Ipoh: “Kalau betul kubur berkenaan bercahaya, ia membawa tanda yang cukup baik kepada jenazah berkenaan, namun setiap penyebaran berita itu mestilah dilakukan dengan bukti yang sahih,” kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Harussani berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penyebaran berita dan gambar liang lahad wanita berusia 35 tahun dari Bukit Gantang, Taiping, dekat sini yang dikatakan bercahaya ketika arwah mahu dikebumikan Ahad lalu.
Penyebaran gambar serta maklumat kejadian itu tersebar di media sosial dengan memberitahu jenazah berkenaan ketika hidupnya adalah seorang yang kuat berzikir.
Menurut Harussani, kemungkinan besar sekiranya perkara sedemikian terjadi kepada kubur mangsa, ia membawa petanda baik kepada jenazah berkenaan.
Katanya, kejadian kubur bercahaya seperti itu tidak pernah tertulis dalam al-Quran mahupun hadis dan disebabkan itu penyebaran kejadian seperti itu mestilah dengan bukti sahih.
“Dulu-dulu pernah ada kes seperti ini, namun ia tidak pernah tertulis di dalam al-Quran mahu pun hadis. Kalau penyebaran perkara membawa kebaikan kepada jenazah tidak apa kerana dalam Islam, kita tidak dibenarkan memburukkan jenazah,” katanya. ketika dihubungi Harian Metro.
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin ketika dihubungi berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu.
Liang lahad bersinar
Taiping: “Sepanjang dia sakit sehingga menghembuskan nafas terakhir, mulutnya tidak henti-henti berzikir. Jadi, bukan mustahil jika Allah berikannya keistimewaan dengan menampakkan kepada kita kubur arwah bercahaya.”
Demikian kata Salahuddin Sulaiman, 91, datuk kepada Allahyarham Haslinatul Adzlin Abdullah Halimi yang gambar liang lahadnya dikatakan bercahaya ketika kerja pengebumian, tersebar luas di Internet, semalam.
Allahyarham yang meninggal dunia pada usia 35 tahun dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 8 Cangkat Jering di sini, Ahad lalu selepas solat Asar. petang Ahad lalu.
Bagaimanapun, Salahuddin berkata, dia tidak melihat liang lahad dikatakan bercahaya itu kerana dia berada sedikit terkebelakang dan agak jauh daripada liang lahad.
“Masa di tanah perkuburan saya tidak melihat cahaya berkenaan, namun sangat terkejut apabila dimaklumkan cucu (abang arwah) yang ada cahaya di dalam kubur cucu saya itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. Sumber: HM
klik untuk baca
Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI
9 ulasan:
Assalamualaikum saudara dan saudari sekelian,
saya hamba yang jahil ini berpendapat apabila setiap posting berkaitan Alahyarhamah semuanya memberi komen yang baik-baik berkenaan jenazah ini sendiri membuktikan bahawa ALLAH SAW memberkati arwah dan semuga Arwah ditempatkan bersama roh orang-orang yang beriman
sekian
phdnizam@gmail.com
Benda yg baik tak perlu bukti. lagipun ni bukan kes jenayah berat. Cukuplah dia jadi pengajaran kpd mereka yg mereka yg beriman. Semoga peristiwa ini dpt merapatkan kita dgn allah swt. Wallahualam
Yang tentang Hudud camna agak2nya. Lu fikir la sendiri
Takkan nak asyik kata tiada ditulis dlm alQuran dan Hadith. Kdg kejadian semasa berbagai jenis. Yg baik jadikan teladan.
Surah Fussilat ayat 53; "akan Kami perlihatkan kepada mereka tanda2 kekuasaan Kami di segenap penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas bagi mereka bahawa Al-Quran itu adalah benar. Belum cukupkah bahawa Tuhan engkau menyaksikan segala sesuatu?"....WaAllahuaklam
Pengajarannya ialah:
Drp mulut tu digunakan utk memfitnah anwar, baik gunakan mulut tu utk berzikir memuji Allah.
Setiap masa Allah akan menunjokan kebesaran Nya agar manusia ambil iktibar dan tiada mustahil bagi Nya.Benda yang baik ini harus di hebahkan agar menjadi tauladan yang baik bagi yang masih hidup, cuma kalau boleh usah sebut nama kerana agar tak jadi fitnah walaupun benda baik.
Yang penting kita mesti mengingati Allah setiap masa, mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya.. Al Fatihah buat arwah..
Boleh tak tunjuk gambar dari arah atas atau arah yang tak terlindung....... Allah maha berkuasa.
Catat Ulasan