Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengesahkan bahawa seseorang telah mematikan alat pengesan radar pesawat MH370 dan melakukan pusingan U. Ekoran itu, timbul kemungkinan berlaku rampasan dan sebotaj ke atas pesawat tersebut sehingga mendorong kepada siasatan terhadap Kapten Zaharie.
Bagaimanapun, Chris Goodfellow yang berpengalaman 20 tahun sebagai juruterbang mempunyai teori sendiri. Menurutnya, isu kehilangan pesawat MH370 terlalu dirumitkan sedangkan jawapannya mungkin mudah iaitu berlaku kebakaran di kokpit.
Dalam catatan akaun Google+ miliknya, Goodfellow, sebaik mendengar berita pesawat itu berpatah balik ke arah Selat Melaka dari Laut China Selatan, dia terus memeriksa peta dan mendapati MH370 mungkin menuju lapangan terbang terdakat di Pulau Langkawi selepas berlaku masalah seperti kebakaran dalam kokpit.
"Kunci utama di sini adalah pusingan kiri dibuat pesawat itu. Juruterbang (Kapten Zaharie Ahmad Shah) adalah kapten yang sangat berpengalaman dengan lebih 18,000 jam penerbangan. Mungkin juruterbang lebih muda yang ditemu ramah (agensi berita) CNN tidak sedar mengenai pusingan kiri.
"Kami juruterbang lama dilatih untuk sentiasa tahu di mana lapangan terbang paling dekat ketika terbang untuk perlindungan selamat jika kecemasan."
Menurut Goodfellow lagi, apabila melihat pusingan kiri dibuat oleh pesawat MH370 dan menuju terus ke arah bertentangan, nalurinya memberitahu juruterbang itu mungkin mahu menuju ke lapangan terbang terdekat.
"(Zaharie) sebenarnya mengambil laluan terus di atas laut ke Pulau Langkawi yang tidak mempunyai banyak halangan. Dia tidak kembali ke Kuala Lumpur kerana dia tahu (laluan itu) merentasi gunung (Banjaran Titiwangsa) setinggi 8,000 kaki. Dia tahu laluan ke Langkawi lebih mudah dan jaraknya lebih dekat."
Goodfellow percaya Zaharie mengambil tindakan betul pada ketika mereka mungkin menghadapi masalah serius yang mendorong kepada tindakan pusingan U untuk menuju ke lapangan terbang terdekat di Pulau Langkawi.
Katanya, terputusnya komunikasi (ACARS) termasuk kesan radar adalah munasabah jika berlaku kebakaran di dalam kokpit.
"Melihat masa kejadian, mungkin berlaku kepanasan melampau pada salah satu tayar hadapan dan ia pecah sebaik pesawat berlepas dan terbakar perlahan-lahan.
"Ya, ini boleh berlaku dengan tayar yang kurang angin. Ingat ini pesawat berat, (dan insiden berlaku) pada malam yang panas dan landasan yang panjang."
Katanya, ada insiden di Nigeria pada 1991 melibatkan Douglas DC-8 yang tayarnya terbakar semasa berlepas menyebabkan asap tebal melemaskan kru dan penumpang.
Katanya, juruterbang memang ada akses kepada topeng oksigen tetapi ia tidak boleh digunakan semasa kebakaran. Sebaliknya, kebanyakan juruterbang ada penutup muka dengan penapis asap tetapi ia hanya boleh bertahan beberapa minit sahaja.
"Apa yang berlaku adalah (kedua-dua juruterbang) lemas akibat asap dan pengsan, menyebabkan pesawat itu terus terbang menggunakan aplikasi sistem autopilot sehingga sama ada kehabisan minyak atau kebakaran memusnahkan papan kawalan dalam kokpit."
Jika itu benar, kata Goodfellow, Zaharie adalah wira yang bertarung situasi mustahil untuk cuba membawa pesawat itu ke Pulau Langkawi.
"Tiada was-was lagi dalam fikiran saya, itulah sebab mengapa pesawat itu berpusing dan mengambil laluan lurus."
Jika berlaku rampasan atau sabotaj (seperti yang dispekulasikan Najib -ed), katanya, ia tidak akan sengaja pusing ke sebelah kiri dan menuju ke arah Pulau Langkawi.
Goodfellow mengakhiri tulisannya dengan kata-kata: "Juruterbang bijak. Cuma tidak mempunyai masa mencukupi."
Apa yang ditulis Goodfellow dan ramai lagi pakar di seluruh dunia tetap kekal menjadi spekulasi selagi pesawat MH370 tidak ditemui. -plbgaimacam
ULASAN GB
Yang anehnya, Najib meminta rakyat tidak membuat spekulasi mengenai kehilangan pesawat MH370, TETAPI beliau sendiri melakukan spekulasi.
Yang teruknya spekulasi itu menjurus kepada persepsi bahawa juruterbang itu telah mematikan transponder dan merampas pesawat dan menyebabkan siasatan polis dilakukan selepas itu. GB takda hal dengan siasatan polis tersebut tetapi polis perlu panggil dan siasat Najib ekoran kenyataannya itu. Bukankah sepatutnya begitu dan adalah di dalam SOP seperti yang dilakukan ke atas pemimpin-pemimpin PR sebelum ini?
Dan persoalan timbul lagi, Najib menghalang soaljawab dari wartawan mengenai spekulasinya itu. Kenapa?
klik untuk baca
JANA PENDAPATAN TAMBAHAN DENGAN MUDAH Jom kawan-kawan...Jana income dengan hanya bermodalkan RM100 Tuan/Puan, drpd kita berfb @ berwechat @ whtsapp tak dapat hasil.. apa kata sambil-sambil tu kita buat income? Saya nak kongsi 1 program tempatan yang boleh buat income sampingan. Tiada tipu muslihat, Tak perlu cari org.. tak perlu beli atau jual barang. Syarat kelayakan: Anda ada fb @ whtsapp @ wechat dan tau guna komputer sikit2. Apa saja termasuk twitter dan laman sosial lain. Anda hanya perlu open link dibawah dan register sebagai member. Lepas tu anda akan dapat link anda sendiri. Apa lagi, anda copy link anda sendiri dan copy ayat-ayat saya ni dan paste kat fb, twitter dan sebagainya. Modal anda dapat semula pada hari pertama lagi bila ada org yg buka link anda dan daftar. Mudahkan? Duit anda akan dimasukkan terus ke bank anda. Hari pertama saja saya sudah peroleh RM350. Memang berbaloi. Klik link di bawah ini. KLIK SINI |
12 ulasan:
Aku mmg nk kata ' statement BODOH LAGI BANGANG' mengaitkan pilot, co-pilot dlm rampasan atau bunuh diri. Jgn buat siasatan mcm negara barat. Pilot dh bertugas lebih kurang 30 tahun dgn MAS. Status pasport curi x kata pulak dorang yg menjadi punca. Pasport pun blh curi berani pulak langgar imigresen. Dah terang lg bersuluh. Diam pulak pasal ni dlm berita. Siasat la sampai lubang cacing....jgn kata pencuri 2 nk dptkan suaka kt negara lain.lain kali buat sistem thumb print. X kira la nk msuk malaysia atas urusan apapun lama ke sejap. Simpan maklumat thumb print. Sedikit sebanyak dpt mmbantu kalu kes2 mcm ni. Lg...SIMULATOR di siasat nk dptkan maklumat mh370 x berasas. PELIK...kesian pd kluarga mangsa sbb kena tempias...dan di fitnah lg2 media barat.
At last... andaian yg sangat positif.
Kenapa aku kata 'andaian'? Sebab yg lain2 sebelum ni pun 'andaian2' semata2, sebab yg maha tau sebenarnya ialah ALLAH.
Musibah ni beri ingatan pada BN terutama UMNO / pemimpin Islam/ Mufti2/ Ustaz2 UMNO membenci arak & pramugari tak tutup aurat dalam MAS.
betul tu....umno bn cakap kosong je kononnya memperjuangkan islam dan melayu tapi tindak tanduk nya mengkhinati dan menzalimi kaum nya sendiri utk ketua dan kroni mereka senang lenang...memang umno parti hampeh
Bala dah turun.
what a shame of my kangkung prime minester....
1 malaysia.....
Telunjuk lurus, kelingking berkait...
yg bagus dari BN .....
yg jahat adalah kamu...
mr.apco
apa yg dikatakan Goodfellow ini byk logiknya. ini berdasarkan pd ilmu dan pengalaman beliau. bukan mcm Badfellow merangkap Baldfellow sorang ni. pakai cakap jek, satu haram pun x tau.. pls..negara perlukan pemimpin yg berwibawa, bijak, kuat bukannya si mangkuk yg bengap.
Najib oh najib kalau buat kenyataan biar ada bukti dan saksi bukan main lepas cakap shj. Ini sudah jadi isu dunia beb jangan sampai orang cakap lu perdana menteri PENIPU sudah.
Maaf yea.
Bila tengok muka nya , nampak muka keldai saja.
Sedih kan.
Apakah ini di tunjukan Tuhan kepada sesiapa menipu menganiaya rakyat sendiri siang malam.
Allah hu alam....
satu dunia dah tau die perdana menteri penipu..
Dasar PM Kangkung..stupid.... idiot....bahlul..tolol
Macam2 kata nista & penghinaan dihamburkan kpd PM. Dimana silapnya. Kata mereka tak terhitung kerenahnya. Bukan tersilap tapi semua yg jadi kemarahan rakyat adalah bobrok yg disengajakan utk kepentingan sendiri & kuncu2nya. Sebelum turun secara terhina, adalah lebih terhormat tinggalkan jawatan cara sukarela. Bekalan utk hidup dah lebih dari cukup. Dah tiba masanya utk perbanyakkan bekalan akhirat. Kejar dunia sampai bila pun tak jumpa penghujung. INSAFLAH.
alhamdulillah...walaupun ni hanyalah ANDAIAN sahaja..tapi sikit sebanyak dapat membersihkan name kapten zaharie...jgn kerana politik kau boleh tuduh org sesuka hati jer pak2 menteri...sudah2 laaa...orang x suka kau kena r pandai2 bawak diri...jangan nk lepak kat putrajaya tu lama2 sgt..ko ckap pape pun org dh x boleh nak caya dahh
Catat Ulasan