Pengisytiharan sultan Perak yang baru esok
Istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baru akan diadakan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada petang esok.
Setiausaha Dewan Negara Perak Datuk Ayob Hashim berkata istiadat tersebut akan dijalankan sebelum istiadat pengebumian jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah, yang mangkat hari ini.
Beliau berkata satu mesyuarat khas Dewan Negara Perak akan diadakan lewat petang ini bagi menentukan pengganti Sultan Azlan Shah untuk menerajui takhta pemerintahan negeri Perak.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen (B) Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin akan mempengerusikan mesyuarat tersebut yang berlangsung di Istana Iskandariah, katanya.
Mesyuarat khas itu diadakan berdasarkan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Bahagian Yang Kedua yang terkandung dalam Fasal LXIII yang antara lain menetapkan Dewan Negara hendaklah bermesyuarat di Kuala Kangsar dalam tempoh dua puluh empat jam daripada kemangkatan seorang Raja Pemerintah.
Ayob berkata istiadat pelantikan dan pengisytiharan Sultan Perak yang baharu itu akan berlangsung selepas orang ramai dan orang kenamaan menziarahi serta memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Sultan Azlan Shah.
Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar esok. - Bernama
Sultan Perak mangkat, Pakatan tangguh aktiviti kempen di Teluk Intan
TELUK INTAN: Pakatan Rakyat menangguhkan semua aktiviti kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada malam ini bagi menghormati kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub sebaliknya berkata, jentera PAS digalakkan mengadakan majlis tahlil di surau dan masjid.
"PAS mengucapkan takziah dan berasa dukacita atas kemangkatan Sultan Perak dan sehubungan dengan itu, segala aktiviti malam ini ditangguhkan dan disambung semula esok.
"Ahli PAS digalakkan menggantikan segala aktiviti dengan majlis tahlil," katanya kepada Harakahdaily hari ini.
Pengarah Kempen DAP PRK Teluk Intan, Wong Kah Who turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
“Patik sekalian juga ingin mengumumkan segala aktiviti kempen DAP PRK Teluk Intan malam ini akan ditangguhkan sebagai tanda penghormatan atas kemangkatan baginda,” ujarnya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, calon DAP yang mewakil Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Mohd Daud dalam satu kenyataan juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Sultan Azlan.
"Patik sebagai anak negeri Perak Darul Ridzuan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan kerabat Diraja Perak di atas kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahulah pada hari Rabu 28 Mei 2014.
"Patik dengan dukungan pimpinan dan ahli DAP serta rakan-rakan Pakatan Rakyat berdoa agar Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum Paduka Seri. Semoga Allah SWT menempatkan baginda di kalangan orang soleh dan takwa.
"Patik sekalian ingin menyatakan rasa dukacita dan sedih di atas pemergian Paduka Seri yang menjadi lambang perpaduan dan persaudaraan rakyat Perak Darul Ridzuan," ujarnya.
Sultan Azlan yang mangkat kira-kira jam 1.30 petang tadi akan dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok. -HD
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
2 ulasan:
GB nak tanya, apa hukum melewat2kan pengkebumian jenazah sehingga melewati 2 waktu solat??
GB nak tanya, apa hukum melewat2kan pengkebumian jenazah sehingga melewati 2 waktu solat??
Catat Ulasan