10 Jun 2014

[BERGAMBAR] Kilang Bihun Cap Masjid Bertaraf "GMP"?


Gambar-gambar berikut merupakan kilang di mana Bihun Cap Masjid diproses. Lihat bagaimana tahap kebersihan mereka memproses produk mereka.

Sebagai makluman, terdapat begitu banyak produk-produk beridentiti melayu islam seperti Bihun Cap Masjid ini. Mohon pengguna kita berhati-hati dengan produk-produk seperti ini di pasaran.



ULASAN GB

Dengan pendedahan ini, orang bukan Islam pun rasanya akan merasa jijik dengan bihun yang dikeluarkan.

Apa tindakan majlis kerajaan tempatan di dalam mengeluarkan lesen perkilangan? Bagaimana mereka boleh mendapat kebenaran menjalankan pembuatan bihun dengan kilang yang lansung jauh dari status "Good Manufacturing Practice"?



Selain daripada itu, bagaimana pula dengan penyalahgunaan nama "cap Masjid" bagi mengelirukan pengguna-pengguna muslim?

Sementara logo HALAL itu adalah logo palsu, bukan logo dari JAKIM!







IKLAN BERBAYAR



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Hehehe org melayu ni mmg bangang. Asal ada masjid je, kira halal dan bersih.

Errrr... Isma dan perkasa taknak demo ke sebab non muslim guna gambar masjid utk berniaga. Tak takut akidah tergugat ke? Hehehe

Tanpa Nama berkata...

Sekali hentak sekali masuk itu lah ropenya pegawai2 JAKIM. Kerja sambil lewa cukup bulan ambil gaji buta. Kalau Polis buat kerja macam JAKIM agaknya Malaysia ini dipenuhi penjenayah. Polis kerja siang malam pun jenayah melambak. Kalau tak cukup kaki tangan tambah lah kota sekarang ramai anak2 muda dengan kelulusan diploma dan ijazah menganggur dan mereka ini berhutang dgn PTPTN. Kalau tak ada kerja atau ada kerja pendapatan sekadar cikup makan camana nak bayar hutang PTPTN. Kalau tak bayar nanti black list nak keluar negara atau nak buat pinjaman pun tak boleh. Langkah Kerajaan BN bukan menyenangkan rakyat sebaliknya menyusahkan rakyat sehaja.

Tanpa Nama berkata...

Menteri kata orang luar pun respek malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Yang tak halal tub sebenarnya JAKIM sebab senang sangat dapat sijil HALAL Dan cop halal.Penguatkuasa zero.

Tanpa Nama berkata...


Ini lah bala dari Allah swt apabila orang yg diamanah spt di Jakim asyik tidor di buai mimpi dan orang kafir sewenang2 buat untung atas kecuain orang yg di amanah.

Unknown berkata...

kilang ni telah diarah tutup. Logo halal bukan daripada JAKIM

Tanpa Nama berkata...

Kerana Duit punya pasal. Kebersihan kilang dan status halal no hal janji duit masuk. Inilah dipanggil "Duit kopi dari pekilang diutamakan kesuciaan pengguna Islam pergi mampuslah".

Tanpa Nama berkata...

bihun chap UMNO pun ada la jugak..
http://4.bp.blogspot.com/_6OCuzKh0ShQ/Sq3rp6V55PI/AAAAAAAAAQA/xmA04FByR08/s1600-h/choonhin.JPG