26 Mei 2014

[VIDEO & GAMBAR] Ramkarpal Menang Besar, Yang Lain Hilang Deposit -updated


Rasmi: DAP kekal Bukit Gelugor Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi disandang mendiang bapanya, Karpal Singh dengan kelebihan undi yang besar berbanding pencabarnya Huan Cheng dari Parti Cinta Malaysia (PCM) dan dua orang calon Bebas. Ketiga-tiga calon itu hilang deposit mereka selepas gagal mendapat satu perlapan daripada jumlah undi iaitu 1/8 daripada 46,099 = 5762 undi. Huan sekadar meraih 3,583 manakala Nabi Bux 798 dan Abu Backer 225 undi

Malaysin Insider melaporkan calon DAP Ramkarpal Singh, seperti yang dijangka, mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipegang mendiang bapanya, Karpal Singh.

Peguam berusia 38 tahun itu memenangi pilihan raya kecil dengan 37,659 undi. Beliau menerima 41,242 undi atau 84% daripada jumlah undi.

Kemenangan Ramkarpal ini sudah dijangka sejak beliau dinamakan sebagai calon dua minggu lalu. Kerusi itu adalah kubu kuat DAP yang dipegang oleh bapanya untuk tiga pilihan raya umum berturut-turut sejak 2004.

Pada jam 8.40pm, Ramkarpal melangkah masuk ke Dewan Sri Pinang, tempat di mana undi dikira, sedia untuk diumumkan sebagai pemenang.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng serta ahli keluarga Ramkarpal, termasuk ibu, Gurmit Singh dan abang-abangnya – Exco Perumahan Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo turut bersamanya.

Laporan langsung

9:01pm: RASMI - Dewan Sri Penang SPR mengumumkan calon DAP Ramkarpal Singh diisytiharkan pemenang.

DAP - 41,242
PCM - 3,583
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 798
Abu Backer Sidek - 225
Undi Rosak - 539
Majoriti - 37,659

Keputusan tersebut diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Bukit Gelugor, Kapten (B) Anuar Yahya di Dewan Sri Pinang dekat Padang Kota Lama di sini pada pukul 9.05 malam.






Malaysian Insider sebelum ini melaporkan calon DAP, Ramkarpal Singh mengekalkan kerusi kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor dengan jumlah majoriti hampir sama tahun lepas walaupun jumlah pengundi merosot, menurut keputusan tidak rasmi.

Ketua komunikasi parti, Ng Wei Aik berkata DAP menerima 43,500 undi manakala tiga lagi calon Bebas memperoleh 1,500 undi keseluruhan.

Jumlah pengundi rasmi adalah 46,099 (56.04%).

8.29pm: Penyokong DAP melaungkan "Celaka! Celaka! Celaka!" untuk meraikan kejayaan Ramkarpal mengekalkan kerusi Bukit Gelugor untuk parti itu.

Makian "celaka" itu merujuk kepada satu kenyataan ADUN DAP yang mencetuskan siri protes anti-DAP minggu ini.

Sementara itu, timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata jumlah pengundi yang kurang itu ekoran BN tidak bertanding.

Katanya, keputusan itu menunjukkan penyokong Ramkarpal tidak mendapat undi secukupnya dari kawasan Melayu.

"Undi diperolehi PCM dan Bebas adalah dari penyokong BN, pastinya jumlah keluar mengundi lebih besar jika BN bertanding," katanya.

8.15pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan Ramkarpal mempertahankan kerusi Bukit Gelugor dengan memperolehi 37,729 undi. Beliau meraih 89 peratus daripada keseluruhan undi yang diterima.

Kesemua tiga calon lain gagal memperolehi satu perlapan daripada jumlah undi untuk membolehkan mereka mendapatkan semula deposit RM10,000.

Keputusan tidak rasmi setakat ini:

DAP - 41,236
PCM - 3,507
Mohamed Nabi Bux - 756
Abu Backer - 218
Undi rosak - 539

Para penyokong meraikan keputusan tersebut dengan menjulang Ramkarpal dan melauungkan namanya.

Ibunya Gurmit Kaur serta dua abangnya Gobind Jagdeep memeluk beliau dalam kegembiraan.

Para penyokong juga melaungkan nama mendiang Karpal Singh.

8.05pm: TAK RASMI Majoriti yang diperolehi Ramkarpal mencecah 30,068, walau dengan jumlah keluar mengundi yang berkurangan.

Peguam itu dijangka tidak akan dapat menyaingi jumlah majoriti yang diperolehi mendiang bapanya, 41,778 votes, memandangkan hanya kira-kira 6,000 undi yang masih belum dijumlahkan.

Huan dari PCM mungkin berpeluang mendapatkan semula deposit, tapi tidak bagi dua calon Bebas.

Mereka perlu meraih satu perlapan daripada jumlah undi atau kira-kira 5,600 undi, untuk mendapatkan semula deposit RM10,000.

Jumlah undi tidak rasmi setakat ini:

DAP - 33,695
PCM - 3627
Mohamed Nabi Bux - 966
Abu Backer - 239
Undi rosak - 405

7.30pm: TAK RASMI Data dari saluran pengundian menunjukkan PCAM menang kebanyakan undi mereka dari tiga kawasan.

Ia terdiri dari kawasan campuran Bukit Gelugor (184 atau 12.73 peratus) dan kawasan majoriti Melayu di Taman Tun Sardon (359 undi atau 20.48 peratus) dan Kampung Melayu (433 undi atau 29.34 peratus).

PCM dilihat mampu menarik pengundi yang menyokong BN pada 2013.

Sementara itu, majoriti yang diperolehi Ramkarpal semakin besar dengan 14,816 undi.

7.16pm: TAK RASMI

DAP - 16,716
PCM - 1,900
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 507
Abu Backer Sidek - 153
Undi rosak - 203
Majoriti - 14,816

6.50pm: TAK RASMI Ramkarpal dijangka akan mengekalkan kerusi Bukit Gelugor.

Beliau mendapat 12,375 undi berbanding 1,525 yang diraih PCM.

Mohamed Nabi Bux Abdul Sathar mendapat 462 undi manakala Abu Backer Sidek mendapat 133 undi - lebih rendah dari jumlah undi rosak, 159.

Calon Bebabs dan Huan dijangka akan kehilangan deposit RM10,000.

Sementara itu, suasana di pusat operasi DAP Bukit Gelugor masih santai manakala skrin besar di situ turut menunjukkan keputusan perlawanan akhir Piala Thomas.

6.41pm: TAK RASMI Ramkarpal terus mendahului.

DAP - 5478
PCM - 677
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar - 148
Abu Backer Sidek - 50
Undi rosak - 64

6.28pm: Keputusan tidak rasmi menunjukkan DAP berjaya menguasai di kawasan majoriti Melayu, Kampung Melayu dengan 869 votes berbanding 433 yang diperolehi PCM. Mohamed Nabi Bux mendapat 112 undi dan Abu Backer 29 undi.

Kampung Melayu merupakan salah satu darupada dua daerah mengundi yang gagal dikuasai DAP pada 2013. Satu lagi kawasan ialah Sungai Gelugor.

Tiga pencabar DAP perlu meraih satu perlapan daripada jumlah undi untuk mengekalkan deposit.

Sekiranya jumlah keluar mengundi ialah 56 peratus, mereka perlu mendapat sekurang-kurangnya 5,600 undi.

6.17pm: Sumber DAP menjangka Ramkarpal akan dapat mengekalkan majoriti yang diperolehi mendiang bapanya, Karpal Singh, dengan 41,778 undi.

Sejumlah 53 peratus keluar mengundi setakat jam 4 petang tadi.

6.02pm:TAK RASMI

DAP 2,725
PCM 177
Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar 27
Abu Backer Sidek 10










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


6 ulasan:

Awanama berkata...

Sudah terbokti OMNU telah hilang telor

Sunggoh malang OMNU, dah hilang telor tersampok penyakit meroyan

Ayam kalau hilang telor dia jadi GILA mengeram telor orang lain.

Kesian OMNU

Awanama berkata...

ada juga pengundi yang mengundi bux dengan backer, itulah jadinya bila tiada mempunyai ilmu dan ada otak tiada akal.

Awanama berkata...

Wah.... tenang aje PRK ni ya.... kenapa ya... hmmmm...

Awanama berkata...

di gelugor susah nak buat isu racist, dan habis isu nak di ketengahkan dan betapa aman dan tenteram nya bilamana BN tidak bertanding di situ...jika di perhatikan selama ini di mana BN bertanding di situ lah bibit permusuhan di lebarkan. mengapa kah umno dan seangkatan dengan nya tidak mengambil iktibar yang sekarang rakyat malaysia sudah celik mata...melihat kebobrokan yang anda buat,... tinggal lah umno BN....

Awanama berkata...

Bila parti Celaka tidak bertanding pilihanraya berlaku aman

Awanama berkata...

BN sudah jadi Pondan, baik potong terus