30 Mei 2014

[20 GAMBAR LAGI] Fenomena Dyana Mania Berterusan, Ramai Ramalkan Dyana Menang


Tinjauan: Lebih ramai Melayu sokong DAP

Satu tinjauan dijalankan oleh sebuah universiti swasta tempatan menunjukkan DAP akan berjaya menarik lebih banyak sokongan Melayu melalui calonnya Dyana Sofya Mohd Daud.

Bagaimanapun, menurut tinjauan Pusat Kajian Pilihan Raya UCSI itu, DAP akan mendapat jumlah majoriti undi yang lebih kecil kerana jumlah yang keluar mengundi berkurangan.

Tinjauan tersebut menunjukkan jangkaan bahawa Dyana Sofya akan meraih 28.3 peratus undi Melayu, manakala calon BN akan mendapat 58.75 peratus, dengan lapan peratus lagi masih belum membuat keputusan.

"Ia merupakan peningkatan sebanyak antara lima hingga enam peratus (berbanding pilihan raya umum) daripada kira-kira 20,000 pengundi," kata pengasas pusat kajian itu, Ngerng Miang Hong.

Sementara itu, sebanyak 43 peratus daripada pengundi India dijangka memilih Dyana, manakala 44 peratus lagi lebih berminat pada calon BN Datuk Mah Siew Keong, dengan 13 peratus lagi belum membuat keputusan.

Hasil berkenaan adalah berdasarkan tinjauan ke atas 400 orang responden yang terlibat. Para responden tersebut hanya terdiri daripada pengundi Melayu dan India di Teluk Intan, yang ditinjau antara 24 hingga 26 Mei lalu.

Ngerng berkata, satu kajian kumpulan tumpuan untuk pengundi Cina menunjukkan kecenderungan mereka tidak banyak berubah sejak pilihan raya umum ke-13, dengan kira-kira 75 peratus memilih DAP.

Katanya, tinjauan itu menunjukkan jangkaan bahawa DAP akan menang dengan majoriti 3,000 undi sekiranya 70 peratus keluar mengundi pada 31 Mei.

Jangkaan itu jauh berbeza berbanding majoriti 7,313 undi yang diperolehi pada 2008, dengan 80.4 peratus jumlah keluar mengundi.

Tinjauan itu menyatakan jangkaan sekurang-kurangnya 69 peratus akan keluar mengundi pada 31 Mei.


PRK Teluk Intan: DAP tumpu peniaga Cina dengan kempen berbisik

Perhatian pada peringkat akhir kempen di Teluk Intan kini tertumpu pada pengundi Melayu yang dijangka akan menjadi penentu kepada keputusan pilihan raya kecil kawasan parlimen ini, Sabtu depan.

Sejumlah 38 peratus daripada keseluruhan 60,349 pengundi berdaftar ini – dua kali ganda daripada jumlah pengundi India – akan menentukan sama ada DAP mampu menghantar seorang wakil rakyat Melayu ke Parlimen.

Sasaran tersebut dinyatakan dengan jelas melalui pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang mahu parti itu meningkatkan sokongan dari pengundi Melayu dari 25 peratus dalam pilihan raya umum lalu kepada 40 peratus.

DAP mahu merealisasikan impian tersebut melalui calon mereka, peguam muda berusia 27 tahun Dyana Sofya Mohd Daud.

Dalam suasana kempen yang hanya berbaki dua hari, DAP nampaknya berdepan kesukaran untuk mencapai sasaran tersebut.

Ia boleh dilihat berdasarkan kenyataan rakan sekutunya, PAS yang hanya menetapkan sasaran untuk mengekalkan sokongan pengundi Melayu yang sudah sedia menyokong Pakatan Rakyat.

Naib Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata strategi berkenaan sudah cukup untuk mengekalkan kemenangan DAP di Teluk Intan.

Katanya lagi, pengundi Melayu yang bersama BN "boleh dilupakan" sahaja kerana mereka sudah terlalu lama dimomokkan dengan propaganda BN.

Katanya, golongan berkenaan sudah lama termakan dengan dakwaan, antaranya seperti tuduhan kononnya DAP akan mengancam kedudukan agama Islam dan Raja-Raja Melayu.

Pemerhatian berhubung peluang DAP dalam meningkatkan sokongan Melayu itu juga berdasarkan kekangan yang dihadapi kem BN.

BN dilihat tidak mampu meluaskan pengaruh mereka berdasarkan gaya berkempen tradisional parti tersebut, yang tidak mampu memikat pengundi setia Pakatan.

Ini diperhatikan dalam isu yang diutarakan dalam ceramah BN, antaranya dakwaan bahawa Dyana Sofya mahu UiTM dibuka kepada bukan Melayu.

Perkara ini sudah diketahui oleh penyokong Pakatan sebagai satu putar belit politik untuk memburukkan imej DAP.

Begitu juga dengan kempen memburuk-burukkan DAP sebagai parti yang menolak hudud. Dakwaan ini juga tidak lekat di kalangan pengundi setia Melayu yang menyokong Pakatan.

Mereka sedia maklum bahawa MCA dan GERAKAN yang berada di dalam BN turut menolak hudud.


Mengikut perkiraan ini, golongan pengundi Melayu Teluk Intan nampaknya sudah pasti siapa yang mereka mahu undi.

Samseng Umno

Sementara itu, peristiwa kemangkatan Sultan Perak, Raja Azlan Shah semalam turut memberikan kesan besar kepada kempen kedua-dua parti.

Tinjauan Malaysiakini pada malam tadi menunjukkan acara ceramah politik bertukar menjadi majlis bacvaan Yassin dan tahlil selepas DAP dan BN mengumumkan untuk menangguhkan kempen sehingga majlis pemakaman selesai hari ini.

Bagaimanapun perkembangan itu tidak merencatkan kempen 'berbisik' di kalangan pengundi Cina di Teluk Intan.

Kempen tersebut dikesan bagi menyebar sentimen untuk menolak BN dan "samseng Umno" bermula semalam, yang mensasarkan golongan peniaga kecil Cina di kawasan bandar Teluk Intan.

Kempen berkenaan timbul ekoran ucapan naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lalu, yang menyifatkan golongan peniaga Cina yang menyokong DAP sebagai pihak yang "tidak mengenang budi".


Kempen untuk menolak tindakan 'samseng Umno' itu pula merujuk kepada siri serangan dan kekasaran dilakukan kumpulan Pemuda Umno yang mensasarkan wakil rakyat dan pejabat DAP minggu lalu.

Kejayaan kempen tersebut setakat ini masih belum dapat dipastikan, namun cakap-cakap di kalangan pengundi mungkin boleh memberi beberapa petunjuk.

Antaranya, seorang peniaga kedai haiwan yang menyatakan kebimbangan bahawa 'samseng Umno' akan bertambah kuat sekiranya pengundi memilih BN.

Kempen demikian akan meletakkan BN dalam kedudukan sukar seandainya ia terus dibisikkan di kalangan pengundi dalam tempoh genting ini.

Dengan sekutu seperti Umno, parti GERAKAN tidak perlukan lebih ramai musuh untuk menyukarkan kempen mereka di saat akhir ini.
-mk



‘Shock and awe’ Dyana a shoo-in for Mah's ‘bye-election’

OUTSPOKEN: Is she a diamond? A princess? A tigress? Yes, she's all that. She is DAP's "shock and awe" candidate for the next MP of Teluk Intan.

Yet Dyana Sofya Mohd Daud claims she is the underdog in the one-on-one tussle against the BN.

Is she really? Her opponent, Gerakan president Datuk Mah Siew Keong, also claims it is an uphill battle for him in Saturday's by-election.

Well, Dyana will definitely be unable to match her colleague Ramkarpal Singh's massive victory in Bukit Gelugor where the Tiger of Jelutong's scion polled nine out of every 10 votes cast.

Neither will Mah suffer the humiliation of his former Gerakan colleague, PCM vice-president Datuk Huan Cheng Guan, in losing his deposit as the latter did in Bukit Gelugor along with the two Independents.

But Dyana is headed for victory on Saturday and making history as DAP's first Malay female MP, joining her two Malay male and 35 other colleagues on the party's backbenches.

At 27, she will be the youngest member of the 13th Parliament. A "very pretty one", besides being able to "think, write and articulate".


She will join the ranks of Bernadette Devlin from Northern Ireland who won a by-election in 1969 to enter the British House of Commons.

Bernadette was the youngest MP when elected at aged 21, and remains the youngest female ever elected to Westminster. She made her maiden speech on her 22nd birthday, within an hour of taking her seat.

The gutsy woman stood on the slogan "I will take my seat and fight for your rights".

That sounds like it's coming from Dyana herself.

Here's a sampling:

"(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) said that Malays were smart in joining Pakatan Rakyat. He's correct," she said. "After that he calls us traitors. Wow, that's rich."

That didn't stop DAP supremo Lim Kit Siang making an SOS for netizens to help boost the chances of his political secretary.

The DAP, he said, took a big risk by fielding the Malay lawyer in Chinese-dominated Teluk Intan.

Truth be told, voters in the Perak riverine constituency have consistently elected non-Chinese to Parliament and the Perak state assembly.

In fact, DAP's current Ipoh Barat MP M Kulasegaran first entered Parliament in the 1997 Teluk Intan by-election by turning round a BN majority of 13,968 in the 1995 general election to a DAP majority of 2,916.

Although Mah wrested the seat back for BN in 1999 and retained it in 2004, he lost to another DAP Indian, M Manogaran, in 2008 and failed in his second bid last year.

In last year's general election, the Chinese voted for yet another DAP Indian, Terence Naidu V Raja, to represent Pasir Bedamar, the town centre state seat.

In the past, they had elected Fadzlan Yahya as DAP assemblyman for three consecutive terms.

On the basis that the local Chinese have proven their "colour blindness", are Dyana's chances really only 40% as claimed by her boss?

To begin with, the DAP has firmly held on to Pasir Bedamar, the bigger of the two state seats that make up the Teluk Intan parliamentary constituency.

The only time since 1969 that the opposition party lost the state seat was in 1995 when Mah made his election debut.

Mah contested under the platform that he is the grandson of Datuk Mah Pooi Soo, the richest man in town, and won out of the townsfolks' gratitude to his grandfather for his benevolence.

Even so, the DAP snatched back the seat from Gerakan in the following general election when Mah "graduated" to contest the parliamentary seat.

Last year, Mah polled only 15% of the Chinese votes when he lost in his second bid to win back Teluk Intan even though 75% of the Malay voters chose him over the DAP's Seah Leong Peng, whose death caused this by-election.

Teluk Intan has a current voter profile of 42% Chinese, 38% Malay and 19% Indian.

To be assured of victory, Dyana needs the support of 85% of the Chinese votes or 35% of the total.

In addition, she requires 50% of the Indian votes or 9.5% of the total, and 15% of the Malay votes or 5.5% of the total.


Seah polled just 25% of the Malay votes last year and still beat Mah convincingly by over 7,000 votes.

Fielding Dyana could very well see the DAP cut into the BN's Malay vote bank.

With up to 90% of the Chinese vote behind her and currently commanding more Indian support than Mah, the DAP candidate will romp home if she snares just 12% of the Malay votes.

Barring last minute stunts by Umno, which has more to lose in the event of Gerakan's Mah falling yet again, the DAP seems headed for a thumping victory.

Don't be surprised if Dyana beats Mah by 60% to 40%. Saturday is looking like Mah's "bye-election"
. -Tan Jooi Lang

Tan Jooi Long resigned as an editor in Bernama to head the Asia Pacific operations of a U.S.-based newswire. He is a prolific tweeter.
-theantdaily














IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





5 ulasan:

Anti Fitnah berkata...

Negara Moden .... itulah cita-cita rakyat Malaysia. Negara Moden ... bebas dari rasuah, kebajikan rakyat diperlihara, pentadbir yang bijaksana, integriti, bermaruah, rakyat didahulukan (bukan pada ucapan tapi tindakan), pemimpin yang bertanggungjawab atas ucapan dan tindakannya.
Sudah sampai masanya kita perlukan kerajaan yang baik. Siapa jadi kerajaan pun tak apa, janji KERAJAAN YANG BAIK/ADIL.
Aku sokong Dyana sebab sudah sampai masanya, kita ganti pemimpin lama (terutama yang korup dari segi tindakan maupun mindanya) dengan yang baru. Pemimpin lama, badan depa penuh dengan daki yang perlu dikeluarkan dengan menyentapnya dengan kain yang ada kerosin. Kalau tak boleh keluar, kita bakar aje.
Hidup Rakyat Malaysia.
Haramjadah kepada pemimpin yang korup.

Amuraria berkata...

ins sya Allah dyana akan menang dengan izin Nya, tapi jangan kita over confident kerana lahanat-lahanat macai gerombolan perasuah & penyangak juga licik ,dengan perlembu & 'hasanmalik'kan semua jentera & agensi pembayar cukai mereka akan seleweng & kelentong mana yang boleh ! lihat saja blogger haram jadah penjilat pro umporno-bn menyerang dyana ! tapi kebenaran akan mengatasi jua ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

dulu PRK takde umph sbb BN sentiasa masuk calon dan biasanya menang..sekarang dah ada fight..macam tengok wrestling dan boxing..
lagi best bila penyokong2 calon pulak lebih2 lebam luka parah sambil jerit2 maki lawan...
siap tarik2 spender dan coli nak bagi bogel tu...calon rileks ja..
hohoho!
Bila la nak matang demokrasi Malaysia dibawah UMNO BN?

Tanpa Nama berkata...

Dapat 28% undi melayu??? cehh...biar betul...melayu masih mengong. Letak lembu sebagai calon pun, melayu masih undi dacing kut...mengelegak hati aku bila memikirkan melayu ni...

Tanpa Nama berkata...

Kalau Dyna pergi sekolah, habis budak melayu masuk DAP dan Pakatan Rakyat