13 Mac 2014

MH370: Media Antarabangsa Lapor Pengguna Media Sosial Gelar Najib "Tak Ada Otak"


Sebuah laman sesawang antarabangsa International Busines Times (IBTimes) melaporkan pengguna media sosial menggelar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak ada otak (“brainless”) apabila membenarkan bomoh untuk membantu mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang.

IBTimes melaporkan seorang pengguna Weibo, sebuah laman sosial media China, berkata: "Buat pertama kali sebagai rakyat Malaysia, saya merasa malu, bukan kerana salah laku apa-apa tetapi kerana memiliki perdana menteri yang tidak ada otak.

"Berhentilah dari menjatuhkan air muka rakyat Malaysia," kata penulis itu sebagaimana dilaporkan oleh IBTimes.

Respon ini selepas tindakan kerajaan membenarkan seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin, melakukan ritual untuk mencari di mana pesawat MH370 itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar terbang.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.

Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama menyifatkannya sebagai tindakan khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan “tikar terbang” yang dilakunkan oleh seniman agung Tan Sri P. Ramlee. -TMI


Misteri MH370 kini mula bertukar jadi tekanan terhadap Najib – Shahbudin Husin

Misteri kehilangan pesawat MH370 yang sudah memasuki hari kelima tanpa sebarang jawapan kini sudah beransur-ansur bertukar menjadi tekanan terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di mana pelbagai pihak sama ada dalam negara, mahu pun antarabangsa mulai melihat aspek kecelaruan, tiada kesepakatan dan saling menuduh dalam proses mencari jawapan pesawat yang hilang itu.

Sementara waris mangsa turut merungut kerana sejak hari pertama lagi tiada keselarasan dalam menyampaikan maklumat sehingga ada yang meluahkan kemarahan dengan membaling air kepada petugas MAS di Beijing, rakyat dalam negara dan masyarakat antarabangsa juga turut keliru dengan pelbagai maklumat yang bercampur antara yang benar dengan yang palsu.

Walaupun pelbagai pihak daripada semua keturunan, agama dan kepercayaan tidak putus-putus mendoakan agar pesawat yang ditakrifkan hilang itu segera ditemui dan semua penumpangnya selamat, mereka juga sebenarnya ingin mendapatkan maklumat terkini yang pantas dan tepat.

Namun, hari demi hari yang berlalu sebenarnya lebih membuktikan kita tidak cukup bersedia untuk menghadapi krisis dan bencana yang menimpa.

Daripada pimpinan kerajaan, jabatan kerajaan dan ketua jabatan yang berkaitan terlihat seperti hilang punca dalam menangani dan menyalurkan maklumat mengenai insiden ini.

Hishammuddin Hussein yang diberi dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan dan memangku di Kementerian Pengangkutan oleh Najib Razak, sebagai sebahagian pelan meningkatkan imejnya di kalangan perwakilan Umno seharusnya bertanggungjawab penuh dalam menyelaras dan memastikan maklumat yang tepat disalurkan kepada pelbagai pihak, ternyata gagal berbuat demikian.

Bloomberg hari ini, selepas hari kelima kehilangan pesawat itu masih menjadi misteri, secara terbuka mengkritik ketidakselarasan dan ketidakcekapan Malaysia dalam mengurus krisis yang digambarkan sebagai salah satu kelemahan kepimpinan perdana menteri kerana masih terbelenggu dengan kawalan ketat terhadap maklumat yang diamalkan kerajaan sejak lebih 50 tahun lalu.

Di samping melaporkan kebimbangan China yang meminta Najib supaya lebih bersikap telus dalam menangani krisis yang menjadi perhatian dunia ini, peranan sepupunya, Hishammuddin dalam mengamalkan ketelusan dan tidak menjadikan usaha mengendalikan isu global seperti menguruskan isu politik domestik, nyata satu gambaran yang memalukan negara.

Kritikan itu tentunya bukan sahaja kerana peranan pemangku menteri pengangkutan yang tidak menyerlah sejak lima hari yang lalu dalam mengetuai operasi, tetapi juga penglibatan beberapa menteri lain yang menjadikan keadaan bertambah serabut.

Menteri Dalam Negeri Zahid Hamidi misalnya, ketika mengulas mengenai wujudnya penumpang yang menggunakan pasport curi menempelak kakitangan Jabatan Imigresen di KLIA yang didakwanya tidak dapat membezakan antara wajah orang Asia dengan Eropah.


Dengan hanya bersandarkan andaian kerana dua warga Italy dan Austria itu kehilangan pasportnya di Thailand, Zahid terus beranggapan bahawa pemegang pasport curi itu juga berasal daripada Thailand.

Ia nyata memalukan Zahid kerana akhirnya terbukti kemudiannya mereka yang memiliki pasport curi itu adalah warga Iran yang kita semua maklum mempunyai bentuk wajah dan kulit hampir sama dengan orang Eropah.

Di ketika lain pula, sementara berpuluh-puluh kapal laut dan kapal terbang sedang dikerahkan mencari dan menyelamat di Laut China Selatan dan Selat Melaka, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Ismail Sabri Yaakob pula dikhabarkan mengerahkan lebih 1700 bot nelayan dan lebih 20 ribu nelayan bagi membantu operasi mencari pesawat MH370 ini.

Terlihat bahawa kenyataan ini lebih didorong oleh keghairahan terhadap publisiti semata-mata kerana apalah yang boleh dilakukan oleh bot nelayan yang tiada kelengkapan mencari dan menyelamat itu.

Bot nelayan yang tiada kelengkapan mencari dan menyelamat hanya lebih kurang sama dengan kapal selam Scorpene yang tidak digunakan untuk mencari pesawat MH370 kerana tidak dilengkapi kemudahan seperti itu.

Apa yang boleh dilakukan oleh nelayan hanyalah menyampaikan maklumat sambil menangkap ikan.

Tidak perlu dikerah nelayan untuk berbuat demikian kerana sekiranya mereka ternampak kapal terhempas atau menjunam ke dalam laut, sudah pasti mereka akan memberikan maklumat secara sukarela kepada pihak berkuasa.

Di sisi lain pula, maklumat antara MAS, Jabatan Penerbangan Awam dan polis sering pula bercanggah antara satu sama lain.

Dalam isu penumpang membeli tiket tetapi tidak menaiki kapalterbang dan isu pemilik pasport curi, jelas terlihat ada percanggahan memalukan antara jabatan ini.

Jabatan Penerbangan Awam misalnya mengesahkan ada pembeli tiket yang tidak menaiki pesawat tetapi kemudiannya dinafikan oleh MAS dan polis.

Pada peringkat awal juga Jabatan Penerbangan Awam mengatakan pemilik pasport curi itu berkulit hitam tetapi akhirnya terbukti merupakan rakyat Iran.

Dalam masa yang sama, rakyat dalam negara bertambah keliru dan senak perut apabila pelbagai berita yang tidak disahkan kebenarannya seperti pengakuan nelayan, petani dan orang awam yang mengaku melihat pesawat yang hilang itu, turut dijadikan bahan berita dan dijadikan rujukan.

Bomoh dan pawang yang membawa bubu dan tikar terbang juga terlihat menjalankan upacara peliknya di KLIA sambil mendakwa mengetahui di mana pesawat itu berada ketika ini.

Sudahlah kelewatan dan ketidakselarasan menyalurkan maklumat merupakan sesuatu yang memalukan negara di mata dunia, kemunculan bomoh ini menambahkan lagi malu yang ada.

Seharusnya dalam menangani bencana besar dan menjadi tumpuan seperti ini, sesuatu kawalan hendaklah diadakan bagi mengelakkan perkara karut-marut ini daripada turut menyibuk sama.

Di sinilah sebenarnya mustahaknya nilai kepimpinan yang berwibawa dalam diri individu yang mengetuai operasi menyelamat ini.

Daripada semua percanggahan, kecelaruan, ketidakcekapan dan kelambatan maklumat dalam krisis MH370 ini, ia secara perlahan-lahan mula menyerlahkan bahawa pasukan pentadbiran Najib lebih dipenuhi oleh individu yang tidak cekap dan kurang upaya.

Kebolehan mereka hanyalah membodek, mencium tangan dan menyerang parti pembangkang.

Lagi lambat MH370 ini ditemui, lebih banyak kelemahan yang selama ini tersembunyi akan terdedah kepada umum. Kritikan antarabangsa juga akan meningkat.

Selain pasukan penyelamat Vietnam yang sudah menggantung operasinya kerana masih menunggu jawapan sejak dua hari lalu tetapi masih tiada jawapan mengenai lokasi sebenar pesawat itu dipercayai hilang, pasukan daripada China juga dilaporkan sudah mengadakan mesyuarat tergempar dengan Malaysia berikutan usaha pencarian selama ini seolah-olah tidak berfokus.

Pasukan penyelamat Thailand juga dilaporkan mengambil tindakan yang sama dengan Vietnam sehingga mereka benar-benar diberikan maklumat yang sahih dimanakah pesawat itu kali terakhir dilaporkan hilang oleh pihak kerajaan kita.

Najib yang baru terselamat daripada tekanan dalam negeri berikutan kejayaan menghalang Anwar Ibrahim daripada bertanding di Kajang dan menjadi Menteri Besar Selangor, kini diburu tekanan yang tidak diduga berikutan kehilangan pesawat MH370 ini.

Tekanan terhadap keupayaan kerajaan yang sedang dipimpinnya kini mula datang daripada banyak penjuru di dalam dan juga luar negara.

Semakin lama kehilangan pesawat ini menjadi misteri antarabangsa, ia dipercayai semakin menggoncang kedudukan Najib.

Jika di Jepun atau beberapa negara lain, kejadian seperti ini pasti menyebabkan ada pemimpinnya yang berani memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, seseorang juga mesti bertanggungjawab atas insiden MH370 ini, apatah lagi jika akhirnya nanti diketahui tragedi kehilangan ini ada kaitan dengan rampasan kapal terbang.
– shahbudindotcom.


15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni bkn muka tebal 14" lagi dh, tebal lg muka dia dr tembok cina. Kalau msh jd PM mmg maruah dh jatuh ke lubang jamban laa..

Tanpa Nama berkata...

ini lah jadinya bila negara diperintah saudaramara sepupu sepepat..hal global mcm hal dlm keluarga..bolih sorok sembunyi..suka2 ajak bomoh dan macam2 lagi..

Anti Fitnah berkata...

"Jika di Jepun atau beberapa negara lain, kejadian seperti ini pasti menyebabkan ada pemimpinnya yang berani memikul tanggungjawab dan meletakkan jawatan, seseorang juga mesti bertanggungjawab atas insiden MH370 ini, ..."
Ada berani? Pemimpin kita sebiji macam anak murid pada hari ini. Bila tanya mereka tentang suatu insiden, mereka akan kata depa, depa, depa. Bila kita tanya siapa depa tu? Murid tu jawab tak tahu.
Pemimpin tak mungkin akan melepaskan kerusi empuk yang mana pulangannya jutaan ringgit. Biar orang lain tanggung tapi bukan pemimpin BN.
Aku dah kata hari itu. Ini semua salah Anwar Ibrahim. Kerana Anwarlah, MH370 hilang dari bumi ini. Ingat tuan-tuan, MH370 ni kan penyokong tegar Anwar. Kalau tidak, tanya pembantu penerbangannya. Kah Kah kah ...

Tanpa Nama berkata...

hukum karma sudah berjalan jangan ingat Allah tidak méngetahui kerja JAHAT kita utk terus brkuasa, DGn memenjarakan Anwar Merika yg BERKOMPLOT NAK ENJATUH KAN Anuar Terpaksa menerima Aib besar dek kerana perangai BODOH SOMBONG Merika

Tanpa Nama berkata...

Tak habis2 mengaibkan orang, kan dah dapat cash!

Tanpa Nama berkata...

Najib memang sah bodoh 47% saja otaknya yang boleh pakai !!!!

Menteri lain muka jenis taik akibat makan hasil haram , yang bosok pun di kagumi nya.

Dah keturunan bahalol dalam umno.

Tanpa Nama berkata...

elok lah k/terbang tu jatuh sbb salahguna wang rakyat kut.....

Tanpa Nama berkata...

Aku geram betul juruhebah Tv pakai baju tak tutup aurat. Melayu pulak tu. Melayu tentu le islam.

RTM/stesen TV lain tak de garis panduan ke? Sebab jadi tontonan atok2, pakcik2, org2 muda, kanak2 yang nak tau perkembangan MH370

Tanpa Nama berkata...

tak malu ke dia lepas ni nak buat lawatan keluar negara.lebih baik hang letak jawatan aje dari dok sembunyi dalam negara ni aje.

Tanpa Nama berkata...

Apa salahnya dia kata PM tak ada otak dah memang tak ada otak. Kalau tidak tak kan nak selesai kehilangan mh370 dgn khidmat bomoh!

Tanpa Nama berkata...

Selepas ni Najib dan Rosmah tak perlu lagi naik jet untuk keluar negeri.Depa boleh naik tikar terbang Raja Bomoh.Rosmah boleh pinjam tropong Raja Bomoh untuk intip apa Najib buat dibelakang Rosmah.Betul-betul jadi bahan ketawa dunia.

Tanpa Nama berkata...

nasib baik bomoh tu pakai kelapa kalau pakai sayur kangkung haru biru jadinya

Tanpa Nama berkata...

kalau dulu orang luar tak tau mana malaysia....yang mereka tahu singaapura.. sekarang satu dunia tahu mana malaysia...sebut ja malaysia..oh negera bomoh tu ka????wakakah......tak pun negara yang pemimpin bo*** tu ka?

Tanpa Nama berkata...

Hanya layak jadi pemimpin UMNO tapi tak layak jadi pemimpin rakyat dan negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...

sapa kata najib tak ada otak? bukan saja najib bahkan semua pemimpin2 umno ada otak, tapi otak lembu...