MH370: Anak pramugara selamat dilahirkan
KUALA LUMPUR: "Doakanlah mami selamat menjalani operation untuk melahirkan Muhammad hari ini."
Bait-bait ayat itu itu dimuat naik Intan Maizura Othaman di laman Instagramnya beberapa jam sebelum melahirkan anak keduanya itu.
Intan memuat naik gambar tag namanya dan turut memohon maaf kepada suaminya, Hazrin Mohamed Hasnan, pramugara pesawat penerbangan MH370 yang sehingga kini masih belum ditemui.
"Sayang, ampunkanlah segala dosa-dosa mami to you. Sekiranya mami tahu bahawa perpisahan abadi menanti kita pada malam 7.3.2014, sudah tentunya mami akan melutut sujud pohon kemaafan daripada you pada hari terakhir pertemuan kita, "
Intan selamat melahirkan bayi lelaki yang diberi nama Muhammad pada Isnin malam di Hospital Putrajaya.
Meskipun tanpa Hazrin disisi, dia berjanji untuk terus tabah membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang.
"Semoga Allah SWT panjangkan usia mami untuk terus curahkan kasih sayang dan untuk terus membesarkan permata-permata you yang diamanahkan oleh Allah ini untuk menjadi insan yang beriman dan berjaya di dunia dan di akhirat,"
Pasangan itu turut mempunyai anak perempuan bernama Iman.
Hampir tiga bulan berlalu, Hazrin hilang tanpa khabar berita bersama 239 penumpang lain yang menaiki pesawat MH370.
Penerbangan MH370 hilang sejak 8 Mac.
Sehingga kini usaha mencari dan menjejak, SAR giat dijalankan dengan memasuki fasa baru- pencarian di dasar laut.
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
3 ulasan:
Shukur kpd yg maha Esa atas redzanya kamu pemergian suami yg tersayang maka Allah ganti kan anak yg tiada nilainya klu dibandingkan dgn dunia ni didik lah dia dgn berpaksikan keagamaan semuga anak ini mendapat keridzaan Allah pula maka sejuk lah kamu diAlam Barzakh kelak Inshallah.
Anak Altantuya jugak kehilangan ibu...
reda dan bersabarlah agar urusan suami dipermudahkan. siapalah kita untuk menghalangnya. qada dan qadar hak allah. janji allah itu pasti, w/pun pahit ttpi mengandungi seribu hikmah. doa org teraniaya dimakbulkan.hukuman allah sangat adil dan saksama.
Catat Ulasan