2 Mei 2014

Polis Nafi Dakwaan Papagomo & Macai UMNO Kononnya Ada Peserta Anti-GST Ditikam

Kuala Lumpur - Tiada peserta perhimpunan bantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) cedera atau ditikam seperti didakwa di internet, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.

Beliau berkata gambar yang didakwa dihantar oleh Twitter Papa Gomo menunjukkan seorang peserta terlantar atas pengusung akibat ditikam merupakan gambar lama.

Zainuddin memberitahu Bernama, dakwaan tersebut "tidak benar sama sekali."

Tentang laporan bahawa tiga jurukamera media cedera semasa membuat liputan perhimpunan itu, beliau berkata pihak polis belum menerima sebarang laporan mengenainya.

Zainuddin berkata perhimpunan yang bertumpu di kawasan sekitar Dataran Merdeka itu dianggarkan disertai kira-kira 15,000 orang.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, keadaan di ibu kota terkawal pada pukul 5 petang ini, walaupun terdapat beberapa lokasi dipenuhi peserta perhimpunan GST, dan pada pukul 5.30 petang, kesemua peserta beredar dari lokasi perhimpunan dan keadaan kembali normal.

"Ada berlaku insiden kecil seperti tolak-menolak antara peserta, namun keadaan masih terkawal," katanya..

Beliau berkata polis akan tetap melaksanakan kawalan keselamatan di lokasi-lokasi tertentu bagi memastikan keadaan selamat.

"Saya menasihatkan peserta perhimpunan supaya tidak menimbulkan kekecohan sehingga menganggu ketenteraman awam," katanya.

Mohmad turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mengamalkan sikap toleransi dan bekerjasama demi mengekalkan keamanan serta kesejahteraan bandaraya Kuala Lumpur. - Bernama

ULASAN GB

Selain papagomo yang namanya disebutkan oleh pihak polis di atas, macai UMNO lain yang turut menyebarkan twitter fitnah berkenaan ialah afiq kltown.



Sepatutnya kedua-dua mereka ini ditangkap kerana memfitnah dan cuba menimbulkan suasana tegang.

Tidak mengapa, hukum kebenaran dan keadilan akan tetap MENGHUKUM mereka. "Alaisallahu biahkamil-hakimin?" - Bukankah Allah itu sebaik-baik Hakim?




IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


11 ulasan:

Amuraria berkata...

anjing-anjing parti karat biru yang dah naik sawan & gila babi ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

macai bodoh nak buat fitnah tak kena afiq kltown manusia paling banggang dalam dunia dia ingat rakyat malaysia bodoh macam orang umno boleh ditipu hidup-hidup

Tanpa Nama berkata...

papagomo dan yang sama spesis dengannya, tidak kah kamu takut dengan balasan neraka Allah. orang yang suka memfitnah tergolong dalam golongan munafik.

Tanpa Nama berkata...

masih tak insaf juga puak-puak ni dengan fitnahnya....
pak polisi tak nak tahan dan siasat ker ???

Tanpa Nama berkata...

TU GAMBAR BUDAK MENGAMUK DI STESEN LRT GOMBAK....

Tanpa Nama berkata...

Dah kena saman dah kena bayar denda memfitnah pun tak serik2 lagi wahai PAPAGOMO.....MUNAFIK YANG BERPANJANGAN ......

Tanpa Nama berkata...

Perhimpunan aman yang berjaya, boleh anjur lagi dengan jumlah lebih besar dan lebih kerap

Tanpa Nama berkata...

Orang melayu.... ..... .....orang Malaysia .... ..... ....

Tanpa Nama berkata...

Islam dah ajar jangan percaya kpd apa saja berita drp orang fasik fulstop.

obat pelangsing tradisional berkata...

janganlah sampai kekerasan di lakukan

Tanpa Nama berkata...

Neraka lah kepada penyebar fitnah...InsyaAllah...kita sama2 tunggu...