2 Mei 2014

[BONGKAR] Siapa Sebenarnya Yang Bertopeng Dan Berbaju Hitam Itu? Ini Jawapannya..


Perhimpunan aman membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) anjuran pakatan pembangkang di Dataran Merdeka bertukar menjadi kecoh apabila sekumpulan remaja yang membawa kain rentang tertera Antifa (Anti-Fasis) melakukan keganasan terhadap petugas media.

Kekecohan tercetus beberapa minit selepas peserta demonstrasi bersurai apabila kumpulan terbabit yang dianggotai kira-kira 40 individu menyalakan api suar menyebabkan kawasan sekitar dipenuhi asap.

Petugas media terdiri daripada jurufoto, jurukamera dan wartawan kemudian menghampiri kumpulan terbabit untuk mengambil gambar namun ditolak dan dihamburkan dengan kata-kata kesat.

Keadaan menjadi lebih kecoh apabila ahli kumpulan terbabit turut memukul petugas media termasuk jurukamera myMetro TV menggunakan kayu bendera selain membaling botol air mineral.

TINDAKAN liar kumpulan yang menggelar diri mereka Antifa menimbulkan kekecohan dengan membakar suar. FOTO Muhd Zaaba Zakeria

Kekecohan itu tercetus hampir lima hingga 10 minit apabila petugas media dan segelintir peserta mula bertengkar dengan kumpulan terbabit.

Bagaimanapun, Unit Amal PAS berjaya menenangkan peserta perhimpunan dengan menyuraikan mereka, manakala kumpulan serba hitam yang mencetuskan kekecohan itu kemudiannya bergerak meninggalkan Dataran Merdeka menuju ke Jalan Raja Laut sambil dikejar petugas media kira-kira jam 4.50 petang.

Difahamkan ada petugas media yang dipukul kumpulan serba hitam yang dipercayai sengaja mencetuskan kekecohan itu akan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan di Balai Polis Dang Wangi. -HM








ULASAN GB

Mereka adalah sekumpulan pemuda yang bertopeng, memakai baju hitam menyamar sebagai ahli SAMM. Mereke menyamar sebagai "Anak Muda" menumpang di celah-celah demonstrasi aman untuk mencapai tujuan dan hasrat mereka.

Mereka adalah dari kumpulan yang menolak sistem demokrasi. Mereka menolak sistem politik kepartian. Mereka tolak sistem pilihanraya. Mereka berjuang dengan cara mereka. Mereka menolak dan menghina sistem beraja. Kumpulan puak UMNO menggunakan perbuatan mereka semalam untuk menyerang dan memburukkan PAS dan PR. Perhatikan video dibawah ini:


Kumpulan ini sebenarnya kumpulan yang penakut, takut untuk menjelaskan kaedah perjuangan mereka iaitu perjuangan melalui kekerasan!

Mereka menolak demokrasi tetapi menyempilkan diri di celah-celah demokrasi. Gambar ini sebagai bukti:


Lihat di atas, mereka mengaku mereka kumpulan "anak muda", marah kepada PAS kerana Unit Amal merampas banner mereka dan menghalang mereka masuk ke barisan hadapan di dataran Merdeka. Ini banner mereka:


Marah kerana kononnya PAS tak amalkan demokrasi kerana kononnya "melayan mereka macam musuh", sedang merekalah kumpulan yang telah awal-awal menolak sistem demokrasi di dalam perjuangan mereka.


Mereka memproklamirkan misi perjuangan mereka melalaui laman sosial. Mereka mencerca ulamak-ulamak di Malaysia terutama ulamak-ulamak PAS kononnya bersokongkol di dalam sistem demokrasi.

Persoalannya siapa mereka. GB menemui jawapannya kerana yang berjuang dengan kaedah sedemikian rupa ada persamaannya sedikit sebanyak dengan perjuangan Hizbut Tahrir!

Pihak berkuasa KDN perlu mengambil tindakan segera ke atas mereka!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah,
wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah


Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا

2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan


Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap.

diedit pada 2.05.2014 10:23 pm





IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Kelakian Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf, tuan GB. Walaupun saya buka puak hizbut tahrir, tp sy tahu mereka bukan puak HT. Mana ada puak Ht tunjuk jari tengah. Mereka golongan berfahaman anarkis, yang menyeru pemansuhan institusi negara dan undang-undang (tiada negara).

Tanpa Nama berkata...

Encik. Terang-teranganan Mereka dari gerakan Anarkis . Sbb tu mereka menolak demokrasi. Sbb tu mereka menimbulkan Chaos. Jgn tunding ke gerakan Muslim lain. Gerakan Muslim adalah saudara seakidah kita. Harus waspada . Jangan kita timbulkan fitnah. Mohon waspada.

Tanpa Nama berkata...

walaupun saya agak kurang bersetuju dgn ulasan gb bab hizbut-tahrir terlibat secara terus di dalam insiden semalam, tapi saya tak nafikan hizbut-tahrir itu sama bahayanya dengan golongan anarki sebab golngan HT ini menolak demokrasi dan mereka kini sedang giat untuk mewujudkan sistem khalifah.

jadi ada kemungkinan juga mereka meresap masuk di dalam pelbagai ruang untuk mencapai matlamat mereka.

kalau dibaca ayat di banner kumpulan itu, memang ada unsur HT di situ.

rais berkata...

saya juga bersetuju dgn pendapat anon 10:13

KDN patut siasat segera kumpulan yang menolak sistem pilihanraya di Malaysia tidak mengira puak dari mana mereka itu.

mereka ini lebih berbahaya daripada golongan pembangkang yg ditakuti sgt oleh UMNO BN.

Tanpa Nama berkata...

cam pemuda umno jerrrr..........dari sumber sumber tertentu.nie semuanyer rancangan pihak pihak tertentu utk mengagalkan perhimpunan tersebut....janji ader rm semuanyer jalannnn..........

Tanpa Nama berkata...

For sure geng BaruaNegara. Those MOFOs in that group mmg suka buat kecoh supaya org lain dipersalahkan.

Tanpa Nama berkata...

Mereka nih kebanyakan drp Johor, cuba anda check FB dorang nih, Rejimen Anarki --> https://www.facebook.com/kapitalis.bangsat

Tanpa Nama berkata...

Apabila syaitan ambil kesempatan dalam kesempitan..

Tanpa Nama berkata...

Tangkap masuk ke dalam saja budak2 ni.... buat kacau supaya puak BN kata mereka pembangkang buat kacau.....
Tah berapa sen mereka dapat ni... nak berjuang pun tak kena cara... kesian.....

Tanpa Nama berkata...

Mereka ini kumpulan Rejimen Anarki(Gerila Malaya)- ada unsur2 Neo-Nazi...punk
https://www.facebook.com/kapitalis.bangsat?fref=ts