabit dalam operasi mencari, bersama-sama dengan 800 sukarelawan.

Bagaimanapun, Groysman berkata, mereka melakukan kerja itu di bawah kawalan ketat pasukan puak pemisah bersenjata.

Groysman mengetuai Suruhanjaya Negara bagi Penyiasatan berhubung keadaan yang membawa kepada MH17 terhempas.

"Setakat hari ini (Ahad) kami berjaya mengumpul dan menempatkan 192 mayat dan lapan bahagian tubuh mangsa penerbangan MH17 di dalam tren khas. Tren ini berada di Torez dan ia dikunci," katanya.

Penerbangan MH17 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu pada Khamis.

Pesawat Malaysia itu yang membawa 298 penumpang dan anak kapal terhempas di Donetsk di timur Ukraine.

Grosyman berkata, mereka selesai menjalankan tugas itu pada pagi Ahad, tetapi sehingga Ahad malam, tren itu masih belum beredar dari stesen kerana kumpulan puak pemisah menghalang jalan.

"Kami sedang berunding dengan mereka berhubung penghantaran mayat mangsa," katanya.

Selain itu, katanya, dalam beberapa jam lalu, 27 mayat dan 20 bahagian tubuh dijumpai dan masih berada di tapak kejadian.

"Saya percaya untuk mencari mayat setiap orang yang tidak bersalah dan terbunuh menjadi tugas utama kami," katanya.

Berhubung pakar teknikal dan pakar dari pelbagai negara yang bersedia menyertai penyiasatan di tapak nahas, Grosyman berkata isu utama adalah memastikan keselamatan mereka terjamin.

"Malangnya, kami tidak dapat memastikan keselamatan mereka pada ketika ini, dan kerajaan Persekutuan Rusia, walaupun diminta banyak kali, tidak memikul sebarang tanggungjawab itu dan tidak dapat memberikan jaminan.

"Oleh itu, keputusan untuk hadir di tapak pesawat itu terhempas menjadi hak pakar saja dan negara masing-masing. Kami, dalam pada itu, bersedia menyediakan kemudahan pesawat dan menghantar mereka ke kawasan selamat paling hampir pada bila-bila masa," katanya.

Berhubung ketibaan anggota keluarga mangsa di Ukraine, beliau berkata tiada maklumat rasmi pada ketika ini dan Kementerian Luar Ukraine akan menyelaraskan proses itu berdasarkan permintaan dan dengan kerjasama kedutaan negara masing-masing.

Sementara itu, jurucakap misi pemantauan khas Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) di Ukraine Michael Bociurkiw, berkata beliau dimaklumkan sebanyak 167 mayat disimpan dalam tren berhawa dingin di stesen kereta api di bandar Torez.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengesahkan jumlahnya atau sama ada mayat berkenaan sebenarnya dibawa dari tapak nahas.

Katanya, berdasarkan perbualan dengan puak pemisah proRusia, tren kreta api itu akan dibiarkan menunggu di situ sehingga ketibaan pakar-pakar antarabangsa dan pada ketika itu saja akan diputuskan untuk dibawa ke mana.

Bociurkiw dalam kenyataan berasingan yang dikeluarkan oleh Pusat Krisis Media Ukraine juga berkata, tren itu kemungkinan akhirnya akan dibawa ke kawasan dikawal kerajaan Ukraine, dan ketika ini ia dikawal 24 jam oleh puak pemisah.

Beliau berkata, berdasarkan pemantauan mereka pada Ahad, petugas mencari dan menyelamat telah mengambil alih tugas sukar dan rumit mencari mayat dan bahagian tubuh mangsa dalam serpihan pesawat yang berkecai itu.

Pasukan 24 anggota misi pemantauan khas OSCE merupakan yang pertama tiba di tapak nahas MH17 itu pada Jumaat lepas dan dikawal ketat oleh puak pemisah proRusia yang bersenjata. – Bernama




Pemberontak ambil 196 mayat

Hrabove (Ukraine): Pasukan tentera pemberontak pro-Russia sudah mengambil 196 mayat mangsa nahas pesawat MH17 yang ditemui di kawasan nahas ke lokasi yang tidak diketahui, kata pasukan perkhidmatan kecemasan Ukraine.

Wartawan Associated Press (AP) sendiri menyaksikan tentera pemberontak memasukkan mayat mangsa yang dibungkus dengan plastik ke dalam lori sebelum membawa keluar dari kawasan nahas.

Pada pagi Ahad, wartawan AP mendapati tiada mayat di kawasan nahas dan pasukan perkhidmatan kecemasan dilihat menyelusuri padang gandum untuk mencari anggota badan dan tentera pemberontak yang bersenjata juga gagal dikesan di kawasan berkenaan.

Jurucakap Menteri Kecemasan Ukraine, Nataliya Bystro berkata, pekerja sukarela di wilayah yang dikawal tentera pemberontak itu dipaksa untuk menyerahkan semua mayat yang ditemui kepada pemberontak bersenjata.

"Kami tidak tahu ke mana mereka membawa mayat itu," kata Bystro.

Seorang pekerja perkhidmatan kecemasan, Alexander Pilyushny, berkata, tentera pemberontak itu mengambil masa beberapa jam untuk membawa semua mayat itu keluar dari kawasan nahas.

Katanya, dia bersama rakan kerja yang lain tiada pilihan selain akur pada arahan kumpulan pemberontak untuk menyerahkan mayat kepada mereka.

"Mereka bersenjata dan kami tidak. Mereka (tentera pemberontak) datang, memasukkan mayat ke dalam lori dan membawa mereka ke lokasi yang tidak diketahui," katanya.
- AP


Pemberontak jadikan mayat mangsa MH17 sebagai tawanan, lapor akhbar

Pemberontak pro Rusia di kawasan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH17 terhempas menjadikan mayat penumpang pesawat malang itu sebagai ‘tawanan’ untuk mendapatkan wilayah mereka, lapor akhbar.

Media kyivpost.com dilaporkan berkata, pemberontak di kawasan nahas berkata, hanya mereka saja yang boleh memasuki kawasan nahas ketika pesawat itu terhempas di Ukraine.

"Kami isytiharkan dan kami beri jaminan keselamatan pakar antarabangsa di tempat kejadian sebaik saja Kiev memutuskan gencatan senjata," kata pemimpin pemberontak kepada kumpulan yang menuntut Republik Rakyat Donetsk Andre Purgin.

Media BBC melaporkan mayat penumpang yang disimpan dalam ruangan sejuk beku itu di dalam keretapi pula tidak didedahkan lokasinya.

Kiev berpendapat insiden itu mengakibatkan politik radikal dengan ‘rundingan aman’ menjadi istilah baru untuk ahli politik Ukraine.

Pemimpin mereka mahu memenangi perang ini di medan perang dan bukannya di meja rundingan, kata media memetik Maxim Erestavi.

Pemimpin dari Ukraine, Rusia, dan Amerika Syarikat menuntut gencatan senjata, yang memberikan masa kepada pemberontak menutup jejak mereka. -TMI











IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




8 ulasan:

Putra IJ80 berkata...

Kejadian ini sudh x bolh di anggap sbagi bencana. Tapi BALA yg Allah perlihatkan utk org.berfikirr

Tanpa Nama berkata...

Bila penumpang pesawat rakyat israel ditahan sbg tebusan, israel menghantar komando pd waktu malam dan berjaya menyelamatkan mereka.

Peristiwa ini digelar 'The Raid on Entebbe'.

Sekarang mayat2 pula dijadikan tebusan utk tawar menawar.

Najib kata dia akan bawa balik mayat2 ini sebelum Aidil Fitri.

Tanpa Nama berkata...

MH 17 jatuh ditembak dlm kawasan konflik(perang).Sudah past tidak ada "undang-undang" mahu yg menguatkuasakan undang-undang dikawasan tersebut.Yg ada cuma undang-undang rimba.Inilah hakikatnya yg kita wajar terima.Tidak siapa yg tahu siapa yg berkuasa dikawasan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Itu memang janji UMNO - Jangi ditepati.Rakyat Malaysia dah kenal pun jangi ni.Mari kita tunggu.

Putra IJ80 berkata...

Tumpang senyum bolh?


in response to Bila penumpang pesawat rakyat israel ditahan sbg tebusan, israel menghantar komando pd waktu malam dan berjaya menyelamatkan mereka. Peristiwa ini digelar 'The Raid on Entebbe'. Sekarang mayat2 pula dijadikan tebusan utk tawar menawar. Najib kata dia akan bawa balik mayat2 ini sebelum Aidil Fitri. , by Anonymous.

Putra IJ80 berkata...

Tumpang senyum bolh?


in response to Bila penumpang pesawat rakyat israel ditahan sbg tebusan, israel menghantar komando pd waktu malam dan berjaya menyelamatkan mereka. Peristiwa ini digelar 'The Raid on Entebbe'. Sekarang mayat2 pula dijadikan tebusan utk tawar menawar. Najib kata dia akan bawa balik mayat2 ini sebelum Aidil Fitri. , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

The Donetsk People's Republic's (DPR) Prime Minister Aleksandr Boroday handed over the black boxes from the Malaysia Airlines Flight MH17 early on Tuesday.

"Here they are, the black boxes," Boroday told reporters. “According to the memorandum the Malaysian side must pass on the boxes to the experts from the ICAO [International Civil Aviation Organization].”

Colonel Mohamed Sakri of Malaysian National Security Council said that the two black boxes were "in good condition.”

obat pelangsing aman ampuh berkata...

adakah suatu rahasia penting di dalamnya