Papagomo dinasihat bertaubat, dosa tak terampun jika tak minta maaf
Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty menasihatkan Wan Mohd Azri Wan Deris yang disahkan mahkamah sebagai pemilik blog Papagomo supaya segera bertaubat dan meminta maaf atas tindakanya memfitnah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Muhammad ketika dihubungi menyatakan, walaupun mahkamah telah mengarahkan Wan Mohd Azri membayar RM800,000 sebagai ganti rugi atas tindakanya, namun hukuman itu hanya berlandaskan hukuman sivil.
Menurut Muhammad Nur, dosa yang dilakukan dengan memfitnah individu lain masih belum dikira selesai selagi individu tersebut tidak memohon maaf.
” Dosa fitnah ini berat, kesannya sangat besar lebih dari membunuh,’ kata Muhammad, Ketua Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama KEADILAN (BIPPA)
“Selagi individu tersebut belum minta maaf kepada orang yang difitnahnya, dosanya dianggap sebagai masih belum selesai.
“Menurut hukum Islam, dia perlu minta maaf dengan segera bagi melunaskan dosanya,” ujar bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) itu lagi.
Muhammad Nur dalam pada itu melahirkan rasa gembira dan bersyukur dengan keputusan mahkamah yang akhirnya menyebelahi Anwar dan menasihatkan kepada orang ramai untuk mengambil iktibar.
“Alhamdullilah dengan keputusan tersebut.
“Semoga orang ramai mengambil iktibar bahawa budaya fitnah-memfitnah ini tidak sama sekali mendatangkan keuntungan, malah ianya hanya mendatangkan kerugian,” ujarnya. -KD
ULASAN GB
Papagomo setakat ini telah kalah dua kes di mahkamah, pertama dengan seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Nor dan diperintahkan untuk membayar RM500,000 kepada ahli perniagaan tersebut. Baca SINI.
Semalam papagomo kalah lagi dan diperintahkan membayar RM800,000 kepada DS Anwar Ibrahim. Baca SINI.
Banyak lagi kes mahkamah sedang menunggu untuk menghukum papagomo. Sebelum ini GB ada mengulas dan "jangkaan" GB menjadi kenyataan di mana "precedent" yang ada memudahkan saman-saman lain terhadap papagomo.
GB sudah tulis sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.
Sekarang beliau tidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri.
"Precedent" ini akan memudahkan saman-saman yang lain terhadap papagomo terutama saman-saman daripada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.
Diantara kes-kes yang menunggu ialah saman dari Husam Musa, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, AJK Pemuda MCA, Chong Sin Woon, bekas isterinya Bellina Omar Sharifuddin Chin dan banyak lagi.
Sekalipun beliau cuba untuk mendapat perlindungan dari para menteri dan polis sendiri, namun ia sesekali tidak akan dapat menyelamatkan beliau dari dihukum dengan Hukum Kebenaran dan Keadilan.
Ulasan GB sebelum ini:
Enggang sama enggang, pipit sama pipit - "seorang penjenayah saja yang akan bersama penjenayah yang lain"..Selagi beliau tidak bertaubat dan meminta maaf terhadap orang-orang yang menjadi mangsa fitnahnya beliau akan terus ditimpa kehinaan. Begitulah juga untuk sekalian macai UMNO yang mengikuti jejak langkah beliau.
Menteri-menteri termasuk Najib tersenyum riang seolah-olah berbangga dapat bergambar dengan penjenayah yang bernama papagomo itu. Kerana papagomo banyak membantu mereka dan UMNO dalam kerja-kerja menabur fitnah terhadap Anwar dan pakatan Rakyat.
Apatah lagi hampir kesemua menteri-menteri berkenaan adalah terdiri mereka yang buta IT. Jadi dilihatnya "kepakaran" papagomo menggunakan IT menghasilkan tulisan dan video fitnah bagi memburukkan pembangkang sebagai satu aset berguna untuk mereka.
Hukum kebenaran dan keadilan tetap berjalan. Papagomo PASTI hancur binasa walaupun dikelilingi menteri dan pendana menteri. Hanya menunggu masa dan ketikanya kecuali beliau bertaubat nasuha.
7 ulasan:
Ulasan GB tu benar.
Ini pula nasihat saya sbg peringatan; Menteri ke,orang besar mana ke,mereka akan melindungi kamu selama mana kamu boleh diperhambakannya. Apabila kamu terlalu ditimpa masalah atau dijel atau tak berguna lagi sebagai aset mereka,maka terjelepuk jadi kain buruklah kamu. Kerana ramai lagi macai yg sewaktu dgn mu menunggu peluang utk menjadi hamba abdi kpd mereka. Ramai yg tak kenal erti insaf.
Mereka tak pandang siapa kamu. Mahathir pun setelah tak jadi PM mereka tak peduli pun dah. Pintu taubat masih terbuka. Tolong muhasabah diri.
Sejqk dari mula lagi saya lihat wajah Papagomo nie takde 'Nur' langsung...cube anda semua perhatikan betul2.
Wallahualam...
Hikmat yg kita dpt disini. Baik jadikan tauldan dan buruk jadikan smpdn, sama2lah kita ikut perkembangan seterusnya terhdp pemfitnah ini. Mnjdikan kita lebih yakin lah dgn janji Allah.
dulu tak mengaku papagomo? balasan Allah sungguh cepat, kalau masih lagi tak taubat, nantilah balasan Allah kat akhirat pula
Mr. Papagomo lu better pergi minta maaf org yg telah lu fitnah sudah. Jangan sampai saman sekeliling pinggang bro kerana kalau dah sampai lu for sure tunggu masa mahkahmah istiharkan lu bankrap. Apabila dah bankrap, lu satu hapak benda lu tak buat dah.
Wajah nampak tak bersih langsung. Tiada nur pada wajah mu hahahahahaha
Catat Ulasan