Susulan dari kes ragging 7 orang pelajar Universiti Putra Malaysia [UPM] semalam, akhbar tamil hari ini mendedahkan gambar 3 orang pelajar senior yang terlibat dalam kes berkenaan.
Menurut seorang sumber yang juga seorang pelajar UPM mendedahkan, 10 orang pelajar ini kebiasaannya menyasarkan pelajar berbangsa tamil sahaja. Namun kini mereka semakin berani dengan menyasar pelajar-pelajar berbangsa lain.
Keadaan pula bertambah teruk apabila pihak pengurusan UPM tidak mengambil apa-apa tindakan bagi membendung budaya ragging ini kerana takut permasalahan kecil seperti ini akan menjejaskan nama baik UPM.
Terdahulu, 7 orang pelajar UPM membuat laporan polis kerana tidak tahan dengan tindakan 10 orang pelajar senior yang me'ragging sehingga menjatuhkan maruah mereka.
Apa tindakan Kementerian Pendidikan? Biarkan saja? Budaya ragging bukan budaya orang Malaysia, ini budaya barat. mynewshub via alditta
7 pelajar UPM dakwa mereka dipaksa disentuh kemaluan danputing masing2...
7 pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dakwa di 'ragging' oleh 10 orang pelajar senior sehingga menjatuhkan maruah mereka dengan melakukan perkara yang tidak senonoh di hostel universiti.
Kejadian berlaku pada jam 4 pagi pada khamis lepas.
7 pelajar malang itu dipaksa berbogel dan hanya memakai seluar dalam sementara pelajar senior terbabit merakam gambar mereka menggunakan telefon bimbit.
Mereka juga dipaksa menyentuh alat sulit masing-masing dan puting sambil menari mengikut rentak muzik.
Lebih teruk lagi, pelajar terbabit dipaksa merokok dan jika ingkar, pelajar senior akan diapa-apakan.
Tidak tahan dengan tindakan keji pelajar senior itu, 7 pelajar berkenaan membuat laporan polis di Balai Polis Serdang pada keesokan harinya.
Ekoran dari kejadian memalukan itu, 7 pelajar malang itu berada dalam keadaan trauma dan enggan hadir ke kelas kerana bimbang akan diapa-apakan oleh 10 pelajar senior terbabit selagi tiada tindakan tegas dari pihak UPM bagi membendung kejadian itu. -The Star
ULASAN GB
GB sudah ulas hal ini semalam. Petikan:
Kesalahan yang begitu serius, tiba-tiba dikatakan "selesai dengan permohonan maaf". Tiada tindakan disiplin diambil ke atas para pelajar senior yang melakukan ragging ke atas pelajar junior.
Tidak mustahil para junior itu akan lebih trauma apabila menerima "tindakbalas" dari pelajar senior kerana terbongkarnya kejadian tersebut dan tidak mustahil juga kes tersebut akan berulang di semester-semester mendatang.
Pihak universiti tidak sepatutnya memikirkan hal "reputasi"nya yang tercemar akibat insiden tersebut dengan menyapu sampah ke bawah karpet.
Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan. Parasit apabila dibiarkan akan terus membiak dan ketika dah terhantuk baru nak tengadah?
3 ulasan:
tidak mustahil akan berlaku kejadian lebih tragis seperti amok atau balas dendam. rentetan kejadian seperti ini boleh mencetuskan kes jenayah jika tidak dibendung dengan bijak
begitu mudahnya pihak pengurusan UPM menyelasaikan masalah yang sangat sangat sangat memalukan rakyat malaysia. Tindakan disiplin seperti menggantungkan pelajar senior tersebut daripada UPM adalah sesuai dengan perbuatan mereka yang terkutuk itu.
begitu mualnya kisah tersebut kerana berlaku di kalangan orang yang terpelajar kan lebih elok dibuang pelajar tersebut seperti murid-murid sekolah yang melakukan salah laku kerana menjatuhkan maruah orang lain
Catat Ulasan