6 Apr 2014

[BONGKAR] Benarkah Pemuda Hina Rosmah Itu Penyokong PR?


PPemilik akaun Facebook ‘Syed Saifullah’ ditahan polis tengah malam tadi

Pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata lelaki berusia 25 tahun itu, yang bekerja di sebuah kedai dobi, ditahan di rumahnya di Seri Iskandar, Perak kira-kira 12.05 tengah malam tadi.

“Polis turut memeriksa rumah lelaki berkenaan dan merampas antaranya satu telefon bimbit, satu set komputer dan pemacu,” katanya hari ini.

Mohmad berkata lelaki itu direman sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan, iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Baru-baru ini, akaun Facebook yang menggunakan nama “Syed Saifullah” memuat naik status dan sekeping gambar cebisan daging dan wajah Rosmah yang kemudian menjadi tumpuan dalam laman sosial itu.

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan... pesawat yang membawa isteri dan PM dlm perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan... Al-Fatihah".

Dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini, Rosmah menasihatkan individu itu supaya kembali ke pangkal jalan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng berkata polis menerima dua laporan mengenai Twitter Pray4Rosmah ekoran kenyataan di dalam Twitter itu boleh menyebabkan ketakutan dan kegentaran kepada awam yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

“Ia juga disifatkan menganggu dan tidak menghormati keluarga mangsa MH370 yang masih dibelenggui dengan pencarian MH370 yang belum ditemui," katanya.

Gan berkata kedua-dua laporan itu disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan (mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mendorong ketakutan dan kegentaran kepada awam) dan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

ULASAN GB

Dihebohkan melalui media sosial terutama blog-blog pro-UMNO bahawa pemuda berkenaan ialah seorang penyokong Pakatan Rakyat. Namun ada beberapa keraguan mengenai status pemuda berkenaan, apakah benar beliau penyokognPR?

Dan di dalam sebuah blog, dinyatakan bahawa Syed Saifullah telah mengaku dirinya ahli Red Bean Army.

Bagi GB di sini terdedahnya "kepalsuan" bahawa pemuda ini penyokong PR. Kerana apa? Benarkah beliau ahli Read Bean Army (RBA), sedangkan pertubuhan yang bernama RBA itu diragui kewujudannya dan umum mengetahui bahawa RBA hanyalah fantasi liar dan rekaan UMNO, rekaan Awang Selamat dan Utusan bagi menutup kewujudan Unit Media Baru kepunyaan UMNO yang sememangnya menerima pembiayaan besar dari parti tersebut.

Setakat ini BELUM ada sabarang bukti kewujudan Red Bean Army.

Berita mengenai pemuda ini menyusul selepas satu kenyataan dari sebuah NGO yang mendakwa kononnya beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat. Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Kebenaran akan tetap terbongkar. GB yakin pemuda tersebut akan dilepaskan dengan jawapan klise yang ada sebelum ini... "tulisan saya di media sosial itu hanya main-main dan bergurau..." dan yang demikian ternyata beliau bukan penyokong PR!

10 ulasan:

5sal berkata...

Kalu dalam bab hina pemimpin dan bini depa sepantas kilat dapat ja pihak pdrm dapat menahan individu tersebut,tapi kalu hina pemimpin pr slow macam siput babi harajadaah lg.tak ada pun tangkapan dbuat,x da dakwaan. dalam kes ugutan bunuh terhadap tgna,dato seri anuar.banyak pemimpin utam pr diaibkan dengan berbagai kehinaan yg dbuat blogger ubn dan sekutu dengan ubn tapi tak da tindakkan dan tangkapan.Apa respon dari pdrm tentang isu ni?Habuk pun tarak!

Tanpa Nama berkata...

Red bean army/R.b.a hanyalah suatu cerita donggeng dan ianya direalitikan oleh individu2 dlm kerajaan boleh juga digelar jerangkap samar..mewujudkan sesuatu dan menanti sapa yg kena.Di sini mangsanya ada parti lawan.Saudara semenjak terjadinye kehilangan pesawat #mh370 imaj kerajaan yg kurapsi ini terjejas teruk di setiap sudut kerajaan di serata dunia dan peluang ini telah direalisasikan oleh bloger pr menghentam di setiap sudut/baik esue keslamatan/kedaulatan negara/menteliti kerajaan mnggani isue/pertahanan negara/prinsip/kelengkapan tentera yg sekadar pameran semuanye jahanam maka dgan itu ternampakla kemaluan kemaluan pemerentah.Orang yg berkepentingan dlm kerajaan sedar semakin hari imej mereka tercalar/perselingkuhan mereka terhurai dan terburai/jadi dgan itu mereka mengatur satu agenda songsang wujudkan satu kronologi samar2 read bean army bagi mengimbangi setiap serangan blogker pr untuk menutup kelemahan mereka.Ni sbnarnye projk menipu melayu.

Unknown berkata...

benda remeh temeh mcm ni pun umno/bn nak bising. banggang betul.

Tanpa Nama berkata...

Sorry off topic tapi ada tak pmbaca yg tahu sumber gambar asal tu dr mana, siapa, apa.. sangat gory tapi sy bminat pula nak tahu itu gambar apa sbenarnya, murdered by drug cartel ke? Kalau pgedar dadah mexico tak heran..

Tanpa Nama berkata...

Betul ke budak dobi ni penyokong PR..ke penyokong umno..cuba perhati video dr wan azizah yg kononnya dihalau oleh peniaga pasar kajang - di akhir video tukang ambik video tu 'menkonfemkan' bbrpa kali dgn pemilik gerai barua umno tu yg 'abg kena halau dari penang ye' ..satu lakonan yg cukup bagus, entah berapa habuan yg diberi kpd peniaga terbabit utk melakonkan babak kurang ajar tapi bodoh tu..

Tanpa Nama berkata...

Tabek spring atas kecekapan sertamerta menangkap individu berkenaan. PDRM memang hebat & terbaik di dunia.

Tanpa Nama berkata...

Anon 11.45,

Gambar edit je tu, ntah ntah lembu, kambing takpun unta.. siap ada periuk bagai.... tgk tgn kiri tu mcm kaki hewan jek...

Tanpa Nama berkata...

Setakat kes2 terpencil macam ni bukan main laju dan cekap nak siasat tetapi kes ugut bunuh kpd pemimpin pembangkang buat tak tahu aje. Mereka akan gunakan kes bergini utk salahkan PR macam biasa, penyokong PR, pemuja anwar,RBA dll.

Kes yg besar macam MH370 dan penculikan di Sabah lembab macam siput. Komen lebih2 karang masuk dlm pulak.

Apakah negara kita semakin menuju kearah pemerintahan kuku besi atau komunis. Bila bantah tangkap & dakwa....... walau bantahan itu ada asasnya.

Rakyat yg cerdik mahu dibodohkan macam penyokong umo/bn yg bodoh???

Tanpa Nama berkata...

Ruling party khususnya pemimpin berdaulat umno mana boleh ditegur dikritik yg membina pun tak boleh apa lg diejek diajuk...tak tau ke negara semakin menjurus ke arah pemerintahan diktator, mcm korea utara (yg ini bahaya, terus main bunuh)...cakap sikit tangkap, buang uni, soalsiasat kena bagi katadua...Agaknya klu syed saifool tu fotoshop guna kepala nenek dia bukan kepala rosmah takda apa2 pon, org umno pdrm tak pedulik pon, skrg kan dah bnyk aplikasi komputer yg terkini..

Tanpa Nama berkata...

Memang patut diambik tindakan. Sebab ia melibatkan seorg pemimpin. Tak kira pemimpin pkr atau bn. Cari kat internet dan Belajar la sikit2 pasal sejarah kenapa ini mesti di pandang serious.