28 Apr 2014

Polis & BERNAMA Tidak Wajar Lagi Gunakan Istilah "Perhimpunan Haram"


PKR bidas IGP masih mahu notis 10 hari PAA

Naib Presiden PKR N Surendran menyifatkan pendirian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa mereka yang mengadakan perhimpunan awam masih perlu memberi notis 10 hari, sebagai 'tidak bertanggungjawab ', 'angkuh ', dan 'mengingkari' mahkamah

Surendran berkata ekoran keputusan Mahkamah Rayuan bahawa adalah tidak sah untuk menghukum mereka yang gagal berbuat demikian, maka tidak ada undang-undang untuk menguatkuasakan keperluan tersebut.

Alasan mahkamah, tegas Surendran, ialah hak orang ramai untuk berhimpun secara aman tidak boleh tertakluk kepada 'criminal sanction'.


Dalam satu kenyataan, beliau berkata, Khalid perlu membaca penghakiman penuh sebelum membuat komen yang mengelirukan.

Surendran, yang merupakan peguam perayu dalam kes tersebut, menjawab komen Khalid mengenai Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 yang disiarkan oleh The New Straits Times online hari ini.

Khalid dilaporkan berkata walaupun mahkamah telah membatalkan Seksyen 9 ( 5) PAA berkaitan hukuman kerana tidak memberi polis notis 10 hari, tetapi keperluan itu, katanya, masih kekal dalam Seksyen 9 (1) undang-undang yang sama,.

Khalid dilaporkan berkata bahawa keperluan undang-undang itu perlu dipatuhi kerana ia menyatakan bahawa notis 10 hari hendaklah dikemukakan (sebelum mengadakan sebarang perhimpunan).

Surendran berhujah bahawa tanpa Seksyen 9 (5), maka tidak ada kewajipan undang-undang untuk orang ramai memaklumkan kepada pihak polis tentang perhimpunan yang akan diadakan dan oleh itu, pemakluman tersebut adalah sukarela semata-mata.

"Pemakluman kepadapihak polis mungkin boleh membantu dari segi kawalan trafik dan logistik yang lain, dan perlu digalakkan.

Malah, katanya, adalah diharapkan kebanyakan penganjur perhimpunan besar akan terus secara sukarela memaklumkannya kepada pihak polis mengenai tarikh dan tempat perhimpunan.


Mahkamah Rayuan bebaskan Nik Nazmi, 10 hari notis untuk PAA tidak berperlembagaan

Mahkamah Rayuan hari ini membatalkan pertuduhan terhadap Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberi polis notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Ketika membebaskan Nik Nazmi, panel tiga hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.

Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Ariff Md Yusof berkata, apa yang asasnya sah tidak boleh dijadikan asas tindakan jenayah.

Hakim itu berkata demikian dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan oleh Ahli Dewan Undangan Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memberikan notis 10 hari untuk mengadakan himpunan itu.

Mohd Ariff berkata jika sesuatu perhimpunan itu sah, tidak boleh pada masa yang sama ia diisytiharkan haram.


Beliau berkata seksyen 9 (5) PAA bertujuan untuk mengenakan sekatan seperti yang dibenarkan di bawah Perkara 10 (2) (b) Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 9 (5) adalah tidak berperlembagaan kerana ia tidak masuk akal menghukum penganjur apabila perhimpunan itu aman," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata keperluan bagi penganjur untuk memberi polis Notis 10 hari di bawah seksyen 9 (1) PAA itu adalah berpelembagaan.

Beliau berkata ini adalah satu undang-undang yang dibahaskan di Parlimen dan mahkamah tidak boleh menukar pandangan badan perundangan.


Berikutan keputusan yang menjadi mercu tanda ini, mahkamah membebaskan Nik Nazmi, bagi pertuduhan tidak memberikan polis notis yang cukup sebelum menganjurkan perhimpunan tersebut.

Beliau mencabar adakah peruntukan dalam PAA itu berperlembagaan.

Putrajaya mengambil pendirian bahawa sekatan di bawah seksyen 9 (1) dan 9 (5) PAA itu berperlembagaan kerana Perkara 10 mengesahkannya.

Pada 17 Mei tahun lepas, Nik Nazmi, yang merupakan pengarah komunikasi PKR, didakwa di Mahkamah Sesyen bagi kegagalan untuk memberikan notis yang cukup kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei.

Perhimpunan ini diadakan untuk membantah penipuan pilihan raya yang didakwa meluas dalam pilihan raya umum 5 Mei di mana Barisan Nasional mengekalkan kuasa.

Pada November lalu, Nik Nazmi gagal mendapatkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi membatalkan pertuduhan terhadapnya atas alasan seksyen 9 (1) dan 9 (5) PAA adalah tidak mengikut perlembagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Noor Azian Shaari berkata, dua klausa PAA yang menjadi dasar untuk caj Nik Nazmi ini, munasabah dan tidak melanggar Perkara 10 Perlembagaan atas alasan keselamatan negara.

Nik Nazmi menghadapi risiko didenda sehingga RM10, 000 jika sabit kesalahan, berhadapan kemungkinan hilang kelayakan daripada jawatan awam yang dipegangnya.
-TMI


ULASAN GB

Alhamdulillah, nampaknya apa yang GB ulaskan sebelum ini telah disahkan dengan keputusan Mahkamah Rayuan. Di dalam ulasan GB sebelum ini GB telah menulis di SINI. Petikan:

Menggunakan istilah "perhimpunan haram" oleh pihak berkuasa bersama-sama dengan sekalian media massa termasuk BERNAMA sudah merupakan satu kesilapan.

Perhimpunan aman tanpa senjata adalah hak asasi yang juga kebebasan fundamental mana mana rakyat negara ini yang dijamin oleh Perkara 10 ( 1 ) Perlembagaan Persekutuan dan tidak ada yang dinamakan "perhimpunan haram" oleh Perlembagaam.

Malah Mahkamah pernah mengisytiharkan BERSIH sebagai entisi yang sah sekaligus membatalkan perisytiharan Menteri KDN waktu itu yang menyatakan BERSIH menganjurkan perhimpunan haram.

Benar, permohonan bertulis 10 hari diperlukan oleh mana-mana pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan, tetapi itu persoalan teknikal dan ia tidak samasekali boleh membatalkan hal fundamental iaitu rakyat berhak untuk berhimpun dan tidak ada di dalam undang-undang menyatakan tanpa permit itu perhimpunan bertukar menjadi haram.

Jika terus-terus mereka menggunakan istilah perhimpunan haram, alamat merudumlah lagi indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia bagi negara Malaysia di mata dunia dan mereka perlu dipertanggungjawabkan ke atasnya.

Parang tak bersarung ditemui, lantas ia hendak dituduhkan perhimpunan bersenjata. Siapa bawa parang, siapa letak dalam longkang? Katakanlah yang datang semalam 10,000 orang, hanya ada satu kes saja bawa parang, itu pun belum terbukti sah milik perserta perhimpunan. Kalau sabversif, maka setiap orang atau majoriti peserta ada senjata. Tapi tak ada siapa pun dari kalangan peserta himpunan tersebut bawa apa-apa senjata yang merbahaya. Dan hanya orang gila nak bawa parang tak bersarung!

Berkisah buang senjara dalam longkang semacam ada skrip yang sama sebelum ini ... ingat kisah pengawal keselamatan dikatakan buang senjata dalam longkang? Macam skrip yang serupa saaja!

Tiba-tiba bila dibelek-belek, payung yang ditemui bersama parang itu mirip payung BN. Tak ada orang pakai baju biru BN malam tadi. Ini kes yang lagi besar kantoinya. Rakyat berdemo menentang kenaikan harga oleh kerajaan BN nak bawa payung BN?

Hukum kebenaran dan keadilan pasti berjalan. Percayalah, fitnah pihak berkuasa dan sekalian media massa termasuk BERNAMA ke atas rakyat marhaen tidak akan berjaya malah kehinaan itu akan menimpa ke atas mereka semula.


Di Malaysia ini cukup pelik, perhimpunan aman pro-PR sentiasa dilabelkan sebagai perhimpunan haram. Pelbagai publisiti buruk diberikan bagi menghalang rakyat menyertainya sedangkan perhimpunan yang betul-betul haram tajaan UMNO/BN atau para sekutunya seperti PERKASA, PEKIDA & JATI diberikan publisiti yang muluk-muluk dan lansung tidak disentuh oleh pihak berkuasa.

Putrajaya tidak boleh menafikan kebenaran. GB sudah menyatakn lebih awal lagi iaitu apabila pihak berkuasa terutama polis dan media massa kangkung sentiasa memainkan istilah "perhimpunan haram" terhadap perhimpunan aman yang disertai rakyat, sebenarnya ia akan hanya mengundang krtikan di mata dunia dan merudumkan indeks kebebasan bersuara dan hak asasi manusia.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan berkenaan, jelas kenyataan-kenyataan yang merujuk perhimpunan aman sebagai perhimpunan haram adalah perbuatan "menghina mahkamah" dan mereka yang terlibat termasuk KPN dan BERNAMA boleh dikenakan tindakan undang-undang.



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang haram ialah UMNO dan BN, menang PRU13 dengan menipu daftar pengundi, bawa melayu bandar mengundi di kampung dengan kerjasama SPR

Tanpa Nama berkata...

Kerajaan Bn haram jadah

Tanpa Nama berkata...

Parti yg pernah diharam adalah umngok.kah kah kah kah.malu oooooiiiii.lawak nak mampos umngok neh.itu pon ramai jgak nak jadi ahli parti yg pernah kena haram.masih bnyk lg cawangannya yg masih haram tp bley plak mengundi masa pemilihan umngok.memang bongok laaa.kahxkah kah

Tanpa Nama berkata...

tak tahulah masalah itu

Anti Fitnah berkata...

UMNO-BN adalah satu "kemaluan" besar bagi bangsa Melayu. UMNO-BN seolah-olah memBENARkan bahawa bangsa Melayu ni KAKI dan KUAT PENIPU. Dah lah menipu, cakap sombong dan angkuh pulak.
Kita selalu dok kat Cina kuat tipu tapi tahu tak apa beza antara Melayu dan Cina? Cina tipu tapi bila pilih pemimpin, depa mau pemimpin yang TELUS dan BAIK. Melayu tentang penipuan tapi depa juga yang menaikkan Pemimpin yang tidak telus dan kuat menipu. Siapa BODOH dan Siapa PANDAI?

Tanpa Nama berkata...

Anon 28.4.2014 3:05 PM
Setuju dgn anda, parti yg diharamkan adalah UMNO sama kedudukannya dgn PKM yg juga telah diharamkan itu.

Tanpa Nama berkata...

UMNO SEKUTU PKM, PKM DIBERI TANAH, ASKAR MELAYU YANG DAPAT TANAH KUBUR