9 Jun 2014

Kes Paksa Bogel, UPM Sapu Sampah Ke Bawah Karpet?


Kes buli paksa bogel pelajar UPM selesai

Serdang – Kes buli membabitkan 10 pelajar senior dan tujuh pelajar junior Universiti Putra Malaysia (UPM) Khamis lalu dianggap selesai selepas kedua-dua pihak bertemu dan memohon maaf atas kesalahan dilakukan.

Difahamkan, pelajar junior berkenaan membuat laporan di Balai Polis Serdang mendakwa mereka dipaksa berbogel dan menghisap rokok jika tidak mahu diapa-apakan.

Insiden itu dilapor turut dirakam pelajar senior menggunakan telefon bimbit masing-masing.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM, Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, kesemua pelajar yang terbabit sudah berbincang dan bersetuju memaafkan satu sama lain.

Ibu bapa pelajar juga sudah dipanggil dan dijelaskan mengenai apa yang berlaku. Satu perjumpaan lagi akan diadakan hari ini antara Persatuan Hindu UPM dengan ibu bapa pelajar terlibat.

Beliau menafikan wujud kejadian ‘ragging’ memaksa pelajar junior berbogel dan menghisap rokok. Ketika mengulas kejadian itu, beliau turut menafikan pembabitan pelajar wanita dalam insiden yang didakwa sengaja menjatuhkan maruah mangsa.

Menurutnya, pelajar senior yang terbabit dalam kejadian itu diberi surat amaran kerana melanggar peraturan ditetapkan universiti.

UPM membuat ketetapan tidak membenarkan mana-mana pelajar senior untuk dekati pelajar junior sebagai langkah pencegahan mengelak kes seperti itu berlaku.

Mohammad Shatar berkata, pihaknya memberi jaminan perkara itu tidak akan berlaku di bawah pengawasan pihaknya.

“Jika ada terima laporan, perkara itu akan dirujuk kepada jawatankuasa tatatertib, tindakan kemudian diambil mengikut prosedur,” katanya.

Beliau berkata, jawatankuasa akan bersidang, menilai dan menyiasat kes, jika ada bukti kesemua pihak akan dipanggil.

Tindakan diambil bergantung kepada keadaan dan maklumat diperoleh, pelajar yang lakukan kesalahan mungkin diberi surat peringatan, amaran, digantung atau dibuang terus daripada universiti.

“Namun dalam kes ini kedua-dua pihak dah selesaikan di peringkat awal, mangsa tidak membuat aduan kepada pihak universiti malah mangsa juga memberitahu apa yang dilapor dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil itu banyak yang tidak benar,” katanya.

Laporan terperinci mengenai kejadian itu jelasnya sudah diserahkan kepada kementerian untuk tindakan selanjutnya.

“UPM tidak terima laporan daripada mangsa sebelum ini, hanya tahu mengenainya daripada pihak luar dan berdasarkan laporan polis dibuat tapi kita sudah temui semua yang terlibat untuk dapat gambaran jelas mengenainya,” katanya.

Kelmarin, umum gempar apabila sebuah akhbar Tamil melaporkan tujuh pelajar UPM mendakwa mereka dibuli pelajar senior melakukan perkara tidak senonoh sehingga menjatuhkan maruah di sebuah bilik di asrama universiti itu Khamis lalu.

Pelajar itu mendakwa mereka hanya dibenar memakai seluar dalam, memegang kemaluan sambil menari mengikut rentak muzik.

Tujuh pelajar malang tersebut mendakwa trauma bertemu pelajar senior selepas turut dipaksa menghisap rokok jika tidak mahu dipengapa-apakan.


ULASAN GB

Kesalahan yang begitu serius, tiba-tiba dikatakan "selesai dengan permohonan maaf". Tiada tindakan disiplin diambil ke atas para pelajar senior yang melakukan ragging ke atas pelajar junior.

Tidak mustahil para junior itu akan lebih trauma apabila menerima "tindakbalas" dari pelajar senior kerana terbongkarnya kejadian tersebut dan tidak mustahil juga kes tersebut akan berulang di semester-semester mendatang.

Pihak universiti tidak sepatutnya memikirkan hal "reputasi"nya yang tercemar akibat insiden tersebut dengan menyapu sampah ke bawah karpet.

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Parasit apabila dibiarkan akan terus membiak dan ketika dah terhantuk baru nak tengadah?









IKLAN BERBAYAR



5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini dia pelajar yg seimbang dari segi emosi, jasmani,rohani dan intelek seperti yg terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara...Malaysia hebat kerana Pemimpin hebat bertaraf dunia mendapat pengiktirafan Presiden Obama....

Tanpa Nama berkata...

Buli ada caranya tapi bukan cara melampau sampai macam begini beb.

Tanpa Nama berkata...

kalau buat demo, terus tangkap, bicara, dan buang universiti... tapi kesalahan jenayah ni boleh pakai minta maaf saja?.. jangan sampai dipanggil "universiti bogel malaysia" pula

Tanpa Nama berkata...

Kementrian Pendidikan kena ambil tindakan bukan pejamkan mata. Bila dah jadi hal yg tak baik baru nak bertindak. Masih ada cara lain untuk sesi sual kenal antara pelajar junier dan senier. Berbalik lah kepada ajaran islam sebenar kerana islam tidak mengajar untuk menzalami atau menjatuhkan maruah sesama manusia. Apa kah Malaysia skrg sudah terlalu jauh pegangan dan anutannya terhadap agama islam. Jangan biarkan perkara spt ini berlaku dimana mana juga IPTA atau IPTS tindakan sewajarnya misti diambil. Kalau pihak U boleh ambil tindakan terhadap pelajar unjuk rasa tak kan lah pelajar biadap tidak boleh diambil tindakan. Apakah dekan atau pihak penguruaan U bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Puak-puak ni dah buat kesalahan mintak maaf. Senangnya orang yang buat salah. Boleh dimaafkan dengan syarat pembuli di hukum buang terus dari U. Tetapi pihak U ada berani ke. "Malaysia masih aman"