6 Jun 2014

[BONGKAR] DAP Tuntut Penjelasan SPR Mengapa Ada Perbezaan 377 Undi?


DAP menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan percanggahan antara jumlah keluar mengundi yang dimumkan SPR dan keputusan rasmi pengundian PRK Parlimen Teluk Intan, Sabtu lalu.

Strategis Pilihanraya DAP Dr Ong Kian Ming berkata, jumlah pengundi keluar mengundi yang diumumkan SPR adalah sebanyak 40,242 termasuk pengundi awal, tetapi keputusan rasmi kiraan undi ialah 40,619 dalam PRK itu.

“Angka ini melibatkan perbezaan 377 undi antara apa yang diumumkan SPR (40,242) pada awalnya dan keputusan akhir (40,619), ia juga lebih daripada majoriti kemenangan calon BN, 238 undi,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Menurut Kian Ming, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng telah pun menulis surat kepada Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof untuk menjelaskan perkara itu.

“Kami sedang menunggu jawapan sebelum mengadakan perbincangan lanjut dengan peguam parti. Peguam kami telah menasihatkan supaya tidak mengulas lanjut sehingga mendapat jawapan rasmi daripada SPR,” ujarnya.

Berkenaan pengiraan semula, beliau menjelaskan bahawa perkara itu hanya boleh dibuat di tempat mengundi jika perbezaan bilangan undi untuk kedua-dua calon adalah kurang daripada 4 peratus.

“Memandangkan ejen pengiraan kami di setiap tempat mengundi adalah individu berpengalaman, arahan tidak diberikan kepada mereka untuk meminta pengiraan semula jika perbezaan adalah kurang dari 4 peratus.

“Kami yakin dan percaya bahawa setiap ejen telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam memastikan ketelusan dan ketepatan undian di setiap pusat pengundian masing-masing,” ujarnya.

Menurut Kian Ming yang juga Ahli Parlimen Serdang, berdasarkan Perkara 25, Seksyen 13, pengiraan semula undi di 7 tempat mengundi yang mencatatkan beza undi 4 peratus atau kurang tidak akan membawa perbezaan pada keputusan kerana ia tidak melibatkan undi rosak atau ditolak.

“Ini bermakna, peluang untuk mengubah keputusan akhir adalah sangat tipis dan mungkin tidak cukup untuk mengubah majoriti sebanyak 238. Pengiraan semula juga berisiko dan boleh menyebabkan lebih banyak undi diperoleh calon BN,” katanya.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tipu punya kerja.SPR tipu Ingat orang tak pergi sekolah,tak tau mengira.Yg tak tau mengira tu Utusan dan TV 3 - kalau ada demo depa tak tau yg mana puluh,yg mana ratus dan yg mana ribu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau nak tipu pun biarlah profesional..ini tidak hinggakan operasi matematik + dan - pun tak tahu nak balance...memang sah SPR nie bodoh tahap gaban...operasi matematik tadika pun fail....

Tanpa Nama berkata...

Deoa dah takut..tu yg dok usaha menangkan bn..biarpun maj kecik..kononnya. Allah Maha mengetahui..kita tgu dan lihat

Tanpa Nama berkata...

Bila melihat BN hampir tewas, maka stok baru dikeluarkan dari semak dan balik pokok. Dengan peraturan baru cermin gelap, eksperimen ini bakal dilaksana dalam PRU14.

Tanpa Nama berkata...

SPR bin SB. Mereka adalah anak beranak keturunan penipu No.1 di Malaysia. Dua spisis ini dijaga dan dibelai oleh tuannya UMNO Bin BN Raja Segala penipu dalam dunia. Tak yah lah DAP nak bawa kes ke Mahkamah sebab Mahkamah hak milik dituntut oleh UMNO bin BN buang masa sehaja semua para Hakim adalah kuli batak UMNO/BN. Tunggu PRU ke 14 nanti tau lah naaib BN di Tk Intan. Bagi can lah kat Cina Gerakan itu buat harta untuk anak bini,sedara mara dan kroni2 dia. Melayu Tk Intan dapat apa. Macai2 UMNO/BN yg kerja kuat maaa PRK dapat lah kot 3-4,000 Tajuddin dgn Zahid bagi yg macai bawahan boleh minum tea makan naai lemak dan duit 2-300rgt. Ini lah kerja Melayu dapat sikit duit dah tak sedor diri..Aku yakin duit yg mereka dapat habis kat jeck pot je. Kat Tk Intan jeck pot bersepah siapa pun tak kacau macam ada lesen. BN menang menipu kalau tak menipu bukan BN namanya.

Unknown berkata...

Dari rakyat untuk rakyat

Tanpa Nama berkata...

aku yakin mesti DAP menang teluk intan hari tu... calon BN x menarik mcm hantu... BN nak buat UNIVERSITI di Teluk Intan.. sila tagih janji itu... dan buat apa nak bina Uni lagi di Perak... UPSI x ckupkah....

bik mama berkata...

Meh aku jawabkan..xkan korang xboleh fikir lagi ape spr yang haramjadah tu akan jawab..jawapannye..ade pengundi yg hadir..ambil borang undi tetapi tidak mengundi..terus berlalu keluar dr bilik mengundi tanpa memasukkan borang undi ke dlm peti undi..sebab tu kita dpt lihat ade perbezaan..spr haramjadah ni dah tau masalah..tp xmau nak overcome..ape kate dakwat kekal dicalit selepas kertas undi dimasukkan..kad pengenalan dipulangkan selepas jari ade calitan dakwat kekal..br la kehadiran dicatit..kalau xmau masukkan borang undi..pulangkan semula borg undi..spr kalau nak buat boleh sgt..die sendiri yg sengaja buat system yang ade kelemahan..sok kat sana jawab laa..bile pilihan raya mintak bajet juta2..tp keje cam haprak..

Tanpa Nama berkata...

Mmg BN (Banyak Nipu)... segalanya mudah ditipu dan rakyat tertipu....penipu,kini dan selama nye..diharap keputusan akan berubah...ABU..

Tanpa Nama berkata...

Bawa kes ke mahkamah pohon batalkan prk ini supaya diadakan prk semula.