Dora Shahila Kassim, pramugari MH17 seakan memberi bayangan apa akan berlaku kepada dirinya - kapal terbang ditembak - sejak sebulan dahulu lagi.
"Ketika itu, kami sekeluarga bercuti di Bali (Indonesia). Ketika bersarapan di hotel, dia tanya saya, macam mana kalau suatu hari nanti, ketika dia bertugas, kapal terbangnya ditembak," imbas abangnya, Don Shahidan.
"Saya pun apa lagi, terus marahkan dia kerana bercakap hal bukan-bukan. Tak sangka pula rupa-rupanya apa dia kata itu jadi kenyataan," ujar Don sambil menahan sebak.
Ketika itu, mereka bersembang sambil membaca surat khabar yang menyiarkan analisis mengenai tragedi pesawat MH370.
Tidak cukup dengan itu, ketika pertemuan terakhir mereka Isnin lalu, Dora Shahila ada menyebut tugasannya ke Amsterdam adalah penerbangan terakhir baginya.
"Selepas itu, dia kata mahu cuti panjang. Dia pun dah janji dengan anak tunggalnya, Nurliyana Yazeera Yazli, 15, yang bersekolah di Kolej Tunku Kursiah, Seremban untuk jemputnya dari asrama," katanya.
Tambah memilukan, Don bercerita apa yang berlaku pagi semalam, ketika ibunya mahu jemput Nurliyana dari asrama tidak lama selepas mereka mendapat maklumat mengenai tragedi yang meragut nyawa Shahila di Ukraine.
"Liyana tak mahu ikut neneknya balik. Dia tak percaya ibunya sudah tak ada. Katanya, dia nak tunggu ibunya datang sendiri jemput dia," imbas Don sebak.
Pemergian Dora Shahila memang begitu dirasakan.
"Dia adik yang sangat baik, suka bergurau. Kalau dia ada, meriah suasana, semua orang happy," katanya lagi.
Ditanya bagaimana dia dan keluarganya mula tahu tragedi yang menimpa Dora Shahila, kata Don, mereka tahu daripada laporan media asing tetapi masih tidak begitu yakin.
"Kami hubungi telefon dia tetapi tak dapat," kata Don ketika ditemui di rumah Dora Shahila di Taman Tun Dr Ismail.
Adik bongsu mereka, Darlina Kwan yang juga pramugari MAS berkata, dia diberitahu kejadian itu oleh kawan-kawan sekerjanya.
"Mereka dapat maklumat awal, selepas itu barulah keluar berita," katanya.
Darlina akui, hubungan dengan kakaknya itu memang sangat akrab.
“Setiap kali jumpa kami selalu kongsi pengalaman,” katanya.
Bagi Darlina, Dora Shahila adalah contoh seorang pramugari yang sangat komited dengan kerjayanya.
"Kawan-kawan selalu puji komitmen dan sikap profesionalnya," katanya.
Apa yang paling menyentuh hati Darlina apabila teringat Dora Shahila yang bersungguh-sungguh memujuknya mengikuti percutian keluarga bulan lalu.
“Jadual kami selalu tidak sama, jadi dia beberapa kali cakap, ‘Jomlah ikut ke Bali ni mungkin percutian terakhir dengan keluarga,” katanya.
Menurut Darlina, walaupun berita itu amat memilukan, mereka sekeluarga reda dengan ketentuan ALLAH. ~SH
KES 2
Mesej aneh Mastura Mustafa, pramugari MH17 kepada suami sebelum terhempas
"Sayang takkan selamanya sentiasa ada bersama abang, suatu hari nanti sayang akan pergi temui ALLAH takkan kembali."
Itulah antara perbualan terakhir seorang daripada mangsa nahas Malaysia Airlines penerbangan MH17, Mastura Mustafa dengan suaminya Mohamed Affendi Khairuddin.
Mohamed Affendi, 43, berkata isterinya yang merupakan kru penerbangan itu juga sempat memohon maaf atas segala kesalahannya dalam perbualan menerusi aplikasi Wechat itu.
"Saya terasa agak pelik tetapi saya menasihatkan dia semua orang akan pergi bertemu ALLAH, tiada siapa yang kekal, tapi biarlah kita pergi menghadap ALLAH dalam keadaan yang diredai."
Mohamed Affendi yang juga seorang guru agama berkata kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya itu adalah sebelum penerbangannya ke Amsterdam. Katanya, beliau maklum tentang insiden itu melalui abang Mastura juga merupakan kakitangan Malaysia Airlines (MAS).
"Saya memang rasa amat sedih sebab benda yang sebelum ini terjadi pada orang lain macam kes kehilangan pesawat MH370, tidak disangka kini berlaku pada saya."
Mohamed Affendi turut berharap agar jenazah isteri beliau dapat dibawa pulang supaya dapat disempurnakan sebaik mungkin.
Mengulas pertemuan dengan Perdana Menteri, Mohamed Affendi berkata beliau diberitahu besar kemungkinan jenazah akan dikenal pasti di kawasan kejadian.
"Pihak keluarga akan diberitahu secepat mungkin mengenai urusan di sana."
Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang terhempas di Ukraine malam semalam membawa 283 penumpang dari pelbagai negara dan 15 anak kapal.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat.~plbgaimacam
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
3 ulasan:
Al Fatihah
salam & hai..
sebak terasa :(
ikut berduka cita,
Catat Ulasan