28 Apr 2014

[10 GAMBAR] Senarai Mangsa Cedera Kemalangan Bas UIAM Di Km 25.1 PLUS


Tiga pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dilaporkan kritikal selepas bas universiti yang dinaiki hilang kawalan lalu terjunam ke tempat takungan air sebuah tapak pembesaran jalan di KM25.1 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, lima pelajar lagi turut dilaporkan parah manakala 23 yang lain termasuk pemandu bas cedera ringan.

Pemangku Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, ASP Mohd Fadhli Daud, berkata semua pelajar berusia antara 19 dan 24 tahun itu adalah warga tempatan dan dipercayai dalam perjalanan ke Bukit Cerakah, Shah Alam untuk program ukhuwah Kelab Student Facilitating Front (Stuff) UIAM.

"Semua pelajar yang kritikal berusia antara 21 dan 22 tahun dihantar bersama 26 yang lain ke Hospital Sungai Buloh, seorang dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan seorang lagi iaitu pemandu bas dirawat di Klinik UIAM Gombak," katanya.

Mohd Fadhli berkata, sebelum kejadian pemandu bas berusia 39 tahun ada mengadu kurang sihat namun polis sedang menjalankan siasatan punca kejadian.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Che Ku Mohd Azizan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.45 pagi sebelum mengerahkan empat jentera bersama 16 anggota ke tempat kejadian.

"Setiba di tempat kejadian, ada antara mereka terperangkap di celah kerusi namun semuanya berjaya dibawa keluar kurang sejam kemudian," katanya.

Seorang pelajar Mohd Farhan Affendi Yunos, 21, berkata dia sedang berbual-bual bersama rakannya ketika kejadian sebelum bas berkenaan tiba-tiba tergelincir ke tepi jalan lalu terbabas.

"Saya ingatkan tidak apa-apa akan berlaku namun sangkaan saya meleset apabila bas itu kemudian terjunam pula ke takungan air di tapak pembesaran jalan itu," katanya.

Mohd Farhan berkata, rakan di sebelahnya cedera di muka apabila terkena tingkap bas sewaktu bas terbalik manakala dia hanya cedera di kaki akibat terhimpit di antara rakannya dan kerusi bas. – Bernama,


SENARAI PELAJAR YANG CEDERA

Berikut senarai nama yang dirawat di zon merah di Hospital Sg Buloh:

1- Nik Hasfadhilah Mohd Ghazali, 21, luka di kepala
2 – Mohd Nafiz Ryfaie Ridwan, 22, kecederaann- belum pasti
3 – Mohamad Fazian Abdul Rahman, 22, kecederaan – belum pasti

Senarai yang dirawat zon kuning

1 – Ahmad Rif’at Mazlan, 22, cedera belakang leher
2 – Mohd Atif Yunus, 22, disyaki patah tangan kanan.
3 – Mohd Afif Awangn, 22, disyaki patah kaki kiri
4 – Mohd Amirul Hairi Aduka, 21, cedera di kepala
5 – Nurul Aida Che Yusoff, 21, abdomen kanan.

Manakala selebihnya ceera ringan dan di rawat di zon hijau…

Berikut kenyataan media dikeluarkan Bahagian Komunikasi Korporat UIAM memgenai kejadian tersebut:


sumber: ondscene.my






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


Tiada ulasan: