29 Mei 2014

[BERGAMBAR] Penghormatan Terakhir Pagi Ini, Tarikh PRK Teluk Intan Kekal


Penghormatan terakhir almarhum 9 pagi ini

KUALA KANGSAR - Orang awam dijadual memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah bermula pukul 9 pagi hingga 11.30 pagi di Balairong Seri, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di sini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak malam semalam, kumpulan kedua yang akan memberi penghormatan terakhir pada pukul 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari adalah orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan

asing. Ia disusuli Raja-raja Melayu, Yang Dipertua Negeri, Ketua Negara dan Ketua Kerajaan pada 1.30 petang hingga 2.15 petang.

Istiadat pelantikan dan pengisytiharan raja baharu akan disempurnakan pada 2.30 petang di balai sama sebelum diteruskan dengan istiadat pemakaman di Makam Diraja yang terletak bersebelahan Masjid Ubudiah di sini, pada 3 petang.

Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar hari ini.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir. - Bernama

Kemangkatan Sultan Perak: PRK Teluk Intan Diteruskan - SPR


TELUK INTAN: Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan pada 31 Mei ini, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh.

Pengumuman itu berikutan kemangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada Rabu.

Beliau bagaimanapun berkata, suruhanjaya itu menasihatkan semua yang terlibat dalam PRK Teluk Intan terutama parti politik yang bertanding supaya menghormati Almarhum Sultan Perak dengan menjaga tutur kata dan tingkat laku semasa berkempen.

“Selaras dengan kehendak undang-undang, SPR memutuskan bahawa Pilihan Raya Kecil P.076 Teluk Intan akan diteruskan mengikut tarikh yang diwartakan iaitu pada Sabtu 31 Mei 2014.

“Adalah disarankan semua pihak agar berkempen mengikut kehendak undang-undang, peraturan dan tata etika pilihan raya tanpa menimbulkan isu sensitif yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati mana-mana pihak,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Rabu.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada pukul 1.30 tengah hari Rabu dan jenazah baginda akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada Khamis.

Berita kemangkatan Sultan Perak itu diumumkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandanganya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu. Hari mengundi PRK Teluk Intan pada 31 Mei ini.
-mstar










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah buat Al-Marhum. Ya Allah, Engkau rahmatilah roh Al-Marhum Baginda Sultan berjuwa rakyat. Engkau kekalkanlah kestabilan ekonomi dan politik di Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah pemerintahan dan payung kedaulatan pewaris tahta Raja-Raja Melayu di Perak ini. Engkau hancurkanlah pakatan jahat yang membawa ideologi komunisma dan marxisma yang meracuni fikiran rakyat jelata di negeri yang barakah ini. Engkau gagalkanlah segala perancangan jahat mereka yang bertopengkan parti politik. Engkau turunkanlah bala ke atas golongan munafiqin yang bertopengkan agama Mu. Engkau hindarkanlah anak cucu cicit kami dari terpedaya dengan nafsu ammarah politik sempit dan penuh kebencian. Engkau hancurkanlah pakatan jahat mereka yang sedang mabuk kuasa. Amin...Amin....Amin Ya Rabbal Alamin. -Anak Perak-

Tanpa Nama berkata...

Al-Fatihah buat Al-Marhum. Ya Allah, Engkau rahmatilah roh Al-Marhum Baginda Sultan berjuwa rakyat. Engkau kekalkanlah kestabilan ekonomi dan politik di Negeri Perak Darul Ridzuan di bawah pemerintahan dan payung kedaulatan pewaris tahta Raja-Raja Melayu di Perak ini. Engkau hancurkanlah BARISAN jahat yang membawa ideologi komunisma dan marxisma yang meracuni fikiran rakyat jelata di negeri yang barakah inina. Engkau gagalkanlah segala perancangan jahat mereka yang bertopengkan parti politik. Engkau turunkanlah bala ke atas golongan munafiqin yang bertopengkan agama Mu. Engkau hindarkanlah anak cucu cicit kami dari terpedaya dengan nafsu ammarah politik sempit dan penuh kebencian. Engkau hancurkanlah BARISAN jahat mereka yang sedang mabuk kuasa. Amin...Amin....Amin Ya Rabbal Alamin. -Cucu Perak-