18 Apr 2014

Menteri Bidas Zul Noordin & Nawawi Ekoran Kenyataan Perlekeh Kematian Karpal Singh


Menteri: Ulasan Zul dan Nawawi 'amat kasar'

Ulasan kontroversi MP Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad dan bekas calon BN untuk Parlimen Shah Alam, Datuk Zulkifli Noordin berhubung kematian Karpal Singh dalam nahas jalan raya semalam "amat mengecewakan" dan "amat kasar", kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup.

Zulkifli semalam dalam laman mikroblog Twitter berkata kematian Karpal, yang tegas menolak pelaksanaan hudud selama ini akan memberi laluan kepada undang-undang itu dilaksanakan dengan mudah.

Sementara Nawawi pula menerusi laman Facebook beliau menyiarkan gambar dipercayai mayat Karpal bersama keratan berita penolakan Karpal terhadap hudud dengan kenyataan "mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu".

Nawawi membuat tawaran agar sesiapa yang ingin melangkah mayat Karpal supaya mendaftar nama dengannya - satu kenyataan yang sudah pun ditarik balik.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis bersama media pagi ini, Kurup yang bertanggungjawab menjaga portfolio perpaduan dan integrasi nasional berkata kenyataan sedemikian tidak sepatutnya diucapkan kepada mereka yang sudah meninggal dunia.

"Ini sangat mengecewakan dan itu sememangnya tidak dapat diterima.

"Saya tidak dapat terima kenyataan demikian dan ia amat menyedihkan apabila ada orang tergamak mengeluarkan kenyataan sebegitu," katanya.

Menurut Joseph lagi, hal-hal kematian dan agama tidak wajar digunakan untuk meraih kepentingan politik.

"Walaupun hendak dapatkan kelebihan politik, jangan dengan peralatkan keadaan sedih ini dan agama.

"Elakkan kata-kata yang akan menyedihkan lagi," katanya kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun berharap agar kenyataan demikian tidak menjejaskan perpaduan di peringkat akar umbi. -mk



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

We're all deeply saddened by Karpal Singh's sudden death - but let’s keep his legacy alive. You may offer your kind words on Karpal Singh's eMemorial page here:https://apps.facebook.com/ememorial/memorial.php?id=331

Tanpa Nama berkata...

Apa perasaan Zul nordin & Nawawi bila ada org bukan Islam kata; Padan muka Nozula Adun Di Kelantan nahas jlnraya. Mujur belum mati. hehe... Tidakkah itu biadab namanya?

Tanpa Nama berkata...

Inilah perangai bahlul.

Tanpa Nama berkata...

Spesis kurang ajar dan tidak berakhlak, sanggup mempermainkan kematian insan lain. Itu bukan mengikut ajaran Islam yg sebenar. Sedangkan kematian mereka sendiri pun belum tentu bagaimana keadaannya, tiada siapa yg tahu, termasuk diri mereka itu sendiri. Rentung rumah atau kereta terbakar ke, ataupun dah berulat baru ditemui ke, siapa tahu? Ada dengar mereka minta maaf? Haram!

Tanpa Nama berkata...

zul dan nawawi, kamu berdua dh confirm sgt ka lu org mati masuk syurga?

Tanpa Nama berkata...

masa kita hidup kita banyak bercakap menyentuh sensitiviti org lain dan ramai yg marah dgn kata2 kita...lepas kita mati..nak slahkan siapa bila ada keceluparan kata2 yg x sedap didengar...itulah bayaran yg kita kena terima

Tanpa Nama berkata...

Mereka berdua menggambarkan akhlak mereka yang sebenar. Akhlak yang cetek, tidak sensitif, tidak tahu apa kata-kata yang baik, apa kata yang tidak baik, kata-kata yang menyedihkan, yang menghinakan, kata-kata yang menghormati, kata-kata yang tidak menghormati orang lain. Semoga Allah tunjukkan pula kepada mereka ini. Macam mana mereka atau saudara rapat mereka sendiri akan mati, belum tahu lagi. Kalau mereka berdua ini berakhlak yang mulia, sudah pasti mereka akan meminta maaf dengan keluarga mendiang karpal, walaupun mendiang Karpal tidak sebulu dengan mereka dalam berpolitik. Akhlak mereka ini memalukan Islam.

Tanpa Nama berkata...

Nabi pun berdiri beri hormat masa ada org bawak mayat org kafir. Sbb si kafir tu makhluk Allah jugak. Sayangnya umat nabi dua org tu bertentangan pulak sifatnya.....

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana agaknya perasaan klrga zulkifli dan nawawi nanti bila org lain membuka pekung dan aib mereka apabila kedua2 mereka mati nanti?

Tanpa Nama berkata...

Mcm2 budak2 la kalau x DPT apa dia nk berontak la. Sama je selagi x dpt jawatan berontak la akhir2 bapak ckp budak x mkn saman Bapak bli apa Anak nk sengeh la. Budak2 dgr pun gelak cmni pun ade

Tanpa Nama berkata...

Zul mungkin tidak terlintas menziarah Datuk Dr Harun Din di hospital.

Sebaliknya, YAB PM melakukannya.

Patutlah Zul 'bangkai' yang jatuh ke laut tidak dimakan ikan, jatuh ke darat tidak dimakan ayam!

Tanpa Nama berkata...

Undang-undang dan perlembagaan negara yang di perintah UMNO memang halang hudud,karpal hanya bercakap dari sudut perlembagaan, penentang utama UMNO

Tanpa Nama berkata...

Nabj Muhammad s.a.w. tidak pernah menyakiti hati lawan. Bahkan semut pun Baginda x pijak. Bila mayat seorang yahudi di usung depan Rasulullah maka Baginda bangun walaupun para sahabat komen. Rasulullah berkata walaupun dia yahudi dia tetap insan.
Ikutlah resmi Nabi Besar kita Rasulullah s.a.w. dpd ikut nafsu amarah yg tiada bawa kebaikan hanya kebatilan.
Kita pun akan mati jua maka orang akan ingat kebaikan kita. Jangan jadi macam firaun satu kebaikan pun tak ada dan Allah tolak taubatnya akhir hayat di tekak tak sempat mengucap. Sama2 kita istighfar moga Allah beri iman, petunjuk dan rahmat pada kita dan taufik hidayah untuk kembali ke Islam pada semua orang di dunia.

Tanpa Nama berkata...

Mereka berdua ni dah tau ke macamana keadaan diorang bila dah mati nanti, jangan2 lagi teruk dari Karpal, orang2 mcm ni la yang selalu merosakkan imej agama dan orang islam itu sendiri di mata orang bukan islam. kepada keluarga mendiang Karpal, diharap dapat bersabar dengan komen2 bodoh mereka itu, saya sebagai orang islam berasa sangat malu dengan orang seperti ini.

Tanpa Nama berkata...

Tak tau lg ke mulut org umno ni mcmna? Mulut busuk lambang cerminan hati mereka yg lg busuk, suka hina org lain termasuk sesama melayu sesama islam, suka fitnah suka aibkan org. Sombong tak dpt disembunyi lg, tp dlm kesombongan itu jg mereka tak mampu sembunyikan kebodohan. Hinanya apabila sanggup menghina org yg meninggal wlupun org itu bukan org islam. Agama tak mengajar manusia punya hati sebegitu kotor. Hanya org umno saja yg sdh jauh dibawa arus keangkuhan seolah negara ini mereka yg punya. Hanya masa saja yg akan menentukan tempat mereka yg sepatutnya.

Tanpa Nama berkata...

1Malaysia konon...perpaduan bangsa jadi keutamaan...puihhh...ni orang meninggal dunia pun diperlekeh dijadikan bahan tertawa, mentang2 arwah tu bukan melayu bukan islam dan bukan umno-bn...macamana korang ni nak meraih sokongan rakyat terutama bukan melayu bukan islam, korang hina lagi kematian depa? Patut le depa tak sokong korang. Yang melayu islam pun tak sokong korang. Dasar umno sombong nak mampuih.